Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sarah

290113 ... Aku sedang angkat kain dari ampaian.  Tiba-tiba, 'ting tongggg! ting tongggg!' Aku nampak bayang-bayang orang kat tepi pagar.  Sarah!

Aku pun alu-alukan dia datang.  Wahhh, Sarah datang pakai baju kurung pink dan tudung labuh pink yang aku beri dulu :D.

Teringat balik, time dia nak periksa PMR tu, aku ada bagi dia hadiah tudung labuh pink beserta sehelai purdah pink.  

Dalam tiga minggu lepas dia ada datang pulangkan dan pinjam buku dari library rumah aku.  Lepas tu aku bagi tazkirah sikit pasal pakaian.  Aku kata dia kena pasang azam untuk pakai yang tutup aurat, maksud aku pakai gedoboh sikit la ngan tudung labuh.  Dia sentiasa pakai seluar jeans (pada aku fit) dan t-shirt long sleeve (aku rasa fit jugak), dan tudung putih yang jarang tu (dia belit kat leher).

Semalam dia tegur aku kat kotak.  Dia nak datang sebab rindu nak dengar suara aku cerita kisah nabi-nabi.  Hehehe ... ada gak yang rindu! :P

Minggu lepas dia ada tanya if dia boleh datang ngaji ngan aku, bawak adik lelaki dia sekali (Hakim) yang pernah aku jaga kat nurseri aku dulu.  Hmm aku pulak sejak berdue je ngan suami ni, selalu pulak kuar rumah.  Time uwan kurang sihat ni, kekadang aku balik kampung.  So cane?  Aku mintak maaf kat Sarah sebab kelemahan aku ni.  

Selamat jalan untuk Sarah.  Semalam dia telah mendaftar diri di sekolah vokasional Kuantan Pahang.  Ahad kelmarin Sarah muncul di depan pintu mengembalikan tiga buku yang dipinjam.  Aku belek buku-buku itu dan menghadiahkan dua darinya kepada Sarah.  Aku cuma mengetahui hal tawaran menyambung pelajaran di Pahang melalui laman sosial facebook.  Sarah memberitahu, hanya seorang guru yang maklum.  Selainnya termasuk kawan-kawan sekelas akan kehilangan dia tiba-tiba.  Sadisnya!  Walaupun aku kadang-kadang geram mendengar cerita Sarah ditarik-tarik kawan-kawan sekehendak mereka, tapi mengenangkan kejutan yang bakal mereka lalui membuatkan aku rasa kasihan pula.  Selamat berjuang.  Semoga Allah menyelamatkan dan memelihara Sarah walau di mana berada.  Aku berpesan macam-macam pada Sarah.  Khususnya menekankan amalan membaca Ayatul Kursi tu.  InsyaAllah Sarah tak akan lupa sampai bila-bila, balasnya.  

Tiba-tiba aku rasa kehilangan pulak hmm ... Sarah.

Tu la citernya.  Ada banyak lagi dia cerita kat aku.  Pasal budak lelaki nak couple ngan dia.  Pasal kawan dia pakai tudung pendek.  Pasal kawan ajak makan KFC.  Pasal Hakim pakai jubah.  Memacam.

ALhamdulillah Allah izin aku bercakap lagi dan lagi.  Aku niat inilah dakwah aku hari ni, pada Sarah.  Terharu rasa hati bila tengok Sarah datang berpakaian demikian.  Dan aku hadiahkan dia dua helai tudung labuh yang tersimpan dalam almari.  Sehelai dark blue yang aku buat untuk Hurilain (tapi dia banyak lak cekadak tak mo pakai sebab tak matching ngan jubah dia, warna dark blue).  Satu lagi tudung putih masa aku kawin dulu, means dah 17 tahun dah tudung tu.  Sebelum ni tudung tu ada manik-manik bagai dah aku buang.  Ingat nak pakai tapi tak pakai jugak.  Rezeki Sarah nampaknya.  

Semoga Allah bantu Sarah istiqamah pakai menutup aurat dan mengikut jalan yang diredhaiNya.  Aameen.

Balik dari SP tadi, aku singgah di kedai sekejap.  Balik rumah ambik cookies yang aku pulun membuatnya 2 malam berturut-turut hantar ke kedai untuk masuk dalam beg yang disediakan.  Balik rumah semula ... dan aku terlelap tak sedar apa.  

Sayup-sayup kedengaran bunyi loceng pagar ... Sarah datang untuk tusen!  Sedangkan aku tak mampu membuka mata ... kelopak mata melekat kuat bagai digam.  Tidur 2 jam je pagi tadi then aku drive ke SP.  Alhamdulillah tak mengantuk driving.  Tapi waktu ini aku tak dapat bukak mata dah ...  

Tadi di SP aku berurut dan buat bekam darah untuk pertama kali dalam hidup.  Aku kabarkan dengan mata lelap, separuh mamai, agar beritahu Sarah, bahawa aku baru lepas berbekam dan sedang berehat.  Kelas kensel.  Lepas sayup terdengar suara suami memberitahu Sarah, aku terus hilang dalam lena yang panjang.  

Kasihan Sarah ... esok pun wallahualam la sempat ke tak berjumpa dia.  Sebenarnya hari ni dan esok tak masuk dalam jadual kelas bersama Sarah cuma aku je nak berinisiatif lebih.  Isnin ni dia akan menjalani paper terakhir iaitu Mathematics dan Kemahiran Hidup.  Jadi aku nak la cuba beri talian hayat terakhir ... tapi Allah menentukan ketakmampuanku hari ni ....

Esok ... aku ulang berurut sampai selesai lusa - urut 3 hari.  Last day akan buat kam angin.  Tadi bekam darah je.  InsyaAllah. Anak di madrasah pulak nak balik rumah sekejap.  Dah ambik tentulah kena hantar pulak ... Hmm ...

Semoga Allah memudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita, insyaAllah aamiin.  

 

Sarah sudah melepasi 6 kertas PMR.  Hari ini, Jumaat, dia tiada peperiksaan dan dia datang ke rumahku macam selalu.

"Cmana?  Boleh jawab tak?"  aku bertanya sebaik duduk untuk membaca kitab Fadhilat Amal, iaitu rutin sebelum memulakan sesi belajar.

Sarah angguk.  "InsyaAllah, boleh!"  dia menjawab singkat tetapi penuh yakin.

Aku pun menyebut satu persatu subjek yang sudah dilaluinya dalam tiga hari ini.  Sarah angguk-angguk.  Alhamdulillah, kataku dengan perasaan lapang.  Sarah tenang dan berkeyakinan.  Keputusannya biarlah Allah yang menentukan.  

"Doa tak?" Sarah angguk mengiyakan.

"Nak pergi sekolah salam mama ayah tak?  Mintak doa?"  Sarah angguk lagi.

"Nak tidur malam mintak doa tak?" Sarah angguk juga.  

Aku telah menyuruh Sarah minta mama dan ayahnya mendoakan dia sebelum masuk tidur dan sebelum pergi sekolah semasa peperiksaan ini.  Aku rasa nak pergi sekolah tu memang Sarah ada buat, tetapi mintak doa sebelum masuk tidur tu baru je dia buat hehehe ... selepas aku suruh.

Katanya,ada kawannya di sekolah yang resah, khuatir dan menangis ketika akan memasuki dewan peperiksaan.  

Aku tanya dia, "Kamu tak stress?"

"Tak!"  Mata Sarah sepet apabila dia tersenyum.  "Cik Intan suruh doa, saya doa." sambungnya terus tersenyum.

"Okeh, nak ikut tak pergi masjid Uitm Shah Alam Sabtu depan?"  Sarah cepat-cepat mengangguk.  

Sarah ... kadang-kadang fikiran aku melayang seputar meninjau dia di beberapa tahun akan datang ... di mana dan bagaimana Sarah pada waktu itu?  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Semoga Sarah sentiasa dalam petunjuk Allah dan pimpinanNYA.  InsyaAllah.

 

 ESOK, SELASA 9 OKTOBER 2012 - KHAMIS 12 OKTOBER 2012 ~~> SARAH ADA PAPER PMR.  JUMAAT TUSEN BALIK DENGAN AKU.  SABTU AHAD INSYAALLAH TUSEN GAK.  ISNIN LAST PAPER IF NOT MISTAKEN MATHEMATIC N KEMAHIRAN HIDUP.  

AKU CUBA BAGI TIP-TIP MENJAWAB PEPERIKSAAN YANG AKU TAU DAN AKU PERNAH BUAT.  DAN PALING AKU TEKANKAN, JANGAN SEBAB DIA INGAT DIA TAK BELAJAR KAT KELAS MAKA DIA TIBAI JE TAK MAU FIKIR JAWAPAN ATAU DIA TINGGALKAN JE SOALAN TU LALU DIA TANDA SUKA HATI DIA JE IKUT PETUA CIKGU YANG SURUH JAWAB DDDDDDDDDDDDDDDD SEMUA, ATAU ABCD ABCD ABCD ABCD ATAU BBBBBBBBBBBBBB SEMUA ... AKU BARU TAU STAIL JAWAB GINI PUNYA GAYA.  

 APA YANG SARAH BELAJAR SEJAK SARAH LAHIR SESAAT KE DUNIA, HINGGA HARI INI, SEMUANYA ILMU UNTUK SARAH.  GUNAKAN SEMUA TU UNTUK JAWAB SOALAN PERIKSA NANTI.  AKU PESAN.

SARAH ANGGUK DENGAN AKUR DAN PATUH.

AKU NAK DIA JADI THE BEST AMONG THEM ALL IN THAT 6 CLASSES ... KELAS KHAS TU.  HANYA ALLAH YANG MENGIZINKAN NANTI INSYAALLAH.

MALAM NI SALAM CIUM TANGAN MAMA AYAH DAN MOHON DOA.  PAGI SOK SALAM CIUM TANGAN MAMA AYAH DAN MOHON DOA.  TAK YAH GELAK-GELAK MACAM SELALU ATAU BORAK-BORAK MACAM SELALU.  SELAWAT BANYAK-BANYAK.  DOA BANYAK-BANYAK.  INGAT ALLAH SENTIASA.  NAK JAWAB BACA BISMILLAH.  

SARAH SENGIH.

LEPAS PAPER TERAKHIR, SARAH AKAN SAMBUNG NGAJI DAN AKU BACA TAKLIM.  AKU NAK AJAK DIA MENGHAFAL SURAH YASSIN PULAK.  AKU ALHAMDULILLAH DAH HAFAL TAPI KEKADANG KELIRU GAK.  NAK TUNGGU SARAH PANDAI BACA QURAN LAMBAT LAGI, JADI AKU NAK DIA HAFAL YASIIN DULU.  INSYAALLAH.

KEPADA ANDA, MOHON DOA UNTUK SARAH DULU KINI DAN SELAMANYA, SEMOGA DOA ANDA DIMAKBULKAN ALLAH INSYAALLAH.  JAZAKALLAHUKHAIR.

 

mungkinkah ini catatan terakhir tentang Sarah?...

Hari ini, 27 September 2012.  Esok hari terakhir Sarah datang ke rumah aku untuk bulan ini.  Minggu hadapan PMR akan bermula pada 9 Oktober (kalau aku tak silap masa dia bawak copy jadual yang ibu dia search kat internet, sekolah akan bagi jadual minggu depan katanya, punya la lambat...).  15hb dia akan selesai PMR.  InsyaAllah.

Hari-hari aku pesan time dia nak balik, kat pintu, 'baca buku, buat ulangkaji, banyak-banyak berdoa, jangan tinggal solat blablabla...'.  Sekadar pesanan ringkas je :)

Dia akan angguk dan senyum.  Matanya juga tersenyum.  

Aku doakan Sarah sukses walau ke mana arah tujunya nanti.  Ya Allah  pimpinlah hambaMu yang bernama Sarah ini di sepanjang perjalanannya, dan keluarganya, kumohon hidayah dan taufik untuk mereka dan kami semua.  Ya Allah hidayahMu tidak terbatas dan rahmatMu tiada had.  Kasihanilah Sarah dan kami semua hamba-hambaMu yang sentiasa mengharap kepadaMu, mengharap kasih sayangMu dan keampunanMu.  

Aamiin... 

 

1- esok peperiksaan percubaan PMR bermula.  Kelmarin Sarah serah jadual kelas intensif untuk seminggu ni yg diset oleh mama Sarah utk menghadapi peperiksaan percubaan ini.  Satu hari satu subjek harus dicover.

2.  malam tadi aku tegur mama Sarah semasa tunggu azan Isyak.  Aku bagitahu Sarah datang lambat hampir sejam sebab terlelap.  Mama Sarah kata dia nampak keletihan sangat.  Mama Sarah cerita pulak dia bertanya Sarah apa yang Cik Intan pesan?  Sarah jawab, banyakkkkk ... 

3.  setelah aku menyedari Sarah suka tinggalkan soalan yang dia rasa tak boleh jawab atas alasan cikgu tak ajar dalam kelas/cikgu tak bagi penekanan/ tak tau nak jawab - maka aku tekankan agar dia CUBA jawab selagi boleh dijawab, jangan tinggalkan satu pun, tibai pun tak pe apa lagi soalan yang ada anak-anak kecik berderet tu.  Mungkin ada markah penting yang boleh bantu dia lulus dengan baik.  Kini Sarah dah mula faham.  Dia mesti cuba jawab walaupun mungkin dalam kelas cikgu tak ajar sebab cikgu ada silibus minima untuk pelajar macam Sarah.

4.  aku dahte tau apa itu LD.  Mama Sarah bagitau.  Listening Disorder.  Confirm Sarah menghidap disleksia, pengakuan ke berapa kali oleh mama Sarah.  

5.  Mama Sarah kata Sarah sangat teringin nak masuk madrasah tapi mama Sarah cuak, boleh ke orang macam Sarah masuk?  Aku bagi cadangan agar dia ke madrasah dan buat pertanyaan terus kepada ustazah.  Ambil borang dan isi.  Sekiranya diterima, Sarah boleh cuba belajar secepat mungkin sambil menyesuaikan diri.  Kalau di madrasah anak aku, ada transport dari kawasan kami ke madrasah.  Sarah boleh ulang-alik.  Lepas setahun boleh cuba try stay madrasah, aku bagi cadang kat Sarah begitu.  Macam biasa Sarah senyum kesukaan.

6.  Sarah tukar gambar profile kat FB - perempuan berpurdah.  Tadi duduk je depan aku untuk dengar aku baca taklim, dia bukak mulut.  Katanya kawan-kawan semua tanya bila dia nak pakai purdah selepas tengok gambar profile dia tu.  Wahhh ... teruja betul!

7.  Aku tak rasa tertekan tetapi aku memikirkan harapan mama Sarah.  Sarah rileks je.  Mama Sarah sangat ambil berat kemajuan Sarah dalam akademik.  

~~> Ok Sarah, kita hanya dapat mencuba dan berusaha.  Ini adalah usaha kita.  Sarah jangan lupa berdoa.  Berbisik-bisik dengan Allah jangan ada rahsia.  Dengan orang kena rahsia-rahsia tapi dengan Allah tak yah.  Sarah cakap dalam hati pun Allah tau.  Sarah cakap pelan-pelan orang tak dengar tapi Allah tetap dengar.  Kalau Sarah rasa susah nak jawab, bisik la minta Allah tolong Sarah.  Karang cakap jelas orang pelik pulak.  Jangan lupa selawat nabi.  Penting tu!  Nak periksa ni, kurangkan cakap yang tak de faedah.  Selawat dan doa banyak-banyak.  <~~  aku terus bagi semangat dan dorongan kepada Sarah.  Santai dan cool je.  Aku tak fikir budak macam Sarah akan lebih maju jika aku buat stail cikgu garang kat sekolah (atau mama garang macam kat anak aku hehehe).  

8.  oh ya, Sarah pernah ikut aku ke madrasah anak perempuan aku.  Bila aku tanya jika dia nak masuk ke dalam, dia angguk.  Nampaknya Sarah sangat ingin tahu suasana di madrasah.  Budak-budak yang datang tu salam cium tangan dia.  Allah sahaja yang Maha Mengetahui jika itu semua telah membuatkan jiwa Sarah semakin menggelodak untuk masuk madrasah.  Allah Maha Kuasa, semoga Allah membukakan jalan untuk Sarah seluas-luasnya.

9.  Sarah masih ada tersasul bila baca Iqra.  Aku tegur dia dengan santai dan kami tergelak sama-sama.  Setakat satu dua muka surat je sehari, memang tak dapat memberi kesan mendalam kepada ingatan Sarah.  Aku bagitau dia, jika masuk hafizah, dia akan mengadap al-Quran hampir sepanjang hari setiap hari dan insyaAllah Sarah akan lebih pandai membaca al-Quran nanti insyaAllah.  Aku harap kata-kataku akan menjadi inspirasi atau motivasi kepada dia untuk membaca seterusnya menghafal al-Quran tak lama lagi.  


Sarah, apa-apa pun kita nak kita mintak kat Allah Taala ya.  InsyaAllah Allah akan beri nanti. 

Semoga Sarah dapat menjawab semua soalan wajib dalam peperiksaan percubaan PMR ini.  Jawab dengan betul atau jawab dengan tibai, aku dah pesan sungguh-sungguh dia mesti cuba jawab.  Err dulu aku macam tu la hehehe ... salah betul nombor dua.  Yang merait la pening kepala.  Sian cikgu-cikgu ... benarlah mereka ni umpama lilin yang membakar diri, namun ganjaran yang teramat besar menanti di akhirat sana insyaAllah. 

***


20072012

1. esok 1 Ramadhan 1433H.  Alhamdulillah.  Tadi aku n famili buat terawih kat surau Hj Hassan.  

2.  Sarah semenjak aku tegur dia (masa tu kat fb) supaya jawab dengan 'insyaAllah', apa je yang aku cakap dia sambut dengan 'insyaAllah'.  Hati aku sangat suka hati hehehe ...

3.  Sarah tag nama aku beberapa kali kat gambar niqabis.  Budak ni nampak macam betul-betul nak pakai purdah pulak!  Bagus!

4.  Dia kata mama dia punya bos punya anak pun masuk madrasah.  Jadi aku agak ada pengaruh kuat lagi positif di situ.  Aku  pun dah mencucuk Sarah supaya ke madrasah.  Semoga Allah buka jalan seluas-luasnya pada dia.  Hari ni Sarah sampaikan pertanyaan mama dia tentang lokasi madrasah anak aku.  Nak survey la tuh!  

5.  "Nanti kita pakai sama-sama ya Sarah!  Cik Intan memang nak pakai, tapi lum ada kekuatan."  Aku bagi alasan dengan buat muka muram + toya.

6.  Aku tengok Sarah memang belajar Buluh Kasap, dapat hujung pangkal lesap.  Adoiii ... tapi apa aku boleh buat.  Aku cuba je laaaaa ... Aku ajar dia supaya try the best jawab semua soalan.  Sebab dia suka-suka hati je tinggalkan soalan yang sebenarnya dia boleh buat.  Budak ni!

7.  "Ni soklan senang gila, Sarah!" Sarah tergelak dengar aku cakap macam tu.  Dia ni, bila cikgu tak ajar dia langsung tak nak try.  Err ... tapi patut la pun.  So aku ajar dia cara jawab soalan Matematik yang senang gila nak mampos tu!  Geram betul dengan Sarah ni tau tak?!  Tapi ... alamak ... mana boleh nak geram kat dia.  Sarah tak bersalah la!  

p/s - soalan yang susah aku tinggalkan sebab aku pun tak reti nak bagi dia faham, aku ajar dia jawab soalan yang mudah je yang tu la aku kata senang nak mampus tu.  Kalkulator pun dia tak bawak hari ni. Tak pe la  Sarah.  Ikut je macam yang Cik Intan ajar tu okeh. Hehehe ...  Aku sengaja cakap 'soalan senang nak mampus' supaya dia tau dan yakin diri bahawa dia boleh buat soalan tu walaupun cikgu kat sekolah tak ajar macam dia kata, wallahualam.  Ini pertama kali dalam hayat aku gunakan phrasa tu hihihi ... wallahualam jugak.

8.  last but not least - Sarah ni aku rasa 75.87% memang nak ke madrasah lalalala ...  jom Sarah!  tajuk novel aku yang seterusnya bertajuk Maisarah insyaAllah!  eh, apa kena-mengena?  hahaha!

9.  ada lagi satu novel bakal menyusul ~~ tajuk dia lagi best!  nak tau takkkkk?  Menantunya Karkun!  HAHAHAHAHAHAHAHAHA ... tajuk depan, bukak terus jumpa muka akhir, tamat.  Fuh, gurau tak kena tempat.  

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak esok.  Pagi esok kita bersahur insyaAllah.  Tadi kita dah berterawih kat surau @ masjid alhamdulillah.  Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang sudah-sudah, mungkin juga Ramadhan terakhir buat kita wallahualam.  Maaf zahir batin.  :P

***

 

18072012

Malam Isnin lepas, aku baru nak semak bacaan Iqra 6 Hidayat (dia turun Iqra masa kat Brunei sebab selalu salah baca, jadi balik sini aku semak bacaan Iqra 6 dia even kat kelas, dia memang dah baca Al-Quran, so ada pembaikan la, bacaan di kelas bantu dia baca Iqra 6 dgn lebih baik, dah terbalik hmm tak kisah la) tiba-tiba telefon rumah berdering.  Kedengaran suara suami kat hujung, menyuruh aku datang segera ke kedai sebab ada cousin datang dari KL.  

Kak Yeen datang dengan anak kedua dia, dan 'bakal suami'nya insyaAllah.  Lepas melayan Kak Yeen, aku duduk meja asing menunggu chicken chop pulak.  Chicken chop ni bukanlah real punya, hanya percubaan buat sekian kalinya tanpa bahan yang cukup dek chef-chef bujang tu.  Kak Mah pulak bagitau customer kat hujung sana tu adalah jiran dia yang juga guru pendidikan khas sekolah di mana Sarah belajar, malangnya Kak Mah tak tau nama dia.  

"Kak Mah gi la tanya nama dia, perkenalkan saya kat dia.  Saya ada benda nak tanya ni."  aku separuh mendesak Kak Mah.

Kemudian Kak Mah hantar makanan ke meja jirannya tu, dan aku nampak si isteri yang dikatakan Kak Mah guru pendidikan khas tu memandang-mandang aku.  Agak-agak mereka ni dah habis makan, aku pun dengan muka tak malu pergi mengenalkan diri hehehe ... Dan bermulalah soal-jawab tentang arah tuju pelajar seperti Sarah bla bla bla.  Dia memang kenal Sarah.  Dia mengajar Sains untuk kelas Sarah.

Hari ini, semasa aku memerhati Sarah menjawab soalan peperiksaan lepas, tiba-tiba aku rasa keliru.  Hujan yang kasar di luar bertukar renyai-renyai.  Aku perhatikan titik-titik hujan yang turun dari dalam (kami duduk tepi sliding door, bersila atas lantai beralas karpet) sambil melayan fikiran sendiri.

Sekiranya Sarah masuk sekolah vokasional, dia akan diberikan pendidikan kemahiran bersesuaian dengan minat dan kecenderungannya.  Menurut cikgu Nurul (cikgu yang aku jumpa malam tu), pelajar akan dikenalpasti minat mereka dan diserapkan ke bidang pekerjaan yang sesuai.  Contohnya bakeri, perhotelan, jahitan dll kemahiran lain.  Dia akan bekerja di situ, terima gaji dan itulah rutinnya.  Kita boleh jangkakan begitu.

Sekiranya Sarah masuk madrasah, aku cadangkan dia ambil hafizah.  Dia akan menghafal al-Quran bertahun-tahun mengikut kemampuan hafalannya.  Aku yakin apabila Allah mengizinkan Sarah masuk madrasah, bermakna Allah jua akan memberi dia kemampuan untuk menghafal insyaAllah.

Masalahnya aku sendiri jadi keliru.  Aku pulak yang kurang yakin sekarang.  Ya Allah!  Hari tu bukan main lagi aku beria-ia menggalakkan Sarah.  Hari ini aku terdengar-dengar semula kata-kata cikgu Nurul.  Katanya, insyaAllah semua pelajar ini akan dapat masuk ke sekolah vokasional tu, sebab ada bantuan dalaman.  Itulah yang dikhabarkan kepada aku.  Bantuan ini semata-mata untuk memudahkan pelajar seperti Sarah menyambung pelajaran hingga SPM dan masuk bidang pekerjaan nanti.  Dan katanya Sarah bukan dislekxia, tetapi LD.  L for learning, tapi D cikgu Nurul pun tak sure apa ...  Dan aku belum sempat nak menggoggle waktu ini.  Apa LD tu?  Benarkan Sarah bukan disleksia macam yang ibunya kata dulu?  

"Sarah, eloklah Sarah buat istikharah.  Kalau Sarah minta mama Sarah buat lagi bagus.  Sarah pun buat sama.  Kalau jawapannya ke sekolah, teruskan.  Kalau jawapannya ke madrasah, teruskan juga.  Sebab apa-apa yang terjadi nanti selepas istikharah, Allah sudah ambil tanggungjawabnya.  Ok."

Sarah tersenyum.  Aku sangat senang hati bila sekarang ni apa-apa je yang aku pesan atau cakap, Sarah akan jawab dengan jelas dan yakin, "InsyaAllah".  

Sebenarnya kan ... Sarah macam dah bulat tekad je nak ke madrasah.  Aku baca status dia kat fb, dan jawapan dia di situ, dia nak ke madrasah.  Semalam, aku cerita kalau kat madrasah dia akan pakai  jubah hitam dan pakai purdah.  Aku ceritakan juga pelajar termuda berumur 8 tahun.  Sarah senyum sengih je.  

Semoga Allah beri keputusan yang terbaik buat Sarah.  Sekiranya Sarah masuk madrasah, aku akan jadikan dia anak angkat aku.  Aku akan bersama-sama ibunya memantau setakat yang mampu.  Apatah lagi sekiranya madrasah Hurilain sudi menerima Sarah, bermakna Hurilain akan jadi tukang backup Sarah nanti.  Jangan makin garang udah la!  Tegas tak pe hehehe ...  

TETAPI ... BERSEDIAKAN MADRASAH MENERIMA PELAJAR SEPERTI SARAH???

~ untuk ini, aku akan berbaik sangka selalu.  Bukankah lebih baik Sarah 'bekerja' hafaz Al-Quran daripada menjadi pekerja mahir dunia semata.   Ini aku je yang cakap ... ustaz ustazah hafiz hafizah dan orang-orang yang berkenaan, wallahu'alam.  Aku nak tanya seorang hafiz ni, tapi sekarang ni dia dah jarang online.  Hmm ...

Mohon doa untuk Sarah ya :)

*** 

14072012

Ya Allah semoga laptop ini dapat bertahan hingga aku selesai mencatat di sini aamiin.

Ini kisah semalam petang.  Sarah seperti kurang ceria.  Mungkin penat.  Mungkin mengantuk.  Mungkin juga dia segan dengan Hurilain yang duduk di sebelahku bermain laptop.  Melihat riak Sarah yang seperti itu, aku beri isyarat kepada Hurilain supaya beralih kepada laptop abahnya di dalam bilik.  Setelah Hurilain berlalu, keadaan mula kelihatan pulih seperti biasa hehe ... alhamdulillah sehingga tiba masa membaca Iqra.  Sarah berjaya menghabiskan Iqra 3 dan masuk Iqra 4 pula.  Alhamdulillah.  Walaupun tidak perfect seperti kanak-kanak normal, dan aku harus membetulkan sebutan selalu, aku dapat merasakan itu adalah kerana keadaan dirinya yang menghidap dislexia, bukan kerana dia tidak tahu atau lupa huruf yang dibaca.  Aku masih kurang arif tentang dislexia, tetapi berdasarkan pengalamanku bersama Sarah, ia adalah keadaan hilang fokus beberapa saat yang memutuskan kesinambungan maklumat yang diberi.  Entah la ... Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Tetapi seperti yang pernah aku ceritakan dalam catatan sebelum ini, Sarah ada kelebihan mengingat.  Bermakna Sarah boleh menghafal apabila diulang-ulang selalu.  Inilah yang aku nak ceritakan kali ini.

Tiba saat nak balik, macam biasa aku ingatkan dia pasal serius berdoa, serius solat dan serius buat ulangkaji.  Sarah sengih, menunjukkan masih ada yang kurang beres.  "Malam tadi tidur cepat bangun lambat ..."  Dia bersuara halus.  Aku senyum je la.  

"Cik Intan!"  Sarah selalu buat nada seru macam ni, yang membuatkan aku selalu saspen.  

"Hah, apa dia?"  tanya aku dengan rasa penuh ingin tahu.

"Saya pening la, mama suruh pilih nak masuk mana."  

Aku keliru, tapi mula tangkap sesuatu.  Hati aku rasa something.  "Maksudnya?"

"Mama suruh pilih nak masuk sekolah vokasional ke atau masuk madrasah."

Jantung aku macam nak stop kejap.  Betul ke apa yang aku dengar ni?  Inilah yang pernah aku bayang-bayangkan sendirian di awal-awal Sarah belajar denganku.  Tapi tak aku nyatakan dengan dia.  Benarkah mama Sarah pernah bertanya sedemikian???  Ia benar-benar keajaiban dari Allah SWT!

"Mama tanya tahun lepas.  Saya pening la.  Bila tanya kawan-kawan, dorang suruh saya masuk sekolah vokasional."  

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk berbicara kepada Sarah sesuatu yang Engkau suka.  

Maka aku pun bersuara.  Tak perlulah aku nyatakan di sini, aku anggap pembaca tahu apa yang aku khabarkan kepada Sarah.  Bla bla bla ...

"Okla, Sarah masuk madrasah Hurilain nak?"

Buat sekian kali, aku rasa Sarah sangat comel bila tersenyum dengan matanya jadi sangat kecil dan sepet.  

Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku mencatat khabar tentang Sarah di sini.  Laptop yang kian uzur ini dapat bertahan beberapa ketika sementara tunggu pomen datang.  Jom sama-sama kita mendoakan Sarah akan memilih jalan yang terbaik, jalan bahagia dunia akhirat.  InsyaAllah.  Terima kasih atas doa kalian.  

***

Aku cuba bukak laptop ni.  Alhamdulillah, ok.  Tapi sekiranya tiba-tiba ia off, aku tak boleh nak buat apa.  Kini aku menunggu sahabat datang mengambil laptop ini untuk dibaiki, sesudah kursusnya selesai hujung minggu ini.  InsyaAllah.

Ibu Sarah menelepon aku minggu lepas, berbincang mengenai Sarah.  Katanya, keputusan peperiksaan pertengahan tahun semua merah.  Hmm ...  Barulah aku tahu tentang istilah 'silibus minima'.  Aku selalu bertanya Sarah, apa yang sudah diajar cikgu di sekolah.  Aku dapati Sarah masih berada di tajuk suku pertama silibus.  Manakala aku dah mencicit nak habis ke tajuk akhir, dengan melangkaui tajuk-tajuk yang aku rasakan complicated untuk Sarah menerima, dan susah untuk aku menerangkan.

 Kini, dengan permintaan ibu Sarah, aku membuat latihtubi dari soalan-soalan 7 tahun lepas, yang bukunya dibeli oleh ibu Sarah.  Aku juga diberikan nombor telefon penyelaras kelas Sarah untuk buat pertanyaan dsb.  Tanpa disangka-sangka, ibu Sarah menambah lagi upah untuk aku.  Katanya, sebelum ini upah itu untuk 2 subjek sahaja.  Kini aku diminta cover semua subjek untuk ?Sarah.  

Aku agak resah dengan hal ini.   Tapi aku sudah melangkah bersama Sarah.  Aku mesti teruskan jua, dengan memohon pertolongan dari Allah Taala.  Untuk menambah masa belajar, aku suruh Sarah datang setiap hari Jumaat juga.  Jadi kini Sarah datang ke rumahku lima hari seminggu berbanding empat hari sebelumnya, dengan menjadikan hari Jumaat itu sebagai hari standby untuk gantian sekiranya ada hari yang aku tak dapat mengajar sekiranya ada urusan mendatang.

Aku ulang selalu kepada Sarah, tentang DOA.  Aku ajar dia supaya berdoa dengan SERIUS untuk peperiksaan ini, seterusnya berjaya ke kolej yang diidamkannya.  Aku ajar dia supaya jangan tinggal solat (sebab dia kata kadang-kadang dia miss solat Subuh, dan kadang-kadang meninggalkan solat Zuhor kerana berkejar ke rumahku).  

"Sarah mesti serius jaga solat.  Serius berdoa.  Mesti serius!  Doa betul-betul.  Sampai nangis-nangis pun tak apa."  

Sarah macam terkulat-kulat memandang aku.  Entah, aku agak dia pelik dengan 'nangis sampai bengkak mata' tu.  Tapi sejak itu, setiap hari aku tekankan tentang solat dan berdoa yang serius ni.  Dia sampai, aku tanya dah solat atau belum.  Dia nak balik, semasa bersalaman di pintu, aku pesan supaya berdoa lepas solat dengan serius.  Apabila dia uzur, aku kata berdoa jugak, jangan tak doa.  Jangan lupa doa.  Aku ulang dan ulang.

Macam bagus je aku ni ... Sebenarnya bila berpesan kepada Sarah begitu, aku secara otomatik terasa pesanan tu corner balik kat diri aku.  Adakah aku serius solat?  Adakah aku serius berdoa?  Adakah aku berdoa sampai nangis-nangis bengkak mata?  Ohh ...

Ada ... tapi sangat susah nak serius solat.  Aku mengaku!  Ada, aku serius berdoa tapi sangat geram sebab sebaik je selesai bagi salam terakhir, Hidayat dan Hanessa mula bagi soalan yang aku memang tak layan, tapi menganggu konsentrasiku.  Ada, aku menangis bengkak mata tapi ... setahun sekali kot time sedih kecewa hampa frust menonggeng.  Aduhaiiii ...


Ehh ... nak cerita pasal Sarah dah tercerita pasal diri sendiri pulak hehe ...  InsyaAllah aku mula serius berdoa untuk Sarah juga.  Dia anak yang baik dan memiliki parents yang sangat baik lagi bertanggungjawab.  Aku tak nampak ada beza dalam kasihsayang mereka, even aku tak pernah masuk rumah mereka melihat cara layanan yang diberikan.  Aku tengok airmuka Sarah, insyaAllah aku tahu bagaimana.  

Ya Allah, aku tak reti nak mengajar Sarah.  Aku tak pandai, aku tak mahir dan aku lebih risau diri aku dari diri Sarah.  Ya Allah, segala ilmu ini milikMu,  Kau ajarlah dia ya Allah.  Hanya Engkau yang Maha Berkuasa memberi Sarah kefahaman dan mengerti apa yang dipelajarinya baik dengan cikgu atau denganku.  Aku memang tak reti, ya Allah.  Dia datang bersama rezeki yang tak disangka-sangka dariMu.  Ada tanggungjawab di situ.  Aku bimbang dan risau.  Ya Allah, tolonglah daku.  Permudahkanlah ya Allah.  Sarah selalu mengantuk dan keletihan.  Kasihanilah dia, ya Allah.  Engkau Maha Mengetahui kekurangan dan kelemahannya, kekurangan dan kelemahanku.  Tolonglah kami ini ya Allah.  Berilah dia kejayaan yang baik dalam peperiksaan PMR nanti, dan mudahkanlah laluannya untuk ke kolej yang diidamkannya yang juga menjadi harapan kedua ibubapanya.  Pimpinlah dia Ya Allah untuk mengikut jalan yang benar iaitu jalan orang-orang yang mendapat kejayaan dunia akhirat, bukan jalan orang-orang yang sesat.

Aamiin.

Kehadiran Sarah, aku tak dapat lagi memikirkan sekiranya ada sesuatu yang luarbiasa dalam kehidupanku sendiri.  Yang pasti, time tidur tengahari dah miss, kalau tak pun time free tu aku dah tak dapat mengerjakan novelku hehe ... Tapi aku pasti, apabila Sarah tidak lagi datang ke rumahku nanti, aku akan dapat melihat perbezaannya.  Apa dia?  Wallahu'alam.  Aku berharap, di kolej atau di mana sahaja Sarah berada, dia akan merindui majlis taklim bersamaku, dan mencarinya di luar sana.  Semoga Sarah akan menemuinya.  InsyaAllah.  Dan sebenarnya, Sarah turut menyumbang sedikit kepada istiqamahnya aku dengan taklim di rumah.  Kini aku ada meja khas untuk membaca kitab taklim.  Sarah akan dengar dengan tekun, walaupun kadangkala dia menguap, dan matanya mula jadi juling-juling menahan ngantuk hehe ... 

****

 

22 Jun 2012 ~ Kini jadual sesi tusyen telah bertukar.  Aku mulakan dengan membaca kitab Fadhilat Amal diikuti dengan Muntakhab Ahadith.  Lepas tu baca buku Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW.  Buku ni tak berapa lengkap.  Aku berazam nak cari buku sirah yang lebih sempurna, semoga Allah makbulkan.  Aamiin.

Lepas selesai, barulah mula dengan subjek either Mathematic atau Science.  Akhir sekali baca Iqra.  Kalau tak ada halangan syarie, aku minta dia ulang baca Ayatul Kursi dan kini ditambah dengan bacaan Tahiyat Akhir untuk pembaikan.  Alhamdulillah.

Malam tadi, aku singgah di rumah Pah Amran, untuk membayar harga jahit tepi tudung Ain.  Macam biasa, aku tersangkut kat pagar rumah dia.  Pah kat dalam, aku kat luar.  Aku cuba nak elakkan berborak panjang, lagipun dia tengah buat jahitannya.  Aduhhh tapi memang tak boleh.  Ada je yang nak disembang. Dia tanya aku jawab. Aku cerita dia sambung lagi.  Hehehe ... sampai Hidayat dan Hanessa dah mula boring nak ajak balik tengok tv cerita Pari-Pari Gigi tu ((aku pujuk balik, tadi kami makan kat cafe de permai, dorang nak stay kat sana tapi aku pujuk tengok kat rumah n janji akan tarik laptop bawak depan tv untuk temankan dorang sebab aku tak minat tengok ...).  Hanessa dah mula tarik-tarik tudung aku kuat-kuat.  Adusss tapi Pah gelak je dan terus borak lagi hahahaha!

Dari Pah, aku diberitahu Sarah jadi pengawas tahun ni.  Katanya, banyak perubahan positif pada diri Sarah kebelakangan ni.  Kalau dulu, tunduk je macam tak mahu komunikasi tapi tahun ni (Sarah berumur 15 tahun sekarang) dia akan tersenyum bila ditegur, dan ada la menjawab sikit-sikit.  Cuma Pah konfius Sarah tusyen kat mana, kata Pah, Sarah jawab "kat saneee ...".  Aku dapat bayangkan Pah garu kepala,  saneee kat maneee ntah ... hihihi.

So malam tadi bila dia confirm aku yang bagi tusyen kat Sarah, dia dah mula hint-hint sebab anaknya Amira pun ambik PMR tahun ni.  Dan aku pun dengan sepantasnya bagi hint-hint gak ... aku reti ajar Sarah jeeeee hehehe ... Budak normal aku takut nak ajar.  Karang aku tak mengajar, aku pulak yang belajar.  Aku tak kisah, masa buat tusyen suka-suka dulu (darjah 1-6 datang serentak tiap-tiap malam), aku tak malu bertanya balik kat budak-budak tu.  AKu memang belajar kat mereka, terutamanya yang bijak-bijak tu.  Ilmu tak mengira usia.  AKu tak kisah dorang pun tak kisah.  Alhamdulillah.  Tapi untuk kali ni, aku rasa tak mampu.  Cukuplah Sarah seorang je.  Semalam pun masa aku follow suami ke Shah Alam untuk dia cabut undi tapak jualan Ramadhan di TTDI Jaya tu, aku dah terlupa aku kena ganti kelas hari Jumaat.  Masa kami baru nak balik, tiba-tiba masuk panggilan dari Sarah.  Terkejut beruk jap, aku lupa betul!  Petang semalam kelas masih on tapi lewat satu jam.  Natijahnya, aku tengok Sarah selalu nak terlelap je.  Kesian ...

Kesimpulannya ~ aku sukakan khabar yang aku dengar tentang Sarah ni.  Yang pastinya ia bukan sebab aku.  Allah sahaja yang Maha Kuasa membantu Sarah.  Kini kekadang Sarah post sesuatu kat wall, yang kekadang aku lambat nak tangkap maksudnya, tapi aku faham mesej disebaliknya.  Semoga Sarah menjadi muslimah yang solehah, dan beroleh jodoh yang soleh, serta melahirkan zuriat yang soleh dan solehah satu ketika nanti.  InsyaAllah aamiin.

***

4 Jun 2012

Hanessa tak sabar menanti Sarah datang untuk tusyen.  Dia turut sama menyalin apa yang aku tulis di papan putih untuk Sarah.  Sambil itu dia buat lawak.  Ohh anak bongsu aku ni semakin lawak perangainya!  Sarah tersenyum-senyum.  Kadang-kadang Sarah tergelak kecil.  Sarah dah tak mengantuk.  Kadangkala Sarah tergelak-gelak sambil tutup mulut.

 Aku tak sangka Hanessa semakin pandai buat lawak.  Ikut siapa?

***

30/5/12

Sarah berpuasa qada.  Katanya akan terus mengerjakan puasa sunat Rejab bersama ibu dan kakaknya.  Aku kagum dengan semangatnya.  

 ***

Hari ini, Isnin, 7 Mei 2012, Sarah baru je duduk terus mengeluarkan soalan-soalan bak peluru penabur kepadaku.  Lepas satu, satu dia menyoal.  Iaitu tentang pelbagai solat sunat.  Aku pun bangun ambik buku solat sunat dan beri penerangan melalui buku itu.  Minggu lepas dia ada meminjam buku tentang solat tahajjud.  Tadi siang di kelas, ustazah beri penerangan tentang solat tahajjud, kata Sarah.  Dia menguap-nguap tapi masih beri tumpuan.  Aku pulak sebenarnya tersangkut kat Sains bab 3.  Dek kerana tak prepare awal, sulit aku nak translate terus directly ke BM, dari nota dalam BI kat internet.  Dalam pada itu, azan Asar pun berkumandanglah di udara.  

 Okeh, kita sambung kisah Rasulullah saw.  

 Minggu lepas kita stop kat Perang Badar, iaitu perang nabi saw yang pertama dan menang besar.  Seramai 70 orang kafir maut dan 70 lagi ditawan.  Hari ni kita baca tentang Perang Uhud pulak.  

Kemudian sesi sirah Nabi saw berhenti di Perang Ahzab, akan bersambung esok insyaAllah.  So sesi baca Iqra pulak.  

"Eh, kita tak baca doa eh tadi?"  soalku dengan nada terkejut.  Aku fikir-fikir balik, betulla tak baca Ummul Kitab dan sebagainya sepertimana rutin biasa semasa nak mulakan kelas.  Sarah tersengih je.  Dia yang terus bagi soalan bak peluru senapang patah tadi, memang tak baca doa la.  Hmm ...  

Lepas baca Iqra, (Sarah ada kesulitan nak menyebut huruf nghain dengan betul, semua jadi ra je walaupun dah puas aku terangkan cara membunyikannya.  Aku harap Sarah akan dapat juga membunyikan huruf ini dengan betul tak lama lagi insyaAllah dengan pertolongan Allah.) aku cepat-cepat menyuruh dia baca Ayatul Kursi tiga kali ulang.  Sarah menyeringai, sebab aku selalu lupa part ni, alih-alih terus baca tasbih kifarah, surah al-Asr dan selawat tafrijiyah je.  Sarah selalu senyap je.  

Sarah masih ada kesilapan membaca ayatul Kursi.  "Sarah, kat umah tengok la you tube ayat kursi.  Jangan bukak games je.  Haa lagi satu jangan keluarkan gambo tak bertudung.  Itu penjana dosa namanya.  Kalau keluarkan gambo, bagi separuh je jangan gambo penuh.  Skang ni banyak teknologi boleh membogelkan gambar."  

Aku dah check twitter Sarah.  Ada gak la posing2 dia yang mulut terkuncup tu, ntah hapa-hapa la gaya budak-budak sekarang ni pelik betul aku!  Budak macam Sarah pun update gaya-gaya begitu.  Moga-moga Sarah teringat nak delete gambar dia togel kepala tanpa tudung tu.  

"Auntie!"  kata Sarah dengan suara halusnya masa nak balik.

"Hah!  Amende?"  tanya aku dengan nada terkejut.  Sarah ni dah makin selalu rajin bertanya, ndak-ndak time nak balik.

"Esok dengan Rabu saya tak de.  Saya wakil sekolah lumba lari."

Aku tercopong sekejap.  Wow, Sarah wakil sekolah, kau!  Aku cuba membayangkan Sarah sedang berlari dengan sekuat-kuat hati dan jiwa raganya di trek larian.  Jangan simpang-siur ya Sarah.  Auntie memang tak kuat lari dulu, baru setengah padang macam nak pengsan rasanya.  Auntie memang menyampah bila kitorang diwajibkan lari masa tu.  Cuma kalau main badminton okey la.  Ada sekali tu nyaris-nyaris nak wakil sekolah (hahaha!) tapi tak jadi pulak kensel last minute.  

So esok dan lusa Sarah tak de.  Kita jumpa hari Khamis ye Sarah.  InsyaAllah.  

***

 Semalam ~ Aku berkurung dalam bilik, on aircond dan bukak kipas sambil tunggu Sarah datang.  Tiba-tiba aku tersentak, rupa-rupanya dah terlelap ...  Bayang Sarah masih tak kelihatan walaupun dah lebih 3.15pm.  Tak lama kemudian suami aku balik dari kedai nak mengambil barang, waktu itu barulah aku tahu Sarah dah lama menunggu kat pintu.  Ohhh sori ya Sarah, auntie tak nampak awak kat luar.  Kata Sarah, dia bercakap dengan kucing aku si Putam yang melepak kat hall (Sarah jengah dari tingkap) bertanyakan aku.  "Putam jawab, ngeowwww je" kata Sarah membuatkan aku tergelak.  

 

Sarah mengadu susah bangun awal dan miss solat subuh.  Bila ditanya, dia tidur jam 2 pagi untuk menyudahkan homework.  Hurmm patutla susah bangun pagi!  Aku sarankan dia tidur awal dan bangun awal untuk tahajjud dan buat homework.  Aku hanya terangkan sepintas lalu sahaja tentang solat tahajjud.  InsyaAllah semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan untuk aku menerangkan solat ini kepada Sarah.


Kelmarin ~ Rabu, Sarah mula belajar Iqra denganku, mula dari buku 1.  Pasal belajar Iqra ni, dah sebulan aku berbincang dengan Sarah tapi lupa bersama masa dan hal harian.  Bermula dengan menghafal Ayat Kursi secara hafalan mulut, aku memikirkan semula lebih afdal Sarah membacanya supaya sebutan huruf lebih tepat.  Alangkah rugi dan sayangnya kelebihan menghafal pada Sarah tak digunakan dengan sebaik mungkin.  Akhirnya aku bersms dengan ibunya, meminta izin untuk mengajar Sarah membaca Iqra.  Untuk makluman, Sarah pernah mengaji Iqra dengan Ustaz Aizat tetapi tak habis.  Aku berdoa semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepadaku untuk membantu Sarah sehingga dia mampu membaca al-Quran sendiri, insyaAllah.  Secara tak langsung, ini membuatkan aku sendiri berusaha untuk membaiki tajwidku juga.


Sudah lebih seminggu sekolah Sarah seolah-olah dalam darurat apabila ramai pelajar perempuan diserang histeria (masuk paper).  Sarah memberitahu dia rasa takut setiap pagi nak ke sekolah.  Aku tekankan bacaan Ayat Kursi setiap kali masuk dan keluar rumah, masuk kelas dan semasa nak tidur.  Aku ceritakan lagi kisah klasik sahabat nabi saw tentang pencuri kurma dari baitulmal, dan cerita moden tentang gadis Melayu yang tak diusik oleh perogol bersiri di US.  Sehingga semalam, Sarah memberitahu masih ada serangan histeria tetapi sudah berkurangan.  Aku mendengar dari sumber yang boleh dipertimbangkan, bahawa penempatan makhluk halus di bahagian belakang sekolah telah dibersihkan untuk pembinaan hotel.  Kampung halaman kena tebas, memang mengamuk la penduduk situ.  Wallahu'alam.

****

Hampir dua minggu berlalu, bersama Sarah.  Sesi belajar yang memberangsangkan, insyaAllah.  Saya tak mengantuk, alhamdulillah.  Hmm ... mungkinkah Allah telah menambah keyakinan diriku dan merahmati kami, Alhamdulillah.  Syukur ke hadratMu ya Allah.  

 Saya dapat rasakan, Sarah paling suka sesi bercerita kisah-kisah nabi.  Selalunya saya akan briefing kisah yang akan diceritakan keesokkan harinya kepada Sarah.  

"Hari ni kita nak baca kisah nabi yang mana?"

Sarah mula terkulat-kulat.  "Nabi Ismail."

"Kurang betul.  Huruf I je yang betul.  Kisah nabi Ismail dah cerita dulu dah.  Tak ingat eh?"

Sarah tersenyum-senyum.  Matanya turut tersenyum.  Comel.

"Hari ni kisah nabi Ilyas."  Semalam dah briefing, lupa la tu.

Sarah tak menguap pun.  Dia fokus penuh.  Saya jadi bersemangat nak bercerita.  Cuma kekadang tu kisah nabi terlalu ringkas, macam kisah nabi Idris a.s.  Jadi harus di topup dengan riwayat lain yang pernah dibaca di mana-mana dulu-dulu.  

Sudah beberapa hari Sarah mula menghafal Ayatul Kursi.  Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi saya kekuatan untuk membantu Sarah menghafaz.  InsyaAllah dia akan berjaya menghafalnya beberapa hari lagi dengan izin Allah SWT.  Orang seperti Sarah yang berhati bersih insyaAllah amat mudah menghafal.   Dan dia pun suka menghafal.  

Bahkan dari segi akademik pun, dia boleh mengingat dengan baik.  Cuma kita perlu ulang selalu dalam soalan spontan tanpa memberi tekanan kepadanya.  Namun masih ada kekurangan yang menjadi faktor kelemahannya iaitu dia tidak ada asas yang kukuh untuk menyelesaikan masalah matematik yang perlukan pengiraan yang panjang.  Mungkinkah ini sebenarnya kelemahan sistem pendidikan kita yang lebih menumpukan kepada pelajar normal yang mampu mengejar silibus yang disediakan?  Wallahu'alam.  Saya bukan orang yang terlibat dalam dunia pendidikan, cuma meneka-neka semata.

"Cik Intan, biskut dulu tu acik jual berapa?"  Tiba-tiba Sarah sebut pasal biskut kukisku.  

"Erk napa?  Auntie jual satu bekas RM18."  dia panggil aku Cik Intan, aku pula sentiasa membahasakan diri aku auntie.  Hantamla.  Dia pun bukan selalu panggil aku.  Aku je yang selalu membahasakan diri kat dia.  Mungkin mama dia yang membahasakan aku dengan gelaran cik tu.

"Kawan nak beli."

"Kawan? Camana dia tau?"

Ooo dulu aku ada bagi beberapa peket biskut kat Sarah. Rupa-rupanya dia bawak ke sekolah makan dengan kawan-kawannya.  Alhamdulillah, ada pula yang berminat nak menempah.  Rezeki tak terduga tu.  Syukur kepada Allah.  Tapi bila aku nak buat biskut lagi?  

"InsyaAllah minggu depan Isnin boleh la ya."  Sarah angguk sambil tersenyum.  

Tetiba Sarah bertanya lagi.

"Cik Intan, mama tanya acik boleh ajar Luqman tak  hari Sabtu Ahad?" 

"Ajar Luqman apa?"  Luqman adik bongsu Sarah dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga Sarah.  Sarah angkat bahu.  "Ajar baca ke?  Luqman dah pandai baca lum?"  teka saya.

"Lum."  jawab Sarah jujur.  Luqman berumur 6 tahun dan masuk sekolah tadika Islam di Shah Alam.

Saya suka mengajar kanak-kanak membaca.  Dua minggu lepas saya sudah mengemaskan buku Bacalah Anakku yang ada dua tiga set tu, untuk anak-anak sendiri dan untuk anak-anak di nurseri dulu.  Dalam hati berkata-kata, kalau dapat anak lagi, bolehlah ajar baca.  Kalau tak de, aku nak wakafkan buku ni kat mana-mana tempat.

Nampaknya seolah-olah buku itu masih diperlukan lagi untuk Luqman. InsyaAllah.  Tinggal nak tentukan masa yang sesuai.  Tapi bila?  

Rabbi yassir wala tu'assir.

***

 Cuaca hangat berbahang.  Rasa letih menguasai diri.  Hari ini saya tak dapat menahan diri daripada berbalas-balas menguap dengan Sarah.  Semenjak minggu terakhir Januari lepas, iaitu semenjak saya mula menyolek bab demi bab novel Sakinah, hampir setiap hari saya pulun mengerjakannya sepanjang siang hingga lewat malam.  Memang ia satu kerja yang memenatkan.  Memang respek kepada sifu saya yang kerjanya asyik menulis novel demi novel.  Memang hebat alim ulama kita yang telah menulis sedemikian banyak kitab-kitab yang masih boleh dirujuk sehingga hari ini ~ kitab hadis, kitab fiqh, kitab perubatan dll.  Subhanallah!

"Napa nampak letih benar hari ni, Sarah?" tanya saya.

Sarah tersengih je.

"Musim panas dah mula balik ni, Sarah."  sekadar nak ubah sedikit topik.  

Jadual hari ini ialah Matematik.  Melihatkan Sarah seperti lesu dan tak bermaya, saya buka topik tentang perbezaan INFORMASI vs ILMU.  

"Semalam auntie dengar ceramah, tentang apa itu dipanggil informasi dan apa itu ilmu."  Dan saya pun bercerita kepada Sarah dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah Sarah mengerti.  Sarah tekun mendengar.  Sedikit pencerahan untuknya, dan dia nampak berminat untuk terus memasang telinga.

Selepas memberi lapan contoh latihan pengiraan dan diakhiri dengan soalan dalam bentuk ayat, untuk diselesaikan dalam bahasa Matematik, saya rancang untuk mengajak dia membaca tahiyyat bersama-sama.  Alhamdulillah, sebenarnya dia boleh membaca tahiyyat cuma ada beberapa kesilapan yang boleh dibetulkan dalam masa yang pendek, insyaAllah.

Kemudian sesi bercerita ~ menyambung cerita Nabi Yusuf a.s. semalam.

"Potong jari dengan pisau!"  tiba-tiba Sarah bersuara sambil tersengih.  Matanya tersenyum sama.

Wah, nampaknya Sarah enjoy mendengar cerita nabi-nabi as ini rupanya.  Maka berceritalah saya sambil sesekali merujuk kepada buku di hadapan, sambil menahan mata yang selalu mahu lelap.  

"Sarah nak air?"  saya pelawa dia minuman tetapi Sarah menggeleng kepala.

Saya bangkit dari kerusi, bukan ke dapur (puasa sunat ...) tetapi menatap wajah di cermin.  Saya lihat mata saya terbuka separuh sahaja dan ada urat-urat halus berwarna merah. Aduh!  Memang mata yang letih dan nak tidur sebenarnya.  Saya sengih dan kembali ke ruang belajar.

Sambun lagi kisah Nabi Yusuf a.s.  Kisah baginda mentakwil mimpi raja Mesir dan dibebaskan dari penjara.  Kemudian baginda diberi kepercayaan untuk menguruskan perbendaharaan negara sehingga negara aman dari kebuluran ketika musim kering kemarau yang teruk melanda negara-negara berhampiran.  

Alhamdulillah dalam pada mengantuk tu, saya mujahadah betul-betul melawan mata.  Saya pelbagaikan persembahan bercerita.  Saya ubah-ubah nada suara.  Sesekali saya beliakkan biji mata yang merah tu kepada Sarah ketika tiba di plot yang saspen.  Maka mengantuk saya pun lari sekejap entah ke mana hehe ...  Saya adun lagi kisah yang tiada di dalam buku itu dengan kisah yang saya dengar atau baca di buku-buku lain.  

"Ok tamatlah kisah nabi Yusuf a.s.  InsyaAllah esok kita baca kisah Nabi Ayub a.s pulak. Ujian Nabi Ayub a.s pun sangat hebat.  Err pernah ke dengar atau baca kisah-kisah nabi ni, Sarah?"

Sarah geleng kepala.  Hmm ... patutlah dia seronok betul mendengar saya bercerita.  Syukur alhamdulillah, walaupun terpaksa mujahadah melawan nafsu mata yang asyik nak lelap aje, saya diberi peluang oleh Allah untuk memperdengarkan dan berkongsi kisah para nabi a.s. dengan Sarah.  Ada rasa simpati menyelinap ke hati tatkala melihat Sarah geleng kepala tadi.  Dia berhenti sekolah ugama awal, kerana tidak dapat diterima di dalam lingkungan kawan-kawan sebayanya di kelas.  Kasihan dia!

Subhanallah, Maha Suci Allah yang membantu saya melalui saat-saat yang sukar dengan selamat.  Akhirnya kami membaca surah al-Asr dan tasbih kifarah. 

 ***

"Err Sarah, auntie nak tanya je ni eh ... "

Sarah yang tengah menyalin nota Sains bertajuk Ketumpatan dan Keapungan menoleh kepada saya.

"Err ... bulan lepas mama Sarah kata Sarah terlupa.  Jadi hari ni auntie saja je nak tanya hehe ... Masa tu mama Sarah datang serahkan kat auntie."

Sarah angguk sambil tersenyum.  Sejurus dia mengeluarkan satu sampul panjang berwarna coklat dari beg galasnya.

Alhamdulillah, upah saya untuk bulan Mac.

Tadi kami mulakan sesi dengan membaca Ummul Kitab, doa penerang hati dan selawat Tafrijiyah bersama-sama.  Saya yakin dia dah semakin hafal selawat itu.

Cuma, Sarah hanya bagi salam masa masuk kat pintu rumah saya.  Bila saya keluar buka kunci pagar, dia diam aje.  Saya la yang bagi salam kat dia.  Penerangan saya tak cukup, sebab kena diluaskan lagi tentang fadhilat salam ni.  Iaitu bukan setakat nak masuk rumah aje, tapi juga adab memberi salam seluruhnya.  InsyaAllah.

Kes mengantuk giler tak berlaku.  Sebab saya dah selesaikan hutang mata sejak pagi, bila terlelap kat laptop seawal jam 8.  Teruk betul!  Tersadai dua kali di bilik Hidayat dan bilik mak kat belakang.  Kenapa ya?  PM sindrom kot, yang selalu membuatkan rasa letih.  Dan pagi ini saya terjaga seawal jam 430am.  Juga sedikit letih sebenarnya, saya berpuasa sunat.  Kalau timbang berat badan, mungkin susut sedikit (tapi tak timbang sebab penimbang dah lesap masa mak tolong jaga rumah dulu, dia dah bawak gi timbang ngan besi buruk ... tak dan lagi nak beli baru.)

Sejak balik bulan 7 tahun lepas, saya muhajadah betul dari Giant, Tesco dan sejenis dengannya.  Kecuali ada dua kali follow husband ke JJ Bukit Tinggi, satu daripadanya untuk beli buku Sarah.

Saya banyak berdiri untuk menulis di whiteboard.  Dan kisah nabi hari ini sangat menarik.  Kisah Nabi Yusuf a.s.  Sarah kusyuk betul mendengar saya bercerita.  Saya hentikan kisah ketika klimaks, waktu Zulaikha akan menjalankan rencana terhadap wanita-wanita yang bergosip tentang dia dan anak angkatnya itu.  Pisau dan epal.

"Ok Sarah, bersambung esok.  Jeng jeng jeng!"

Sarah senyum.  Memang budak baik.

***

23/2/`1

Hari ini, Sarah muncul di ambang pintu bersama salam.  Nampaknya dia seorang yang cepat mengikut arahan.  Mungkin dia terkesan dengan perisitwa semalam, bila saya suruh dia bagi salam dan dia undur dua tapak ke pintu semula.  Lurus orangnya.  Senang diuruskan, insyaAllah.

Lambat?  saya menegurnya dan Sarah hanya tersenyum.  Macam biasa, saya berbasa-basi dengan pertanyaan dah makan ke, dah solat ke ...  Kemudian membaca doa belajar dan mula belajar.

 Di sisi rumah tak jauh dari tempat kami berada, suami bersama dua orang budak lelaki belasan tahun sedang menambuk tanah liat.  Cadangnya mahu membuang tanah liat dan segala saki baki akar pokok-pokok kecil yang sudah  kami kerjakan beberapa hari sudah, letak pasir dan tutup dengan rumput karpet.  Semasa kami di Brunei, abahlah yang menjaga pokok-pokok hiasan kami.  Dia dan mak berusaha mengangkut dari kampung juga.  Tapi musim rajin tidak sentiasa ada.  Bila mak abah datang, mata mereka semak disapa lalang dan rumput yang tak sepatutnya ada di situ.  Mudah-mudahan nanti mak abah tak risau dan merungut lagi tentang ruang sekangkang kera itu.  Saya sudah bagi hint kat suami, nanti di situ letak bangku batu atau buaian, jadi tempat istirehat di petang hari.  Suami diam aje ... tak kesah, kurang-kurang dia dah dapat ideanya.  Kekadang kami memang sehati sejiwa, cuma perlu pengakuan aje hihi.

Ok balik kisah Sarah.  

Bising bunyi cangkul melambuk tanah tak membantu, apabila rasa mengantuk menyerang lagi.  Teruk punya cikgu!  Entahlah, saya rasa selalu tak fresh la kebelakangan ni.  Dah makin tua agaknya ... Tapi kalau mengadap laptop, segar aje mata ni.  Dan memang banyak menghabiskan masa depan laptop, sedang mengerjakan novel Sakinah tu.  Saya nak siapkannya secepat mungkin.  Dah berkerak telinga, asyik kena sound dengan suami.  Hati pun rasa tak sedap, sebab ramai dah tau hehe ... tapi tak siap-siap.  


Sarah pun nampak penat macam selalu juga.  Dia menggosok mata beberapa kali.  Tak boleh jadi ni.  Saya ambilkan dia air masak segelas dan sorongkan tamar serta kismis.  Dan saya capai buku kecil tentang Senyum-senyum Rasulullah saw.  Saya kutip beberapa kisah dari situ, tentang manisnya senyuman baginda Junjungan kita, gurau senda baginda saw yang lucu tetapi padat dengan pengajaran.  Kisah wanita tua yang ingin bersama Rasulullah saw di syurga, kisah penghuni syurga yang terakhir dan bayangan syurga yang seluas langit dan bumi.  

Mendekati waktu pulang, kami mengingati kisah Nabi Ibrahim as yang menggunakan daya fikir mencari-cari Tuhan, tatkala baginda as menjahanamkan berhala-berhala dan menyuruh para hakim bertanya kepada berhala paling besar untuk mencari siapa yang telah melakukannya serta kisah baginda as dibakar di dalam gunung api oleh Raja Namrud yang zalim lagi kejam.

Akhir sekali, Sarah cuba lagi membaca selawat Tafrijiyah itu sendirian.  Masih ada kesilapan tetapi dia memang ada kelebihan mengingat yang baik.  InsyaAllah saya akan membantu Sarah menghafal tahiyat pula.  Dan petang tadi lama selepas Sarah pulang, saya terfikir dengan izin Allah, untuk membaca taklim kitab Muntakhab Hadith.  InsyaAllah.  

Sekian bersambung lagi insyaAllah.

***

"Sarah, bagi salam."  Saya masih di atas sejadah di ruang tamu, ketika telinga mendengar bunyi loceng pintu dan seketika Sarah muncul.  

 Sarah sudah maju dua tapak ketika saya bersuara, lalu dia tersengih dan undur semula hingga ke pintu dan, "Assalamualaikum!"  Halus suaranya macam selalu.  

 Saya pun tersengih dan menjawab salamnya.  "Lain kali jangan lupa tau!"  Sarah angguk.  

Hari ini kami belajar tentang sel, tisu, organ dan sistem.  Semalam dia menyalin apa yang saya tulis di atas kertas.  Hari ini dia sudah membawa buku dan sudah siap menyalin semuanya ke dalam buku.  Saya merujuk ke blog Cikgu Naza.  Nota-nota di situ mudah difahami.  Tapi untuk Sains Tingkatan 1, hanya setakat sampai bab 3 sahaja.  Saya buat pertanyaan kepada Cikgu Naza di FB, dan katanya akan disambung lagi apabila kelapangan.  Mudah-mudahan Cikgu Naza akan melakukannya dalam masa terdekat ni.  Terima kasih kepada Cikgu Naza :)

Bunyi guruh mula kedengaran.  Sudut mata mula menangkap cahaya kilat di langit.  Tak lama kemudian hujan pun gugur ke bumi, semakin lama semakin rancak dan kasar.  Saya terpaksa menutup pintu gelongsor di ruang belajar untuk mengelakkan air hujan terpercik ke dalam rumah.  Dugaan pun bermula.  Mengantuk la, apa lagi.

Buka lampu pun masih tak secerah kalau pintu gelongsor di buka.  Udara segar tersekat hingga ke pintu gelongsor, tak dapat masuk ke dalam rumah.  Suhu di ruang itu menjadi suam.  Ah, kalau tidur memang syokkkk ... 

Astaghfirullahal azim!

Sarah pulak hari ni, baru duduk dah menguap-nguap.  Penat agaknya.  

Saya buka mata besar-besar.  Tak mahu Sarah tergelak tak tentu pasal macam kelmarin.  Bikin malu aje.  So dia memang tak dapat mengesan keadaan saya yang sudah parah.  Akhirnya apabila mata semakin juling, saya suruh Sarah salin point terakhir dari laptop.  Saya offer dia air minuman dan sebekas tamar bersama kismis.  

Kini sesi kisah nabi as pulak.  Hari ni kisah Nabi Salleh as bersama kaum Tsamud.  Alhamdulillah, mujahadah betul dan Allah membantu.  Sarah memang tak perasan apa-apa hehe.  

Akhirnya membaca selawat Tafrijiyah bersama-sama.  Selepas bersama-sama membaca tiga kali ulang, saya suruh dia membaca sendiri berdasarkan hafalannya.  Alhamdulillah syukur, kalau kali pertama Jumaat lepas, dia banyak tersangkut tak ingat.  Kali ini hampir 80% dia ingat apa yang sudah dihafal secara hafalan mulut itu.  

 Saya nyatakan kegembiraan saya berserta kesyukuran ke hadrat Allah.  Macam hari tu, Sarah tersenyum bukan main lebar lagi.  Gembira benar dia.  Ternyata daya mengingat Sarah memang bagus dan hebat.  Inilah kelebihan dia.  

Cuma solatnya masih perlu diberi dorongan lebih.  Seperti semalam, hari ni Zuhor sudah terlupa nak solat.  Subuh solat, tapi yang lain-lain ... tak.  Saya sudah mengutarakan kes Sarah kepada rakan-rakan yang ada pengalaman serupa di masturat.  Ada yang merujuk kepada ustaz dan ustazah, dan ada yang memberi penerangan berdasarkan pengalaman memiliki anak yang bermasalah seperti Sarah iaitu disleksia.  Alhamdulillah.  

Umumnya kita jangan membezakan individu yang begini.  Bersikap sama seperti kepada individu normal juga.  Mereka boleh adapt, cuma kena sabar dan memang mengambil masa.  Hukum solat adalah sama seperti kepada orang biasa.  

Jadi, saya pujuk Sarah supaya jangan tinggalkan solat.  Saya hanya berusaha sekadar mampu.  Semoga Allah membuka pintu hati Sarah dan memberi kefahaman kepada dia tentang urusan ugama insyaAllah, juga kepada keluarganya, kepada keluarga saya dan kita semua.  InsyaAllah aamiin.

***

 16 Februari 2012 

Sarah muncul macam biasa.  Saya perhatikan dia dari balik tingkap.  Mula-mula Sarah akan tekan loceng, tentulah ingin memberitahu saya akan kedatangannya.  Saya buka pintu dan berlalu ke ruang yang saya jadikan tempat belajar.  Saya sengaja tidak menantinya di muka pintu dan memberi salam kepadanya seperti selalu.  Sambil tu saya mengunyah tiga ulas cengkih yang sengaja saya gigit kuat dengan geraham kiri.  Sejak malam semalam, geraham bawah kiri rasa berdenyut-denyut, berlubang agaknya.

Sarah datang sambil tersenyum.  Saya beri salam, "Assalamualaikum."  Sarah menjawab salam dengan suaranya yang halus dan perlahan.  

Kelas hari ini saya mulakan dengan tazkirah tentang memberi dan menjawab salam.    Saya beritahu adalah suatu kebaikan untuk kita memberi salam kepada ahli rumah ketika mahu memasukinya.  Ada pahala dan mendapat rahmat Allah.  Salam juga adalah doa yang bermaksud 'sejahtera kepada anda dengan rahmat Tuhan dan keberkatanNya' untuk maksud penuhnya.

Semoga Sarah faham dan akan mempraktikkannya selepas ini, insyaAllah.  Saya tak meminta kepadanya, tetapi hati kecil saya mengharap hari Isnin nanti dia akan memberi salam di depan pintu rumah saya, insyaAllah.

Kemudian sesi kelas bermula macam biasa.  Mata saya segar bugar sebab hari ni saya menulis di papan putih ala-ala macam cikgu betul kat sekolah.  Memang saya suka menulis di papan putih.  Kalau nak mengajar, biarlah mengajar betul-betul, kan.  Tapi kekadang saya dah penat berdiri, meja pulak ambil alih sebagai papan menulis hehe ... pakai whiteboard marker, padam je hilang semua.  

 Hari ni belajar tajuk Pentagon.  Sambil mengajar, saya sama belajar.  Gitulah nampaknya.  Sarah menulis apa yang perlu di dalam buku kotaknya.

 Apabila jam menghampiri 4.15pm, saya tamatkan kelas.  

"Mari kita baca kisah nabi pula, hmm hari ni kita baca kisah Nabi Nuh a.s."  

Semalam saya baca kisah Nabi Idris a.s.  Mula-mula ok, tapi lama-lama saya dah mula mengantuk.  Memang ujian betul! Tapi saya dapat cover line, macam tak mengantuk.  Saya baca buku, ulas dan pandang Sarah.  Hari ni jelas betul mata Sarah yang bulat berwarna coklat hazel tu merenung saya.  Saya terus melawan rasa mengantuk yang gila-gila.  Biasanya selepas solat Zuhor, sekiranya rasa penat, saya rebahkan badan sekejap.  "Lima minit aje ..." tetapi kekadang jadi 50 minit hehe ...  Bila dah mula bagi tusyen macam ni, mana ada masa nak take five macam tu. 

Tiba-tiba!

Tiba-tiba Sarah tertawa.  Hai, apasal ketawa???  Matanya menjadi kecil dek ketawa.  Macam gelihati benar lagaknya.  Tak pernah dia ketawa tak tentu pasal, melainkan kalau saya buat kelakar.  Ni, tak de apa yang kelakar, tiba-tiba tergelak.  Saya pun buat-buat la ketawa, dan serta-merta kelopak mata jadi ringan semula.  

"Err auntie mengantuk sikit la ..." Saya agak dia ketawakan mata saya.  Malas la nak tanya apa yang tak kena dengan mata saya, juling ke tepi ke, juling ke tengah ke ... atau mungkin saya ada tersasul menyebut perkataan yang entah hapa-hapa semasa melawan ngantuk, entah la.  Melalut, kata orang.  Tak kisah la, dengan Sarah seorang tak mengapa hehe ...

 Lepas tu capai buku 99 selawat pulak.  Kalau hari-hari saya baca tengok buku dan dia ikut, hari ni saya pegang buku sambil urut-urut mata dan dahi.  Dia ikut aje.  Tersasul pulak tu.  Dan akhir sekali, saya suruh dia baca sendiri untuk melihat sejauh mana dia dah menghafal selawat Tafrijiyah tu.  

Alhamdulillah, memang banyak tersangkut-sangkut tapi saya yakin dengan daya dia menghafal.  Dia mampu sebenarnya, dan saya yakin itu salah satu daripada kekuatan yang dia miliki.  Saya berikan pujian dan dorongan lagi kepada Sarah.  Wah bukan main sengih lagi dia.  Gembira betul nampaknya sebab dapat menyebut beberapa bahagian dalam selawat dengan betul, dengan bantuan saya.  

 Memang saya mahu dia segera menghafal selawat ini.  Semoga dapat diamalkannya di setiap selepas solat, insyaAllah.  Saya ingin mengajar dia membaca Ayatul Kursi pula.  Selain itu, saya sudah memberitahunya tentang saya mahu mendengar bacaannya dalam solat.  Saya tak pasti dia sudah betul-betul lancat tahiyat atau tidak.  

 Ya Allah, aku berserah diri kepadaMU semata-mata.  KeredhaanMu yang diharapkan dalam kehidupan yang sementara ini.  

bersambung, insyaAllah/


***


Selepas dua minggu

Hari ini hari pertama minggu kedua Sarah datang ke rumah.  Saya sudah survey link sesuai untuk subjek Sains di internet.  Hari ini dan esok adalah hari untuk subjek Sains.

Malam Ahad kelmarin, saya bertemu ibu Sarah semasa majlis silaturrahim@mesyuarat taman perumahan.  Sempat saya mencungkil masalah sebenar Sarah.  Confirm, dia penghidap dileksia.  Saya tak arif sangat tentang dileksia, tetapi ini adalah keyword yang sangat penting untuk saya mencari informasi tentangnya.

Oh ya, ibu Sarah tak lagi memanggil saya 'Cikgu Intan'.  Hehe ... saya yang meminta begitu.  Entahlah, saya sebenarnya rasa janggal.  Bayangkan kalau dia memanggil saya begitu dalam majlis ... saya segan.  Sebelum ni, saya tak sempat nak rasa janggal sebab tak sangka ibu Sarah akan gunakan panggilan sedemikian.

Saya bukanlah seorang guru, cuma mungkin saya ada sedikit pengetahuan yang boleh saya gunakan untuk membantu Sarah.  Hmm ... untuk makluman, saya pernah mengadakan kelas tambahan untuk anak-anak di taman perumahan kami (taman sebelah, kami menyewa di situ sementara menunggu rumah siap).  Riuh-rendah rumah saya di setiap malam belajar.  Pelajarnya dari darjah 1 - 6.  Seronok + pening kepala sebab riuh rendah dan macam-macam perangai budak-budak.  Nasib baik la suami saya sentiasa menyokong dan tak kisah, cuma dia kesian tengok saya tercungap-cungap mengejar masa nak solat etc.

Lepas tu saya buka nurseri untuk kanak-kanak, sebagai langkah awal untuk membuka tadika.  Jadi itu semua la yang memungkinkan ibu Sarah memanggil saya sebagai cikgu.

Okey, cerita sikit tentang Sarah.  Ibunya kata Sarah memberitahu dia enjoy belajar dengan saya.  Alhamdulillah syukurrrr!

Sepatutnya Sarah akan menjalani PMR tahun hadapan dalam aliran perdana, seperti pelajar normal dan belajar dalam kelas bersama-sama pelajar biasa.  Tahun ini Sarah sepatutnya masih di tingkatan dua.  Tetapi ibu Sarah meminta Sarah dibenarkan mengambil PMR tahun ini juga, tanpa perlu memasuki aliran perdana.  Syaratnya Sarah kena cover silibus tingkatan satu dan dua sendiri, untuk menjawab soalan-soalan PMR nanti.  Itulah tugas saya untuk Sarah.

Istimewanya, Sarah tidak perlu skor untuk PMR.  Yang penting dia akan menduduki peperiksaan, sesuai dengan kemampuannya.  Ini sangatlah melegakan saya, sebenarnya.

Daripada penerangan ibu Sarah, saya mengajarnya sambil meneliti sikap Sarah.  15 minit tutor (kalau boleh dipanggil tutor) bermula,Sarah mula menguap.  Matanya masih fokus tetapi saya tahu, fokusnya sudah tenggelam timbul.  Itulah yang ibu Sarah maklumkan malam kelmarin.

bersambung, insyaAllah/
***

Komen ibu Sarah

Saya ceritakan tentang sedikit pengisian yang saya berikan kepada Sarah.  Ibu Sarah menyukai cara saya.

"Ooo patutlah sekarang dia bangun awal.  Mungkin nak sembahyang Subuh."  kata ibu Sarah.

"Sebelum ni macamana pulak?"  tanya saya.

"Biasanya dia kena dikejutkan baru bangun."  jawab ibu Sarah lagi.

Alhamdulillah. Walaupun selalu Sarah memberitahu dia tak sempat solat Subuh, tapi cerita ibunya menunjukkan Sarah sedang melakukan perubahan untuk dirinya.  Daripada bangun berkejut, sudah bangun sendiri lebih awal untuk menunaikan solat.  Syukur kepada Allah.

Semalam saya tanya tentang selawat nabi, setelah melihat Sarah mula menguap kali pertama.  Penat, kesian dia.  Saya sebutkan tentang bacaan tahiyyat.  Di dalam tahiyyat ada selawat nabi, yang mana kedua-dua ini adalah termasuk rukun solat.

Sarah geleng kepala.  Apakah Sarah tidak pandai membaca tahiyyat?  Jadi bagaimana Sarah menunaikan sembahyang? Apa yang Sarah baca dalam sembahyang?

bersambung, insyaAllah/

***

hari kedua

hari ini hari kedua Sarah datang ke rumah.

Apabila saya tanyakan sama ada dia sudah solat, Sarah mengangguk.  Alhamdulillah syukur ya Allah.  Cuma, dia memberitahu tak sempat nak solat Subuh.

Saya beritahu Sarah, sekiranya dia sudah sempurna berpakaian dan berstokin, dia hanya perlu menyarungkan telekung sahaja dan solat dua rakaat.  Yang penting solat dan doanya, kata saya.  Tapi masih saya beritahu ini semua dengan santai tanpa memberatkan dia.  Saya tak mahulah dia jadi tertekan di rumah.  Ia bukan sesuatu yang baik.

Namun syukurlah.  Orang seperti Sarah tidak perlukan paksaan.  Untuk mendidik bukan dalam sehari, bukan mudah nak menukar seorang manusia lama kepada manusia baru.  Tak payah tengok contoh jauh-jauh, telek sahaja diri sendiri ... atau orang yang paling berdekatan iaitu suami, atau manusia yang lahir dari rahim sendiri ... anak kita.  Apa yang penting ialah kesabaran dan hikmah.  Itu semua datangnya dari Allah.  Setiap segala sesuatu hendaklah bergantung kepada Allah sebagai sumber kekuatan dan pertolongan.

Hari ini ada sedikit tambahan semasa take five, selepas setengah jam membuat latihan Matematik bersama-sama, saya dapati Sarah mula menguap kali pertama.  Saya ambil buku Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW dan mula membaca bab 1 yang menerangkan tentang geografi Tanah Arab.  Ini juga termasuk dalam keazaman saya, semoga sepanjang sesi kami bersama, saya dapat menyudahkan membaca sirah Rasulullah saw ini kepada Sarah sehingga mukasurat terakhir insyaAllah.

Oh Tuhanku, aku tak dapat lagi membacakannya kepada anak-anak yang kucintai, tapi hari ini kubacakan ia kepada Sarah.  Semoga anak-anakku diberi faham tentang nabi tercinta melalui guru lain pula, yang lebih baik dan lebih arif daripadaku, insyaAllah,  Semoga anak-anakku lebih lagi mencintai Junjungan mulia Rasulullah saw walaupun bukan melalui buku yang aku bacakan.  semoga Allah makbulkan.  Ameen.

Lagi 20 minit sesi tamat, saya macam semalam mengajak Sarah mengikut bacaaan selawat Tafrijiah yang dilakukan tiga kali ulang.  Sarah mengikut perlahan-lahan.  InsyaAllah Sarah, tak lama lagi dengan segala kemampuanmu serta dengan pertolongan Allah yang Maha Pengasih, Sarah akan hafal selawat itu dan akan amalkannya dalam sepanjang hidupmu insyaAllah.  Semoga Allah merahmati dirimu dan diri auntie.  Ameen.

Akan bertemu Sarah Isnin minggu depan.  Saya bekalkan tiga buku latihan untuk Sarah buat di rumah di hujung minggu.  Saya juga pinjamkan Sarah komik Islamik milik anak-anak saya.  Itulah perangai saya.  Suka menggalakkan mereka membaca dan suka melihat mereka gembira.
***

hari pertama

Hati saya selalu berkata-kata.

Inilah peluang saya nak buat sebanyak-banyak pahala.  Mungkin saya boleh bantu Sarah menjawab soalan Matematik dengan pertolongan Allah.  (Oh alhamdulillah mujurlah saya masih boleh ingat sikit-sikit formula sudut form 3 dulu, dan teringat balik guru kegemaran saya; Cikgu Zainal Abidin Harris guru kelas @ guru matematik kami, serta arwah Cikgu Mat Amin Salamon yang mengajar kelas tusyen.  Faham membuatkan Matematik menjadi subjek kegemaran saya, dan dapat mengalahkan pelajar-pelajar Cina dalam kelas, mereka selalu meminjam buku latihan saya untuk melihat cara menjawab).

Yang lebih penting adalah pembangunan jiwa dan rohani Sarah.  Apabila saya bertanya tentang solat, Sarah tahu tetapi dia tidak melaksanakannya.  Dulu Sarah ada mengaji dengan ustaz Aizat, tetapi saya dapat khabar dari Ain yang sama-sama mengaji waktu itu, Sarah berhenti apabila dia mula uzur pertama.  Jadi Sarah tidak habis Iqra'.

Di hari pertama ini, saya telah menggunakan lebih setengah jam pertama untuk tazkirah sahaja.  Saya gunakan bahasa yang mudah supaya Sarah tidak rasa berat menerimanya.  Saya mulakan dengan kepentingan kita berdoa kepada Allah, diikuti dengan perlunya kita mengerjakan sembahyang.  Kata Sarah dia tahu bersembahyang dan boleh membaca surah-surah pendek termasuk al-Fatihah.  Jadi tak ada masalah untuk dia solat sebenarnya.

Saya juga sentuh tentang mengapa kita perlu menuntut ilmu,  "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina'.  "Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad."  Itulah hadis nabi saw yang sangat popular tentang kepentingan belajar.  Saya lihat Sarah tekun mendengar.

Saya beritahu juga tentang mengapa kita hidup di bumi Allah ini.  Apa tujuan Allah memberi kita peluang untuk hidup.  Ah, tapi jangan risau, nampak heavy untuk seorang pelajar yang slow seperti Sarah, tapi saya ungkapkan semua itu dengan kata-kata yang mudah untuk dia faham.  InsyaAllah.  Pendekatan saya lebih untuk kanak-kanak sekolah rendah atau tadika.  Iyalah, nak berkata kena lihat audien kita, kan.  Audien saya adalah seorang gadis yang lemah daya penerimaannya, jadi kena sesuaikan dengan tahap yang ada padanya.

InsyaAllah.

Akhir sekali saya tiba-tiba teringat kepada Selawat Tafrijiah @ Nariyah.  Saya cari buku 99 Selawat dan beritahu Sarah, kita akan belajar berselawat kepada nabi dengan selawat yang istimewa.  Apabila saya tanya bolehkan dia membaca selawat, Sarah geleng kepala.  Saya bacakan selawat ringkas, Allahummasalli ala saidina Muhammad.

Majlis ilmu kami diakhiri dengan membaca selawat Tafrijiyah bersama-sama.  Saya berazam agar Sarah dapat menghafal selawat ini di hari terakhir dia datang belajar di rumah saya nanti.  Semoga Sarah akan mengamalkan selawat ini sehingga bila-bila, insyaAllah.  Saya terangkan kaifiatnya kepada Sarah.  Saya bacakan maknanya juga.  Sarah tenang sahaja mendengar dan mengikut apa yang saya baca.

Sarah, semoga pembangunan rohani kamu lebih menjulang daripada kemajuan akademik itu insyaAllah.

Ya Allah, bantulah aku mendidik dan memberi sedikit pengisian untuk Sarah, yang mana ia sebenarnya untuk kebaikan diriku sendiri, mendidik dan mengajar diriku sendiri supaya bergantung harapan dan hati kepadaMU semata-mata.

***

jadi cikgu

Hari ini Khamis, adalah hari kedua Sarah datang belajar di rumah saya.

Semalam dia muncul di hadapan rumah jam 3.30pm.  Ada kokurikulum di sekolah, kata ibunya kelmarin.  Jadi setiap Rabu sekiranya ada aktiviti di sekolah, Sarah akan datang lewat setengah jam dan masa belajar bertambah setengah jam.

Saya tuliskan di sms, masa belajar ialah Isnin-Khamis.  Rupa-rupanya ibu Sarah menyangkakan hari belajar ialah Isnin dan Khamis sahaja.  Setelah saya maklumkan hal sebenar, barulah ibu Sarah mengerti.

Ibu bapa Sarah bekerja, jadi memang dari segi kewangan tiada masalah buat mereka.  Ibu Sarah cuma mahukan sesuatu yang lebih baik untuk Sarah tanpa sebaran paksaan dan tekanan dalam belajar.  Saya anggap ini memang rezeki dari Allah untuk saya.

Syukur ya Allah, walaupun sedikit tapi kualitinya yang penting.  Ibu Sarah masih memanggil saya 'cikgu'.  Dia berbicara kepada saya dengan sopan dan hormat, dan memang orangnya penuh sopan-santun dan berbudi bahasa.  Bicara kami menjadi lebih formal.  Dan saya sangat menghargainya.  Selain Cina tokeh farmasi yang bertanya sama ada saya seorang guru, ibu Sarah adalah orangnya yang tetap memanggil saya dengan panggilan yang mulia itu.  Kembang rasa hati hehe ...
***

mati aku!

Ibu Sarah memberitahu Sarah tidak dapat memulakan kelas pada hari Isnin, 31 Jan 2012.  Sarah akan datang Khamis nanti.

Selasa malam Rabu kelmarin, saya ke Popular JJ bersama suami dan anak-anak, untuk mencari buku rujukan dan latihan buat Sarah.  Mata saya melilau mencari rak buku untuk PMR.

Aduh mati aku, bisik hati saya tatkala melihat buku rujukan Matematik dan Sains yang tebal-tebal.  Teringat buku-buku saya dulu, tebal begitu juga.  Saya mula saspen, betul ke aku dapat mengajar si Sarah ni???

Siapa nak jangka, berselisih di meja hidangan semasa mengambil makanan di kenduri akikah dan potong jambul anak Niyah, jiran taman sebelah, di situ juga ibu Sarah bertanya langsung kepada saya.  Nak minta tolong katanya.  Rupa-rupanya dah lama dia meninjau rumah saya dari jauh untuk bertemu, tapi menyangka saya sentiasa tiada di rumah.  Tentunya semenjak dia dan Sarah mengambil keputusan untuk menduduki PMR tahun ini.

Akhirnya dapat saya temui 7 buah buku mengikut subjek yang diambil Sarah di sekolah.  Cuma buku Ugama Islam yang tiada.  Tak mengapa, hati saya berkata.  Saya akan berikan pengisian sekadar yang saya mampu nanti.  Mungkin itu lebih afdal daripada berdasarkan buku semata-mata.

Saya teguhkan hati.  Tambahan lagi suami, mak dan kakak saya beri dorongan menyuruh saya mencuba.

Ya Allah, segala ilmu milikMU.  Bukan aku yang mengajar Sarah nanti, tetapi Engkaulah yang akan memberi dia ilmu dan kefahaman.  Tolonglah aku dan tolonglah Sarah juga.  Mudahkanlah semuanya untuk kami, ameen.

Dengan bisikan-bisikan hati ini, saya kembali tenang dan bertawakkal kepada Allah.  Saya mula berkeyakinan.  InsyaAllah inilah namanya rezeki dan ujian untuk saya.  Saya sudah menyanggupi ketika ibu Sarah bertanya di hadapan rezeki makan kelmarin.  Saya berkewajiban memenuhi janji ini.  Saya akan cuba sebaik mungkin membantu Sarah, yang termasuk golongan pelajar lembam tetapi halus budi pekerti ini.

InsyaAllah dengan bantuan Allah jua ...
***

ketetapan

baru sebentar saya menghantar sms kepada ibu Sarah, memberitahu saya sedia mengajar sarah untuk subjek Mathematic dan Science.  Belum dapat jawapan.  Mungkin dia berbincang dengan suaminya, atau mungkin sahaja sibuk di pejabat dan belum berkesempatan mengirim jawapan balas.

Terima kasih kepada Kak Ju, atas pendapatnya tentang hometuisyen.  Kebetulan dia pun akan mula mengajar tusyen untuk SPM, untuk anaknya Hasib dan kawan-kawannya.  Kak Ju beri sokongan kepada saya.

Suami saya memang tak ada halangan.  Mak pula, pagi tadi macam selalu rutin menelefon dia, bila saya khabarkan tawaran mengajar tusyen ini, terus mak suruh saya naikkan bunting untuk tusyen hehe ...

Tempoh Tusyen 3-4.30pm Isnin - Khamis untuk dua subjek utama Mathematic dan Science.  6 subjek lain saya akan pantau dan latihtubi.



No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing