Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Saturday, October 31, 2020
Selidiki ..
Monday, October 12, 2020
saya kembali
Assalamualaikum sahabat alam maya.
Tak pasti .. apakah ini entri pertama untuk 2020.
Namun saya membina azam semula dan memperbaharui niat demi niat. Semoga Allah mengizinkan saya mencatat lagi. Semoga Allah memberi pimpinan dalam tulisan saya. Semoga Allah redho apa yang saya tulis. Dan semoga tulisan-tulisan ini menjadi asbab kebaikan untuk saya dan sesiapa pun yang membacanya nanti. Aameen.
1. Tak sangka Naqib ada menjenguk ke sini. Penuh sawang. Namun dia mengutip kenangan demi kenangan dan berkongsi dengan kami di media lain. Betapa amat menyentuh hati melihat gelagat anak-anak ini di masa yang lalu. Comel, riang, rongak, comot, nakal, semua amat dirindui namun tidak akan pernah kembali.
2. Hari ini anak-anak semakin matang. Betapa berbeza mereka dengan masa lalu. Benarlah jika catatan di sini akan menjadi kenangan buat kami semua.
3. Begitu banyak peristiwa penting yang telah berlaku namun dibiarkan pergi begitu sahaja. Saya mahu mencatat semula.
In syaa Allah. Allahumma aameen.
Mohon doa kalian untuk saya.
salam hormat,
♡ Intan♡
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing
