Sunday, November 08, 2009 Posted by
Azmah Nordin
1.Macam menulis utk karya kreatif
dewasa juga, mulalah dengan menggunakan formula ¾ (tiga
perempat) daripada keseluruhan cerita (cerpen/novel),
1/4________2/4_________3/4___________4/4
dan ini, yg selebihnya, dari 1/4 - 2/4 - anda buat imbas balik atau flash back. bila smpai ke 3/4 semula, bererti dah dekat nak habis cerpen. Jadi, tak byk lagikan, di situlah penyelesaiannya/klimaks.
2. Setiap cerita mesti memusatkan pada satu masalah/isu besar saja, namun isu2 sampingan yang masih berkaitan dgn isu/masalah utama itu, digalakkan. Dlm setiap cerita, watak utama tu harus mengatasi masalah itu sendiri. Bantuan orang luar, sama ada pihak keluarga ataupun orang luar, sama sekali tidak digalakkan kerana ia menunjukkan kanak2 dan remaja itu lemah dan tak boleh berfikir sendiri.

3. Jgn sesekali beranggapan bahawa
buku cerita kanak2 yg pernah anda baca masa anda masih kanak2 dahulu,
sudah cukup baik utk kanak2 dan remaja zaman sekarang. Kini, citarasa dan
pemikiran kanak2 dan remaja jauuuuuh lebih advance dan mereka mahu membaca
karya2 sastera yang lebih canggih dan lebih mencabar.
4. Andainya anda rasa cerita
anda sudah meleret2 panjang (sehingga anda sendiri pun rasa bosan utk
meneruskannya – apatah lagi utk disuruh membacanya!), itu bererti anda sedang
diancam kesesatan plot; utk itu, berhenti seketika, dan ingat atau
rujuk kembali pada tujuan asal anda menulis. Misalnya, pada tema
cerita anda, tentang apa yang ingin anda perkatakan. Tentu ada perjuangan/mesej
yg ingin anda sampaikan lewat karya anda. Juga pada plot asalnya, dan bagaimana
anda memilih untuk mempersembah-sampaikan cerita anda. Lalu, edit
atau cantaslah yang meleret-leret itu, ambil isi cerita, dan mulakan semula
dengan lebih kreatif lagi
Kedengaran kejam jika disuruh
mencantas karya sendiri? Sebenarnya, lebih kejam jika karya kita ditolak/reject
awal2 oleh pihak penerbit. Jelasnya, yg ditolak atau direject bukan
diri pengarang karya itu – tapi karyanya yg tidak cukup matang atau mantap.

5. `Tunjuk’, jangan
`Beritahu’. Caranya mudah saja, fikir-bayangkan anda sedang menonton satu
babak dalam wayang gambar dalam minda anda, dan bagaimana wayang gambar itu
hidup, berkembang dan bergerak ke hadapan, mengikut cerita arahan anda
sendiri. Gambaran inilah yang anda tuliskan ke dlm bentuk karya kreatif
dan apabila dibaca, pembaca akan merasakan seolah-olah dia seolah2 sedang
menonton wayang gambar juga lewat mindanya.
Boleh saja anda menjelaskan sesuatu
perkara itu secara langsung, tp permudahkan dan sedikit2 saja, jgn sampai
kelihatan seperti pengarang `masuk’ dalam karya sendiri. Jika ini
berlaku, dengan sendiri kelihatan pengarang tidak matang dan mutu
karya jatuh.
6. Pasang telinga utk buat
`dialog’ hidup. Tentu tidak logik jika watak2 dlm karya anda
bercakap secara skema atau keras kejung, bukan? Manusia biasa akan
bercakap dgn patah2 perkataan yg kadang2 terputus2 kerana dipotong oleh lawan
bicara, kadang2 meledak2 marah, kadang2 merintih2 pilu – siap dgn mimic muka
dan bahasa tubuh dan sebagainya. Dan, mcm org dewasa juga, tak semestinya
apa yg watak2 itu tuturkan, sama dgn apa yg mereka tindak-tanduk merea, bukan?
Ia lebih kurang sama dengan orang dewasa. Paling mudah,
hampiri golongan kanak2 atau remaja yg ingin anda tonjolkan dlm karya anda, dan
dengar bagaimana mereka bercakap sesame sendiri dan tulis dgn cara
itu.
7. Gunakan bahasa2 yg
segar atau puitis, untuk menggambarkan maksud anda dgn lebih
tepat. Tapi jangan terlalu berbelit2, asal dapat menggambarkan perasaan,
sudah memadai. Anda digalakkan membaca dan membaca dan membaca
banyak2 karya2 kreatif kanak2, remaja dan dewasa, dan kemudian
berkarya dan berkarya terus utk mempertajamkan bakat dan memperolehi
kemahiran gaya bahasa tersendiri begini.
8.Cari kelainan/keunikan untuk mengelak daripada sesuatu yg klise atau sesuatu yg sudah banyak kali ditulis oleh orang lain. Caranya juga tidak sesukar mana, jika anda berusaha lebih untuk mencipta perumpamaan2 atau perlambangan2 sendiri, utk mengangkat karya anda ke tahap mutu yang lebih tinggi. Ciptaan sendiri anda inilah yg meletakkan ia sebagai unik.
9.Jangan sekali2 memandang rendah terhadap golongan kanak2 dan remaja; lawan keinginan anda untuk berkutbah atau member nasihat secara langsung kepada mereka, biarpun lewat karya2 berunsur keagamaan. Perkayakan karya anda dgn menggunakan bahasa2 indah dan kaya dgn perumpamaan, peribahasa dan sebagainya untuk menghormati mereka. Gambarkan (mcm tengok wayang, bukan mcm dengar ceramah) mesej cerita dgn kreatif, berseni dan bijaksana, dan mereka akan faham, lebih menghargai dan lebih menghormati anda di atas usaha anda untuk tidak melulu mengkritik atau mengutuk mereka seperti yang dilakukan oleh segelintir pengarang2 lain. Yg paling penting, mereka akan lebih mempercayai anda sebagai pengarang yg hamper sekali dgn jiwa mereka dengan tidak memperlakukan mereka seolah2 golongan terencat akal.
10.Watak2 utama anda harus belajar sendiri untuk mendewasakan diri dan pemikirannya, di sepanjang karya tersebut. Watak2 tersebut akan mendapat `pencerahan’ dan pemahaman yg lebih mendaam, pada penghujung cerita. Jika ini tidak berlaku, untuk apa mereka membaca karya anda? Dan untuk apa anda menulisnya?
11. Ulang kaji dan lakukan pengeditan sendiri, sehingga puas hati, baru hantar kepada pihak penerbit. Karya2 yg sudah terbit di pasaran, semuanya melalui proses yang sama; diulang-baca dan diedit berulang kali oleh pengarangnya, sebelum dilakukan yg sama oleh pihak editor pula selepas itu.
12. Jangan mudah patah semangat. Andainya karya anda ditolak/reject pun, padahal anda sudah bertungkus lumus bersifu sana sini, tidak bermakna karya anda tidak baik. Mungkin saja ia bukan citarasa editor dan jenis karya bagaimana yg diperlukan oleh pihak penerbit tersebut. Untuk itu, tanyakan dahulu jenis karya yg mereka perlukan. Dan jika anda berminat utk menerbitkan karya anda lewat penerbit tersebut, buatlah seperti yg diperlukan; harus ada member dan menerima antara pengarang dan penerbit. Jika tidak berminat, tabah terus dan cari penerbit lain.
Namun, bagi karya yang bermutu tinggi, kiranya anda tiada masalah utk mendapat pasaran. Bagaimanapun, seelok2nya jgnlah sekali2 menghasilkan karya utk remaja dan kanak2, jika dalam hati anda tidak pernah suka pd mereka, kerana hati anda dapat dibaca lewat karya anda.