Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, November 29, 2011

bila elok masuk madrasah?

(*note - entri ini pendapat aku sendiri ya)
Tadi ada kenalan suami menelefon.  Kakak dari PD tu bertanya pendapat suami, tentang hajatnya nak menghantar anak bongsu yang baru habis UPSR ke sekolah ugama atau pusat tahfiz di mana-mana.  Saya pun serta-merta teringat pertanyaan yang lebih kurang sama dari pengunjung blog, yang memakai nama IBU di ruang chat.

Mula-mula IBU tanya begini; Salam...saya nk bertanya, anak yg nk masuk Tahfizul ni sepatutnya habiskan form 5 atau tidak perlu? Saya ingin menghantarkan anak saya tetapi bnyk Ustaz kata biar complete SPM dulu. Anak saya form2.

Kemudian Ibu tanya kali kedua.   Salam...Yang manakah terbauk...sekolah biasa dulu sehingga complete SPM atau hantar lebih awal untuk tahfiz? nasihat? tq

Sebelum ni pun ada kawan yang bertanya pasal yang sama.  Jadi saya nak berkongsi la jawapannya di sini.

Sebenarnya anak-anak elok sangat diberi pendidikan ugama dari seawal-awal usia.  Kalau yang mampu memberi didikan sendiri, lagi afdal dan amat besar pahalanya.  Macam Tok Hamid kat Tangkak tu, katanya semua anak-anaknya yang 10 orang tu hafal al-Quran dengan terjemahannya sekali.  Bila kawin baru (mungkin isterinya dah meninggal ... tok ni pun umurnya dah lebih 100 tahun), dapat seorang anak perempuan yang baru berusia 11 tahun, juga baru selesai hafal al-Quran berserta terjemahan.  Uihh jelezzzzz betul mendengarnya, kan!

aku pun nak hafal juga, tapi masih terhegeh-hegeh kat surah al-Mulk huhuhu .... boleh baca tapi sangkut-sangkut bila tak tengok. Alhamdulillah surah al-Waqiah dah ok dah ...

Tapi kita-kita yang orang awam ni, andai rasa kurang mampu atau memang tak mampu nak beri didikan macam tu kepada anak, eloklah kita serahkan kepada guru yang mampu.  Carilah pusat tahfiz yang bertauliah, betul-betul tersusun dari segi pentadbiran dan pengurusan.  Sekarang ni banyak betul pusat tahfiz dibuka, tapi karang anak awak kena keluar mencari rezeki bagi pihak madrasah pulak ...  bukannya mengadap kitab.  Hah, macamana tu?  Alasan yang diberi ialah untuk praktikal budak-budak tu menghadapi dunia di luar sana.  Saya tak setuju, bila masa nak belajar dan menghafaz?  Bukan ke ibubapa dah bayar semua yuran.  Ooo lupa pulak, mungkin itu tempat belajar anak-anak yatim yang mengambil dana dari derma masyarakat dan orang korporat.  Tapi walau apa pun, memang tak patut.

Kalau kat tempat anak saya ni, madrasah pelajar lelaki menerima seawal umur 13 tahun.  Bukan mudah nak menjaga anak lelaki yang terkenal lasak.  Kalau dah 13 tahun tu insyaallah dah mula nak matang, masih mudah dididik dan ditegur.  Ada pusat tahfiz (persendirian/ orang perseorangan punya) yang menerima pelajar lebih muda, usia prasekolah.  Janji suka nak belajar.  Pelajar cilik ni akan diajar membaca dari mengenal huruf hingga dapat menghafaz.  Tapi mereka tak tinggal di madarasah, kena balik hari.  Dua orang anak Raja Azura dah pun belajar di pusat tahfiz di Shah Alam, tempat Naqib mula-mula belajar dulu.  Masih kecil lagi dua beradik tu, 5-6 tahun je umurnya.  Sekarang ni mungkin dah hafal banyak surah-surah, mungkin juga dah naik al-Quran.  Tak tau cerita sejak Naqib dah ke Bukit Changgang.

Mulanya saya fikir semua pelajar tahfiz berumur 13 tahun, tapi rupa-rupanya ada yang lebih tinggi lagi umurnya.  Allah menjadikan manusia ni bermacam-macam citarasa.  Ada yang masuk belajar alim (belajar kitab hadis muktabar) dulu sampai habis 8 tahun, kemudian baru belajar hafiz pulak.  Namun yang majoritinya mereka ambil hafiz sampai shahadah.  Jadi ada la terselit beberapa orang senior yang dah berjanggut sejemput, dan mereka ni la yang jadi taiko kat madrasah menyakat budak-budak junior hehehe ...  Meon! Meon!  tak panggil Naqib, tapi panggil nama bapak dia je ... bengang le budak ni dengan pelajar senior yang rajin menyakat.  Tak pe la nak, belajar jadi sabar hehehe ...

Berlainan dengan pelajar perempuan, saya terserempak pelajar muda berumur 10 tahun yang datang mendaftar di madarasah Laila Ain tempohari.  Kata mak budak comel tu, anaknya baru je berhenti sekolah kebangsaan untuk masuk belajar hafizah di madrasah tu.  Masa tu baru lepas raya puasa.  Ceritanya lagi, masa cuti sekolah suaminya pulun mengajar anaknya tu mengaji sampai khatam al-Quran.  Haa ... barula boleh masuk madrasah kan!  Ada kebaikannya budak perempuan masuk awal sebab mereka mungkin belum datang haidh lagi, jadi boleh menghafaz sepenuh masa (saya tak pasti macamana cara hafal kalau yang dah datang uzur, mungkin setakat ulang-ulang yang dah hafal je tapi nak hafal yang baru tak boleh la kot) boleh la cepat khatam dah syahadah.  Hati pun bersih ingatan kuat hafalan cepat melekat.  Budak perempuan pun tak senakal dan selasak budak lelaki.  Mereka juga cepat matang dari segi emosi dan fizikal, mudah dari segi pengurusan.  Err betul ke?  Betul la tu ...

Saya pun kalau boleh nak hantar semua anak-anak saya masuk seawal mungkin ke madrasah.  Tapi suami saya suruh semua habiskan UPSR, dapatkan kemahiran membaca rumi, mengira dan boleh faham bahasa inggeris, baru masuk madrasah.  Tambah-tambah lagi syarat kemasukan mesti 5A UPSR.  Hemm ... tak baik orang kata budak tak pandai je yang masuk madrasah tau!  Cer tanya budak madrasah tu, ramai yang 5A ya!!!  Macam mak mertua saya kata, Laila Ain tak pandai belajar biarla dia masuk madrasah.  Eh, anak saya tu bukanla tak pandai, tapi saya je yang tak nak bagi tekanan kat dia.  Tambah-tambah lagi dia ambik masa nak menyesuaikan diri kat sekolah baru dengan silibus baru, sedangkan tak sampai tiga bulan tukar sekolah ke Brunei terus periksa PSR (macam UPR jugak).  Bangga la jugak, dia dapat 1A 1B 1C 1D 1U.  Cantik resultnya hehehe ...  Kat sekolah ugama, dia skor nombor 1 sampailah exam sebelum balik ke sini, kawannya bagitahu kat fesbuk dia dapat nombor 1 lagi.  Kat sekolah menengah (masuk sekejap 7 bulan) pun dia skoral jugak, dan jadi ahli Majlis Pelajar (macam pengawas kalau kat sini).  Cikgu-cikgu dan kawan-kawan pun sayang sangat kat dia.

Saya pun tak kisah sangat, sebab memang dah berniat nak hantar semua anak-anak kami ke madrasah, jadi hafiz dan hafizah lepas tu sambung belajar hadis.  Kalau lepas tu minat nak try SPM, why not? Ambil je la secara persendirian, kalau result bagus nak masuk U pulak, carry on!  Mama abah tak halang pun.  Jadi orang profesional yang hafiz!  Dunia dapat, akhirat pun dapat.  Yang penting, anak-anak sudah ada pegangan ugama yang kukuh.  Tak de la bulan-bulan terima duit je tapi hati kosong, fikiran kosong, jiwa kosong, balik rumah adap tv gelak-gelak tengok orang buat kelakar, tercopong tengok orang kejar bola, atau meleleh-leleh airmata tengok drama.

Hidayat dah target nak masuk madrasah lepas UPSR.  Saya doakan dia dapat 5A nanti.  InsyaAllah.  Tapi budak ni macam nak kena pimpin belajar betul-betul, tak boleh nak bagi arahan dan suruh dia buat sendiri.  Adiknya Hanessa, sejak saya gembar-gemburkan jumpa budak perempuan 10 tahun tu, abah dia pun tak kisah no komen bila saya bagi hint nak masukkan anak bongsu dia ni naik tahun 4 nanti, serentak dengan Hidayat ke madrasah jugak.  Dua-dua anak ni kalau boleh biarlah ambil hafiz @ hafizah juga.  Ya Allah, amatlah besar harapanku padaMU agar Engkau sampaikan hajat dan meredhai niat di hati kami ini.

Jadi, apa tunggu lagi.  Moh le kita gi madrasah bawak budak-budak tu, sekarang ni pun tengah pengambilan pelajar kat madrasah Naqib dan Laila Ain.  Ehhhh nanti dulu, eloklah buat pertanyaan kat mudirnya.  Tak beradab pulak main terjah-terjah kan ...  Saya tak perkenan betul siri terjah-terjah kat tibitiga tu ... ntah hapa-hapa ...  dah lama tak tengok tibi pong ... ada lagi ke terjah-terjah tu ha?

Ni saya bagi nombor telefon mudir ya, sila la take note.

->  Ustaz Yusuf (madrasah Bukit Changgang) 019 - 2770420
->  Ustaz Mohd Hisham bin Nordin (madrasah Lil Banat Bukit Naga) 019 - 2485938

** Sekiranya panggilan tidak dijawab, jangan mare ye, sebab kadang-kadang ustaz-ustaz ni outstation ke luar negeri ... jangan putusasa pulak nak call lagi dan lagi dan lagi hehehe ... insyaAllah.

OOOOOHH YAAAA, ni ada pesanan penaja sikit.  Banyak-banyak la berdoa kepada Allah bila anak kat madrasah.  Jangan ingat dah masuk tak leh keluar!  Tak de de ... batch Naqib hampir seratus orang tinggal berapa puluh orang je sekarang ni.  Ada yang sakit, ada yang makbapak suruh berhenti masuk sekolah biasa, ada yang tak de duit nak bayar yuran ... macam-macam la.  Kata Naqib, itu tapisan Allah.

Jadi bukan senang nak memikul gelaran hafiz ni.  Banyak ujian dugaan dan cabarannya.  Jadi kita doalah banyak-banyak untuk anak kita kat madrasah, dan banyak-banyak juga istighfar semoga dosa-dosa kita diampuniNYA, tak jadi asbab anak kita tertendang dari line tu ... JUGA, jangan hantar anak ke madrasah sebab nak repair dia punya perangai.  Kenapa anak dah buat perangai liar baru nak hantar?  Hmm ... baikilah niat supaya betul dan tepat dengan kehendak Allah.  Bila dah masuk situ, serahkan kat Allah.  Semoga anak kita dapat dididik oleh guru-guru di situ dengan al-Quran.  Memang itulah ubat jiwa dan hati manusia.  Jangan cepat melatah, kalau ada sesuatu berlaku pada anak.  Barang hilang ke, duit hilang ke, anak cedera ke, even anak kemalangan sampai meninggal di sana tu.  Uihh bukan senang nak masuk syurga kakkk!!!  Kalau sampai maut, itulah jalan dia menuju syurga, mati sebagai orang yang sedang menuntut ilmu yang bukan sebarangan ilmu, insyaallah syahid pahalanya, dan syurga menunggunya.  Allahu akbar!!!

Dulu orang hantar anak pergi berperang.  Mengejar syahid.  Melawan musuh Allah bersama Rasulullah SAW.  Sekarang  ni nak syahid dan mati dalam senyuman, boleh jugak, kena la pergi ke Palestin.  Mati dengan mulut tersengih.  Jernih je muka dengan darah-darah merata tu.  Tapi nak senang tak de main darah, hantar la anak belajar ugama.  Biar dia ontok-ontok kek situ, jangan dicuit diusik, bagi je moral support dan doa.  Dia mengadu, dongakan jo.  Bilo jumpo, tanyo pelajaran dulu.  Usah ditanyo makan apo?  Tu kendian la.

Lagi satu, tak abih lagi hehehe sori ... kalau nak bagi makanan, bagi la yang dimasak dengan tangan sendiri. Saya kurang setuju dengan separuh ibubapa, tau la kayo-rayo, boleh sponsor satu madrasah denga berkotak-kotak kentaki fed ciken tu.  Tak de pilihan ek?  Budak-budak pulak memang suka kentaki fed ciken.  Yang makan dapat seketul sorang, yang khidmat amik tiga ketul hehehe ...  Nantilah, doakan kami sukses nak bukak kedai briani ni.  Nanti boleh order ayam goreng spesel, kalah kentaki fed ciken.  Ehh ada iklan selingan plak ye ... iklan penaja hehehe ...

Sekian la dulu, memang kena stop sekarang jugak.  Nak cuci baju dan nak buat kukizzku hehehe ... Malam tadi tepon Laila Ain, dia kata nyosa tak bawak kukizzku lebih-lebih, bawak tiga peket je. Dia ingat tak laku.  Lepas tu ada dua kawan dia oda dua bekas yang tutup merah tu.  Alhamdulillah syukur. 

Harap IBU puashati dengan jawapan @ cerita saya yang meleret-leret ni hehehe ... apa-apa pun buatlah istikharah.  Semoga IBU diberi panduan dari Allah di sepanjang jalan kehidupan.  Ameen.

Ok, jumpa lagi :)))








3 comments:

Cikqzin Mdzin said...

salam... boleh ke hantar anak ke madrasah sebelum habis upsr? bukan ke
mulai tahun 2003, kanak-kanak mesti mengikuti pendidikan wajib iaitu hingga tamat sekolah rendah? minta pencerahan ye... terima kasih.

Ummi Amirah said...

Wslm Cikqzin Mdzin, terima kasih sudi berkunjung ke sini :)

Begini jawapan saya bagi pihak diri saya sendiri. Saya memang suka sangat melihat orang memakai jubah serban, dan saya sangat memandang tinggi orang yang hafaz quran. Oleh itu saya mahu anak-anak saya juga begitu. Maka saya berazam memohon Allah memilih zuriat saya untuk menjadi seperti itu. Apa yang datang dari luar, bukan saya menentang tetapi nampaknya jalan dipermudahkan Allah. Di madrasah, saya lihat ada anak-anak seawal 10 tahun yang ibunya guru dan bapanya pegawai kerajaan. Tentu mereka tak ambil UPSR. Saya berbincang dengan ustazah, ada yang bercadang mahu ambil SPM. Selebihnya mereka mahu bergelandangan dalam dakwah fisabilillah yang tak perlukan sebarang sijil. Semoga Allah memberi pencerahan. InsyaAllah.

Abe Wea said...

Assalamualaikum sis
Nak tanya...
Nama sek. tahfiz di bukit changgang...
Terima kasih

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing