Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menjadi asbab dia dibuli dan diremehkan kawan-kawan. Selepas menangis dan mengadu di pintu, selepas menerima panggilan telefon petang semalam, kini dia sudah ada 'rahsia' dengan aku. Ada kesempatan, dia akan mencari peluang berdua-duaan denganku dan menyambung ceritanya.
"Siapa yang buli awak? Mama sungguh-sungguh tak tau!" tanya aku hairan.
"Itu lama dulu ma ... masa baru masuk sini." Dia pun menceritakan satu dua kisah. Tetapi masih mengelak menyebut nama-nama pemangsa, namun akhirnya terlepas jua setelah aku terus mendesak perlahan-lahan.
"Dia suruh saya basuh baju dia. Time tu air kan takde. Pastu bila air dah ada ustazah suruh basuh baju. Dia suka-suka je suruh saya basuhkan baju dia. Saya kata tak nak la, basuh la sendiri, dia jawab oooo takpe takpe macam ni ke ...basuh sikit je kan."
"Kenapa dia buat macam tu?"
"Entahlah mama ..." tetapi kemudian aku dapat menangkap mesej tersembunyi. Inilah namanya akibat termakan budi. Mak yang berbudi, anak rasa besar kepala. Atau boleh juga begini; keluarga aku banyak tolong keluarga kau kan ... setakat basuhkan baju tu apa la sangat berbanding dengan ...
Itu bab dibuli. Bab diremehkan ada juga. Bila tanya sikit, si kawan tu marah-marah macam tak boleh ditanya pulak. Dia pun pelik, tak boleh tanya ke? Macam tak ada masa nak layan orang macam dia. Lepas tu tengking-tengking. Kenapa nak tengking-tengking macam tu?
Sedih aku mendengar ceritanya. Aku perhatikan wajahnya. Matanya. Bibirnya. Anak rambutnya yang terjulur keluar dari anak tudung. Comel. Adakah kerana kecomelannya yang menyebabkan dia diperlakukan begitu? Aku terus memikirkan sambil mendengar ceritanya.
***
Bukan wajah faktor utama. Tetapi sikap dan pendidikan yang diterima dari rumah menjadi asbab utama. Begitulah yang dapat aku simpulkan. Aku selalu terimbas zaman kanak-kanakku suatu waktu dulu. Wajah apapun parasnya mungkin sekadar sampingan.
"Mama rasa kamu ni manja. Kamu bongsu kan. Jarak dengan abang dan kakak 6 orang di atas kamu jauh." Abangnya yang kedua bongsu pun sudah 20an. Patut la dia nampak sangat manja dan keanak-anakan. Aku sendiri selalu keliru dengan usianya.
Sebenarnya ke mana pun dia akan pergi, selagi dia tiada jati diri, insyaAllah hal yang sama akan berulang. Melainkan kelompok baru itu pun sama kategori dengannya; manja, keanak-anakan, muda dari usia dan kurang tegas. Nikah sok, dapat suami beriman yang penyayang dan pandai membimbing isteri alhamdulillah. Andaikata jatuh ke kaki bengkeng dan solat pun tenggelam timbul, naya.
Ke situ pulak fikiran aku.
"Mama rasa kamu kurang tegas. Bila orang suruh, kamu buat je. Dah kamu pun pelupa, khidmat kamu pun kamu sangkut. So orang ada point nak kenakan kamu. Cuba kamu konstant dengan khidmat kamu. Tau apa kamu perlu buat. Biar orang lain melepak ke borak ke, janji kamu teruskan tugas kamu. Tu tanda kamu tegas. Kamu tengok Siti Hajar. Mama rasa tak ada orang berani buli dia. Yang kecik pun sama. Bandingkan Fiqah dan Armel. Fiqah pernah dibuli basuh baju. Tapi Armel pulak, orang asyik cerita kegarangan dia je hehehe ..."
Syawiena tunduk membelek jarinya. Aku pula mendongak memerhatikan tangki air hitam yang baru dinaikkan ke atas tapak besi tinggi. 'Jangan ada yang main panjat-panjat tiang besi ni sudah,' fikirku terasa lucu. Budak-budak perempuan ni boleh tahan juga lasaknya. Entah apa-apa je dibuatnya nanti.
"Saya rasa pun macam tu la mama ..."
"So ..." aku mahu menyudahkan bicara. Baju basah anak bongsu yang dihulurkannya dari dalam bilik mandi masih menitik-nitik. Aku mahu masuk memandangkan Maghrib kian menjelma. Lagi lama berdiri di luar ni, risiko terhalang masuk makin besar. "Tunjukkan sikap tegas. Kalau tugas awak, awak buat. Kalau bukan tugas awak, melainkan awak nak tolong tu lain cerita. Ok."
Saat aku menulis ini tiba-tiba terbayang buah papaya benyek. Terngiang-ngiang suara Syawiena yang lemak manja halus leweh berkata, "Ala yela yela nanti kita tolong awak la ... jangan la majuk ... yela yela kita buat la ni hek hek hek ..."
Bukan senang nak belajar jadi tegas. Tapi kalau tak nak dibuli keadaan, sama ada kita buli balik atau kita pertahankan hak kita sahaja. Aku tak usik kau, kau jangan usik aku okeh.
Perkataan TEGAS pernah masuk senarai sikap yang aku mahu berada pada diri aku sendiri. Terimbas zaman remaja yang penuh gelora.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Sep 2014
(35)
- Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpus...
- Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan mas...
- Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang....
- "Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tang...
- PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
- Malu sungguh. Aku azam tak akan pergi kedai itu la...
- Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, ker...
- Betapa ... Mengapa ... Ya Allah ... Pagi ini...
- mengapa aku menulis?
- "Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan se...
- "Mama, menci Kak Zack tu!" Aku pun menoleh memand...
- Seharum Doa
- Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan...
- Menulis dalam nada insaf. Rasa kurang sihat. Kur...
- Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jad...
- "Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang...
- Namanya Hasanah. Gadis yang datang dari jauh sema...
- "Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku...
- Sarapan apa hari ni? Nasi goreng ikan bilis tabur...
- Assalamualaikum. Salam pagi. Hari ni kurang sedik...
- Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda
- Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuk...
- Sudah jam 12.24AM. Baru balik dari Wisma DarulSak...
- Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? ...
- ok, mama nak mintak tolong sikit boleh? Apa dia m...
- Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menj...
- Aduhhh duh duh duh ... Rasa simpati menyerap perl...
- "Siapa khidmat hantar pada ustazah?" "Auni dan H...
- Dia pencetus gelombang roti cheese. Tiba-tiba, se...
- "MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disu...
- RUMAH PINK DI LORONG ABU
- novel sulung
- Jemput makang! Aku makan roti sardin. Diorang ma...
- krik krik ... krik krik ...
- Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasid...
-
▼
Sep 2014
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment