Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, March 2, 2013

kisah budak stray kita

"Sapa nama dia ni ya?" aku bertanya.
Macam-macam nama yang dicadangkan oleh anak bongsu aku ni, akhirnya ... "Tom je la ..."
Setuju~! (Hanessa mc 3 hari di rumah).

Jangan lupa baca doa makan.  Sungguh kureng sopan! yang tertonggeng makan tu ialah budak stray baru datang.  Tom! 


'nyam nyam ...  sedapnya rezeki Allah bagi.' kata Tom.

Oii mende ni, siap masuk 4 kaki dalam tray.  Cuba la sopan sket.  Ko tu dah la budak stray!  Eh, err ... aku? Aku tumpang makan je, aku bukan budak stray hehehe ... 

 (yang dok termenung perati Tom makan tu entah kucen sapa ntah, sejak dua tiga hari ni dia sama-sama meowwww bila aku bagi isyarat makan.  Ingatkan jantan, betina rupanya, macam baru lepas beranak je.)


aku geram betui perati Tom makan.  Siap cakar-cakar dan menderam-deram lagi.  Aku angkat jap bagi suluh muka dia yang koreng ni.  Hidung hitam, mulut hitam, mata hitam. 

plis turunkan saya balik umi ... saya nak makan laie huhu ...

bila Tom kena angkat jap, yang lain datang balik makan dengan tenang.  Huh si Tom! 

ni Zura, anak Zara yang mati depan pintu.  Dia asal mula kucen kita, tapi sekarang dah hijrah ke rumah sebelah (jiran yang baik hati, take over jaga Zara masa kita hijrah).  Tapi time makan mengendeng juga. Jenis bongkak juga ni, bila Cantek jenguk rumah dia kemain garang lagi dia kat Cantek.  Tapi bila dia datang mengendeng, Cantek tak kisah pong! 

"kita senasib, Tom!"  kata Ayu kat Tom yang tengah main longkang.
Allah yang meletakkan rasa sayang dalam hati ... :D

main sorang-sorang.  Anak-anak Cantek masih lum ngam dengan Tom, bengang pasal Tom masuk kaki dalam tray nasi hehehe ... cian dia ... kena belajar sopan la Tom.
ni Jerry.  Diseludup masuk bawah tudung dari kedai bersama Tom, oleh anak-anak dara aku yang balik cuti mc hehehe



tengok! tengok!  geramnya tengok Tom ni.  Orang lain makan pun tak selera la Tom ... adoii

eh korang ni makan berdua je eh! Kata Putam.

uh tak nak la, korang ni makan abih sume kaki tangan masuk dalam tray.  Dah basuh ke kaki tu? 
Putam pusing balik makan ngan Mizi. 


merdeka! tray ni kita yang punya. 

Pagi ni Jerry hilang lagi.  Mana tah lesapnya.  Jerry ni lembut, selalu kena buli ngan Tom.  Semalam petang anak jiran datang memulangkan Jerry.  Agaknya dia pi rumah tu lagi kot ... jiran yang itu bukan la jenis peminat kucen.  Nasib ko la Jerry ... nanti lapar balik la yerr ...  insyaAllah rezeki dari Allah.  Semoga Allah menyelamatkan kamu semua, walau merayau ke mana pun jua. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing