Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, March 3, 2013

Rutin uwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sekadar teringin menerbitkan entri lama.

'Helang berlegar di tengahari, ayam berkurung dalam reban;
                               tak ada duit boleh dicari, tak ada akal meranalah badan.'

Pantun dari uwan untuk malam ini.

Berpantun antara kegemaran uwan, yang selalu muncul tanpa mengira masa.

'Anak itik anak angsa,  beri padi dia nak dedak;
                             anak kutuk anak celaka, aku beri berlaki engkau tak hendak.'

Ini pantun orang marah, mungkin juga pantun jenaka orang tua-tua.  Uwan tertawa.

Jam 10.  Sudah waktu tidur.  Uwan sudah masuk ke bilik.  Tersenyum-senyum uwan melihat saya sedikit kelam-kabut menaip pantun yang bertaburan dari mulutnya.

Jam 5 pagi, uwan sudah bangun membersihkan diri untuk solat Subuh.  Selesai berdoa dan berwirid, uwan akan ke ruang makan untuk bersarapan.  Setiap pagi uwan akan meneguk susu Anelene


* Al-Fatihah buat arwah uwan Hajah Halibah Paan;  semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang soleh dan sentiasa dalam rahmat Allah.

2 comments:

nor laila said...

singgah pagi...as salam...

Ummi Amirah said...

waalaikumussalam Laila :D dah sihat ya ... alhamdulillah. Terima kasih Laila singgah kat sini :D

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing