Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, February 21, 2012

sedang menyolek

Oh, terima kasih Naqhuhines kerana menjemput saya menulis di blog anda ... hehe.

Poyo je. Sebenarnya memiliki dua emel bukanlah memudahkan. Semenjak blog ini 'hilang' sekejap tempohari, saya minta pengurus Sastera tempat saya berguru bikin novel untuk menjemput menggunakan emel kedua. Kemudian Naqhuhines muncul semula, bersama emel asal untuk sign in. Masalahnya mudah aje, kena kerap log out dan sign in balik dengan emel yang dikehendaki. Tapi leceh. Jadi, jemputlah diri sendiri untuk menjadi penulis di blog sendiri, dengan emel yang kedua tu, uhh.

Cuma sedikit catatan je. Saya sibuk dengan novel. Sekarang ni (tengah edit la ni, tapi 'lari' jap jenguk Naqhuhines) sudah 4 bab yang bersih, dan sedang membaiki bab 5. Esok bab 6. Lusa bab 7. Tulat bab 8. Langkat bab 9. Lepas langkat, bab 10. Lepas tu ulang balik posting bab 11 yang sifu tangguhkan pembaikan, sebab saya dah tersangkut dari bab 2 untuk solekan.

Jangan tak caya, novel pun ada solek-menyolek hehe. Di tahap ini, tulisan akan digarap dengan sebaik dan seteliti mungkin, masukkan lagi ayat-ayat puitis yang boleh menggegar jiwa pembaca. Apabila sudah bersih dan cantik barulah ia dianggap benar-benar sempurna. Setiap bab akan diperlakukan perkara yang sama.

Semoga bertemu lagi insyaAllah.

***

Teringat,

Hanessa datang menghimpit, memerhati saya menulis nama. "Mama, nama mama betul Nor Mazzuin eh?" saya angguk. Asyik mengisi buku biru rekod kesihatan milik Hanessa. Kejap lagi nak hantar dia dan abangnya ke sekolah.

"Jadi nama tipu mama Intan?" angguk. Nama tipu?

Si abang menyampuk, "bukan nama tipu la, tu nama pendek mama, kan mama?" angguk. Isi borang keterangan pelajar milik Hidayat pulak. Nama pendek ... hmm.

"Mama, adik tak setuju untuk disuntik tau.  Adik tak mau disuntik.  Cikgu kata kalau tak mau tak pe." Huhh ...

Teringat lagi,

"Mama, cikgu suruh bayar empat ringgit nanti semua dapat tandanama."

"Ok, esok mama bagi."

"Mama bagi sepuluh ringgit ya. Nanti cikgu bagi enam ringgit, adik bagi mama dengan abah."

"Empat ringgit sahaja."

"Empat ringgit nanti tak dapat duit dari cikgu." Mukanya berubah.

"Ok, lima ringgit setengah boleh?"

"Hmm bolehlah."

Seringgit setengah lagi ialah duit poket ke sekolah.


Pagi ini, Hidayat merengek nak ke klinik. Airmatanya meleleh, sentimental betul. Sudah seminggu dia batuk tapi tak makan sebarang ubat semenjak ubat makan untuk sakit gatal-gatal habis dua minggu lepas. Macam fobia je budak yang paling payah nak telan ubat ni, macam-macam aksi dan riak muka keluar masa nak suap ubat. Kelmarin dia 'muntah' dalam songkok, semasa hadir kenduri tahlil di rumah Maklong Asnah. Grr ... bukan tak boleh keluar dari majlis sekejap, tapi ... nasib baik dia terus cuci sendiri.

"Esok kita pergi klinik." saya pujuk. Pergi klinik dapat ubat serupa jugak. Dari speaker laptop, ustaz bercerita kisah orang keluar khuruj sakit macam nak mati, tapi doktor tabligh tak mau bagi ubat sehingga dia solat dua rakaat, berdoa dan bersedekah. Dan akhirnya si fulan ni sihat walafiat, sehingga meninggal dunia. "Nanti mama solat hajat dulu, mama doa untuk Hidayat ya."

Dia memandang saya seperti berfikir. Kosong pun ia. "Bila?" Airmata kering di pipinya, tinggal kesan saja.

"Karang, lepas solat dhuha. Ni bawak cookies bagi kawan kat sekolah. Meh makan ubat dulu."

"Ok, nak makan ubat ni je. Yang tu tak nak." ehh milih pulak. Tapi masa nak ke sekolah makin suntuk, tak sesuai selitkan unsur paksaan karang bermain emosi pulak. "Ha, balik kang makan ubat ni tau."

Err ... ginila jadinya bila menulis tergesa-gesa. Mungkin ada point yang boleh dikutip, barangkali ... Atau sekadar tulisan ringan sahaja :)




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing