Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Search This Blog

Loading...

Petua keluarga menghilangkan batuk berkahak

(Entri ini berdasarkan pengalaman diri sendiri)
Petuanya mudah sahaja iaitu minum air suam dengan panas sekadar yang termampu untuk diminum.  Lagi berasap air itu lagi bagus. Biarkan badan berpeluh dan insyaAllah batuk dan kahak akan mudah dikeluarkan dan tidak berlarutan.
Saya kerap diserang semput (asma) semasa zaman persekolahan.  Kerap ponteng sekolah dan kerap masuk hospital sehingga saya lali dan timbul seronok menjadi perhatian  pesakit lain dan nurse-nurse yang merawat.
Suatu hari abah mengikut kawan-kawan masuk hutan untuk berburu.  Abah mendapatkan seketul hempedu landak (jika saya tidak tersilap) untuk mengubat penyakit saya.  Semenjak itu, saya beransur kurang diserang semput sehingga dewasa.  Namun ada orang kata, nanti waktu tua penyakit itu akan datang semula.  Wallahualam.
Semakin dewasa, sekiranya saya mendapati badan sudah seram-seram sejuk tanda kurang sihat, saya akan  membungkus tubuh dengan baju tebal, memakai stoking dan berselimut tebal. serta tidak membuka kipas.  Saya cuba sedaya-upaya tidak mengambil sebarang pil.  Insya Allah, biasanya menjelang sepertiga malam, saya mula berpeluh menandakan sudah sampai masanya saya membuka pakaian tebal.  Setelah itu, saya tidur semula seperti biasa dan alhamdulillah, menjelang pagi, kesihatan beransur pulih.
Ada juga petua orang tua-tua untuk menghilangkan kahak iaitu mencampurkan air limau kasturi dan madu untuk diminum.  Secara logik, madu yang bersifat panas dan limau yang berasid berfungsi mencuci tekak dan mencairkan kahak.
Petua abah pula, embunkan nasi bersama gula batu, dan dimakan pada esok pagi.  Ini lebih berkesan untuk menyejukkan tubuh yang panas di dalam.
Saya juga ingin berkongsi pengalaman seorang rakan sekolah yang mengalami demam panas berpanjangan.  Suatu ketika kakak beliau terdorong untuk menarik rambutnya sehingga meletup-letup, setelah agak lama, kepalanya dirasakan semakin ringan dan demam panasnya beransur sembuh.
Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati.  Utamakanlah sumber semulajadi dan makanan sunnah, lebih berkat dan mendapat pahala menggunakannya, insya Allah.  Tidak berputus asa untuk terus mencari ubat yang serasi, kerana di sekeliling kita terlalu banyak rahsia tersembunyi yang tidak diketahui.  

Penyakit yang dihidapi adalah tanda sesuatu yang tidak kena pada tubuh.  Banyakkan minum air untuk membantu mengeluarkan toksik dan melancarkan peredaran darah.  Sembelit yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kepala pening dan tubuh menjadi lesu.  Hakikatnya, setiap penyakit itu membuktikan betapa manusia ini makhluk yang lemah, memerlukan Tuhan sebagai tunggak kehidupan untuk memohon dan meletak harapan di setiap saat yang masih bersisa.  Juga tanda Kasih Sayang Tuhan kepada manusia agar pandai merintih dan memohon kepadaNya.

6 comments:

karipapsayur said...

datang tengok petua yee.. anak batuk nihh

Angin Selat Melaka said...

Salam...
Batuk berkahak ni bolehjadi disebabkan oleh lendir serta bakteria yg bersarang di dalaman kerongkong. Dapat kaedah merawat gejala tersebut di:

Cairkan kahak, lendir dan kuman yg mengakibatkan batuk kronik

Semoga ketemui jln penyelesaian.

vigilante said...

Kita nak petua yg tak berbayar punya (freefreefree)kalau yg berbayar berlambak dekat tepi jalan kawan...

Naqhuhines said...

vigilante :-)
jaga perut kerana ia punca penyakit dan ia juga punca ubat. Percuma tu! Juga banyakkan berdoa meminta kepada Allah yang menjadikan penyakit dan menyediakan ubatnya, juga percuma! Selamat mencuba.

ummu said...

assalamualaikum puan
terima aksih ya atas perkongsian petua ni.sekarang ni, di tempat saya pun panas dan ramai juga yg sakit tekak

Naqhuhines said...

Ummu, ada banyak lagi petua untuk kita gunakan, mungkin ummu rajin mencari di blog-blog petua. ya, sekarang ni cuaca sangat panas, di sini juga serupa. paling tidak kena pastikan pengambilan air masak secara teratur, juga untuk buah pinggang, pendek kata air memang sumber kehidupan untuk sekujur tubuh kita.

Blog Archive

blog karkun

ensiklopedia aurat

aku dan dia

Lilypie Angel and Memorial tickers