Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, March 12, 2013

kembali menghadap tuan guru

akhirnya anak sulung kami kembali menghadap tuan gurunya.  Semalam petang, dia kami serahkan ke tangan mudir madrasah cawangan Sri Petaling di Dengkil semula.  Dia akan meneruskan pengajian hafazan dengan Ustaz Azman.  Alhamdulillah.

Bibirnya tersungging senyum.  Nampak ceria.  Teman-teman merai dengan pelukan.  Sebulan lepas, dia hilang tiba-tiba, dan kini dia muncul semula, tiba-tiba.

Semuanya perjalanan yang sudah ditentukan Allah.  Sebuah perjalanan yang tidak mudah.  Dia antara pelajar saya yang istimewa, begitulah ujar Ustaz Azman tempohari.  Dari madrasah di Shah Alam yang penuh kenangan, dia berhijrah ke Dengkil.  Beberapa ketika dia membatu diri di luar kelas, memerhati.  Tentu hatinya bergolak.  Entah ke mana destinasi fikiran.  Semua ini perkara baru yang dipaksakan.  Pak Usu yang pernah merintis jalan, hanya mampu sebentar bertahan.  Berkat doa nenek, dia terhantar ke madrasah yang asing ini.

"Saya pujuk dia masuk dalam kelas.  Duduk sahaja mendengar dan melihat."  sambung Ustaz Azman.  Perlahan-lahan sang guru mencuri hati pelajar yang keras membatu.  Lemah-lembut didikannya, penuh kasih dan belas.  Akhirnya lunaklah hati yang selalu ditempa dengan kasih sayang dan doa.  Pengajian hafazan pun bermula.  Alhamdulillah.

Itu di kelas.  Kunjungan kami perlu dilunas.  Seminggu sekali.  Beranjak dua minggu sekali. Sebulan sekali.  Dan aku selalu sahaja mencari alasan untuk mengunjunginya.  Anak ini perlukan sokongan.  Satu ketika dia bersuara di hujung talian, "Along dah ok."

Tiada lagi suara merayu minta pindah ke sekolah lain.  Tiada lagi suara menahan esakan.  Tiada lagi kata-kata yang selalu membuatkan aku sesak nafas.  Ajaibnya, kata-kata yang tenang itu meluluhkan hati si bapa yang selalu membentak bengis enggan melayan rayuan dan esakan.  Ajaibnya, si bapa pula yang bergenang airmata dan sebak dada, hiba dan syukur bergantian.  Alhamdulillah.

Ya, di madrasah itu.  Dia belajar sesuatu.  Betapa mahalnya ilmu.  Betapa mulianya sang guru yang mendidik.  Dia melihat, insan-indan yang ingin membaiki diri berkorban harta dan berpisah dari keluarga, dari sudut-sudut terjauh dunia.  Barulah dia dapat menyelami.  Demi akhirat, perkampungan yang kekal abadi.  Demi sebuah pertemuan yang dijanjikan Illahi.  Pertemuan yang akan terjadi, tidak mungkin dimungkiri.

Dan, untuk insan mulia, walau siapapun jua.  Jazakallahukhairan kathiran kami ucapkan.  Segala budi baik kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya, di dunia hingga ke syurga.  Segala doa kebaikan untuk kalian.  Terima kasih kerana memperhati dan prihatin kepada pelajar yang seorang ini.  Dia, adalah perintis kami.  Semoga dirinya menjadi asbab hidayat seluruh alam.  Umpama Sultan Muhammad Al-Fateh yang menguasai Kota Konstantinopel, semoga dia meruntuhkan dinding jahiliah di sekeliling kami.  InsyaAllah.

* untukmu, jangan buang masa lagi.  Pecut dengan segala kemampuan.  Kekuatan dari Allah.  Sehari, seminggu, sebulan bukan perkaranya.  Tingkatkan takwa, iman dan amal.  Baiki diri.  Semoga Allah pelihara kamu dari dosa-dosa dan sentiasa mengampunimu.  Usah diulang kesilapan yang pernah dilakukan.  Doakan mama abah.  Saling mendoakan.  InsyaAllah.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing