Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, November 26, 2014

Puisi / sajak aku tidak layak ke sayembara kerana sudah terbit dalam media blog ini.  Ia muktamad.  Belum rezeki insyaAllah lain kali.  Aku bercadang untuk membukukannya pula, wallahu'alam.

Kiriman novel sudah sampai ke tangan cikgu tersayang.  Seorang lagi guruku suatu waktu dulu, ketika aku di sekolah agama dalam usia 9 tahun.  Cikgu Zaiton Haji Khalid namanya.  Beliau baru sahaja bersara dari bidang perguruan.  Aku tidak berkesempatan bersama di dalam majlis istimewa yang direncana sebagai kejutan untuk beliau.  Cuma aku mungkin menambah sedikit lagi kejutan untuk beliau dengan novel yang tertera namaku sendiri. 

'Orang yang dimaksudkan telah jelas rupanya ...' demikian balasan cikgu di WhatsApp ketika aku menceritakan tentang suatu hari cikgu meminta murid meletakkan kedua-dua tapak tangan di atas meja untuk dilihat.  Aku dah pernah tulis tentang ini.  Apabila cikgu diam sahaja ketika melihat tapak tanganku, setelah beredar ke kawan lain di sebelah barulah cikgu menyebut, "ada yang sangat suka menulis..." lebih kurang begitu.  Sudah terlalu lama masa berlalu untuk aku ingat setiap ayat cikgu, namun inti maksudnya begitulah.  Alhamdulillah, sekiranya ia benar begitu maksud cikgu. Aameen.  Mohon doa cikgu untuk melangkah seterusnya.



Tuesday, November 18, 2014

Laut Serasa

Gagasan fikiran

Ringkas sahaja...

Kat luar hujan masih kasar, tapi dah kurang lebat berbanding waktu solat Maghrib dan Isyak tadi.  Suhu turun.  Sejuk tapi tetap kena on aircond.  Kalau tak, boleh lemas ... dalam rumah yang hanya ada dua tingkap ~ tingkap depan dan tingkap dapur.  Rumah ini stail chalet.  Lubang angin pun tak ada kecuali dalam bilik air.  Jadi kiranya kami sekarang tinggal di chalet dengan sewa $500 sahaja, kadar yang tinggi di pinggir pekan Seria.  Kalau pandai cari, boleh dapat rumah dua tingkat dengan kadar tak sampai seribu, tapi nun jauh ke kawasan BSB. Tetapi ruang yang kecil membuatkan pemantauan kepada anak-anak menjadi lebih baik nampaknya.

Tak sabar nak pindah dari sini tapi belum tiba masanya.  Dan kasihan sangat kat anak monyet kat dalam sangkar besar yang baru dipindahkan jauh kat belakang nun.  Kekadang periuk yang ditindih batu besar tu ada air, kekadang dah terlangkup kosong.  Tapi nampaknya anak monyet tu masih ada buang air kecil.  Tak kering pun dia.  Masih lincah tapi monyok, tak menyambut dengan ceria.  Macam merajuk.  Si Rina Pontianak (dia asal dari daerah situ)  punya kerja la tu.  Ntah mana dia dapat anak monyet tu, lepas tu lesap tanpa kabar berita meninggalkan 'anaknya' tu di sini.  Nasib baik Kak Lena pun dah sayang kat anak monyet tu.  Tapi semenjak projek air minuman semakin dekat nak buat ni, anak monyet tu kena la pindah jauh sikit dari ruang dapur.

Jadi, (dah lari topik ni) saya memang teringat sangat kat anak monyet tu bila hujan macam ni.  Sepatutnya dia dalam dakapan ibunya, walaupun masih kehujanan.  Tapi waktu ini saya rasa dia dah lelap dalam tempias angin laut yang teramat dingin ~ kesejukan.  Kasihannnn ... "Mama, bawak masuk dalam rumah!"  Inilah cadangan bagus yang merepek.  "Mama, kita bela je dalam rumah."  Huh, kamu nak ajar dia solat sekali?  Sengih pulak!

**

Tajuk hebat - gagasan fikiran.  Bila bersendirian tanpa gangguan, melintas atau terlintas pelbagai perkara dalam kepala.  Dan yang dirasakan hebat sampai boleh membuatkan bulu roma meremang bolehlah dipanggil gagasan.   Ia berlaku tiba-tiba, kadang-kadang waktu mandi pun boleh muncul.  Dulu-dulu, boleh dicamkan pada hari Jumaat kerap terjadi.  Tapi ia hanya tinggal di dalam kepala semata, kemudian ... lupa.

Tetapi jangan ingat ia hilang begitu sahaja.  Bila-bila kena masanya,  tiba-tiba ia muncul lagi. 


**

Sudah jam 11.52 malam.  Hujan masih turun kasar.  Semoga orang-orang yang masih enak menyedut asap rokok dan menghembuskan berkepul-kepul ke udara, dengan perasaan hebat akan berhenti merokok, paling tidak memperlahankan aktiviti merokok (sebab ramai perokok kata berhenti merokok lagi cepat mati) DAN SEDAR betapa BAHAYANYA merokok tu.  Kajian pakar Islam dan bukan Islam sudah sepakat mengatakan ia merbahaya.  Lagi tak mahu percaya ke?

 (Erggh ... memang tak boleh tulis kalau kena tinjau-tinjau gini ... )

Tindakan drastik hari ini - pulangkan semua novel yang 'terpaksa' dipinjam semata-mata nak baiki skil nak menulis novel sendiri kononnya, dan pergi rayau kat rak buku-buku ugama dan kitab-kitab.  Nasihat buat diri - jangan lalai leka baca entah apa-apa.  Ya Allah, hanya padaMu tempat berserah diri.  Selamatkan kami dari lalai dan leka.  Jangan biarkan kami terus lalai dan leka.  Selamatkan kami dari menjadi menyesal menatap kerugian diri setelah habis peluang yang ada.

Alhamdulillah ...

ketika gundah ... Allah SWT memberi ketenangan.

ketika ragu ...Allah SWT memberi keyakinan.

ketika berseorangan ... Allah SWT sebaik-baik teman.

Umpama pohon kerdil di celah tembusu rendang
tak siapa yang mampu menguak dedaun hijau
buat menghantar cahaya matahari yang terhalang
namun pohon kerdil tetap akan bernafas
payah atau mudah
kerana janji Allah sudah termeteri
bukan matahari itu yang menghantar sinarnya sendiri
tetapi Allah lah yang menyampaikannya
dengan sifat rahman dan rahimNYA

wahai sang Bidadari

Bidadari ...
ketahuilah sebaik-baik manusia ialah yang kuat beragama
segala tindakannya berpaksikan iman dan takwa
dia akan bertanya selalu kepada yang Maha Esa
segala ketetapan Illahi diterima redha.





panorama di tepi pagar, di satu pagi yang terang-benderang, ketika alam baru mula diliputi sinar matahari yang gilang-gemilang.  Aku terpanggil untuk mencuci semua alas kaki, termasuk juga alas-alas tidur budak bulu-bulu, dengan harapan panas akan berpanjangan hingga ke petang dan semua alas kaki yang tebal akan kering, dengan kuasa Allah jua.  Matahari tiada kuasa, aku tiada kuasa.  Semua itu dengan izin dan kehendak Allah semata.  Api yang sifatnya membakar panas tidak menjadi bahana kepada Nabi Ibrahim a.s atas kehendak Allah yang Maha Pengasih sebagai tanda kekuasaanNya.  Macam selalu, Muezza yang penyayang ambil masa untuk bersantai menemani aku, bersama adik-adik kesayangan.

Jom kita tengok aksi budak bulu-bulu ni.





































































Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing