Aduhhh duh duh duh ...
Rasa simpati menyerap perlahan-lahan di sanubari. Syawiena (bukan nama sebenar) tersedu-sedu, airmata jernih menitis terus ke pipi mulus. Beberapa ketika dia bercakap di telefon tadi, aku yang sedang mencuci bekas makanan di sinki mula mendengar dia menahan esak.
Aduhhhh .... saat ini aku pula diserang rasa bersalah. Teringat sejak akhir-akhir ini hampir setiap hari aku akan mengingatkan dia supaya memberi Mimi makan. Kadangkala aku pesankan pada pelajar khidmat taam yang datang mengambil makanan apabila terpandangkan kucing betina bulu panjang coklat hitam itu menguja mahu masuk ke dapur.
Hairan. Pelajar baru datang bersama kucingnya, meminta izin tinggal bersama di madrasah dengan alasan tiada sesiapa nak jaga bagi makan kat rumah. Aku cukup hairan. Mujur Mimi perangainya baik, sopan dan pendiam. Tetapi ada juga dia memanjat meja dan mencuri ikan di sinki. Sudah dua kali dia beranak di sini. Itu semua menjadi asbab untuk mengklasifikasikan Syawiena ke dalam kelompok gadis yang keanak-anakan dan manja. Anak bongsu dan cantik pulak tu.
"Syawiena , dah beri Mimi makan?" dia geleng kepala sambil menyuap nasi ke mulut. Dia menoleh memandang aku yang sedang tegak berdiri memerhatikannya dengan muka serius. Matanya jernih sahaja dan wajahnya tenang seperti tidak terkesan apa-apa. Aku nampak Jingga anak Mimi mengambil tulang ayam dari talam yang sudah kosong, ditinggalkan untuk dikutip dan dicuci pelajar khidmat mencuci. "Lain kali bagi kucing makan dulu, barulah dia tak mengacau time kamu makan. Tengok tu!" ujar aku masih garang.
Syawiena mengangguk-angguk perlahan. Dia memang acapkali terlupa.
"Mama, saya sedar kekurangan saya." Dia teresak-esak semula. Kata-katanya terputus-putus dek esak tangis. Bulu matanya yang panjang lentik basah dek airmata yang turun laju ke pipi. "Diorang buat saya macam saya ni 5 tahun dan diorang sudah 20 tahun." Dia terhenti sejenak. Airmata semakin lebat membasahi wajah yang mulus. "Saya tak tau nak cerita kat sapa. Keluarga saya semua buat tak kisah je. Cuti raya hari tu saya cerita kat sepupu saya." Dia kembali teresak-esak.
"Awak cerita apa?" aku bertanya musykil
"Saya cerita la pasal ni semua. Pasal kawan-kawan. Pasal pelajaran. Pasal ... macam-macam." Ya, dia mencari seseorang untuk meluahkan perasaan yang terpendam. "Lepas tu dia ajak saya belajar alimah kat sana. Tapi saya tak nak mak saya fikir macam-macam, saya kata tak pe la tak nak. Saya tak bagitau mak pun."
Aku diam mendengar. Ya, aku dengar sungguh-sungguh. Aku memikirkan halnya. Simpati pun memuncak-muncak di seluruh jiwa. Rasa bersalah juga menerpa, seperti tangan yang muncul menampar muka. Syawiena , yang sentiasa tersenyum dan pandai menyembunyikan rasa. Kelembutannya selalu disamaertikan dengan kelemahan. Kejujurannya disamakan dengan mengadu domba dan khianat.
Aduhhhhhh ...
"Tak mengapa, menangislah saja. Lepas ni cuci muka dan berwuduk. Kalau rasa tak mampu bawa, bincang dengan ustazah. Pasal pelawaan ke Terengganu tu, tak mesti di sana lebih baik dan kurang cabaran. Nanti kamu ulang-alik, kamu akan berpapasan dengan orang lelaki. Itu boleh saja jadi satu ujian untuk kamu." Aku cuba membayang-bayangkan kemungkinan baru kepadanya. "Apa-apapun, nanti kalau rasa berat nak buat keputusan, istikharohlah. Minta keputusan dari Allah."
Dia mengangguk perlahan. "Mama jangan cerita kat sesiapa ye." Pesannya dari awal.
Bahunya kupaut dan usap perlahan. Aduhaiiii ... Sungguh tak kusangka sebegini terkesannya dia dengan suasana. Sungguh aku tak menduga!!! Benarlah kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Di sebalik raut wajah yang tenang indah ini, ada satu bebanan yang sangat berat tidak dapat ditanggungnya.
Aku terpandang mata Siti Hajar (bukan nama sebenar) meninjau dari balik langsir ruang belajar. Matanya memberi isyarat, 'Nape tu mama?' Aku cepat-cepat fokus semula kepada gadis yang sedang menangis tersedu-sedu.
* Wahai para ibu, khabarkanlah pada putera-puterimu, bahawa di mana pun berada, Allah sahajalah sahabat dan Pemelihara. Ibu dan ayah, hadir hanya sementara. Perpisahan pasti akan menjelma. Berikanlah hati sepenuh jiwa kepada DIA semata. Dia yang Maha Mencintai, sentiasa mendengar keluh kesah jiwa yang derita. Kasihan pada anak-anak yang baru menjenguk dunia. Mereka pusing dengan kerenah sekeliling. Inilah perjuangan dan jihad kita. Mendidik anak-anak mencintai Yang Esa. Di mana pun berada, hanya Allah sebaik-baik Teman dan Pemelihara. Selainnya sementara semata-mata.
Syawiena , maafkan mama.
***
Last time, pelajar bermasalah yang pernah beberapa kali kerasukan ini mengadu, "Mama, abah saya bukan sayang saya pun. Dia sayang kat mama baru saya je."
Aikk ... tetiba je.
"Mana ada ... mana ada bapak tak sayang anak. Awak je buruk sangka. Tak baik tau! Nanti sangkaan awak jadi kenyataan, camana?" Aku harap dapat menakutkan dia sedikit dan menukar buruk sangkanya tu kepada sangkaan yang lebih baik.
"Iye la mama. Abah saya tak sayang kat saya. Bla bla bla ..." Macam-macam la contoh dan bukti yang diajukannya, yang aku dengar sambil lewa je.
Aku sempat ziarah raya ke rumah mama barunya tempohari. Kira kenal juga la seorang dua ahli keluarganya. Ok je.
Di wassap, aku sampaikan kata-katanya kepada mama baru. 'Semua ok je. Cuma dia kata abah tak sayang kat dia. Saya pun ... bla bla ba ...' menjawab pertanyaan khabar dari mama baru. Dia mengadu kena kudis gatal-gatal.
Khabar kat dia, abah dia sibuk sangat.
Ok, don wory kak.
Selang beberapa hari, aku menerima pesanan meminta dia bersiap, sebab abahnya nak datang bawa ke klinik.
"Mama...awat la mama habaq kat mama baru saya pasal tu?"
"Pasal tu apa?"
"Pasal saya kata abah tak sayang saya tu la ..."
"Eh kena la habaq. Kalo tak habaq camana depa nak tau awak rasa hat tu. Betoi tak? Haa tengok, cepat-cepat abah awak datang bawak gi klinik."
Demi untuk kebaikan semata-mata. Beruntunglah pelajar yang memiliki ibubapa prihatin kepada perasaan anak-anak.
Semenjak itu dia tidak lagi mengadu abah tak sayang saya. Kini timbul azam baru nak khatam segera pulak. Isu nak kawin cepat pun macam dah lupa je. Hihihi ... hai macam-macam.
* INsan selalu rasa terpinggir di tengah keriuhan. Hanya kesibukan yang membuatkan rasa leka. Tetapi mudah benar manusia rasa kurang kasih dan sayang. Kurang diperhatikan. Kurang diendahkan. Apakah hakikat kasih dan sayang?
Hanya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Dapatkan kasih sayang cinta Allah. Yang mencintai akan dicintai. Letakkan kasih sayang dan cinta pada yang berhak. Kasih 1 persen di dunia sentiasa jadi rebutan dan dambaan. Jiwa muda yang rapuh memang tercari-cari belaian kasih.
Indahnya dapat berkasih sayang.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Sep 2014
(35)
- Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpus...
- Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan mas...
- Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang....
- "Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tang...
- PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
- Malu sungguh. Aku azam tak akan pergi kedai itu la...
- Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, ker...
- Betapa ... Mengapa ... Ya Allah ... Pagi ini...
- mengapa aku menulis?
- "Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan se...
- "Mama, menci Kak Zack tu!" Aku pun menoleh memand...
- Seharum Doa
- Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan...
- Menulis dalam nada insaf. Rasa kurang sihat. Kur...
- Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jad...
- "Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang...
- Namanya Hasanah. Gadis yang datang dari jauh sema...
- "Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku...
- Sarapan apa hari ni? Nasi goreng ikan bilis tabur...
- Assalamualaikum. Salam pagi. Hari ni kurang sedik...
- Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda
- Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuk...
- Sudah jam 12.24AM. Baru balik dari Wisma DarulSak...
- Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? ...
- ok, mama nak mintak tolong sikit boleh? Apa dia m...
- Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menj...
- Aduhhh duh duh duh ... Rasa simpati menyerap perl...
- "Siapa khidmat hantar pada ustazah?" "Auni dan H...
- Dia pencetus gelombang roti cheese. Tiba-tiba, se...
- "MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disu...
- RUMAH PINK DI LORONG ABU
- novel sulung
- Jemput makang! Aku makan roti sardin. Diorang ma...
- krik krik ... krik krik ...
- Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasid...
-
▼
Sep 2014
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

2 comments:
as salams.....suka bw sini sebab penulisan seakan-akan membaca novel :):)
Amiizaa..ye ke? Hehe...
Post a Comment