Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, March 3, 2013

bila rasa kurang sihat

itu kifarah dosa-dosa yang bertimbun.  Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami.  Istighfar.  Tapi aku tak mo share kisah sedih sakit pening melepek separa pengsan ke hapa tu ... aku nak kuarkan gambar-gambar budak bulu-bulu ni je.  Cool.  Sakit dari Allah, kesembuhan juga dari Allah.  Semoga selepas susah datang kesenangan.  Semoga selepas kesakitan datang kesihatan.  Semoga selepas kelalaian datang keinsafan.  Semoga selepas kejahilan muncul cahaya hidayat dari sisi Allah.  InsyaAllah, ameen ameen ameen ya Rabbal alameen.

gaya seekor hero

jumpa kucing kat kedai makan Subhana, sebijik sejibon macam Muezza.  Sedang lena tidur, somi aku angkat dia melepek balik dengan malasnya.  Allah nak bagi rehat.

enak suam menyelit kat kusyen ~ Penter & Citah

Ayu munajat mendoakan manuskrip aku melepasi penilaian (tu cd manuskrip)

nak ikut jalan-jalan

Naqib sabar je perati perangai budak bulu-bulu

sejak kena bawak gi injet, Mizi makin suka masuk kereta

Jagua n Loped - gaya santai dalam bakul motor

empat beradik melepak dalam cover tayar yang dah tercabut

hobi masuk kain time nyidai baju

yang bapak tak muat nak masuk, baring2 je le

bolatnya mata mama ... saspen masa angkut ke jab. haiwan untuk injek

pandang kanan dulu

pandang kiri, baru melintas okeh

kecian mama ... sabar je la eeeh

Muezza ... lepas kenyang (boleh kenyang ke ... ntah la) main kejar2  ngan adik2 kecik

mama pelik (kes keras tangan tak jadi - nak buat food container semiauto yang tak menjadi tu hehe)

nampak? 

gaya diva - Ayu (gambar diambil khusus untuk tatapan Epol yang request di fb hehe)

mata Ayu memang cantik kuyu gitu







abu hurairah?  hehe





Ayu yang solehah hihi
Tamatlah sudah entri aku hari ni.  Sejak aku mewarwarkan kecintaan pada haiwan berbulu ni, agaknya ada juga peminat sehati sejiwa yang datang menjenguk kisah budak bulu-bulu.  So inilah kisah budak bulu-bulu kat rumah aku.  Ada banyak lagi insyaAllah sikit demi sedikit aku akan share untuk tatapan semua.  Biasanya gambar dishare di fb, tapi semenjak aku hilang mood nak bersosial di sana, aku bercadang bergelandangan di blog ni je, sementara blog ni masih ada.  Tiada yang kekal melainkan Allah semata-mata.  Allah Maha Kekal selamanya, dan Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa.  Kasih sayang pada budak bulu-bulu ni anugerah dari Allah jua.  Alhamdulillah.  Apa yang kita buat semata-mata untuk mencari redha Allah.  Dan maksud hidup kita bukanlah dunia, tetapi akhirat yang kekal selamanya.  InsyaAllah, sama-samalah kita membaiki diri dan memperbaharui iman. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing