Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 31, 2014

So sad to online using this lenovo. Dah tulis berjela-jela nanti lenyap begitu saja. Ok, aku sedang online dengan wifi percuma dari restoran di bawah hotel bajet ni. Nak harap wifi hotel memang hampeh. Rezeki kami masuk hotel bajet, ditempah kawan suami. Tak mengapa la, dapat la tonton Qasidah habib kesayangan kat tv. Kalau kat rumah jangan harap. Tv ada tapi tak de ariel hapa. Alhamdulillah. Dapat melayan wssp perindu-perindu di mana-mana. Memang melampau kan..tapi dah dorang kata rindu hehe... Esok nak cari buku diari 2015. Aku rekod memacam kat lenovo ni, alih-alih lesap semua satu hapa tak ada. Return to old style la...tulis je. Tamat sudah khidmat di madrasah Lil Banat. Ia tragis tetapi harus dilalui juga. Untuk seterusnya aku perlu mwmenuhi janji yang sudah diucap. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku melakukannya. Qasidah pun hampir tamat. Membosankan guna lenovo menulis di sini. Aku undur diri dulu. * Merai azam demi azam, insyaAllah.

Friday, December 19, 2014

Macam-macam dan pelbagai.  Aku tak kisah.
Ada yang kata memang menarik.
Ada yang kata asyik ulang-ulang cerita je, tak faham sangat.
Ada yang kata sedih huhuhu dan nangis.
Ada yang kata semua ada, suka duka bersama.

Dalam bicara harian, kita tak lari dari ulang-ulang kisah lama.  Sejarah beb.  So ...?
Dalam hidup harian, kita tak lari dari suka duka bersama.  Biasa la.  Well ...!

Hari ni menangis, esok mungkin tertawa.
Sebentar tadi kau ketawa, mungkin sesaat lagi kau mengalir air mata.

Aku tak kisah apa orang nak kata pasal novel Seharum Doa Bonda.

Tetapi mendengar komen-komen itu tetap menyukakan aku.  Hmm dia baca novel aku juga!  Hehe ...

***

Alhamdulillah, malam tadi naik status dari Puan Noraini Eslah senarai nama yang terpilih untuk Projek 50 - Grup Buku Tiga Lima dan Celik Huruf .  Salah satunya yang ke 11, Naqhuhines.  Mula-mula tak perasan nama itu di situ.  Kali kedua baru terpandangkan ia.  Alhamdulillah.  Dengan izin Allah jua.

Apabila ditanya mengapa akan meninggalkan Lil Banat.  Haruslah aku bercerita ringkas tentang hal-hal ini sebagai satu dari alasannya.

Dan Banat Manis kerap bertanya bila novel tentang mereka akan siap, aduhai!  Aku sudah memikirkannya.  Ia adalah kisah ceria tetapi penuh sisi positif untuk diambil faedahnya oleh pembaca.  InsyaAllah, setiap satu watak ini akan muncul dengan kisah yang berbeza.  Semoga menjadi asbab hidayat seluruh alam.  Kakak aku kata, hanya sekelumit masyarakat yang memandang madrasah sebagai tempat pemulihan akhlak.  Bahkan sebenarnya yang sekelumit itulah yang menghantar anak-anak mereka.  Dan yang seorang dua itulah yang senang cakap, bagi pening kepala dan menguasai udara madrasah yang penuh sakinah.  Dan benarkah hanya sekelumit anggota masyarakat?

Hampir semua Banat Manis adalah wakil tunggal dari keluarga masing-masing, yang menjadi pilihan Allah untuk berada di sini.  Mereka adalah daieyah perintis yang melakukan korban di jalan Allah.  MasyaAllah hebat belaka.  Allah maha hebat.

Dan yang melalui penapisan terus berlaku.  Yang dipilih Allah terus bertahan.  Apabila sudah ketetapan, tiada yang dapat mempercepatkan atau memperlambatkan.

***

Ahlan wa Sahlan buat seorang wanita yang baru aku kenali, yang pernah memanjatkan doa ke hadrat Illahi untuk memilih dia mencurah khidmat di madrasah.  Alhamdulillah jodohnya di sini.  Hati kami sama bergelora.  Aku mahu beredar segera, dia mahu datang segera.  Alhamdulillah, Allah benar-benar memudahkan semuanya.

Semoga selepas ini perjalanan madrasah akan lebih lancar dan Banat Manis mendapat sebanyak-banyak manfaat dari perubahan-perubahan yang berlaku.  Semua demi kebaikan dan kemaslahatan belaka.

Sabtu malam, aku harus memenuhi janji untuk menghabiskan masa bersama mereka.  Apa yang harus aku bicarakan agaknya ...

* Banat Manis, akan aku abadikan kamu dalam untaian memori yang  terindah dan berwarna-warni umpama pelangi pagi, ketika mentari sudah mula memancarkan sinar keemasannya yang gilang-gemilang menerobos tirai mutiara embun dinihari yang sejuk dingin, demikianlah kamu sekelian, insyaAllah. 

Patah tumbuh hilang berganti.  Namun kenangan bersama tetap akan tersimpan dalam memori.  Semoga ikatan kasih sayang dan ukhwah antara kita akan berterusan hingga Jannah.  Mama sayang kamu semua, Banat Manis.

Tuesday, December 16, 2014

'Macam orang tak ada perasaan', begitulah komen Zumindar.  Aku mengadukan hal si manis yang dicop tidak fokus, mengelamun dan tidak baca kuat. 

Si comel bertiga yang sudah ditarget untuk hafalan lancar kerana usia rendah berbanding rakan-rakan lain yang lebih tua.  Salah seorangnya adalah si bongsu.  Seorang lagi si manis bermata coklat hazel yang indah.  Terakhir anak seorang pensyarah yang sebelum ini mengejutkan rakan-rakan kerana kelajuannya menghafal.

Apa sebenarnya?  Takkan gementar dengan rotan sahaja?

Mungkin juga, kerana ustazah yang sebelum ini hanya cubit-cubit sayang, gertak-gertak manja.  Berbeza dengan ustazah yang ini.  Zap zap zap ... dibandingkan dengan usianya yang hampir sebaya dengan pelajar.  Namun beliau bukan sebarangan ye!  Sambil menatap telefon bimbit di tangan, telinganya menangkap bacaan pelajar yang hampir dengan dinding nun jauh di belakang sana.  Sambil menghayun cangkul di luar tingkap (suami buat longkang kecil untuk alirkan air yang bertakung di kawasan kaki lima, pelajar mendalamkannya lagi, ustazah pun turun tangan sesekali) bacaan yang tersasar di dalam kelas juga dapat dibetulkannya.  Aku amat kagum dengan kurniaan Allah kepadanya.

Khabarnya, di tempat asalnya di sana, dia sempat membantu ustazahnya mengajar.  Serentak menghadapnya adalah pelajar hafizah, nazirah dan yang sedang syahadah.  Ustazahnya sedang memasak di dapur, tiba-tiba membetulkan bacaan pelajar yang mungkin terlepas dari pendengarannya. 

Sekelumit kisah-kisah ini membuatkan aku, Syirah, Zack dan beberapa orang lagi menggeleng-geleng kepala.  Memang hebat!

"Macam kita membetulkan bacaan Al-Fatihah pada budak-budak kecil yang baru belajar membacanya, macam itulah agaknya ye ..."  aku cuba membuat perbandingan mudah.  "Dengan kata lain, 30 juzuk Al Quran itu sudah sebati mendarah-daging dalam dirinya.  So ... kita azam!  Allahuakhbar!"

Masing-masing macam blur, tidak menyambut pun takbir yang aku laungkan dengan penuh bersemangat.  Cehh!  Apara ...  Aku menarik nafas.

Zack mencelah, "Kata ustazah, dia sentiasa baca al Quran di dalam hati.  Melainkan semasa qada hajat sahaja dia tak baca."  MasyaAllah.  Zikirnya adalah al Quran.

Semoga menjadi asbab hidayat untuk kita. 

Si manis bertiga ditahan di dalam kelas selepas taklim sehingga tiba waktu makan.  Waktu senggang selepas makan dipendekkan, kelas disegerakan.  Hari ini Selasa, Khamis ini peperiksaan tiba.  Semoga mereka semua berjaya melaluinya dengan tenang dan sukses.  InsyaAllah aameen.

* Alhamdulillah, urusan pindah-randah selesai 97%.  Sabtu ini ada sesuatu untuk meraikan semua insyaAllah.

Thursday, December 11, 2014

"Mama, pukul 10.30 malam saya nak jumpa mama seorang saja," kata gadis kecil yang comel bermata coklat bening.  Bibirnya yang luka semakin sembuh, hanya ada parut.  Kata kawan-kawan, dia mengopek kulit bibirnya yang merah delima dengan sengaja. Entah mengapa ...

"Ok insyaAllah."  aku rasa belas padanya.  Ibu dan ayahnya sedang berada di Acheh, keluar seperti para sahabat r.hum yang bertebaran serata dunia.  Aku sudah memberitahunya pelan-pelan agar usah rasa bersedih dan tertekan tentang ibu dan ayahnya.  Ini bukan pertama kali mereka keluar, cuma mungkin tempoh paling lama untuknya.  Cuti nanti dia akan tinggal bersama bapa saudaranya.  Adiknya sudah berada di sana.

***

Jam 10.30 malam aku bangkit dari katil dengan rasa malas. Andai bukan dia yang meminta, aku lebih suka terus berbaring dan melelapkan mata.  Ada rasa letih juga.  Tetapi mengingatkan dia yang meminta, dia yang hanya sekali-sekala meminta untuk berjumpa, aku gagahi diri juga menapak ke dapur.  Sebenarnya ada seorang lagi yang lebih awal mengikat janji untuk berdua dengan aku, tetapi bayangnya tidak kelihatan pula.

Buka tingkap dapur, aku nampak dia sedang menekur di salah satu tiang khemah merah yang baru roboh kain atapnya, yang mereka letak betul-betul di luar pintu dapurku.  Gotong-royong mengerjakan buah nangka besar yang dibawa mak dari kampung Ahad kelmarin, mereka lakukan di bawah khemah merah itu, khemah yang kami gunakan semasa menjual nasi beriani dua tahun lalu. 

"Sumaiyah! Jom ..." aku tunduk menarik lengan kurusnya dengan perlahan.  Kami menapak ke kaki lima rumah pink dan duduk di situ.  Beberapa pelajar mula menghampiri, seolah-olah beberapa ekor rama-rama yang menghampiri kuntuman bunga Ros yang amat harum, atau seperti beberapa ekor semut yang mula menghurungi seketul kek keju hangat yang dihiasi butiran gula berwarna-warni dengan aroma yang amat membuatkan air liur kecur terpercik.

"Sori, mama ada appointment dengan Sumaiyah seorang sahaja."  aku bercakap kepada rama-rama dan semut-semut itu. 

"Ok nak salam sahaja."  Masing-masing menghulurkan tangan bersalaman dan beredar dengan agak kecewa.

"Ok macamana dengan hafalan?" aku memulakan perbualan privasi dengan Sumaiyah sambil memandangnya yang duduk di sisi kananku.

Sumaiyah mendongak memandangku dengan mata coklat yang bening berkilau.  Rasa belas semakin menghujam terhadapnya.  Kebelakangan ini aku mendengar khabar dia paling teruk dihukum ustazah muda yang baru masuk tiga bulan berhijrah dari negaranya itu.  "Kadang-kadang ustazah baling rotan padanya," kata seseorang.  Khabar yang sama aku terima dari yang lain, yang turut menyaksikan setiap peristiwa. 

Kelmarin aku menziarahi dia yang terbaring di bilik, selepas menerima aduan Sumaiyah demam.  Betis dan pehanya sakit.  Ada tanda lama di lengannya yang sudah kecoklatan.  Ada bekas baru di kedua tapak tangannya.  Aku membuat pertanyaan seperti seorang penyiasat persendirian.  Aku tidak mahu mendengar berita yang diada-adakan.  Sebenarnya dia tidak demam, tetapi mungkin sakit urat kerana ketuk ketampi hampir 200 kali untuk dua hari.  Tetapi Sumaiyah yang bertubuh halus ringan tidak dapat menyudahkan genap 100 setiap kali.  Ada tukang kira.  Itupun dia sudah seperti menderita.  Hanya wajahnya tetap suci tidak beriak. 

Aku berbicara.  Apa yang sepatutnya.  Sumaiyah menarik tudung hitamnya ke bawah hingga menutupi muka.  Dia menangis senyap-senyap.  Itulah stailnya dan mereka semua.  Menangis senyap-senyap di sebalik tudung yang ditarik ke bawah hingga menyembunyikan wajah yang basah.

***

Ketua Pelajar, Zack, datang dengan hirisan oren di tangan.  Dia duduk di sebelah Sumaiyah.  Husna sudah lama bersandar di bahu kiriku, disuruh pergi dia enggan. Anak bongsu ini sedang menahan rasa kurang sihat.  Aku biarkan sahaja.  Zack membuka cerita.

"Ada seorang pelajar Malaysia ni dihantar bapanya belajar ke sana.  Tetapi dia tak dapat hafal apa-apa pun hingga ustaznya jadi tidak senang hati.  Di situ ada ramai tetamu yang datang setiap hari, selipar bersepah.  Ustaz suruh pelajar ini menyusun semua selipar yang ada.  Jadilah dia si penyusun selipar selama beberapa tahun.  Pada saat ustaz sakit yang membawanya meninggalkan alam fana, ustaz berwasiat kepada pelajar yang paling pandai dalam kelas beliau supaya meletakkan pelajar yang kerjanya menyusun selipar selama beberapa tahun dan tidak pernah masuk kelas itu mengambil alih tempat ustaz untuk mengajar.  Namun apabila sampai ketikanya pelajar terpandai itu sendiri yang duduk di tempat ustaz, dan secara tiba-tiba semua hafalannya hilang.  Menyedari ada kesilapan yang dilakukan, pelajar terpandai pun menunaikan wasiat sang guru.  Si penyusun selipar dipanggil dan ditempatkan di tempat yang diamanahkan.  Sebaik sahaja si penyusun selipar duduk di tempat sang guru yang sudah tiada, dengan izin Allah tergambar di ruang matanya seluruh 30 juzuk al Quran dan mampu dia menyemak bacaan seramai 40 orang di sekitarnya, wallahu'alam."

Masya Allah.  Terasa berdiri bulu roma di lengan.

Aku pula buka cerita.

/bersambung, insyaAllah.


Saturday, December 6, 2014

"Janganlah berhenti mama ..." Danisyah berdiri di sisi pintu dapur dengan wajah redup.  Matanya yang selalu riang turut redup.  Gadis yang sukar difahami rakan-rakan ini sepertinya begitu terkesan dengan keputusan aku.

"Mama masih ada kat sini sampai kamu bercuti."

"Janganlah berhenti mama ..."

"Mama ada kat sini.  Sampai kamu semua bercuti."

Aku hanya dapat mengatakan begitu.  Mereka akan bercuti dua minggu lagi, sehingga itu aku masih di sini.  Cuma apabila mereka kembali ke madrasah setelah dua minggu kemudian, iaitu minggu pertama 2015, ada wanita lain yang menunggu mereka di tempat aku.

Sudah tiba masanya untuk aku beredar.  Perancangan Allah begitu baik. Di saat aku perlu pergi, ada seseorang yang begitu berharap untuk berada di sini demi kemaslahatan dirinya.  Alhamdulillah.

Malam ini aku akan 'lepaking' dengan mereka.  Waktu ini mereka sedang minum malam. 

Sekumpulan gadis dari grup tertentu duduk dalam bulatan kecil tidak jauh dari pintu dapur.  Kami sekadar pandang-memandang begitu sahaja.  Tadi mereka sudah mengadu itu ini.

"Ok, mama insyaAllah akan datang sana jam 11.30.  Now mama nak rilek jap."  Aku mewar-warkan sebelum ditanya lagi.

Ketika minum berdua di meja, aku bertanya suami, "Bang, apa nak pesan ye?"

"Pesan?? Pesan apa?" 

Ah, sang suami yang seorang ini.  Aku teringat pidato terakhir baginda Rasulullah SAW. 

Begitu banyak dan di saat-saat akhir begini, semakin banyak pendedahan mengejutkan yang disampaikan kepada aku.  Tidak perlu ramai, cukuplah dari dua orang yang berbicara.  Aku berharap yang lain-lain masih berada dalam lingkungan terpelihara.

Betapa pentingnya ilmu.  Betapa pentingnya usaha dakwah.  Betapa pentingnya iman dan keyakinan kepada yang ghaib.  Betapa pentingnya semua yang termaktub di dalam Al Quran Kalamullah dan yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW. 

* sedang menunggu jam 11.30 malam.

Friday, December 5, 2014

Di laman sosial, aku membaca komen-komen yang menjentik rasa ingin tahuku terhadap jenis buku-buku terbitan tersebut.  Aku rasa macam best je.  Komen-komen itu menarik.  Malah ada yang aku pinta untuk menjadi kawan.

Suatu ketika yang baru berlalu, Allah mengizinkan aku hadir di pesta buku besar tersebut.  Bersama suami dan si bongsu, aku melangkah laju-laju mengitari dan membaca setiap tajuk buku yang sekian banyak terpamer.

Aku teringat semula kepada komen-komen yang telah menjentik rasa ingin tahu di laman sosial.  Aku bercadang mahu mendapatkan sebuah dua buku dari penerbitan itu untuk diriku.  Akhirnya aku tiba di rak yang dipenuhi buku-buku yang aku hajati.

Ia berdekatan dengan novel-novel cinta yang pernah aku sedikit kesal membeli dan membacanya.  Buat masa ini, begitulah pendirian aku.

Di sebelahnya adalah novel-novel yang aku maksudkan telah mencuit keinginan untuk memilikinya.

Aku menebarkan pandangan sekilas di serata muka novel-novel itu.  Aku mencari-cari dengan pantas.  Aku menarik nafas dan menarik si bongsu beredar segera.

Oh ya, di sekitar itu agak ramai pemuda dan pemudi yang ceria.  Juga ada jualan baju-T dan entah apa lagi, aku kurang ingat sekarang.

Aku hampa.

Aku tidak akan membeli novel-novel itu, yang telah menjentik keinginan untuk memilikinya melalui komen-komen menarik di laman sosial.  Komen-komen yang berunsur positif dan agak memukau rasa.

Aku yakin tidak mendapat apa yang aku inginkan melalui media mereka.

Aku tidak mahu buang masa, yang selalu terbuang pun sebenarnya tanpa perlu aku menafikan.

Pendedahan yang sampai kepadaku, mengesahkan naluriku.  Bukan aku tidak pernah cuba membaca ia, tetapi aku tidak mampu menyelesaikannya.  Cukuplah dengan menjeling pada tajuk-tajuk yang tertera.

Maaflah ~.

* Ya Allah, semoga aku menemuiMu setelah 'ia' selesai penuh di dadaku, dan telah kutunaikan beberapa janji yang telah terucap, juga beberapa amanah yang dipikul.  InsyaAllah.
Aku tidak mengerti bagaimana jiwa seni yang puitis sebenarnya.  Hanya aku mahu menulis sesuatu dari hati dengan hati-hati namun santai sambil menahan diri dari cuba memporak-perandakan keadaan orang lain.  InsyaAllah.

***

Dia menegurku dari tingkap dapur madrasah yang sudah pecah satu cerminnya.  Aku menghadiahinya senyuman dari jauh.

"Kesian dia mama ... dia tak boleh bercakap dengan sesiapa melainkan dengan bertiga orang itu sahaja."  kata Sara Syuhara.

"Sampai bila?"

"Tak tau la, selagi tak hafal agaknya."

"Baguslah tu.  Pengajaran untuk dia."

"Dia kata dia nak berhenti dari madrasah ni."  Ini agak lawak pada fikiran aku.

Dia yang seorang ini, tiba-tiba menjadi perbincangan petang tadi dengan aku, oleh Syirah dan Sofia.  Termenung memikirkan, di mana silapnya, sehingga dia begitu payah mahu menghafal.  Walhal dia anak kepada orang terpenting di madrasah ini. 

Apakah mungkin dia terbeban oleh perasaan sendiri?  Oleh tanggungjawab tidak ketara?  Oleh kelekaan dan zon selesa yang menyelubungi diri?  Oleh ... apa lagi?

"Kesian dia, saya pun pelik, dia menghafal macam kitorang juga, tapi bila hantar saba', tiba-tiba dia terhenti.  Pelik betul."  kata Shirah yang sudah hampir enam juzuk menghafal, pelajar kedua tertinggi hafalanannya selepas Amy yang sudah hampir mencecah 20 juzuk.

Amy sudah siap membawa 5 juzuk dari  Kemboja dan dia pun tekun orangnya.  Bercita-cita mahu menjadi ustazah di negaranya untuk pelajar-pelajar perempuan.  Ustazah tidak ramai di sana, katanya.  Seiring dengan niat sucinya, Allah amat memudahkan dia mengingat ayat-ayat hafalan.

Syirah juga istimewa.  Gedik, sensitif, ikut kepala sendiri, kasar gurauan, namun atas itu semua dia ternyata kuat kemahuan.  Baru-baru ini pecah rahsia dia sudah menyiapkan beg untuk melarikan diri di tengah malam.  Ika dan Sofia standby tidur-tidur ayam dan terus memujuknya.  Aku tidak terkejut mendengar perancangan teruk itu.  Hati masih cuak maka anak kunci pagar aku khaskan kepada ketua pelajar sahaja boleh menyentuhnya, dan di waktu malam kunci itu aku simpan di dalam.  Kiranya sesiapa yang berhasrat melarikan diri silalah panjat pagar zink setinggi 8 kaki itu dan bolehlah bersiap dengan hirisan tajam hujung zink di pehanya.

"Tapi dia tak jadi, mama.  Akhir sekali dia kata macam ni ~ 30 juzuk al Quran mesti berada dalam dada saya ni."

"Lepas tu?"

"Lepas tu dia ambik beg tu bawak masuk dalam madrasah semula."  Ika tertawa lucu mengenangkan perangai sahabat baiknya yang gila-gila. 

Aku sekadar menarik nafas.  "Orang macam tu akan buat sesuatu sampai seolah-olah akan benar-benar terjadi.  Baru dia rasa puashati.  InsyaAllah dia tak akan cuba lari lagi.  Kalau nak lari dah lama dah dia lari."

Sesudah itu Syirah semakin laju menghafal.  Sekali hantar dua muka surat.  Apabila ustazah RN menyuruh dia menghantar setengah muka surat sahaja, menangis-nangis merayu supaya dibenarkan untuk dua muka.  Orang macam ni pun ada, desis hati.

"Macamana awak menghafal?" aku bertanya ingin tahu.

"Saya ulang baca satu muka surat tu dari atas ke bawah berkali-kali sampai seratu kali mau."

"Hmm ..."  aku pun rasa bersemangat sama nak menghafal.  Benarlah mereka ni asbab hidayat.

Teringat cara Naqib.  Dia menghafal ayat demi ayat.  Hidayat pula, katanya maulana mengajar menghafal perkataan demi perkataan dan tidak mengalihkan pandangan langsung dari al Quran.  Bermacam kaedah lain lagi.

Apa yang pasti,  ulangan berkali-kali memang memudahkan hafalan. 

"Tapi kenapa dia susah nak menghafal ye?" aku mengajak Syirah dan Sofia mencari sebab.

"Entahlah, pelik betul."  jawab Syirah.  Asyik pelik je.

"Mama fikir dia kena pindah madrasah lain la.  Baru dia selamat dari perasaan yang menganggu dia tu."  Sofia mengangguk-angguk.  "Sefaham mama, kalau di madrasah lain, ustaz ada target berapa lama seseorang pelajar baru boleh menghafal.  Kalau dia tak boleh capai target dalam tempoh tu, ustaz akan cadangkan dia masuk alim.  Begitu juga pelajar alim, dicadangkan masuk hafiz.  So masa tak terbuang begitu sahaja.  Ustaz la nak kena cekap kenalpasti kebolehan pelajar tu kat mana."

"Saya suka menghafal al Quran, mama.  Saya takut nak hafal hadis takut tersalah.  Kalau al Quran boleh je rujuk anytime."  Macam tu pulak.

"Hadis pun nak kena hafal la jugak.  Apa la kamu ni."

"Kak Huril hafal hadis ke?"

Aku angguk.  "Bahasa Arab jugak."

Peraturan khas untuk si dia agak luar biasa.  Semoga jadi pengajaran untuknya lebih fokus dalam hafalan.  Dia lebih tua tiga tahun dari si bongsu anakku, tetapi si bongsu anakku sudah melebihi dia satu juzuk.  Walaupun tidak boleh menyandarkan kepada usia, tetapi melihat pada permulaan yang sama, aku pun memikirkan mengapa dia jadi demikian.

"Banyak bercakap.  Banyak ketawa.  Banyak dosa.  Tapi tak de la kata dia banyak dosa.  Banyak bercakap dan banyak ketawa itu memang dia." 

Kringg!

"Okay, time kelas.  Dah balik cepat."  Aku menggesa Syira dan Sofia bangun.  Amboi, mentang-mentang aku baik sikit seminggu dua ni, selamba je masuk ke dapur dan duduk di meja makan aku ye.  Dan ada je topik yang disembangkan, pandai pulak membawa topik yang menarik perhatian. 

"Nanti dating lagi mama!"  kata Syirah sambil berjalan ke pintu.

Saat ini teringat cerita Sofia.  "Oleh kerana kami semua tak boleh bercakap dengan dia melainkan Zack, Amy dan Nurul Iman, duduk sebelah dia pun tak boleh bercakap dengan dia.  So kami pesan kat Zack, Amy atau Nurul Iman walaupun dorang duduk jauh supaya sampaikan pesanan kami kat dia.  Walhal kami ni duduk sebelah dia je.  Lepas tu ada jugak yang tanya takkan senyum kat dia pun tak boleh?  Mesti la boleh jugak, bercakap je tak boleh kan.  Bersalam tentu boleh.  Kenyit mata pun boleh." 

"Ah sudahlah korang ni, buat lawak je la."

"Betul mama, kitorang semua tak boleh bercakap dengan dia.  Yang bertiga tu je boleh."  Peraturan ini hanya menghadkan mesej menggunakan suara sedangkan begitu banyak bahasa badan yang sampai kepada dia.  Namun sebagai seorang yang suka bercakap, tentu halangan berkata-kata sesuka hatinya sedang menyeksa jiwanya. Semoga benar-benar jadi pengajaran yang baik untuknya insyaAllah.

Wednesday, December 3, 2014

"Mama, sini jap."  Siti Hajar seperti mahu berbisik di hadapan kawan-kawannya.
Aku merendahkan kepala, menyua telinga.  Dalam hati berkata, entah apa nak dibisikkan, ada saja bendanya.  Terasa bersalah melayan bisik-bisikan.  Tak baik berbisik di hadapan orang.

Tiba-tiba sebuah kucupan singgah ke pipiku.  Haihh!  Ia agak mengejutkan.  Siti Hajar tertawa-tawa berpusing terus berjalan menuju madrasah bercat merah muda. Malu agaknya.

"Hai, ingatkan nak bisik apa la ..." aku tersenyum di hadapan yang lain yang memerhatikan dan menunggu  peluang untuk berkongsi rahsia.

Dan dia mengulanginya kali kedua, juga di luar sangka.

Satu tengahari, dia mengadu tentang mimpi di siang hari.  Katanya mama akan pergi entah ke mana tak akan kembali lagi, kami semua, pelajar semua menangis-nangis.

Kataku, "Napa, macam mama dah meninggal dunia je."

"Ishh jangan la cakap macam tu mama."

"Yelah, dah awak kata pergi tak kan kembali lagi.  Pergi meninggalkan dunia ini la maksudnya tu."

Siti Hajar tertawa comel.  Giginya putih bersih berbaris indah.  Matanya mengecil sama tertawa.

Hmm ...  sampai termimpi-mimpi dibuatnya.

***

"Mama, bila boleh tolong mama berkemas ni mama?" tanya Ika.

"Eh jangan la tanya macam tu, macam nak halau mama je ..." sampuk yang lain.

"Bukan la ... nak tolong mama berkemas je lah!" Ika separuh mendengus.  Geram agaknya.

"Nanti la, mama lom ada masa nak berkemas ni."  Hanya ada lima kotak kosong, kotak kipas dinding yang baru dibeli.  Ah, malasnya nak berkemas.  Malasnya nak berpindah lagi.  Sudah lebih 10 kali kami berpindah-randah semenjak bernikah, termasuklah pindah ke Brunei.  Dan di sana pun kami berpindah-randah juga.  Masih belum dapat mengambil iktibar supaya tidak mengumpul banyak barang.  Masih ...

Tetapi kali ini, ia perlu dilakukan.  Cermat dan berhati-hati memilih barang keperluan.  Rupa-rupanya mengemas rumah juga perlukan ilmu.  Apabila pandai mengemas, pandai juga memilih barang, lebih panjang akal dan banyak idea, aku fikir begitu.  Semalam mengumpul beberapa blog tentang mengemas rumah.

Aku katakan pada suami, "Abang, kat rumah baru nanti tak mau banyak barang. Barang-barang kerja abang tu ... hmm hmm ..."  Dalam hati berharap dia mendapat mesej walaupun ayat aku tergantung.  "Ayang azam nak berkemas selalu, insyaAllah."  Azam mesti mau ada.  Macam biasa, suami hanya ada telinga tetapi pendengarannya kadang-kadang entah di mana.  Namun dia memberi respon di masa yang lain.  Respon yang sangat menyukakan hati aku.  Cadangan aku untuk mendapatkan perabut yang jimat ruang mendapat sambutannya.  Kami sedang mencari masa untuk melaksanakannya insyaAllah.

Tidak mahu serabut lagi.  Tidak mahu penuh dinding dengan segala ayat al Quran yang dijadikan hiasan.  Azam, al Quran di hati bukan di dinding.  Tidak mahu kabinet tv besar.  Aku memang tak tengok tv.  Tapi abah kata nanti dia nak masukkan Astro pulak aduhai ... Tidak mahu set sofa sebab nak amalkan sunnah duduk atas lantai.  Tapi kerusi sample untuk istana (projek terlepas) dulu tu suami kata tetap nak angkut jugak, ikut je la.  Mahu kosong dan lapang.  Semua perabut aku senaraikan sebagai serabut.  Belajar dari pemerhatian.  Cukuplah yang sudah-sudah.  Kami jumpa kedai perabut terpakai di Kapar.  Sebelum mak sampai, semua perabut yang patut ditolak akan cuba diuruskan segera ke sana.  Sebelum mak sampai, kami akan cuba berpindah secepat mungkin.  Jadi mak akan masuk ke rumah baru sahaja.  (rumah baru = rumah sewa yang baru siap, kami penghuni pertama).  Sebab kami tak nak serabut.  Kami rasa mak tidak bersetuju sangat kami tolak perabut ke kedai barang terpakai, "pakai je la apa yang ada ni," kata mak.

Jadi, kalau boleh, sebelum mak muncul lagi kami mesti selesaikan urusan pindah-randah ini dengan sempurna.  Tak mau mak risau dan bersusah-payah membantu.  Mak abah datang rehat sahaja.  Mak abah senyum sahaja.  Azam, nak ajak mak Ramlah dan mak Leha serta abah Mat Arbak melapangkan masa berehat-rehat di sini juga, di masa hadapan.  Semoga mereka sudi.  InsyaAllah.


***

Semua ni salah aku, hati berbisik.  Mengaku dengan perasaan luruh.  Aku membuka tab dan membaca surah Yasiin, seperti yang selalu dilakukan, hanya kali ini menggunakan tab bukan al Quran .  Wanita berumur di bangku sebelah sana tidak aku endahkan.  Dia pun jauh jaraknya.  Setiap orang yang lalu-lalang tidak aku perdulikan.  Air mata bergenang-genang.  Semuanya salah aku, mengaku sahaja.

Aku hilang sekejap sahaja.  Seboleh-boleh, nafsu mengajak aku mencari juga lampu berdiri yang telah menawan hati.  Setiap belokan aku camkan supaya dapat kembali ke tempat suami dengan mudah.  Melangkah laju dan pantas.  Akhirnya aku tetap tersesat di dalam showroom yang berbelok-belok dan banyak bahagian.  Pertama kali datang, aku rasa sepuluh kali datang barulah aku benar-benar mahir berjalan di situ.

Telefon berdering, sebaik sahaja aku menghantar pesanan ringkas kod lampu tidur berdiri yang telah berjaya aku jumpai. 

"Kat mana?  Tak boleh duduk diam ke?"

Kebetulan aku bertemu escalator, "Kat escalator."

"Turun bawah."

Masa semakin suntuk.  Aku perlu berada di madrasah untuk menyiapkan minuman malam.  Maghrib sudah lama berlalu, waktu Isyak pula menjelma.  Suami tiada masa untuk mencari aku.  Dia pun mungkin sudah kelaparan.  Hai, mengapa aku tidak menahan diri sahaja?  Mengapa aku tidak memikirkan kemungkinan akan tersesat?  Mengapa aku tidak memikirkan masa yang semakin suntuk untuk membiarkan diri hilang arah di pusat perabut yang besar ini?  Semuanya salah aku.

Hati berdebar.  Naluri mengatakan pasti semuanya sudah batal.  Suami sudah angin kuskus padaku kerana menghilangkan diri, sedang dia menunggu giliran untuk membuat tempahan perabut yang kami sama-sama pilih sebentar tadi.  Sebentar tadi yang suasana cuaca sangat ceria dan saling memahami.  Tiba-tiba angin sepoi-sepoi seperti akan tsunami.  Semua salah aku, bisik hati lagi.  Sambil membaca Yasiin, air mata yang kering bergenang semula.  Semua salah aku, desis hati berkali-kali.  Tetapi andai aku sentiasa difahami, alangkah bagusnya, nafsu pula berbicara.  Ah!  menyampuk saja.  Beri betis nak peha maknanya.

Kecilkan dunia besarkan akhirat, kecilkan dunia besarkan akhirat kecilkan dunia besarkan akhirat.  Terasa lemahnya iman saat ini, Allahuakhbar.  Istighfar istighfar istighfar.

"Tak payah la beli lampu tu."  aku menghantar pesanan ringkas lagi.  Nadanya seperti hampa.  Haha ... padan muka aku.  Nafsu pun terasa luka.  Padan muka kau!

Suami muncul juga akhirnya.  Aku buat-buat tak nampak, terus menatap tab walaupun sudah selesai membaca Yasiin.

"Yang, tak jadi.  Banyak out of stock.  Kereta kita tadi kat mana ea?  Ingat tak?"





Monday, December 1, 2014

Semenjak noktah sudah menjadi satu kepastian, setiap hari hal yang sama diungkit.  Dan aku terus melayan mereka seperti biasa.

"Lepas ni kitorang panggil mama kat sini, tak ada orang yang datang ..."  katanya sedih.

"Nanti tak ada sapa nak layan kitorang borak-borak."  kata yang lain sedih juga.

"Ahh sudahlah kamu semua ni.  Panggil la ummi, nanti dia datangla layan kamu."

"Tak nakk ... nak mama jugakkk tak nak ummiiii..."  sah mengada-ngada.

"Ini la namanya paku dulang paku serpih, mengata orang kamu semua yang lebih."  aku mengutuk sikap mereka.  "Ummi akan layan kamu semua lebih baik dari mama insyaAllah."

Pen sudah di tangan.  Kertas sudah siap untuk aku menurunkan mata pena menyentuhnya, hanya untuk sebuah noktah yang menggetarkan jiwa.

* menanti detik demi detik.  
"Bila mula dapat tempias nak berhijrah?"  tanyanya.

Aku pun dengan bersemangat mahu mengulang cerita lama, kisah di Brunei negara aman sentosa, ketika Allah mengizinkan sebuah pertemuan, asbab anak-anak yang berada di madrasah di Malaysia.  Tetapi, belum pun sempat aku menyudahkan baris ayat pertama, ketika baru mahu menarik nafas untuk menyambungnya, tiba-tiba, "Haa ... kami la yang berdoa masa tu." (ayat tergantung, sebab aku tak ingat apa lagi yang dicakapnya sebutir sebutir).

Aku tersentak lalu terdiam.  Hilang semua nikmat mahu berkongsi cerita di pihak aku, bagaimana asal mulanya asbab aku berhijrah beberapa tahun lepas.

Dia bercerita kepada suami; jumpa sekali je masa rawatan refleksologi dulu tu ... dan malam ini pertemuan kali kedua kiranya.

Ya dia datang bersama pakar urutan refleksologi (dijemput dari komplek sukan Bukit Jalil) untuk merawat lutut kiri aku yang terkucil tiba-tiba tanpa sebab, tiga hari sebelum menaiki pesawat ke Brunei.  Asbab urutan itu dengan izin Allah dapatlah aku berjalan dengan lebih selesa hinggalah mendaki tangga kapalterbang pada keesokan harinya.  Tidak perlu menggunakan tongkat kepala naga milik suami lagi. MasyaAllah aku tidak pernah menduga ada orang yang sudi menitipkan doa buat kami, yang aku kira doa khusus, hanya dengan sekali pertemuan dan aku tidak pernah mengendahkannya dengan berlebihan.

Akhirnya aku menjadi pendengar bisu.  Tetamu leka bercerita dengan mak.  Rancak benar.  Aku dah tersengguk sengguk bersandarkan dinding.  Sesekali mataku nampak tetamu mengerling memandang tetapi nampaknya keadaan aku yang begitu tidak mengundang sebarang rasa padanya.  Dari bersimpuh aku bersila. Akhirnya aku berlunjur kaki.  Perlahan-lahan kesopanan yang aku pertahankan beransur pergi.  Aku sudah mengantuk tetapi menahan diri dari memanjangkan leher meninjau jam dinding yang terhalang dek tv bisu. Namun aku amat pasti, embun dinihari mula berkumpul di hujung dedaun.

"Bang, urutkan tapak kaki ni," aku mengangkat tangan suami dan meletakkan di kakiku, sekadar mahu mengusir kebosanan sebagai tuan rumah yang menjadi pendengar setia semata-mata.  Aku tidak dapat mencelah.  Perbualan mereka ni berkisar di kampung dengan kisah watak-watak yang aku tak kenal.  Tetamu lelaki itu seorang karkun.  Isterinya memakai purdah tetapi dibuka dengan izin suaminya.  Maka sang suami itu ada memberi tasykil kepada suamiku.  Dia menyebut tentang jhor, mesyuarat, keluar masturat termasuk pengalaman keluar dari keretapi melalui tingkap semasa di India.  Dia menyebut nama-nama syura Malaysia.  Aku tiba-tiba menyampuk menyebut satu nama yang aku tahu, yang sepatutnya tak perlu aku menyampuk begitu, "bukan, dia bukan syura."  Yelah aku tak tahu.

Sehingga saat ini aku masih terngiang-ngiang akan bicara sang suami itu.  Dia mendoakan kami.  Alhamdulillah.  Aku lantas terkenangkan saat  berlegar sebagai seorang perempuan yang agak bingung di ijtimak Sepang 2009.  Bingung melihat perhimpunan yang begitu padat dengan khemah-khemah yang bersaiz jumbo, dan nama-nama negara di pintu setiap khemah.  Ia amat luar biasa bagiku waktu itu.  Mungkinkah di situ ada juga doa yang dititipkan ke hadrat Allah untuk perempuan ini?  InsyaAllah.

Bagaimana pula dengan sepucuk surat tiada beralamat yang aku titipkan melalui bakal tetamu Allah di Tanah Suci Mekah beberapa belas tahun lampau.  Manifestasi luahan hati yang sarat padat, "akak letak la kat mana-mana, kat celah-celah al-Quran ke" tanpa membenarkan dia membacanya (aku rasa-rasa).   Siapakah yang membaca surat itu, dan mungkinkah ada doa siapapun yang membacanya untuk si pengirim yang turut menyertakan nama penuhnya itu?  InsyaAllah.

Doa kesemua bonda-bondaku?  Ayahanda-ayahandaku? 
Doa guru-guruku?
Doa orang-orang soleh?
Doa suamiku?  Doa anak-anakku?
Doa saudara-saudaraku? Sahabat-sahabatku?
Doa sesiapa yang mengasihi aku?

MasyaAllah, indahnya kehidupan andai disirami doa sepanjang masa.  Doa yang baik-baik belaka.  Doa hidayat.  Doa husnul khotimah.  Doa kebahagiaan hingga ke Jannah.

Terima kasih kerana mendoakanku.  Doa adalah ibadat yang disukai Allah.  Allah menyuruh kita sentiasa memanjatkan doa ke hadratNya.  Dan setiap doa pasti akan dikabulkan.  Berdoakalah dengan penuh keyakinan dan pengharapan.  Bukan doa separuh hati dan tiada rasa ia akan dikabulkan.  Doa sudah siap dalam perjalanan sebelum ia dilafazkan di bibirmu.

Berdoalah untuk saudaramu.  Antara doa yang sangat makbul adalah doa untuk saudara kita tanpa pengetahuannya.

Yang pasti, doa Baginda Rasulullah SAW Habibullah bersama air mata suci baginda di setiap malam sehingga saat-saat akhirnya sentiasa mengiringi kita semua. Alhamdulillah.  Allahuakhbar. 


"Muktamad!!!" Hati menjerit langsing.  Aku menunggu masa untuk melafazkan permintaan maut itu.  Sudah aku khabarkan pada mak ketika hati sedang hangat berbaur benci dan marah dan bengang dan ... segala perasaan kesukaan syaiton musuh Allah.

Air mata menitis sambil tangan melayan rentak sudip di dalam kuali besar.  Sarapan ini harus berasa sedap dan enak zahir batin, tetapi aku gagal menguasai perasaan yang membuak-buak.  Mak menyabarkan.  Aku berhenti mengacau kuali dan melangkah ke cd player.  Aku kuatkan lagi volume qasidah Habib Syech kegemaran sehingga mak menegur betapa kuatnya volume itu.  Aku tidak perduli langsung.

"Muktamad, mak!!!  Perduli apa dengan itu semua.  Rezeki dari Allah."  jawabku mencantas kata-kata mak dengan berani.  Entah bagaimana wajahku waktu itu.  Mak terdiam.

***

"Mak cakap la ..."  aku enggan bercakap dengannya.  Tetapi keadaan kami yang tersadai di tepi hutan berdepan dengan perumahan yang baru siap dan belum berpenghuni ini mesti dikhabarkan segera.  Entah mengapa, kereta ini tiba-tiba tidak mahu menurut perintah untuk bergerak selancar tadi.  Walhal aku mahu segera mengejar masa untuk memenuhi keperluan.

Mak pun bercakap di telefon abah.  Telefon aku tak ada kredit.  Aku menjawab pertanyaan mak sebagai menjawab soalan dari hujung telefon di sebelah sana, sambil mendengus, masih panas hati dan marah dan berang dan  semua perasaan yang disukai syaitan musuh Allah masih ada dalam jiwa.

Tidak lama kemudian, setelah terlelap di tempat duduk pemandu, mujurlah cuaca agak redup, aku melihat kehadirannya.  Semakin masam wajahku tetapi tiada sesiapa dapat mengesan di sebalik tabir ini.  Mulutku terkunci rapat.  Ditanya sepatah dijawab sepatah.

Dia melakukan apa yang perlu.  Sikapnya baik sahaja.  Tidak selari langsung dengan panasnya hatiku, geramnya aku dan segala perasaan yang tidak diredhoi Allah itu.  Mudah benar manusia melupakan.  Melayu memang mudah lupa!

Sambil menanti, hatiku tiba-tiba bersuara sendiri.  Mungkin ini asbab kebaikan belaka.  Seperti biasa,  sesuatu kerap terjadi tatkala aku diserang 1001 perasaan buruk itu.  Sebagai asbab dari Allah.  Tiba-tiba pula hati berkata lagi, BUKANKAH LEBIH AFDOL AKU BERDOA YANG BAIK-BAIK SAHAJA, berbanding melayan segala perasaan yang tidak diredhoi Allah seterusnya melupakan keputusan muktamad yang sudah aku azamkan untuk melakukannya itu?

Astaghfirullah.  Serta-merta aku teringat untuk beristighfar meminta ampun ke hadrat Allah.

Serta-merta pula aku berbisik sendiri, "Ya Allah, aku batalkan semua hasrat dan hajat yang aku azamkan itu kerana aku tahu ia tidak baik diteruskan.  Ya Allah, ini hanyalah asbab.  Jadikanlah ia asbab hidayat untuk kami dan seluruh alam.  Ya Allah, Engkau jadikanlah kami sehati dan sejiwa, penuh cinta kasih sayang rindu di dunia hingga ke syurga."  Aameen.

Tiba-tiba aku teringat serangkap doa yang selalu kuungkapkan satu ketika dahulu.  Aku pun mengungkapkannya lagi.  MasyaAllah!  Begini rupanya perancangan Allah.

Ketika akan beredar ke destinasi berbeza, dia menghadiahkanku sekuntum senyum sinis, "inilah namanya kualat, daulat sebab melawan suami."  Aduhh pedasnya.

Aku menjawab pantas, "mintak ampun maaf ye."  Entah didengar entah tidak, tetapi urusanku selesai dan hatiku puas lega.  

Melawan Protes dalam diam lebih besar kesannya daripada melawan protes dengan kata-kata.  Itu sangat pasti.

Tetapi yang paling pasti lagi sohih adalah, Allah tidak mahu aku berbeza jalan dengan dia.  InsyaAllah.  Allah yang mempertemukan, Allah sahaja yang akan memisahkan.  Biarlah maut yang akan menjadi hantaran.

* atasi masalah dengan baiki amalan ~ Rasulullah SAW.
Aku sedang ditemani anak jin hitam.  Dia, aku temui di atas pokok mangga di depan pintu dapur.  Menjerit-jerit di atas dahan yang tinggi, di Rabu petang menjelang maghrib.  Aku minta suami tolong ambilkan anak jin tetapi suami tidak mahu melayan kehendakku.  Sehingga aku terperasan tiada lagi bunyi suara anak jin menjerit, aik kenapa senyap tiba-tiba.  Aku pun tinjau dari celah pintu, mendongak memerhati di seluruh dahan pokok mangga di depan pintu dapur warna biru laut. 

Tiba-tiba si bongsu muncul dari arah pintu dapur yang lain, dan tertawa melihat aku yang tertinjau-tinjau ke luar. 

"Ni  mama, baby dah ambik sendiri haha ..."  di tangannya ada anak jin hitam.  Rupa-rupanya si  bongsu memanjat meja simen bulat untuk mengambil anak jin hitam dari atas dahan pokok.

Sambil menulis blog ini, anak jin hitam sedang santai di sebelah aku, di atas tilam tidurku.  Tadi suami sudah berpesan kepadanya, "Jangan berak dalam rumah!  Nanti tangkap tikus tau!" sebelum dia bergeak ke Mersing.  Anak jin hitam macam faham je. 

Semuanya hitam, termasuk anak matanya, tentulah!  Yang agak putih hanyalah bulu telinganya dan sedikit bulu di bahagian perutnya, amat sedikit hampir tersembunyi di celah-celah warna hitam.  Giginya amat halus meresip-resip kulitku.  Sangat lincah bermain.  Botol mineral kosong 500ml jadi mainannya.
.
Aku merasa tidak sabar mahu mencuba resepi homemade wet food untuk anak jin hitam.  Aku rebus sedikit daging ayam bersama kentang dan karot.  Mak yang baru datang dari kampung memerhatikan sahaja dari jauh.  "Agar-agar ni nak buat kuih ke?"

"Tak mak ... nak buat lauk anak jin ni haa ..."

"Amboi spesel benar.  Mak dah lama tak makan kuih lengkong merah."  Aku tersengih.

Jadi, makanannya ialah homemade wet food aku buat sendiri dan minumannya air susu kambing yang baru aku beli untuk diri sendiri.  Kita share la nampaknya.  Jangan kau tak minum pula, mahal tu!

Selamat datang anak jin hitam!  Ketika aku berangan-angan mahu membela seekor kucing buat peneman, anak jin hitam pula yang muncul tiba-tiba tidak disangka.  Anak jin pun anak jin lah ... semoga ia anak jin Islam yang soleh lagi sangat takwa.  Aameeen.

Wednesday, November 26, 2014

Puisi / sajak aku tidak layak ke sayembara kerana sudah terbit dalam media blog ini.  Ia muktamad.  Belum rezeki insyaAllah lain kali.  Aku bercadang untuk membukukannya pula, wallahu'alam.

Kiriman novel sudah sampai ke tangan cikgu tersayang.  Seorang lagi guruku suatu waktu dulu, ketika aku di sekolah agama dalam usia 9 tahun.  Cikgu Zaiton Haji Khalid namanya.  Beliau baru sahaja bersara dari bidang perguruan.  Aku tidak berkesempatan bersama di dalam majlis istimewa yang direncana sebagai kejutan untuk beliau.  Cuma aku mungkin menambah sedikit lagi kejutan untuk beliau dengan novel yang tertera namaku sendiri. 

'Orang yang dimaksudkan telah jelas rupanya ...' demikian balasan cikgu di WhatsApp ketika aku menceritakan tentang suatu hari cikgu meminta murid meletakkan kedua-dua tapak tangan di atas meja untuk dilihat.  Aku dah pernah tulis tentang ini.  Apabila cikgu diam sahaja ketika melihat tapak tanganku, setelah beredar ke kawan lain di sebelah barulah cikgu menyebut, "ada yang sangat suka menulis..." lebih kurang begitu.  Sudah terlalu lama masa berlalu untuk aku ingat setiap ayat cikgu, namun inti maksudnya begitulah.  Alhamdulillah, sekiranya ia benar begitu maksud cikgu. Aameen.  Mohon doa cikgu untuk melangkah seterusnya.



Monday, November 17, 2014

Penat dan agak mengantuk.  Namun menggagahi diri untuk mencatat sesuatu.
Esok, anakanda akan menghadapi detik-detik mendebarkan, untuk menyelesaikan muka terakhir hafalan al-Quran, iaitu muka terakhir surah Al-Baqarah.  Semoga Allah memudahkan dia, dengan iman dan tenang.

Semalam aku ke Bukit Changgang menjemputnya.  Merungut juga, "dah tentu tinggal satu muka, masih mau bercuti balik rumah.."

"Iye la mama ... nak bincang sebab tu balik."  Jawabnya dengan suara yang semakin dewasa.  Sudah lama 'pecah suara'.

Semalam, dia menelefon sebuah madrasah berdekatan.  Buat pertanyaan.  Petangnya hadir kuliah dan diberikan set borang untuk diisi.

"Along cenderung hati ke mana sebenarnya?"  aku bertanya.  Aku tidak mahu dia rasa terpaksa.
"Along cenderung ikut mama."  Laa ... mudah benar keputusannya tetapi aku pula rasa serba salah.

Sikapnya begitu, akhirnya membawa kepada perbualan dan perbincangan panjang.  Aku mula memikirkan gerak hati dan tujuan sebenar.  Aku berkitar di tempat-tempat yang pernah aku dan suami bincangkan untuk dia melanjutkan pengajian.

Aku merasakan sesuatu.  Ketika perjalanannya masih jauh, aku berkobar-kobar mahu dia "pergilah belajar jauh-jauh.  Anak lelaki kena lasak dan bersemangat waja.  Carilah ilmu sampai ke negeri China."  walaupun tentu bukan ke sana maksudku.  "Ikut macam abah.  Abah pun kata anak lelaki mesti jauh berjalan tak mengapa."

Namun aku merasakan sesuatu, apabila esok dia akan khatam muka terakhirnya, "hati mama goyang pulak la ..." sambil tersengih-sengih dengan kejujuran sendiri.  Sempat air mata menitis sebelum dia balik ke rumah semalam.  Touching sendiri.

Mak pula berkata, "itu la jantung hati mak, buah hati mak, kalau jauh susah la nak jumpa.  Entah-entah tak jumpa.  Mak tak tau la bila .. mak dah tua ..."  Alahaii ...

"Tak mengapalah, kita buat istikharah.  Keputusan dengan solat istikharah, Allah yang tanggung semuanya.  Kita buat tiga malam."  Namun aku terlalu mengantuk malam tadi, selepas terhoyong-hayang ke dapur dan picit loceng untuk membangunkan pelajar hampir jam 5 pagi, aku terlelap walaupun sempat memberi amaran pada diri untuk bangun semula jam 6.  Tiada rezeki untuk tahajjud dan istikharah.

Lalu terkenang beberapa keputusan penting yang dibuat sebelum ini.  Termasuk ketika mencari keyakinan untuk calon suami dulu.  Apapun yang berlaku, pasti ada hikmah yang tak tercapai akal memikirkannya.  Yang penting, redha.

Semasa memasak, aku dan anak ini asyik bercakap.  Berbual tak habisnya.  Dia menceritakan 'hal-hal yang along tak pernah cerita kat mama/ along tak pernah cerita kat sesiapa/ hanya along bertiga dengan dot dan dot sahaja  yang tau pasal ni/ along simpan je selama ni/ bla bla bla ...'

"Apa tajuk cerita kamu ni?"  Kisah yang banyak flashback dan pelbagai watak.
"Tajuknya SAHABAT, mama."

Semakin aku faham dia.  Anak sendiri tu.  Masih manusia tersendiri yang sulit dimengerti.  Sambil mendengar, sambil berbicara, aku berusaha mencari nilai.

Timbul kisah-kisah lampau yang menjadi pengajaran pada diri.  Aku persembahkan kepada dia sebagai teladan dan sempadan.

Seperkara, hati nan seketul di dada setiap insan, benar-benar Allah jadikan ia satu wadah yang berkuasa membentuk diri manusia.  Hati nan seketul itu sangat dalam bicaranya, sangat terkesan dan berkesan menguasai tindak-tanduk dan upaya fikiran.  Kisah manusia adalah sangat akrab dengan hati.

Kami berbicara seperti dua kawan yang akrab.  Sampai ayam masak semur melekat di dasar kuali dan menjadi kerak, dek asyiknya bercakap.  Yang tentunya andai ada sang bapa bersama, pasti dan pasti akan dapat teguran berbisa.  Pedass ... mujur dia jauh di selatan.  Hangus ke hitam je aku rileks je.

Sepanjang perjalanan menghantar dia balik ke Bukit Changgang, masih lagi berbincang-bincang.  Keputusan seperti sudah dicapai tetapi belum muktamad.

"Jadi, mama nak suruh along ke situ la?"  tanyanya minta kepastian.

Aku tidak suka memaksa.  "Lebih kurang la.  Ia madrasah besar dan antarabangsa.  Biar la orang lain bangga anak belajar jauh-jauh, mama tak peduli.  Mama pun dah tau kenapa along nak beredar cepat.  Fikir macam ni saja, setiap sesuatu tu ada hikmahnya.  Mungkin kita boleh fikirkan sedikit ikut kemampuan kita,  sejauh mana kita merenung dan termenung.  Tetapi mungkin ada hikmah lain yang tersembunyi, yang mungkin lagi sehari baru muncul, atau seminggu, atau sebulan, atau setahun, atau bertahun-tahun, mungkin sahaja apabila kita dah tak ada baru jelas hikmahnya, mungkin untuk keturunan kita, mungkin untuk ugama kita, mungkin untuk apa sahaja yang Allah tetapkan.  Tapi percayalah, tetap ada hikmahnya.  Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Bersikap jual mahal.  Means jaga maruah diri.  Mengharap pada manusia, kita akan kecewa.  Mengharaplah kepada Allah.  Pasti tidak kecewa.  Mengadu pada manusia dia hanya mendengar.  Dia pun ada masalah nak mengadu.  Mengadu pada Allah, Allah Maha Mendengar dan Maha Tahu rahsia hati kita.

Biar orang buat kita, kita jangan buat orang.  Kamu ni jenis penyimpan macam abah kamu.  Suatu ketika ..."

Cerita lama pun dibuka.  Kisah-kisah pendek dalam hal persahabatan yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk menghadapi pelbagai kerenah kawan-kawan yang menggugat hati.  Aku mahu dia jadi strong, dan tidak terkesan dengan suasana.

InsyaAllah.

Yang penting keputusan yang dibuat tidak menjadikan dia tertekan dan terbeban.

Sampai di hadapan madrasah, barang-barang keperluan dibawa ke dalam.  Dia masuk semula ke dalam kereta, duduk di sebelah aku.  Dan kami sambung berbicara lagi.

"Okay, mama nak balik.  Karang sampai rumah maghrib ni."

"Lama lagi la mama ..."

Aku mendengar dan dia bercakap.  Aku bercakap dan dia mendengar.  Sambil itu dia melayan watsapp di telefon.

Aku jeling jam di dashboard.  Lima belas minit ke pukul 6.

Aku jeling jam lagi.  Sudah lima belas minit melepasi jam 6.

Aku pandang jam lagi, alamak ... sahih sampai rumah waktu syaitan sedang banyak berkeliaran.

Salam cium pipi.  Dia keluar dan pergi ke pintu tempat aku duduk.  Bercakap lagi basa-basi, salam cium pipi lagi.  "Pakai scrub yang mama belikan tadi tu sampai habis, lepas tu baru pakai pencuci yang lagi satu tu tau.  Pagi-pagi tak payah pakai, cuci je macam biasa.  Pakai tiga kali, tengahari, petang dan malam masa nak tidur."  Aku beri arahan dan terus undur kereta perlahan-lahan.

Dari jauh aku melihat sekilas pandang.  Wajahnya tetap tenang.  Seperti kata kawan-kawannya, Naqib tak pandai merajuk.  Sangat pintar dan kemas menyembunyikan rahsia dalam jiwa.  Semoga Allah mengizinkan aku sentiasa ada untuk mendengar apa yang tersimpan dalam dadanya, sehingga sampai saat yang ditentukan.  Semoga dia akan berbicara lagi, supaya hilang gundahnya dan datang ketenangan dari Allah buatnya.  Semua dengan izin Allah belaka.  Tiada sebaik-baik pendengar dan yang memahami melainkan Allah Subhanahu Wa Taala semata-mata.  Aku hanyalah hambaNya.

* semoga Allah memudahkan urusan anakanda tersayang. InsyaAllah aameeen.

* demi orang-orang tersayang.  Semoga Allah memberkati keputusan ini dan menetapkan anakanda di dalam senarai pilihanNya hingga akhir zaman aameen.

Friday, November 14, 2014

Mengumpul puisi.  Diperlukan hanya 45 buah puisi untuk kelayakan bertanding di sayembara.  Maka semua yang ada disiapkan untuk mencapai jumlah diperlukan.  Tajuk dicatatkan.  Nah rupanya sudah hampir 100 puisi yang ada.

Tetapi perlu ditapis dengan cermat.  Tidak pernah mempelajari kaedah menulis puisi. 

Ia adalah garapan sang suami semenjak remaja. 

Dan milik aku, selalu timbul sendiri ketika sangat beremosi.  Bagaimana ia terjadi, tidak dirancang.  Semua dengan izin Allah belaka.  Cuma terasa lebih ringkas mencatat puisi dengan makna tersendiri yang sarat erti.  Lebih baik begitu kadang-kadangnya, berbanding mencatat luahan perasaan di diari. 

* tidak suka hendak membaca semula catatan semasa usia remaja yang masih ada tersimpan.  Harus disembunyikan dengan sebaiknya supaya tidak jatuh ke tangan sesiapa apatah lagi ke tangan anak-anak.  Mencari masa untuk dihapuskan, walaupun tidak dibenarkan.  Tiada guna menyimpan masa silam melainkan untuk dijadikan pengajaran. 

Wednesday, November 12, 2014

InsyaAllah aku akan teruskan permohonan untuk penukaran nama binti itu.  Niatku semata-mata untuk mendapatkan redho Allah.  Aku kembali risau.  Risau membayang-bayangkan keadaan aku menggeletar di hadapan Rabbul Jalil di padang yang luas tanpa perlindungan, berhimpit-himpit dan tenggelam dalam peluh yang mengalir.  Darah, nanah, matahari sejengkal di atas ubun-ubun, nauzubillahiminzalik.

Kadang-kadang, tiba-tiba, rasa ngeri sebegini muncul tak dijangka.

Aku ajukan soalan agak berjela tentang permasalahan nama ini kepada seseorang yang mengepalai sebuah madrasah besar tetapi belum beroleh jawapan.  Jawapan yang aku harapkan akan memudahkan pekerjaanku dan menyenangkan hatiku dan berpihak kepada diriku.  Aku masih tertunggu-tunggu. 

Sebenarnya jawapan sudah lama ada.  Hanya aku yang tidak mahu memperhatikannya.  Jawapan dari hadratNYA.

Selainnya, tentang daki-daki dunia.

* menulis dalam keadaan hati tidak senang dan tenang, seumpama mencatat sesuatu di atas kapal layar di permukaan Lautan Hindi yang bergelombang.  Atau melukis sekuntum bunga ketika sedang duduk dalam roaler-coaster yang sedang meluncur laju dalam tiga minitnya.  Atau mewarna lakaran pelangi ketika sedang meniti tali antara dua jurang yang dalam.  Atau seperti sedang membaca surah Yassin di sisi jenazah, bersendirian, di tengah malam, dan tiba-tiba lampu black-out, dan tiba-tiba ada aroma harum muncul perlahan-lahan, dan ...

Stop.


Tuesday, November 11, 2014

Hari ini menu ikan tuna kari.  Kemudian aku bergegas ke pasaraya terhampir bersama seorang pelajar uzur, Ika, bukan nama sebenar.  Selesai urusan, bergegas balik dan mula menyiapkan adunan untuk menggoreng kacang buncis dengan rempah serbuk gorengan ayam special jenama ADABI.  

* tak penting untuk diteruskan tulisan yang terhenti petang tadi tu.  Apa yang nak aku kongsikan malam ini sekarang dari pos dalam grup masturat Jalan Kebun ini jauh lebih besar maknanya untuk direnung dan difikirkan.  Semoga jadi asbab hidayat.  InsyaAllah. 11.54PM.

Diedit sedikit untuk mencantikkan persembahan bahasanya.  

Penting untuk dibaca sebagai peringatan buat kita semua. InsyaAllah.


Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim dalam sebuah khutbah jum’at beliau berkata :

"Adakah dari kita yang tidak melihat perubahan dalam kehidupannya setelah masuknya Whatsapp, Facebook, Instagram dan yang lainnya dalam kehidupan ???

Bacalah !

Peringatan penting !!!

Hal ini merupakan Ghazwul fikri yang menyerang akal, namun sangat disayangkan, kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari dien islam yang lurus dan dari dzikir kepada Allah. Kita telah menjadi penyembah-penyembah Whatsapp, Twitter, Facebook, Instagram dan semacamnya.

Kenapa hati kita mengeras !!!

Itu karena seringnya kita melihat cuplikan video yang menakutkan dan juga kejadian-kejadian yang di share di Whatshapp. Hati kita kini mempunyai kebiasaan, yang tak lagi takut pada suatu pun. Oleh karenanya hati mengeras bagai batu.

Kenapa kita terpecah belah dan kita putus tali kekerabatan !!!

Karena kini silaturrahmi kita hanya via Whatsapp saja, seakan kita bertemu mereka setiap hari, namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam kita.

Kenapa kita sangat sering mengghibah manusia, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorangpun !!!

Itu karena saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibahan terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke grup-grup yang kita punya, dengan begitu cepatnya kita mengghibah, sedang kita tidak sadar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu.

Sangat disayangkan, kita telah menjadi para pecandu..!

Kita makan, handpone ada ditangan kiri kita...
Kita duduk-duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman...
Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi handphone ada di tangan pula...
Sedang menyetir, HP juga ada di tangan...
Sampai anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, karena kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handp
hone...

Dan masih banyak lagi...

Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Karena sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal, betapa kita merasa sangat kehilangan. Andai perasaan seperti itu ada juga pada "shalat dan tilawatul Qur'an kita"...

Adakah dari kita yang mengingkari hal ini ?
Dan siapa juga yang tidak mendapatkan perubahan negatif di kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada hidupnya dan setelah ia menjadi pecandu ?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah HP ???

Mari kita sama kembali pada Allah, jangan sampai ada hal yang menyibukkan kita dari dien kita, kita tak tahu berapakah sisa umur kita..!

Allah berfirman:

(وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا)

“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit” [Qs.Thoha : 124].

Kirim pada teman-teman anda...
Percayalah padaku, kalau kebanyakan manusia dalam keadaan lalai tentang hal ini...
Jangan anda sembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu...

Apakah kita salah satu pecandu itu ?
Wal 'iyaadzubillaah...

Astaghfirulloh...

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasiilah untuk kebaikan dan bukan wasiilah dalam keburukan...


Maaflah, aku hanya mampu edit rangkap ayat pembukaan sahaja.  Selebihnya editlah sendiri semasa membaca, yang penting dapat faham.  Semoga Allah beri kita faham dan jadi asbab hidayat untuk diri dan seluruh alam.  Ini bukan isu main-main sekadar viral.  Aku terkenangkan kakak nan seorang itu.  Semoga Allah meneguhkan hatinya yang waja untuk terus bertahan dari gelombang ini semua, dan aku juga, dan anda semua juga. 

** KALAM AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ**

"jadikanlah televisi, handphone, internet dan alat - alat lainya sebagai
pelayan dan pembantu untuk agamamu, jika tidak alat- alat itu akan menghancurkan dirimu sedangkan engkau akan tertawa karena tidak menyadarinya, ia akan merusak hatimu, akalmu, akhlakmu, dan fikiranmu,tanpa engkau menyadarinya, engkau tertawa bahagia padahal alat-alat itu telah merusak hal-hal paling berharga yg kau miliki."

Sunday, November 9, 2014

Hari yang menyenangkan.  Bersama suami dan anak-anak melayani keperluan mereka, di pasaraya Maidin USJ.  Pertama kali pergi ke situ.  Sebaik sahaja sampai, mata suami terpandang tempat urutan refleksologi.  Dia menyerahkan sejumlah wang untuk kami berbelanja dan tidak memberi tempoh masa, lalu dia beredar ke tempat kegemarannya.

Dipendekkan cerita, setelah selesai semua urusan yang memakan masa lebih sejam, yang aku rasakan lama benar untuk membiarkan sang suami menunggu di pusat refleksologi, kami menyorong troli penuh beg-beg plastik ke tempat dia menghantar dirinya tadi.  Sebelum itu, aku serahkan telefon bimbit kepada Hidayat, letak di saku jubahnya supaya mudah didengar bunyi deringan dan mudah dirasa getaran (vibrate) kalau terima call dari abahnya.  Mesti berjaga-jaga wehh ... dia bagi kita peluang, maka kita kena jaga la hati dia jangan sampai tak dengar apabila dihubungi.  Bahaya tu!  Tetapi tiada langsung call masuk.  Amat menghairankan.

Aku tertanya-tanya.  Jangan-jangan dia dah pi makan sensorang?  Atau dia dah pi merayau dan jumpa sesuatu yang dia perkenan?  Apa pun, aku lega sebab tak kena sergah dalam telefon.

Akhirnya, di balik dinding kaca tempat refleksologi, aku nampak dia masih santai-santai di atas kerusi khas, sedang seorang lelaki iras Melayu yang good looking sedang mengurut kakinya.

Sambil  memberi salam, aku menolak pintu kaca yang agak berat dan masuk.

"Dah beli?"
"Dah!"
"Lapar?"
"Lapar!"
"Nak urut kaki?"
Mata aku buntang seronok. "Nakk!"
"Abang sempat urut satu badan, best."  Hmm patut le tak ada langsung call masuk.  Alhamdulillah lega sangat, Allah jua yang telah memudahkan segala urusan aameen.
"Ooohh ..."

Kemudian aku disuruh duduk di pancuran air dengan tadahan ekslusif dari kayu untuk menghangatkan dan membersihkan kaki.  Seorang gadis manis bertubuh langsing melayani aku, mengelap kedua kakiku.  Kemudian lelaki iras Melayu yang good looking itu menyuruh dia memasang tabir kain beroda untuk melindungi aku semasa urutan.  Ahhh, lega rasanya dapat merebahkan badan dengan santai.

Dia mula mengurut kaki kiriku dengan sejenis krim putih.  Urutannya teguh dan agak menyakitkan tetapi aku masih boleh bertahan.  Urutannya sehingga ke lutut, sungguh melegakan.  Sambil tu kami mula berborak-borak.

"Sapa nama?"
"Rosy."
"Asal mana?"  Biasanya dari Indonesia atau China.  Dia berwajah mirip wanita Indon.
"Jawa Timur."
"Blitar?"  Itu kampung halaman maid pertama semasa baru ada anak sulung.  Kalau Jawa Timur, tak ada tempat lain aku teka memang Blitar manjang.
"Bayuwangi."
"Ooo ..." macam tau  je.
"Dah kawin?"
"Sudah lima anak."  Dia hanya part-timer sahaja.
"HAHH?? Ingatkan lom kawin."  Aku terkebil-kebil agak terkejut.  "Keciknya badan.  Umur berapa?"
"32.  Saya memang gini kak, susah nak gemuk. Tapi sekarang sudah mula gemuk." Katanya sambil mencubit bahagian perutnya.  Aha nampak, part situ sudah berisi sedikit.  "Yang nombor lima  ni saya operate."  Nyata dia jauh lebih muda dari usianya, dengan penampilan ceria dan agak bergaya.

(Perbualan tu diringkaskan, sebenarnya ada lagi basa-basinya.)

Akhirnya aku tau dia penganut Kristian.  Ibunya Muslim tetapi ayahnya Kristian, dan dia mengikut ugama ayahnya.  Kini ibunya bernikah lain dengan lelaki Muslim, alhamdulillah. Ayahnya bernikah juga dengan wanita seugama dengannya.  Dia anak tunggal dari ibu dan ayah yang berlainan ugama itu.  Ada adik-beradik lain juga, dari ibu dengan suami baru, dan ayah dengan ibu baru.  Istimewanya, dia mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua ibu tiri dan ayah tiri.  Adik-adiknya semua telah berhijrah ke Malaysia juga.

"Itu dulu, Sekarang semenjak Bambang sudah tidak dibenarkan bernikah lain ugama." Jelasnya.

"Semoga awak dapat hidayah ucap syahadah nanti, " kata aku.
Dia segera mengameenkan.

Kemudian dia mengajar petua untuk kulit halus licin.  "Rendam beras sampai lembut kemudian tumbuk dengan kunyit, sikit saja, nanti buat skrub kat muka. Itu nenek saya ajar.  Selawat dulu."

Sekali lagi aku terkebil-kebil.  "Eh baca selawat???"

Dari situlah aku diberitahu tentang ibunya Muslim.  Neneknya juga tentulah Muslim.   Ketika menulis ini baru aku terfikir, apakah sebabnya Rosy memilih mengikut anutan ayahnya, bukan ugama ibunya .. . Mengapa ye?  InsyaAllah andai lain kali berkunjung ke Mydin USJ lagi, semoga bertemu Rosy. 

***

Selesai menguruskan diri yang agak kepenatan, aku segera teringat anakanda Hidayat.  Segera aku ucapkan doa di dalam hati, untuk anakanda nan seorang ini.  Tadi, bergerak balik dari Mydin, mereka semua sudah diberi amaran supaya bersegera turun dan menyelesaikan barang masing-masing yang mahu dibawa ke madrasah, sebab "abah ada urusan, kawan dah tunggu untuk meeting jam 530 petang."  Ada lagi satu jam untuk hantar anak dara ke Bukit Naga dan Hidayat balik ke madrasahnya.

Sudah ada notis, memo, amaran begini, kena alert, itu tandanya seperti ambulan sedang speeding dengan kelajuan tinggi dan lampu atas bumbung sedang berputar-putar laju dan bunyinya bising sekali.  Semua kereta mesti menepikan diri. 

Selesai menurunkan anak dara dan say goodbye, kereta dipecut ke madarasah anakanda Hidayat.  Airmukanya sedih.  Airmuka menahan perasaan.  Ada gambaran perit, pahit, ombak tsunami dalam jiwa, dan bayangan hujan renyai-renyai yang mendatangkan rasa pilu sayu hiba.

Selesai beri ciuman dan pelukan penuh kasih-sayang, dia kami tinggalkan begitu sahaja sambil aku pun menahan hati lara.  Kasihan dia!

"Mama jangan datang lepas ni ye, tunggu empat minggu lagi baru datang."  sempat dia berpesan dengan wajah nestapa.

Esok aku nak datang hantar claim, bisik hati.  Rabu datang ambik ayam kat tukang masak, bisik hati lagi.  Tak dapat nak tunggu empat minggu baru datang.  Sebulan tu!

Aku tak pasti adakah anak nan seorang ini dapat terus bertahan dengan peraturan terkini madrasah; tiada outing untuk pelajar.  (Tapi tadi dah ... outing.  Macamana ni???)

Setiap kali bersua, dia separuh mendesak menyoal boleh tak dia tukar madrasah ... dan aku terus menyabarkan.  Alasannya dia tak suka nama abahnya diejek-ejek.  Sekarang nama atuknya pula jadi bahan ejekan.  Dia sangat tidak suka!  Itu antara alasannya. 

"Tingkatkan hafazan.  Hantar dua muka surat.  Baru orang hormat."  kataku beri cabaran.  "Buat solat hajat tak?"  Aku suruh anak ini solat hajat, minta pada Allah andai dia nak tukar madrasah lain.  "Buat solat hajat, doa sampai nangis-nangis, nanti Allah makbulkan,  mudah je Allah nak bagi apa yang Hidayat nak, tapi kena la mintak sungguh-sungguh."  Dia mengangguk-angguk.  Allah jua yang bagi faham dan kekuatan kepadanya.

Anak inilah yang pernah beritahu dia setiap hari doakan "kita semua pergi buat haji nanti, insyaAllah."  Anak inilah yang sangat dikasihani oleh neneknya, iaitu mak J, sehingga sanggup umpan dia dengan kereta CRV sebagai hadiah berkhatan.  Bukan main-main punya hadiah!  Anak inilah yang menangis setiap malam menjelang tiga bulan lagi arwah datuknya, ayahanda Hj Manaf, akan pergi menemui Illahi, sehingga arwah abah dalam keadaan kurang sihat turun tangga menjenguk dia yang asyik menangis tak tau punca.  Anak inilah juga yang majlis akikahnya meriah dengan jamuan dua kambing hitam besar Boer di masjid Al 'Itisam TTDI Jaya Shah Alam.  Kini anak ini sedang menahan hati di sana.  Semoga Allah beri dia kekuatan hati dan iman yang teguh untuk terus berdiri mantap di atas kedua kakinya; semoga Allah memilih dia untuk mengikut jalan baginda Rasulullah SAW dan para sahabiah yang bertebaran ke seluruh muka bumi menyebarkan dakwah; semoga Allah pilih dia jadi asbab hidayat sesuai dengan namanya yang diberikan oleh abahnya;  aameen ya Robb.  Kuserahkan anakandaku ini ke dalam pemeliharaanMu ya Allah. Hanya Engkau Yang Maha Pengasih Maha Penyayang dan Sebaik-baik Pemelihara.  Selamatkan semua anakandaku dari segala bahaya musibah fitnah akhir zaman.  Aameen.

Saturday, November 8, 2014

Alhamdulillah.  Apabila Allah menetapkan ia untuk kami, Allah menjadikan ia semudah ABC.  Urusan rumah sewa selesai, seolah-olah sekelip mata sahaja.  Rumah baru siap dengan empat bilik.  Comel dan design yang simple.  Aku sudah terbayang-bayang nak bela anak bulus semula, tetapi belum berani nak suarakan kepada sang suami. 

Tuan rumah suami isteri pun baik orangnya.  Doa dalam solat hajat si isteri dijawab Allah, sama seperti Allah menjawab doa dalam solatku juga.  Semoga Allah bantu kami menunaikan hak-hak masing-masing insyaAllah.

"Mama, janganlah berhenti.  Nanti kami lapar sapa nak masak?"
"Kebulurla kami macam ni nanti mamaaa ..."
"Mama plisss ... kami dah habis khatam dah hafizah baru mama berhenti."
"Mama ... janganlah tinggalkan kami mamaaaa plisss mamaaa plisss ..."

Antara ayat-ayat yang diucapkan dengan nada merayu, memujuk, minta kasihan.  Sukanya pulak aku menyakat mereka.  Saja je nak tengok respon. 

***

Jenguk anak bujang di Bukit Changgang.  Alhamdulillah baki lagi 5 helai untuk khatam al Quran.  Semoga Allah memudahkan dia.  Kami bermesyuarat ringkas di dalam surau wanita, arah tujunya selepas ini.  Abahnya pun buat keputusan begini begitu.  Aku akur.  Dia pun patuh tak banyak cerita.  Rencana seterusnya semoga Allah permudahkan insyaAllah aameeen.

Ya Allah, pilihlah anak-anakku semuanya menjadi pembantu agamaMu sampai akhir hayat aameen.

***

Aku terima panggilan dari bonda.  Ada saja kisah yang nak dikongsikan bersama.  Hingga akhirnya aku timbulkan isu harta pusaka dan rencana untuk pertemuan keluarga.  Nampaknya mak tidak bersetuju kerana mak tak percaya pada kejayaan mesyuarat keluarga yang nak kami usahakan.  Mak bagi contoh-contoh pada sikap ahli keluarga berkenaan dalam beberapa pertemuan.  Kalau dah demikian kata mak, aku menurut sahaja.  Harta hanyalah daki dunia.  Andai ia menjadikan hati-hati bertambah pecah luka parah derita, lebih afdal dilupakan sahaja. 

Allah sudah menetapkan rezeki setiap hamba-hambaNya.  Usah risau tentang rezeki, tapi risaukan iman yang turun naik bahkan boleh kecurian pula.  Aku masih belum faham istilah 'iman yang dicuri', belum jumpa penjelasannya hanya frasa ini sahaja yang aku terbaca.  Bukunya belum berjaya ditemui.  Semoga Allah beril ilham dan memudahkan aku memahaminya aameen.

Hari yang agak penat. Nak tidur awal.  Buatlah adab tidur, tiga Qul dan tasbih Fatimah.  Ambik wuduk akan ditemani malaikat hingga pagi.  Tapi kalau uzur tak payah ambik wuduk sebab membazir. 

Dalam kepala dok fikir macamana nak susun perabut dalam rumah sewa, sehingga ia sentiasa lapang tidak serabut dan mudah dikemaskan.  Azam tak nak sumbat banyak barang lagi dan tak nak gantung banyak ayat.  Target minima dua tahun, maksima tiga tahun.  Selepas tu ... umpama nomad di padang pasir, akan berhijrah lagi insyaAllah.  Azam hijrah ke Tanah Suci beberapa tahun lepas belum kesampaian.  Rupanya ada sesuatu yang Allah tetapkan untuk diselesaikan di sini.  Kita merancang Allah juga merancang.  Perancangan Allah tentulah yang terbaik.  Kehendak kita yang tertunai adalah kehendak kita kepada Allah.  Kehendak kita yang tidak tertunai adalah kehendak Allah buat kita.  Lebih baik yang kedua itu sebenarnya tetapi biasanya kita mudah saja mahu kecewa.  Walhal kehendak Allah adalah yang terbaik selamanya.  Semoga Allah mengampuni diriku dan dirimu semua aameen.

Wassalam.

Thursday, November 6, 2014

"Kalau Adik masuk madrasah, Abang Hidayat masuk madrasah, nanti mama bagi baby."  Begitulah salah satu pujukan kepada budak berdua tu, sejak timbul ura-ura untuk menghantar mereka ke madrasah beberapa tahun lepas.  Dan semuanya tersenyum simpul.  Adik bersorak suka.  Awal dua tahun lepas mereka berdua pun masuk madrasah.

Sudah dua tahun, mencecah tiga tahun tak lama lagi.  Baby yang dijanjikan masih belum muncul.

Menyambut kelahiran bayi ustazah dengan tangan sendiri, seperti bunga api yang meletus indah dalam diri.  Betapa cantik, suci dan merah wajah bayi itu.  Membaca cerita rakan-rakan masturat di grup menyemarakkan api dalam hati.  Semalam membaca pos tentang mudahnya kelahiran sehingga mendatangkan kehairanan pada doktor.  Ada pula perkongsian tentang kaedah natural kelahiran yang tidak pernah aku tahu, lalu terbayang betapa sakitnya ketika melahirakan keempat-empat cahayamata terutama yang sulung tapi aku cuba melupakan rasa sakit itu.  Melihat wajah bayi Cik Ta yang comel, makin bersemangat rasanya.

"Doakan mama jugak."  kataku pada Siti Hajar lalu aku tersengih tiba-tiba.  Sebelum itu aku rasa kurang mood nak melayan dia bercakap, macam biasa mesyuarat tingkap.  Walhal aku nak sekejap sahaja, tetapi berjela-jela cerita yang dia kongsikan.  Mendengar kataku begitu, Siti Hajar tersenyum lebar.  Dia baru saja meminta doa supaya cepat khatam al Quran.

"Doa apa mama?"
"Doakan mama pregnant."

Siti Hajar tersengih.  "InsyaAllah.  Mama tak ikat ea?"
"Eh, mana boleh ikat suka-suka hati.  Melainkan kalau mudarat kepada ibu, itupun kena betul-betul ada pengesahan."  Siti Hajar memberitahu ibunya sudah 'ikat' dan adik bongsunya itu kes emergency.  Siti Hajar berlalu selepas mohon diri dan bersalam cium tangan.

Syahidah datang.  Pada dia tak aku bercakap apa-apa melainkan mendengar sahaja ceritanya.  Kemudian Syahidah pun pergi selepas mohon diri.

Syawiena pula muncul, dari jauh dah tersengih-sengih.  Waktu itu aku sudah hampir nak tutup daun tingkap tapi Syawiena tetap datang macam tak faham.  "Mama, hari ni mak saya balik," kata Syawiena.
"Dari Kelantan?"
"Bukanlah mama, dari Kemboja."  Ohh baru teringat dia ada beritahu beberapa minggu lepas, ibunya balik ke kampung halaman.

Tiba-tiba aku terfikir nak minta doa lagi.  "Syawiena, doakan mama."
"Doakan apa mama?"  Mata Syawiena bulat menatap aku.
"Doakan mama pregnant."  Syawiena ternganga, matanya semakin bulat.  Kemudian dia mula tergelak.

Aku mula rasa lain macam.  "Napa gelak pulak?"
"Saya geli la kalau bab ni," jawab Syawiena selamba.  Amboi!
"Mama ikhlas minta doa.  Mama niat supaya nanti dia jadi pembantu agama Allah. Jadi daie atau daieyah,  alim atau alimah, hafiz atau hafizah."  Serius.  Terasa kecik hati pun ada.  Banyak perkara yang Syawiena tak faham.  Ada jenis orangnya yang slow wi-fi, ada yang pick-up laju.  Anak bongsu ini termasuk golongan yang pertama.

Syawiena masih gelak kecil.  Geram aku!  "Yelahhh mama ... Lelaki ke perempuan, mama?"

"Ermm tak kisah.  Mama dah dapat lelaki perempuan lelaki perempuan.  Yang ni mama tak kisah."

"Mama, dorang kata gatal."

"Apa pulak gatal?  Sapa cakap?"

Syawiena gelak-gelak manja.  Geramm ... "Syirah cakap gatal."  Serta-merta terbayang gadis gonjol berbadan besar tinggi tetapi sensitif manja.  Jenis wi-fi laju ekspress.  Amboi sedap mulut!

"SYIRAH?"  Teringat semalam aku selamba bercakap selepas main badminton, aku nak pregnant lagi.  Aku ulang cerita tentang janji yang aku ucapkan kepada anak-anak dan suami suatu ketika dulu.  "Dorang semua nak baby lagi." 

"MAAAAMAAAAAA ..."  Tiba-tiba dari belakang daun tingkap yang sudah lama kupegang untuk dirapatkan, tetapi terhalang dek Syawiena, muncul Syirah memanggil aku dengan nada panjang lanjut beralun manja.  Di tangannya ada bungkusan coklat.  "Mama, petang ni kita main badminton ye."  Kata Syirah dengan gaya manja melentok-lentok sambil mematahkan coklat dan menggigit hujung coklat.  Nampak sedap sangat dia mengunyah.  Aku renung Syirah dengan rasa geram.  Syawiena mula menggigil-gigil tergelak. 

"Mama puasa.  Tak mo main."  jawab aku serius.  Melihat Syawiena semakin besar gelak, aku tak dapat tahan diri tertawa sama sambil menepuk bahunya geram.  Syirah yang tak faham apa-apa terus memujuk.

"Ala boleh la mama.  Kita main kejap je."
"Tak mo kang pengsan kang."  Alasan je tu.  Kelmarin mereka bantai bermain badminton dalam keadaan berpuasa.  Memang tak de hal kalau nak main sekejap.  Syawiena yang masih gelak penuh makna aku lepuk bahu kanannya berkali-kali.

Syawiena terus tergelak-gelak melihat cara aku bercakap dengan Syirah.  Mungkin kerana terasa tak sedap hati, Syirah seperti mahu beredar.  Mukanya berubah sedikit monyok.  "Kalau camtu nak pinjam reket mama, boleh?"

Aku angguk.  Aku rasa karang petang Syirah akan pujuk aku lagi, dan mungkin aku akan cair hati jugak.  Sebelum menutup daun tingkap, aku memandang Syawiena sekali lagi. Dia masih tergelak-gelak geli hati. Ye la, Syirah kata gatal, tiba-tiba dia datang pulak .. sabar je.  Tapi tak masuk ke hati pun.  Seperti mana fiil mereka dalam poket aku, begitu juga fiil aku dalam poket mereka.  Haha ..

Sudah jadi habit meminta doa dari bunda.  Dan mereka di sini pun dah jadi habit minta doa dari aku.  Cuma yang bukan habit ialah aku meminta doa supaya pregnant lagi. Luar biasa pelik! Itupun aku fikir-fikir nak bercakap dengan siapa di antara mereka.

Sebenarnya ... ada yang tersirat yang mahu aku sampaikan.  Sesuatu yang payah nak aku luahkan.  Setiap hari bermain dalam kepala.  Bagaimana mahu aku beritahu pada mereka. 

Serba-salah.  Amat serba-salah.  Secara tak sedar, fikiran mula mencari alasan.  Tentunya yang benar-benar kukuh dan harus diterima dengan hati yang lapang oleh mereka.  Ada kalanya terasa mudah buat keputusan, tetapi sangat sukar menunaikannya walaupun demi kemaslahatan diri sendiri dan keluarga.  Apatah lagi ketika hati-hati yang sukar ditawan sudah mula memberi kepercayaan kepadaku dan selalu meluahkan rahsia jiwa denganku, serta menangis di bahuku.

Ya Allah, sesungguhnya tiada sebaik-baik tempat mengadu melainkan hanya padaMU.  Setiap yang bergelar makhluk pasti ada tempohnya.  Apabila selesai perjanjian itu, haruslah ia beredar suka atau terpaksa.  Maka Yang Maha Kekal lagi Berdiri dengan Sendirinya hanyalah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang Maha Hidup selamanya.  Ya Allah, kuserahkan semua urusan mereka dan diriku kepadaMu. Permudahkanlah untuk kami, aameen.

Tuesday, November 4, 2014

Hari ini aku bersungguh-sungguh memperbaiki cerpen untuk pertandingan penulisan Mencari Cinta.  Tukar perkataan dan baiki ayat-ayat.  Mantapkan lagi maksud yang tersirat dan akhirnya kukuhkan pengajaran dengan kesimpulan yang sewajarnya.  Bercadang mahu menghantar cerpen ini hari ini juga.  Aku sudah terfikirkan sesuatu yang lain untuk ditukang, untuk pertandingan lain yang lebih sengit untuk orang yang baru terjun ke dalam penulisan seperti aku.  InsyaAllah.

Sambil mendengar qasidah Habib dari you tube, aku menjadi asyik tetapi resah.  Huruf-huruf menjadi berbalam-balam.  Teringat istilah 'mata pemalas', aku buntang-buntangkan mata tetapi masih rasa terganggu.  Dalam keadaan begitu, aku teruskan juga membaiki cerpen.  Dalam hati teringat lagi petikan doa dari ayat Al-Quran untuk mengubat mata rabun.  Azam yang sama dipahatkan, aku mahu mengamalkan doa itu nanti.

Nanti??  Nanti lagi!!  Err ... InsyaAllah.  Azam.  Betul!

Tiba-tiba telefon berdering.  Muncul gambar lelaki berjanggut berkacamata dan berbaju merah di skrin telefon.  Oh, dia suamiku.  Aku terus mengadu, "mata kaburrr!"  Aku disuruh pergi ke kedai optometris semula dan check semula power mata.  Kemudian barulah kami saling bertanya perkhabaran dan soalan biasa, "Bila abang balik?"  Dia pun menerangkan bla bla bla ...

Kembali meneliti bait-bait cerpen, aku mencongak-congak waktu yang sesuai untuk ke kedai kacamata.  Sudah jam 11.15 pagi.  Hari ini masak lambat sikit sebab pelajar masih berpuasa, sebagai mengapit puasa 10 Muharam semalam.  Aku, tak puasa kerana sudah berpuasa pada Ahadnya, 9 Muharam.  Tiba-tiba timbul fikiran mahu segera menyelesaikan urusan kacamata.  Dalam 8 minit aku sudah siap untuk keluar, tetapi atas katil berterabur dengan pelbagai kad nama dan resit pembayaran pelbagai urusan termasuk resit yuran anak-anak, masih tak jumpa resit pembayaran kacamata ini yang ditempah sebulan lebih yang lepas.  Tak berani pula nak bertanya kepada sang suami, takut kena sembur hihi ... resit takdak.  Tak tau mana pegi, dah habis selongkar tempat-tempat yang difikirkan mungkin.

Dalam perjalanan ke kedai kacamata, tiba-tiba aku berubah fikiran mahu menelefon suami.  Pasrah sajala ... Hmm, tak kena marah pun.  Resit takdak, pergi sajalah, kata suami.  Dorang masih ingat lagi tu, sambungnya ringkas.  Mesti dia tengah sibuk dengan urusan dan tak ada masa nak sembur bininya yang tengah rabun ni haha ... Mesti baik sangka.  Suami yang osem sebenarnya hehe...

Ok, sampai di kedai, aku disuruh check mata di mesin.  Pekerja Melayu yang manis tu beritahu bosnya, juga perempuan, berbangsa Cina.  Bos pun datang duduk depan aku.

"Cuba pakai."  dia mengunjuk kacamataku yang sudah dibersihkan dengan kain.
Aku pun pakai dan pandang semula huruf-huruf pada iklan kacamata yang terpampang di atas rak kacamata di depanku.  Hmm, terang pulak.  Aku bukak kacamata dan pandang, kabur balik.  Aku pakai kacamata dan pandang lagi, ok terang.  Tapi tak seterang yang aku mahu.

"Dia kena adjust sikit.  Buka biar saya adjust lagi," kata bos yang peramah.  Aku hulur spek dan jarinya mengusik-usik bahagian sangga di tengah-tengah kacamata.  Kacamata diserahkan semula padaku.   Ketika ini ada seseorang mampir di sebelahku.  Tanpa menoleh, aku mendengar suaranya dan dialek yang diguna.  Dia wanita Cina separuh usia.  Agaknya. Sesekali bos melayan wanita itu bercakap tetapi masih memberi perhatian padaku.

"Spek ni ada tiga power.  Yang atas sekali untuk pandang jauh.  Yang tengah untuk pandang depan macam pandang saya ni.  Yang bawah untuk membaca dan pandang komputer."

"Haa?  Tiga,  ooo multifocal.  saya tak tau pun!"

"Ya, sama dengan suami awak punya spek."

"Oo saya ingat dua saja.  Jauh dan dekat."

"Kalau dua saja dia ada macam kotak kat bawah tu.  Tak cantik."

Aku segera teringat kacamata arwah abah.  Ada satu bulatan kecil di bahagian bawah kanta kacamata.  "Oo saya tau, spek abah saya macam tu.. Itu orang tua pakai la kan."  Bos angguk senyum.

"Kalau mula-mula ni, kena adjust la.  Tak boleh pandang tepi, kena pandang betul-betul baru clear."

"Oo tak boleh jeling-jeling eah?"  Teringat pula teguran kawan-kawan semasa masih di sekolah rendah.  Mereka komplen aku kuat menjeling.  Benar-benar di luar kesedaran, bahawa aku kuat menjeling.  Aku bukanlah marah atau benci.  Dah umur belasan, baru aku belajar macamana caranya untuk tidak menjeling supaya orang tak kata aku marahkan mereka.  Kecuali betul-betul nak menjeling marah, hehe..  Mengerdipkan mata dan cara memandang juga perlu dipelajari.  Ia adalah bahasa tubuh yang tidak disedari.  Orang yang pandai membaca akan tahu rahsia hati yang tersembunyi.  Tapi, yang pasti Allah saja yang Maha Mengetahui.

"Ya nanti itu urat kat tepi mata pun boleh jadi penat kalau pandang tepi.  Pandang tepi pun memang kabur."

"Jadi, saya kena selalu adjust spek la?  Saya betul-betul risau tau.  Saya sudah ajak suami ke hospital untuk buat detail check-up." Aku diajar kalau nak melihat jauh, turunkan sedikit kacamata hingga ke tengah batang hidung agar mata memandang dengan kanta untuk rabun jauh.  Nak membaca dan melihat dekat, rapatkan ia supaya hampir dengan mata supaya mata memandang melalui kanta untuk rabun dekat.  Aku teringat cara separuh orang terutamanya pakcik-pakcik yang melihat dengan menundukkan kepala, meninjau dari bahagian atas kacamatanya.  Ooo itulah rahsianya.  Nak tengok jauh, kena tunduk sedikit atau turunkan sedikit kacamata yang multifocal ni, ingat tuu ...

Bos tersenyum.  "Ada orang ambik tiga bulan baru sesuai.  Ada lebih lagi.  Memang kena pandai adjust."  Aku baru sebulan lebih.  Bila rimas dan rasa tak ada perubahan, aku tanggalkan kacamata.  Malangnya mata semakin kabur.

"Ok la.  Terima kasih ya."  Aku mohon diri dan keluar dari kedai dengan rasa ... entah.  Kejapnya urusan ini.  Macam enteng sahaja.  Aku singgah di kedai menjual majalah sambil membetul-betulkan kacamata semasa meneliti tajuk-tajuk majalah yang ada.

Sabarlah wahai hati.  Sabarlah wahai mata.  Andai tak ok juga, aku nak ajak jugak suami ke hospital Selayang seperti yang dicadangkan oleh my dear friend, ZA.  Pada masa yang sama teringat kos rawatan mata ibu mertua di Bandar Sri Uda, Johor Bahru beberapa bulan lepas.  Kos mencecah ribuan ringgit termasuk urutan dan ubat-ubatan.  Kata mak mertua, ada perubahan baik.  Setelah beberapa bulan ini, aku terlupa nak tanya mak lagi macamana keadaan matanya.

** surah Qaaf ayat 22;  "Lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara akhirat)".

Baca tiga kali sambil tahan nafas dan hembus pada ibu jari kanan, sapukan pada kedua mata.  Boleh merawat rabun dan penyakit berkaitan mata InsyaAllah.  Mata juga cepat peka pada perubahan sekeliling walaupun sedikit, wallahu'alam.  ->> dari blog sini.


Monday, November 3, 2014

Dari Abdullah bin umar r.huma meriwayatkan,Rasulullah saw bersabda,”tidaklah seorang hamba menelan satu tegukan yang lebih utama (lebih disukai)disisi Allah ‘Azza wa jalla dari pada satu tegukan kemarahan yang ia telan(tahan) semata-mata karena mengharap keridhaan Allah swt(HR Ahmad)

Aku telan ia.

Aku sudah reda.

Namun, apa kata aku menulis sesuatu dengan marah yang masih bersisa.  Sejauh mana aku menelan ia?

Perkataan yang telah muncul adalah KURANG AJAR.  Ceritanya begini.  Aku tarik nafas dahulu, dan aku kian sejuk insyaAllah.  Alhamdulillah.

Ketika merancang untuk memulakan operasi masak-memasak untuk berbuka puasa.  Aku agak terleka mennghapuskan gambar-gambar dan video-video di tab.  Tiba-tiba ada bunyi 'tinn!' di luar.  Ia jelas seperti di depan rumah.  Aku buat tak kesah.  Mungkin ada ibubapa pelajar yang datang.  Atau sesiapa sahaja, aku menunggu orang memberi salam jika benar ada yang berhajat sesuatu hal.

Tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu, kuat. Aku tergesa-gesa keluar ke arah ruang tamu dan bertanya, "Siapa?"

Tiada suara menyahut sebaliknya dijawab dengan bunyi ketukan yang lebih kuat.  "Sebentar, siapa?"  Aku bergegas memakai tudung.

Ketukan ketiga lebih kuat lagi.  "Sekejap sekejap!!!"  Aku serta-merta dapat menduga, tentu POS LAJU yang tiba.

Aku buka pintu tetapi bersembunyi di belakang.  "Ada apa?"

"Nama siapa?"  tanyanya dengan nada beku.  Aku tutup sebahagian muka dengan kain tudung dan meninjau sedikit.  Orangnya tinggi dan berkaca mata hitam, sedang memegang pen bersedia menulis di atas fail di tangan.  Aku menarik diri semula ke belakang pintu.  Aku sebutkan nama penuh.

Dia bertanya lagi.  Aku jawab semula nama penuhku.  "No IC!" katanya seperti nada marah.

"Bak sini saya tulis sendiri."  Aku buka pintu lebih besar tanpa menampakkan diri.  Aku tidak bersedia dengan niqob.  Hati amat tidak senang dengan peristiwa ini.

Fail dan pen diunjukkan di celah pintu.  Namaku ditulisnya cincai sahaja, Mazuin.  Aku tulis no kad pengenalan di bawah namaku dan mengisi ruang tandatangan di kotak hujung.  Aku kembalikan kepadanya dan menerima sekeping sampul pos laju bersaiz A4.  Kiriman dari ITBM.

Dalam hati mencongak-congak mahu membahasakan lelaki muda di luar itu.  "TAK TAU BAGI SALAM KE?"

Atau, "TAK BOLEH KE BAGI SALAM?"

Ahh lebih kurang saja bunyinya.  Tetapi aku simpan soalan di dalam hati.  Aku telan soalan itu seperti aku telan rasa marah. 

Ini kali kedua pekerja POS LAJU bersikap demikian.  Main hon-hon je.  Tak pernah beri salam.  Kat sampul surat tu ada nama penerima.  Nama aku tu nama Melayu Islam.  Tak ada keliru pun kalau nak bagi salam.  Rugi masa ke?  Atau buang masa?  Atau tak cukup masa nak berkejar ke tempat lain pula?

* selalu aku menerima sikap baik, hari ni aku berhadapan dengan sikap yang kurang baik.
* selalu aku mendapat layanan baik, tetapi ada juga mendapat layanan tidak baik.
* selalu aku diraikan, ada juga aku tidak diperlukan.

Demikianlah kehidupan di dunia ini. 

Aku hanya hamba Allah yang selalu melakukan kesilapan dan berbuat dosa.

Andai aku dihina, adalah kerana kesalahan diri sendiri dan dosa yang dilakukan.
Andai aku dipandang tinggi, adalah ujian juga dan ia boleh sahaja menjadikan aku lebih terleka.

Maka eloklah aku maafkan semua dan semoga semua pun memaafkan aku.  Lapangkan dada, jernihkan fikiran dan perbaharui iman dengan ucapan Laailahaillallah.  Yang lebih penting adalah bagaimana Allah memandang dan menerimaku.

* Tarik nafas. Istighfar.  Semua sudah ok.  Aku mahu masak sekarang.  Petang nanti nak buka puasa.  Menu hari ini insyaAllah AYAM MASAK TOMATO, NASI TOMATO DAN PACERI NENAS.  Ya Allah bagilah sedap masakan ini lagi berkat.  Aameen.

Beramal dan Menyampaikan

Dari Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang muslim adalah seorang yang tidak menyakiti muslim yang lain dengan lidah atau dengan tangannya dan seorang muhajir adalah seorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. (HR Bukhari)

Wahai Binti Ramlah

Wahai Binti Ramlah. 
Wahai Binti Ramlah. 

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Binti Ramlah. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Binti Ramlah bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
  • Siapakah Tuhan kamu?
  • Siapakah Nabi kamu?
  • Apakah agama kamu?
  • Apakah kiblat kamu?
  • Siapakah saudara kamu?
  • Apakah pegangan iktikad kamu?
  • Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
  • Allah Ta’ala Tuhanku.
  • Muhammad Nabiku.
  • Islam agamaku.
  • Baitullah itu kiblatku.
  • Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
  • Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  • Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai Binti Ramlah, tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Binti Ramlah. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.

Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr

* Bonda Ramlah adalah nama ibu yang mengandungkanku dan melahirkanku.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing