Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, February 27, 2012

Putam muncul

Sedikit catatan untuk sepanjang minggu ini.
Saya sedang menyudahkan solekan bab 8.  Ohh bab 6 itu ... banyak masa telah digunakan untuk bab ini.  InsyaAllah semoga bakinya bab 8-11 tak sangkut untuk solekan, sebelum menyambung dengan bab baru seterusnya.

Ya Allah, kumohon kemudahan untuk melakukannya.

Memang tak sempat nak buat cookies.  Jadi sudah dua minggu hanya mata saya yang singgah ke bahan-bahan cookies itu sambil hati tertanya-tanya, bilakah dapat spare time untuk cookies ni?

Mak mungkin akan datang semasa Naqib dan Ain bercuti seminggu nanti.  Katanya dah lama tak berjumpa mereka.  Mungkin minggu itu, kedai makan pun dah siap renovation.  Mungkin sudah boleh beroperasi untuk jualan harian makan tengahari dan malam.

Teringat bekas-bekas kuih bulat yang sedozen dibeli suami tu.  Cadangnya nak minta mak panjang-panjangkan jualan kepada rakan-rakannya di kampung.  Biras pun dah order cookies untuk kudapan sendiri.  So?

Hmm ... kena la siapkan Sakinah ni dengan cepat supaya dapat bikin cookies pada masanya.

Rabbi yassir wala tu'assir.

Dalam sibuk mengadap laptop, tiba-tiba ada penghuni baru di rumah ini.  Seekor kucing jantan muda warna hitam berstokin putih di keempat-empat kakinya, putih di hidung dan perutnya.  Alahai ...  saya pencinta kucing tapi dah beberapa tahun ini saya sudah tak mesra kucing.  Bulunya tu!  Karang melekat atau berterabur di mana-mana.  Dahlah saya buat hall rumah untuk tempat solat.  Kami berjemaah di situ.

Generasi kucing terakhir yang bebas keluar masuk rumah ini ialah Ewa kucing arwah abah yang sebaya umurnya dengan Naqib.  Lepas tu dua ekor kucing mak yang bulu panjang tu.  Kucing luar rumah ialah Zara, Putih dan anak Zara Kelabu.  Semua kucing ni dah mati atau hilang, hanya Kelabu je yang setia duduk di luar rumah. Memang lega tak ada kucing dalam rumah.  Sekarang ni Kelabu ni masih dalam proses suaikenal dengan kucing hitam tu.  Suaikenalnya ganas juga, asyik nak menyerang je dengan bulu kembang.  Tunjuk garang pulak dia, perasan la dia tuan rumah kat sini ishy ...

Si Putam ni (putih + hitam) masuk ke dalam kereta semasa suami mahu balik dari pertemuan dengan kawan-kawannya di TTDI Jaya malam Ahad kelmarin.  Disuruh keluar dia tak mau, kata suami.  Akhirnya sampai la dia ke Sijangkang. 

Dan pagi Ahad tu, saya dihadiahkan dengan tempekan najisnya di alas kaki depan pintu bilik!

Ok Putam - selamat datang tapi sori sebab hanya tiga penghuni yang suka kamu.  Jangan main-main dengan makcik seorang ni.  Mesti ada jarak antara kita.  Makcik dah pesan siap-siap, nak berak pi jauh-jauh.  Jangan naik atas meja makan, pantang besar tu!  Kalau tak jaga kamu! Walaupun makcik bagi makan (apa dibagi makan je, jangan pemilih), bukan bermakna kamu boleh manja-manja macam kamu bermanja dengan budak berdua tu.

Amboiiiii bukan main lagi ya, pandai cari tempat tidur sedap.  Tidur atas katil Ain yang saiz king tu  sorang-sorang.  Huh, punyala mengada-ngada, sampai terkangkang terlentang tidur diusap-usap dan dibelai-belai dek Hanessa dan Hidayat.  Walhal beberapa hari sebelum tu, Hanessa dan Hidayat dah pujuk abah nak ambil anak kucing terbiar kat tepi rumah sana tu, abah tak mau.  Tiba-tiba abah sendiri yang angkut kucing hitam ni balik.

Kehendak Allah juga yang membuatkan Putam masuk kereta Pak Meon malam tu dan memilih terus buat selamba je tak nak keluar semula.

So Putam kena buat perangai elok.  Kalau rekod teruk, eloklah Putam jaga kedai makan Pak Meon je  jadi tukang halau tikus. atau ikut Kontang balik kampung buat kawan.  (Kontang - pelik betul nama ni kan - anak kucing baru mak abah kat kampung). Huuu  ... nampaknya memang tak leh lari dari kucing! 

*Hari-hari bersama Radio Islam Nusantara

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing