Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, March 5, 2013

Bosan bermusimkah

aku ni?  Setakat hari ni, yang aku tau boikot bermusim pada produk keluaran syarikat milik yahudi. 

Musim pula bermakna satu tempoh sesuatu sedang rancak berlaku.  Musim bola, musim buah, musim orang kawin, musim kucing mengawan, musim pecah rumah, musim sejuk.  Yang indahnya tentulah musim haji. 

Musim bosankan fb datang lagi.  Tapi aku tak bercadang nak berhenti dan tutup akaun.  Ada kenalan dan urusan yang harus diselesaikan menerusi fb.  Err ... bukan pembelian online.  Aku bertaubat membeli online.  Keadaan tak mengizinkan sekaligus hati aku tak ghairah nak membeli.  Wallahualam.  Izin dari Allah, dengan izinNya semua boleh jadi.  Bukan 'ada duit semua boleh jadi'. 

Jadi sesekali aku menjengah fb juga.  Sekadar lihat notification kalau ada status yang mention nama aku, juga saudara-mara yang update sesuatu berkenaan keluarga.  Kekadang update di fb lebih cekap dari telefon.  Semalam aku baru tau bapak mertua tak sihat dari status adik ipar, abah jatuh kat kebun 4 hari lepas.  Selasa lepas (2 hari sebelum jatuh, anggaran aku begitulah) aku ada berborak sikit dengan abah di telefon.  Lepas tu kami dilanda simptom kurang sihat,  menyebabkan keinginan nak bertelefon merudum.  Semoga Allah memberi kesembuhan pada abah dan memberi pahala yang besar atas kesabarannya.

Ok.  Fb.  Mungkin bukan aku seorang yang bosan.  Mungkinkah?

Kenapa?

Tak perlu rasanya aku cerita pasal lambakan maklumat.  Lambakan petikan maksud al-Quran dan hadis (faham? amal?).  Lambakan kata-kata hikmah (ambil iktibar?  peringatan? praktis?).  Lambakan info terkini. Lambakan iklan.  Lambakan petua, cerita, dan segala macam yang melambak.  Fb adalah diari masakini.  Itu semua orang tau.  Bahkan lebih arif dari aku.

Mungkin ini hanya aku.  Mungkin kakak-kakak aku juga (sebab dorang ni sangat jarang / susah nak update status di fb).  Oh ya, mungkin juga pada sesiapa yang tak ada fb, dah tutup akaun fb, tak tau ada 'benda' namanya fb.  Bukan senang tau.  Kekadang arwah-arwah pun masih ada akaun fb, caya tak?  Err aku agak je, sebab bila seseorang meninggal dunia, kaum-keluarga akan sibuk dengan urusan jenazah dan majlis tahlil.  Paling tidak akaun fb si mati akan terbiar tak diuruskan beberapa ketika.  Kes kematian mendadak, tak sempat nak berwasiat memberi password pada sesiapa.  Eh, melalutkah aku?  Kena tambah dalam senarai wasiat bawah bantal ~ ini password fb saya.  tolong tutup akaun fb saya secepat mungkin.

Ok.  Fb semula.   Jadi apanya yang bosan?

l

l

l

l

l

l

l

l

l

Ini semua adalah kelemahan aku semata-mata.  Aku cuma nak sentuh bab merintih dan mengeluh di fb.  Aku tak betah membaca rintihan dan keluhan di fb.  Merintih di fb, bagi aku adalah pelarian semata.  Maaflah, aku pun pernah merungut-rungut di fb, tapi sangat sadis untuk mengatakan 'aku rasa itu semua buang masa semata'.  Orang yang sikit-sikit update di fb tentu tak setuju langsung.  Aku juga kurang gembira membaca komen-komen 'bijak' di sana.  Komen orang itu.  Komen orang ini.  Bodoh-membodohkan.  Maki-hamun.  Sindir-menyindir.  Walau apa pun isunya, topiknya, kategorinya. Cuba bercakap depan-depan, mau bertumbuk, tak mustahil.  Mencatat di keyboard, pun hati terasa.  Tak terasa, takkan berbalas jawab.  Ke mana kantungnya, kantung dosa ke kantung pahala?  Di buku mana catatannya, di buku dosa atau buku pahala?  Malaikat di sisi mana yang sibuk mencatat?  Di bahu kanan atau bahu kiri? 

Inilah kelemahan aku yang serba lemah dan serba kekurangan.  Aku tak terkejar komen dan isu yang ditiup bahangnya hingga jadi panas hangat hampir menyala-nyala.  Maka aku tinggalkan.  

Kelemahan aku juga, yang teramat lemah sangat susah nak mujahadah nak membaiki diri.  Aku menarik diri dan merapu di sini arghh!  .  Maka aku terasa satu ketika aku akan menjadi seolah-olah seperti seekor ulat gonggok yang bergulung di bawah kayu.  Bahaya sungguh perasaan ini, biasanya orang kata 'macam katak bawah tempurung' tapi kat rumah aku tak ada tempurung, dan aku pernah terpegang katak melekat kat tiang eeeeee. 

Ah, sebelum aku merapu lebih jauh, maafkan kelemahan aku dalam penulisan di blog ini.  Blog kehidupan dan tiada kategori pun.  Kisah keluarga ada, kisah kucing ada, fatwa mufti pun ada.   Pokoknya, buat masa ini aku mahu menjauhi fb.  Not to say bye-bye, just to give space in between.  Lagi satu, aku tak fikir di fb ada pahlawan-pahlawan sejati.  Teringat istilah keyboard warrior oleh Ibnu, iaitu para pahlawan yang sangat hebat di medan perang alam maya semata (kategori mengeluarkan status atau lawan komen nak tunjuk handal). Wallahualam, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Terfikir tentang diri.  Maaf di atas segala ayat-ayat yang mungkin mengecilkan hati sesiapa.  Blog ini hanya picisan.  Tulisan aku pun bukan berbentuk ilmiah.  Hanya ini yang termampu untuk seorang aku.  Jelasnya aku ingin mengajak, berhentilah atau kurangkan ber-efbi.  Jom kita baca al-Quran.  Jom baca sirah nabi saw.  Jom kita berzikir menyebut nama Allah.  Klise betul, kan.  Ya, itulah ajakan para nabi dan rasul sejak Nabi Adam as.  Peduli apa.  Bukan celik mata hadap efbi.  Nak tidur hadap efbi.  Memang susah.  Aku dah merasa ketagihannya.  Nak-nak kalau status kita dapat like dan komen.  Makin gedik aku jadinya.  Tapi ... nikmatnya tak sampai ke hati yang paling dalam.  Tidak murni.  Tak sejati.  Tak real la.

Selebihnya, aku berserah kepada Allah.  Semoga Allah menyelamatkan aku daripada sifat munafik yang berpura-pura.  Semoga Allah memberi faham.  Semoga Allah memimpin kita semua ke jalan yang diredhaiNya.  Aameen insyaAllah.

Ya Allah, kepadaMu berserah diri dan memohon hidayat dan kekuatan untuk mengikut jalan yang Engkau redhai.  Bukan lagi bosan bermusim tetapi keinginan yang tepat untuk meninggalkan sesuatu atau apa sahaja yang tidak mendatangkan manfaat jangka panjang iaitu manfaat akhirat.




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing