Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, February 3, 2012

Wahai ...cepatlah Naqib!

Buat anakanda Muhammad Naqib.

Banyak sungguh mama embed youtube video kat sini, kan.  Mama macam dah tenggelam dalam asyik qasidah burdah dan lain-lain tu.  Nanti Naqib tengok dan hayatilah.  Kalau tau maknanya, lagilah indah dan asyiknya ...  Buat masa ni, itulah yang mama ulang-ulang dengar.  Mama share kat fesbuk jugak, tak ada orang like or comment.  Hehe ... agaknya ada yang pelik.  Ada kawan sekolah rendah dapat menemui mama kat fesbuk, mula-mula rajin jugak dia bagi komen apa yang mama publish, la ni senyap dah ... ntah sibuk ntah malas nak tengok wall mama lagi hihihi ...

Mama dah jarang dengar Radio Nur Islam Brunei tu. Kalau tak dulu tak miss dengar Kuliah Mufti jam 7.30 pagi dan baca doa pagi sesama juruhebah.  Sampai Hidayat pun perasan dan dia tanya napa mama dah tak dengar kuliah lagi.  Prihatin jugak budak tu ek ...  Sebenarnya ada jugak dengar, kalau berkesempatan.  Selebihnya especially time duduk sorang-sorang menekuni biskut chips tu, mama angkat laptop duduk dekat mama, dan bukak Radio Islam Nusantara.  Tenggelamlah mama dalam asyik buat biskut dan mendengar kuliah ustaz-ustaz.  Cuma bila tang kuliah bahasa urdu tu, mama pening sikit sebab terjemahan ustaz tu laju betul kekadang sampai mengah-mengah suara ustaz tu mama rasa.

Mama dah dapat cari youtube nasheed kegemaran mama yang selalu keluar kat situ.  Bila publish kat fesbuk, ummi Amir pun tumpang mencilok, macam itulah dia kata hehe ...  Mama suka, rupanya dia pun suka.  Ada geng!

Ni, ada beberapa blog menarik yang nak mama kongsikan dengan kamu.  Antaranya yang mama tengah baca ni ialah blog daku sayangkan Islam, yang rupa-rupanya tulisan orang muda tapi sangat hebat tulisannya tu.  Juga blog pelajar kat Johannesburg, ntah sama tempat ngan Mukhlis kawan kamu tu tak tau la mama.  Pun hebat juga pandai betul dia menulis memang berbakat orangnya, sangat mengesankan ke dalam hati.  Ceritanya terus-terang, mengusik perasaan dan jelas.  Sufiafriqiyya nama blognya.  Nanti mama nak kamu jenguk dua blog ni tau.  Ada banyak lagi blog yang sangat menarik sebenarnya.

Hai Naqib, tiga tahun lepas kita sama-sama ke Sepang atas kehendak kamu nak pergi ikut Ijtimak di sana.  Tercengang mama waktu itu melihat besarnya khemah-khemah di situ.  Ramai betul pak-pak janggut, yang merah ada hitam ada warna janggutnya.  Segan betul, sebab tak ada pempuan pun.  Itu semua kamu la punya pasal.  Tapi tak apalah, kamu tak salah.  Mama pun.  Allah yang membawa kita ke sana.  Memang mama jahil betul benda-benda tu semua.  Syukurlah kamu dengan rentetan peristiwa demi peristiwa, Allah terima kamu belajar di madrasah Bukit Changgang, alhamdulillah.  Dari situlah kita khususnya diri kamu sendiri semakin terdedah dengan perkara-perkara yang selama ni jauh sayup dari kita.

Jadi, kamu beritahu kamu tak layak ikut keluar tiga hari melainkan dah berumur 15 tahun.  Hari tu mama dengan besar hati tanya, wah tahun  ni bolehlah kamu keluar tiga hari kan?  Rupanya tak boleh jugak, sebab ustaz dah anjakkan umur 17 tahun baru boleh keluar.  Hai Naqib, bersabarlah.  Walaupun mama tak sabar dah, nak dengar kamu keluar tiga hari tu.

Bahkan kalau balik rumah, mama suruh kamu ikut orang-orang surau Al Ikhwan tu buat gash dari rumah ke rumah tapi kamu kata belum layak lagi.

Hai Naqib, cepatlah kamu membesar.   Err bukan membesarkan badan ya!  Cepatlah kamu mencapai umur yang menepati syarat untuk keluar bersama-sama semua mereka tu.  Keluar untuk berdakwah, menyebarkan hidayat ke serata alam.  Macam yang para masturat selalu katakan kat page mereka tu.

Bila baca blog-blog itu, mama memang tak sabar betul.  Cepatlah tumbuh janggut kamu, cepatlah kamu khatam al-Quran, cepatlah kamu selesaikan hafiz dan alim.  Cepatlah Naqib.

Alhamdulillah, abah kamu setuju je mana mama nak kamu pergi.  Hari tu mama seronok betul nak kamu pergi belajar ke Mekah Madinah.  Tapi bila dengar pasal pengaruh Wahabi, ia membuatkan mama tersentak.  Dengar pasal Temboro, mama seronok kamu ke sana pulak.  Kamu pun nak jugak.  Lepas tu baca pasal Johannesburg, aduhai rasa hati mama dah sampai sana dah.

Wahai Muhammad Naqib, pergilah ke mana sahaja. Kuasai dunia ini dalam genggaman kamu.  Bawa Tuhan bersama dalam hati kamu.  Pergilah, berjuanglah untuk menyampaikan ugama yang benar ke seluruh pelusuk yang sempit dan sunyi, atau ke kota-kota besar yang penuh dengan kelalaian.  Waqafkan diri kamu untuk Allah Taala.  Mama relakan dan redha.

Mujurlah aku seorang wanita 
yang dipenuhi perasaan malu

Mama tak pandai nak tulis macam masturat tulis, tapi mama berdoa semoga anak cucu keturunan mama menjadi pilihan Allah untuk menjadi pembantu ugamaNYA ini.

Ya Allah, kini tidak ada lagi bangun pagi yang kosong hening penuh ragu-ragu, prasangka buruk dan pesimistik.  

Naqib,  sengaja mama pilih nama ini untuk kamu walaupun Tok Leha kamu nak bagi nama lain, Danial pilihannya.  Tak reti pulak mama nak joinkan dua nama tu.  Mujurlah tok kamu tak kecik hati.  Dan mama awalkan dengan nama yang penuh rahmat, Muhammad.  Itulah nama yang akan diserukan untuk kamu di akhirat nanti.  Naqib bermaksud pemimpin atau ketua.  Itulah harapan dan maksud mama kepada kamu.  Semoga kamu menjadi pemimpin yang mulia satu hari nanti.  Jadilah pemimpin kepada diri kamu sendiri, keluarga kamu dan kita semua, kepada masyarakat di mana kamu berada dan pemimpin orang-orang yang mahu dipimpin.

Panjang pulak, karang malas kamu membacanya.  Nak baca pun entah bila.

Baca dan fahamilah.  Mama nak kamu menjadi pelopor dan perintis dalam keluarga kita.  Naqib dah semakin matang dan boleh membaca apa yang tersirat mahupun yang tersurat.  Menjadi yang pertama, mungkin banyak pahit dan sakitnya.  Tak mengapa, teruskan teruskan teruskan langkah kakimu, mama iringi kamu dengan doa restu, semoga Allah memelihara dan merahmati kamu sentiasa.  Semoga kamu tetap di atas jalan yang satu itu, jalan orang-orang pilihanNYA.  InsyaAllah, ameen.

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megaha diantara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengangumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Al Hadid : 20)


2 comments:

ibnbatoota said...

http://www.facebook.com/Ibnubatoota/posts/230785060342262?notif_t=feed_comment#!/Ibnubatoota

salam mama,sy ibnu batoota pnulis blog sufiafriqiyya tu...add la fesbuk sy kat link atas tu...

Naqhuhines said...

salam ibnu batoota.

terima kasih sudi singgah ke sini :) tak sangka mama ...

insyaAllah ada kelapangan mama cari ibnu batoota di fb.

~ mama naqhuhines ~

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing