Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasidah menerima sarapan nasi goreng tomyam. Selesai urusan makanan pelajar, aku pun nak merapu di sini.
Baru je melabuhkan punggung di depan laptop, telefon Samsung berbunyi. Sapa pulak pagi-pagi dah menalipon aku ni? Nombor tiada dalam simpanan.
"Hello, assalamualaikum."
Suara garau menjawab. "Incik Hasmeon ada tak? Abah ada?"
Cehh ... memang perkara biasa dah. Bila aku jawab telefon, diorang mesti tanya abah aku. Abah kat kampung, time ni tengah sibuk keluarkan peluh menyiram pokok bunga dia yang rimbun berwarna-warni tu. Sorang lagi time ni rasa-rasa aku tengah ngeteh kat kedai, sebab sekarang ni dia dah stop menoreh. Pet dia pun dah dijual, tu yang dapat topup duit gi umrah tempohari agaknya. Sebenarnya abah mertua aku ni dah uzur tapi berlagak or perasan masih gagah hehe ... Bila tak sihat je, anak-anak suruh stop main pet dan stop jadi cikgu. So dengan sedihnya dia jual lembu kambing dan sekarang kandang lembu kambing tu kosong jadi kenangan abah, kalau ada sesapa nak cari rumah sewa boleh la ajukan kat aku je. FOC. Sori offer melampau.
Abah lagi dua orang insyaAllah sedang berehat dibawah limpahan rahmat keampunan kasih sayang Allah di alam barzah, aameeen.
"Ada. Sapa ni?" Musykil, cari laki tapi call bini.
"Haji dot dot. Dia ada?"
"Sekejap." Jawab aku tegas je. Garang je.
Aku serahkan telefon kat suami yang tengah santai atas katil. "Haji dot dot," kata aku sambil baring sebelah suami. Tangan aku lantas membelai-belai janggut perang hitamnya sambil pasang telinga. Apa urusan Haji dot dot? Tak pernah telefon melainkan masa nak mulakan operasi RUMAH PINK pertengahan tahun lepas ...
Seterusnya, sensored.
Biasa macam tu la ... kalau perempuan yang pertama kali call pun macam tu. "Mak ada? Nak cakap dengan mak." Tanya mak aku pulok. Mak yang mana satu?
"Saya le maknya ni ..."
"Eh eh ingatkan anak daranya kah kah kah ..." gelak kantoi.
Yeler, nak buat macamana. Sebab tu aku kena jadi garang selalu. Jangan bagi air liur meleleh. Sudah anugerah Allah begini, pakej awet muda. Suara pun muda keh keh keh ... Mesti sentiasa bersyukur, dan Allah tambahkan lagi nikmatNya. Alhamdulillah. Sila usah jelez or rasa nak muntah. Tapi sila jeles maut kalau aku baca quran atau infaq semua harta aku di jalan Allah. Nak muntah? Datang depan aku senang aku tadahkan bekas. Muntah dari jauh, tak berbaloi. Aku tak nampak dan tak tau betapa teruknya rasa nak muntah tu hahaha ...
Err ni nombor tepon aku ~ 019-4388798 tapi eloklah usah telefon.
Ok,sebenarnya nak cerita lain tapi temberang lain pulak yang keluar.
#semuahanyatemberangsematausahpercaya
Yang benar dari Allah
Yang baik dari Allah
selain itu kesilapan dan kelemahan aku jua.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Sep 2014
(35)
- Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpus...
- Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan mas...
- Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang....
- "Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tang...
- PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
- Malu sungguh. Aku azam tak akan pergi kedai itu la...
- Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, ker...
- Betapa ... Mengapa ... Ya Allah ... Pagi ini...
- mengapa aku menulis?
- "Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan se...
- "Mama, menci Kak Zack tu!" Aku pun menoleh memand...
- Seharum Doa
- Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan...
- Menulis dalam nada insaf. Rasa kurang sihat. Kur...
- Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jad...
- "Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang...
- Namanya Hasanah. Gadis yang datang dari jauh sema...
- "Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku...
- Sarapan apa hari ni? Nasi goreng ikan bilis tabur...
- Assalamualaikum. Salam pagi. Hari ni kurang sedik...
- Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda
- Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuk...
- Sudah jam 12.24AM. Baru balik dari Wisma DarulSak...
- Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? ...
- ok, mama nak mintak tolong sikit boleh? Apa dia m...
- Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menj...
- Aduhhh duh duh duh ... Rasa simpati menyerap perl...
- "Siapa khidmat hantar pada ustazah?" "Auni dan H...
- Dia pencetus gelombang roti cheese. Tiba-tiba, se...
- "MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disu...
- RUMAH PINK DI LORONG ABU
- novel sulung
- Jemput makang! Aku makan roti sardin. Diorang ma...
- krik krik ... krik krik ...
- Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasid...
-
▼
Sep 2014
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment