Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, March 5, 2013

Terima Kasih Abah

Catatan ~ Tarikh 5 Mac 2013.  Selasa.  Alhamdulillah hari ini aku telah menyelesaikan sebuah cerpen kanak-kanak bertajuk Terima Kasih Abah, serta telah mengirimnya lewat emel kepada editor majalan Dewan Pelajar untuk pertimbangan beliau.  Semoga cerpen ini diterima dan diterbitkan insyaAllah ameen.

Pada masa yang sama aku sedang cuba menyiapkan cerpen dewasa untuk majalah pilihan.  Ini merupakan percubaan pertama untuk karya dewasa.  Ia sekadar mencabar keberanian diri.  Semoga Allah membantu urusanku ini.  Setiap catatan karya ada mesej, walau macamana poyo pun ia kutulis termasuklah di blog ini.  Ada sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Selain itu, aku masih menimbangkan saranan kakak untuk koleksi kisah-kisah benar, sebagai contoh dari perjalanan para sahabat r.hum.   Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku.  Mohon doa yang baik dari semua.

Biar mulut terkunci rapi
kerana ia akan mengalir bisa
yang mematikan hati
meruntuhkan jiwa

biarkan pena menari
mengganti kata-kata
gelodak gejolak di dalam dada
ada rahsia di sebalik rahsia
ada api tersembunyi dalam hati
hanya Allah maha mengetahui

kebenaran yang tak terungkap
bukanlah rahsia
sudah adat orang halus jiwa
tak mampu menyusun bicara
maka biarkan pena mengambil tempatnya.




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing