Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 26, 2020

Oh ayam

Jam 3 pagi aku keluar sorang diri menangkap ayam 5 beradik yang bertenggek di hujung lantai rumah sebelah bilik. 5 beradik anak-anak remaja Princess dengan warna bulu yang indah licin disumbat ke dalam sangkar kucing. 

Bulan yang pucat dan lampu jalan mencerahkan pandangan.

Princess memang ibu ayam yang bijak. Tengah malam ini aku melihat Princess mengeramkan 4 ekor anak keciknya di atas outdoor aircond. Pandai dia mengatur situasi untuk menyelamatkan diri dan anak-anak. 

Berdekatan sangkar kucing tadi yang berada di bawah sinar lampu jalan (dalam kawasan pagar rumah), seekor lagi ibu ayam sedang mengeramkan anak2. Ada 2 ibu lagi entah di mana.

Aku benar-benar perlukan sebuah reban yang sesuai, iaitu reban yang menempatkan ayam-ayam dewasa, ibu-ibu ayam yang bertelur dan ibu2 ayam bersama anak-anak, yang mana semua ini di bawah satu bumbung dengan partician. 

Reban sedia ada sekarang sedang ditempati oleh ayam kacuk yang hanya tinggal kurang 30 ekor. Setiap malam aku menutup reban itu tak kira dalam hujan atau tidak. Mak kata aku terlampau berani. Anak-anak selalu membantah. Suami diam saja, selagi belum terjadi apa-apa. 

Aku tetap akan tutup reban itu. Beberapa tahun ini semenjak aku memberi perhatian kepada pemeliharaan ayam sedia ada dan ditambah dengan penerimaan 100 ayam kacuk beberapa bulan lepas, aku sudah menyaksikan ayam dirobek tikus dan dibaham ular sawa. Termasuk Princess pertama yang hilang tiba-tiba dalam keadaan mengeramkan anak2nya. Sungguh hiba mendengar suara anak-anak ayam yang kehilangan ibu di pagi hari berkenaan. 

Memang sedih .. kerana ayam betina yang membesar atas kepala (aku campak jagung atas tanah tapi dia terbang bertenggek atas kepala, dibeli di pasar tani beberapa ekor, dan yang seekor ini lebih cantik dan lebih bijak dari yang lain) hilang tanpa tanda. Mak aku syak musang punya angkara, atau ada seekor haiwan lagi yang digelar 'Manggar Perahu'. 

Inilah cerita orang tua. Nenek rumah sebelah yang menyebut ungkapan ini. Wan Lang Enab. Katanya, Manggar Perahu seperti musang dan boleh melesit terbang. Aku tak pandai lagi membayangkan bagaimana rupanya dengan hanya mendengar cerita mulut. Dan haiwan ini tak ada dalam google. 

Alhamdulillah berkat Basmallah 101, ayam kacuk 100 hanya alah dengan penyakit biasa. Ada yang dijual beberapa ekor, dihadiahkan kepada beberapa orang sahabat yang memerlukan, dan untuk hidangan keluarga. Aku mahu menyediakan ayam semulajadi tanpa sebarang ubat hormon pembesar. Hanya aku tak dapat lagi makanan alternatif bagi jagung, selain 5 cawan beras hancur yang kadang-kadang aku letakkan jahe untuk antibodi. 

Jiran sebelah mencadangkan daun ketum ayam. Sebenarnya aku memerlukan ilmu tentang ayam. Bagaimana kita boleh menjaga ayam jika tiada ilmunya? 

Bermula dengan rasa belas kasihan kepada haiwan ini dan diikuti dengan keinginan mahu menyediakan hidangan yang selamat, halal dan toyyibah untuk keluarga (especially untuk Naqib), aku terjebak dengan pemeliharaan ayam-ayam ini yang ternyata membiak dengan izin Allah Yang Maha Pemurah (iaitu ayam-ayam kampung). Dan sekarang aku benar-benar perlukan sebuah reban yang kukuh, luas dan selamat. 

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Aameen.

Wednesday, November 25, 2020

Kaya Hati

Apabila meletak Yang Maha Kaya di hati, selain Yang Maha Kaya menjadi sirna.

Semoga Allah menjaga Oyen yang dikasihi walau di mana berada.

Ujian dan cabaran orang-orang terdahulu jauh lebih hebat dan menakutkan.

Namun Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan imannya.

Sememangnya Allah menjadikan dunia ini sebagai Darul Imtihan. 

Dan Allah menyiapkan tempat bersenang-senang di alam yang khusus.

Apabila sudah meletak Allah di hati, in syaa Allah kaya selalu.

Tuesday, November 24, 2020

Kaya

Kekayaan itu dari hati.

Kekayaan hati akan tersebar ke seluruh sel-sel diri.

Muncul berserakan dari hujung rambut ke hujung jari kaki.

Menghiasi zahir dan batin dengan kekayaan jiwa.

Letakkan Yang Maha Kaya di hati.

Segala yang selain Yang Maha Kaya hindarkan di hati walau satu titik.

Bergantung sepenuh jiwa kepada Dia.

Mengharap sepenuh hati kepada Dia.

Hanya Dia.

Tiada selain Dia.

Hanya Dia Yang Maha Esa.

Monday, November 23, 2020

Harap

 Hujan lebat. Teramat lebat. Dan aku cuba melelapkan mata walau malam masih teramat muda. Ini di luar kebiasaanku. Rutin diketepikan sebentar.

Suara hujan menenggelamkan aku dalam lena terpaksa. Bersama janji pada diri, aku harus bangun lagi untuk menyelesaikan beberapa perkara rutin yang sepatutnya sudah selesai tadi.

Satu dua perkara berlaku hari ini. Jika dulu, aku akan segera terkesan. Hari ini, alhamdulillah, kolam emosi terus tenang. Hanya riak-riak halus bermain di permukaan yang kemudian kembali tenang tanpa ada nada mengganggu.

Kunjungan tetamu semalam kembali muncul dalam ingatan. Ada sesuatu yang sangat menjentik perasaan. 

Ya Allah, kumohon pimpinan dan petunjukMu. Agar kehidupan ini sentiasa dalam redha dan kasih sayangMu. 

Aku menasihati diri. Meminta pada Dia, mintalah dengan bersungguh-sungguh. Hadirkan niat yang suci. Sesiapa yang terus mengetuk pintu itu pasti akan dibuka pintu untuknya. 

Pasti ada beza antara orang yang mengharap sepenuh hati dan orang yang meminta dengan hati lalai. 

Usah mencuba-cuba. Jangan try and error. Itu biadab namanya.

Lakukan segera. Bersimpuh di hadapan pintuNya. Menyeru namaNya dengan penuh hiba, merintih dan meminta-minta. Kerana engkau hamba yang hina. Sedangkan Dia Khaliq yang Maha Agung Maha Mulia. Dan engkau sedang mengetuk pintu Tuanmu yang Maha Mengasihani lebih dari sesiapa yang mengasihi.

Jangan menduga-duga begitu begini.

Hamparkan segala hajatmu. 

Dia pasti akan meraikanmu kerana Dia malu engkau berundur dengan tangan kosong.

Teruslah mengetuk pintuNya!

Ayuh kita bersama.

Sunday, November 22, 2020

Kesal

 بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على سيدنا محمد

Menyesal dahulu pendapatan; menyesal kemudian tiada berguna.

Bermakna sebelum melakukan sesuatu perkara atau membuat satu-satu keputusan / tindakan, afdol kita berfikir semasak-masaknya. Melakukan solat hajat, solat istikharah, memohon pimpinan Allah.

Sentiasa berdampingan dan mendekatkan diri dengan Allah supaya sentiasa dalam petunjuk dan perhatianNya.

Bukan sesekali atau apabila ada keperluan, baru nk mencari Allah.

Bukan apabila dalam kesusahan musibah, baru nak cari masa untuk mengadu merintih kepada Allah.

Jangan tunggu susah baru nak bermanja-manja dengan Allah.

Bermanja-manjalah sepanjang masa. 

Tindakan dan keputusan terburu-buru yang tidak disandarkan kepada Allah, tidak berlandaskan iman dan ilmu, pasti membawa akibat yang tidak baik di masa akan datang. 

Namun waktu itu sudah terlambat kerana masa yang berlalu tidak mungkin akan kembali.

Terima sahaja akibat-akibat yang berlaku. 

Teruskan istighfar, solawat dan mendekatkan diri dengan Allah.

Yang memberi kesan bukan makhluk tetapi Allah. Semoga dengan belas ihsan dan kasih sayang Allah, perkara-perkara buruk bertukar kepada kebaikan dan mendatangkan keredhaanNya.

Sentiasa husnul zon kepada Allah.



Monday, November 2, 2020

 بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على سيدنا محمد

الحمدالله

Segala puji bagi Allah.

Dijamin rezeki itu dengan beberapa perkara, antaranya dengan solawat, khidmat ibu bapa, sedekah, taqwa, pernikahan dan istighfar.

Rezeki zahir usah dirisaukan kerana rezeki ini sudah dijamin Allah.

Rezeki batin perlu diusahakan kerana rezeki ini menjadikan barokah kepada rezeki zahir.

Amalan di pagi hari membawa kepada cepat dan mudahnya tercapai rezeki zahir.

Amalan selepas Asar membawa kepada keberkatan rezeki batin seseorang. 

Tbc ..


Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing