Malu sungguh.
Aku azam tak akan pergi kedai itu lagi selepas ini. Semoga budak tak berjanggut yang jaga cashier tu memaafkan aku. Semoga Allah memberinya hidayat dan memudahkan semua urusannya dunia akhirat. Semoga doa ini dapat gantikan rasa aibnya dibuat dek aku.
Sudah tiga empat kali aku menjeling kedai ini. Terpikat melihat pisang-pisang ranum kuning emas yang banyak tergantung. Aku berangan-angan nak buat pisang goreng, tetapi sayangnya yang dijual hanyalah pisang untuk dimakan. Bukan pisang untuk digoreng. Maknanya tak sesuai untuk digoreng.
Maknanya aku masih lemah dalam mengenal jenis pisang. Mungkin itu pisang montel. Cantik ranum. Enak dimakan begitu sahaja.
Aku singgah lagi. Ramai juga pelanggan yang datang. Aku pun membuat pembayaran. Sesudah selesai, aku pun berlalu. Tak jauh dari kedai, tiba-tiba terdetik di hati nak rekod nama barang kat resit (hanya ada harga dan nombor scan) dan ketika itulah aku lihat macam ada kesilapan harga.
Aku beli sabun baju dan bayar asing sebab ia bukan barang madrasah. Belikan kiriman pelajar. Yang lain tu barang madrasah le. Untuk dibuat sarapan pagi. Tapi aku tengok sudah scan harga sabun dan tadi aku bayar lain sabun tu. Kenapa dia suruh aku bayar dua kali? Ini tak boleh jadi ni. Dah la ramai pelanggan datang kedai tu. Kesilapan mesti dicantas dan dibetulkan. Nanti banyak pulak ada penipuan harga. Macam khabar yang terjadi pasaraya-pasaraya, entah kes terpencil entah memang ada tektik untuk melariskan barangan hampir tamat tempoh. Aku tak pasti.
Hari semakin mendung tanda akan hujan sebentar lagi. Aku pun turun dari kereta. Wahh macam garang je nih!
Aku perhatikan je dia. Budak tu cool je melayan pelanggan. Ada seorang pekerja lain perhatikan aku pulak. Hairan agaknya melihat aku pegang resit pembelian.
Aku pun menyampuk memecah ketenangan apabila melihat dia macam tak perasan je aku berdiri tercegat kat tepi kaunter. "Awak scan harga sabun lepas tu awak minta duit lagi tadi." kata aku tegas dan jelas.
Tegas menegakkan kebenaranku. Budak tu, yang aku konfius bangsanya, tapi ni kedai aceh rasanya, tapi macam iras-iras Bangladesh je, pun belek resit tu. Dia tekan-tekan kalkulator. Lepas tu dia keluarkan duit yang secukupnya sesuai dengan harga sabun baju yang aku maksudkan. Aku masih tak puashati. Macam masih tak cukup je, kenapa aku berkira sangat pulak ni?
Aku tekan-tekan calculator kat hp samsung. Tadi dah kira dah, masa kat dalam kereta. Bila kat situ blur pulak. Budak tu pun sebut satu satu barang yang aku beli. Alamak!
Aku mula rasa ada yang dah tak kena dengan aku sendiri. Macamana aku boleh lupa aku ada beli santan kotak?
Budak tu kata aku beli lima kotak. Aku rasa dia pun dah blur. Aku jawab, ye ada tapi tiga kotak je.
Huhu ... lepas tu kan ... aku pun masuk balik dalam kereta. Hujan dah makin lebat. Aku dah pulangkan balik duit yang dia bagi untuk 'claim' aku tu. Dalam kereta, aku capai setiap barang dan belek harga. Kira lagi. Sebenarnya dia dah silap harga. Sekarang, aku yang sepatutnya bagi RM1 kat dia.
Betul buat aku termenung sejenak. Kalau suami aku ada, apa dia akan kata? Teringat pula ini untuk makanan yang jadi darah daging aku dan khususnya pelajar yang sedang menghafaz.
"Harga dia RM2.70" akhirnya aku turun dan siap bawak satu kaya roti tunjuk kat dia.
"Ya saya salah harga. Saya kira RM2.50." Dia senyum sumbing. "Tak mengapalah." Geleng kepala.
"Maaf ye. " Aku letak duit RM1 di depannya dan cepat-cepat berlalu.
** aku rasa sangat malu. Aku tak akan singgah lagi kat kedai tu sampai hujung tahun.
** Semoga Allah makbulkan doa untuk dia. Semoga Allah pilih dia keluar dakwah seluruh alam. Aameeen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Sep 2014
(35)
- Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpus...
- Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan mas...
- Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang....
- "Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tang...
- PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
- Malu sungguh. Aku azam tak akan pergi kedai itu la...
- Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, ker...
- Betapa ... Mengapa ... Ya Allah ... Pagi ini...
- mengapa aku menulis?
- "Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan se...
- "Mama, menci Kak Zack tu!" Aku pun menoleh memand...
- Seharum Doa
- Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan...
- Menulis dalam nada insaf. Rasa kurang sihat. Kur...
- Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jad...
- "Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang...
- Namanya Hasanah. Gadis yang datang dari jauh sema...
- "Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku...
- Sarapan apa hari ni? Nasi goreng ikan bilis tabur...
- Assalamualaikum. Salam pagi. Hari ni kurang sedik...
- Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda
- Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuk...
- Sudah jam 12.24AM. Baru balik dari Wisma DarulSak...
- Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? ...
- ok, mama nak mintak tolong sikit boleh? Apa dia m...
- Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menj...
- Aduhhh duh duh duh ... Rasa simpati menyerap perl...
- "Siapa khidmat hantar pada ustazah?" "Auni dan H...
- Dia pencetus gelombang roti cheese. Tiba-tiba, se...
- "MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disu...
- RUMAH PINK DI LORONG ABU
- novel sulung
- Jemput makang! Aku makan roti sardin. Diorang ma...
- krik krik ... krik krik ...
- Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasid...
-
▼
Sep 2014
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

2 comments:
sabar dia melayan pelanggan :)
benar amiiza ... malunya sampai hari ni masih malu. aduuhaiii ... harap2 hujung tahun ni dia dah tak ingat sangat dah pelanggan yang seorang ni :P
Post a Comment