Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? Aku terdengar suara serak-serak basah di luar. Dalam hati tertanya-tanya, dia tak nampak ke tong sampah aku kat luar tu? Baru je aku pindahkan ke luar.
Yang kat luar tu apa? tanya aku semula. Lobak merah dan beberapa tangkai kacang panjang aku cucur di bawah pili air. Pagi ni tiba-tiba terasa nak buat jemput-jemput bilis. Boleh dicicah dengan kuah kari sayur labu air yang tak habis semalam. Isi ikan cencaru yang berbaki dua ekor akan dicampur ke dalam kuah kari buat penambah perisa.
Ooo tak perasan la mama ... Aku tau Afiran bukan memandang pun ke arah dapur. Mungkin sambil melangkah dia sibuk pakai purdah atau ... apa saja la. Adik bongsu ustaz ni memang agak lawak orangnya. Sensitif dan mengada-ngada pun iya.
Aku terus rancak menyiapkan adunan untuk digoreng.
Ihhh bangau ni!
Aku rasa pelik. Mana pulak datang burung bangau? Hmm ... Afiran terus meracau kat luar dapur. Aku mula dapat tangkap apa sebenarnya yang dimaksudkan Afiran.
Bukan bangau le, langau!! sahut aku dari dalam dapur. Bangau dengan langau pun tak dapat membezakan ke ... saja je kan Afiran ni.
Ohhh langauuuu! Ihhh langau ni benci la! Pegi la langau oiii! Afiran terus membebel sendirian.
Beberapa langau hijau yang besar sudah menghurungi tong sampah aku pagi ni. Apa tidaknya, semalam mencuci ayam. Kaki ayam dan bahagian dalaman seperti hati hempedal semuanya aku buang ke dalam tong sampah. Pelajar yang nak menghafal tak sesuai diberikan makanan dari organ dalaman haiwan. Jadi setiap kali mencuci ayam, aku harus buang bahagian itu. Masa ada kucing dulu, aku rebus dan bagi kucing makan. Kini era berkucing sudah tamat. Yang ada hanya gambar kucing-kucing menjadi kenangan. Sedih pulak.
***
Aku picit loceng. Kelam-kabut sikit pagi ni. Kalau goreng cekodok, memang lambat sikit siap. Aku tak serik-serik akan hal ni. Sepatutnya aku prepare lebih awal supaya siap on time, rungutku sendiri. Jadi untuk menjimatkan masa, besarkan sedikit api tungku dapur dan tak perlu tunggu cekodok kuning emas sangat. Ia masak juga dan lembut tepungnya, sedap dicicah kari labu air campur daging ikan cencaru tu.
Zack, Syafa dan Siti Hajar memerhatikan aku menyiapkan sentuhan terakhir. Segera aku hulurkan bekas air teh o panas dan bekas berisi jemput-jemput bilis. Juga bekas kuah kari sayur labu ikan cencaru.
Eh, mama kata nak goreng nasi? tanya Syafa buat-buat terkejut melihat bekas jemput-jemput bilis yang aku hulurkan
Haah mama kata nak goreng nasi, ujar Siti Hajar mengiyakan.
Bila pulak mama cakap nak goreng nasi? Yang aku ingat ialah menerima bekas nasi malam tadi tapi tak bercakap pun pasal goreng nasi.
Malam tadi mama cakap macam tu, kata Zack, ketua pelajar yang lemah-lembut dan sangat penyabar orangnya.
Ye ke? Mana saksi?
Saksinya Syafa, Syahidah. Ermmm ...
Saksi tak cukup. Tak boleh diterima. Saksi mesti empat. Aku teringat saksi orang bernikah.
Hehe ... ada la mama ... errmm lagi ... Nurul Iman, err ...
Hahaha dah la pi balik. Jangan lupa bagi ustazah.
Tapi selepas aku selesai bersarapan bersama suami, selepas suami memuji kesedapan padanan jemput-jemput bilis dengan kuah kari, dan selepas bincang-bincang pasal nak plan lama nak buat sarapan pulut cicah sambal santan atau kuah kari ayam, aku menangkap jeritan halus dari Zack.
Arghhh akak lupa la nak bagi Ustazah S sarapan ...
Adohai ...
***
Masing-masing dah beri nama samaran untuk digunakan di dalam novel nanti. Jadi semua nama yang aku tulis ni bukanlah nama sebenar. InsyaAllah kita akan baca kisah-kisah mereka ni nanti. Macam-macam ada. Yang penting semoga jadi asbab hidayat seluruh alam.
Kadang-kadang tercuit juga hati nak tulis cerita cinta. Tetapi ... macam tak yakin je walaupun andai ia dapat dibukukan, ia mungkin ... lain dari yang lain. Macam biasa la kan ... perasan idea canggih hehe ... Paling best ialah kisah cinta terhalang mahupun cinta terlarang. Waaaaa ... amacam? Cinta monyet, cinta remaja, cinta terpisah dek darjat, itu biasa saja. Yang luar biasa, macamana yer??? Rasa bimbang juga, sebab cinta ni berkait dengan rasa. Risau juga, sebab rasa yang menjentik jiwa menjadikan ia masuk ke alam khayalan semata. Takut aku yang terbawa-bawa ... Tapi pasti ada caranya. Supaya ia menjadi jauh lebih berguna. Tengoklah macamana ... semua dengan keizinan Allah pastinya. Tak tulis pun tak mengapa kalau sedikit sahaja kemaslahatannya, besar pula kejahatannya.
Cinta luar biasa ialah cinta terpendam. Tak siapa tahu kecuali Pemberi cinta. Tak berkongsi kecuali dengan Maha Rahsia. Tiada asbab nyata melainkan hanya tahu ada rasa. Bukan pula gila. Ia datang sekali sekala. Ia pergi begitu sahaja. Tiba-tiba debaran menerpa. Ingatan pun menyapa. Rindu pun membara.
Apa-apa pun, bagi aku sudahkan RUMAH PINK DI LORONG ABU ni dulu hehehe ... InsyaAllah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Sep 2014
(35)
- Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpus...
- Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan mas...
- Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang....
- "Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tang...
- PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
- Malu sungguh. Aku azam tak akan pergi kedai itu la...
- Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, ker...
- Betapa ... Mengapa ... Ya Allah ... Pagi ini...
- mengapa aku menulis?
- "Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan se...
- "Mama, menci Kak Zack tu!" Aku pun menoleh memand...
- Seharum Doa
- Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan...
- Menulis dalam nada insaf. Rasa kurang sihat. Kur...
- Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jad...
- "Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang...
- Namanya Hasanah. Gadis yang datang dari jauh sema...
- "Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku...
- Sarapan apa hari ni? Nasi goreng ikan bilis tabur...
- Assalamualaikum. Salam pagi. Hari ni kurang sedik...
- Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda
- Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuk...
- Sudah jam 12.24AM. Baru balik dari Wisma DarulSak...
- Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? ...
- ok, mama nak mintak tolong sikit boleh? Apa dia m...
- Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menj...
- Aduhhh duh duh duh ... Rasa simpati menyerap perl...
- "Siapa khidmat hantar pada ustazah?" "Auni dan H...
- Dia pencetus gelombang roti cheese. Tiba-tiba, se...
- "MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disu...
- RUMAH PINK DI LORONG ABU
- novel sulung
- Jemput makang! Aku makan roti sardin. Diorang ma...
- krik krik ... krik krik ...
- Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasid...
-
▼
Sep 2014
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment