"Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku tutup tingkap atas rapat.
"Alaa mamaaaa ..." tak makan saman ...
Tadi, semuanya ok. Hati aku sempat berbisik, seronok hari ni. Seronok dan sayang pada mereka. Tadi, suami yang mahu berangkat tiba-tiba mengetuk pintu mengabarkan tukang ukur dah datang. Mereka akan buat pengukuran di tanah lapang sebelah rumah pink.
"Diorang masuk dalam tak?" tanya aku, terfikir sesuatu. Ruang tengah antara rumah pink dan dapur pun termasuk dalam plan untuk pengubahsuaian.
"Hmm mungkin. Kalau masuk kang abang pesan suruh ketuk pintu."
Okay. Aku picit loceng sedikit. Kring!
Zahra berlari-lari anak datang mendapatkan aku yang menunggu di tingkap. Tiba-tiba Firah pun datang, eh Syahidah juga mahu mendengar. Hmm si gebu itu pun mahu tumpang semangkuk, Ika berlari lemah-gemalai sambil tersengih riang.
"Mama, saya yang datang dulu mama..." mata Zahra bulat memandang aku. Mengharap ada rahsia baru antara aku dan dia sahaja.
"Okay," aku merenung anak matanya. "Yang lain pasang telinga saja ea ... Nanti ada orang datang nak ukur tanah ikut pelan tu ..." aku ulang balik apa yang dikhabarkan suami sebentar tadi. "SO ... STANDBY!" aku beri isyarat dengan jari telunjuk dari kanan ke kiri wajahku. Maknanya bersedialah dengan niqob masing-masing sekiranya perlu.
"YESS STANDBY!!!" sahut Zahra, Firah, Syahidah dan Ika serentak. Mereka berpusing ke arah rumah pink sambil tergelak-gelak. Riang sungguh la ... riang diserapi perasaan seronok membayangkan bangunan baru asrama pelajar yang bakal dibina barangkali. Hai mujahidah!
Aku pun diserapi rasa seronok. Rasa sayang. Rasa ngam. Rasa happy. Tetapi ...
Tak lama kemudian, ketika aku semakin kelam-kabut dengan tumisan sambal tumis ikan sardin dan gorengan telur dadar di dua kuali bersebelahan, terdengar suara di luar.
"Mama ... nak ambik air." Itu suara Siti Hajar. Pelajar yang paling ngam dengan aku sejak awal lagi sehingga ada yang cemburu. Biasa la tu ...
Aku buka tingkap. Nah tu dia. Dua-dua tong air berada di depanku. Tiba-tiba sirna semua rasa indah dan best tadi. Rasa seronok dan happy. Mungkin rasa sayang masih ada di sana, ia tak mudah datang dan tak mudah pergi. Ok biarkan dulu rasa sayang di situ.
"Kenapa dua-dua kat sini? Siapa khidmat air semalam? Kan mama dah pesan, satu letak atas satu letak bawah. Tong ni tak transparent, semua main tekan je bila nak air. Dah tu bila tekan tak de air bukan nak bagitahu pun. Diam je. Sebab itu bukan tugas dia. Tugas orang khidmat air. Sudahnya dua-dua dah kosong baru nak datang ambik air. Mama pun kadang-kadang lupa. Kita ni manusia mudah lupa. Semalam mama pesan macamana? Semalam mama keluar kan, sebab tu mama bagi dua-dua tong. Tapi mama dah pesan kan. Kamu Zack, ada kat tingkap semalam masa mama pesan."
Siti Hajar berlalu pergi. Bukan tugas dia tetapi sejak awal lagi dia sangat rajin khidmat ambil air minuman. Setelah jadual khidmat disediakan, dia juga ambil kesempatan apabila orang berkenaan alpa atau lupa. Aku tidak memperdulikan dia sebab fokus membebel. Serius. Zack pun serius mendengar tetapi wajahnya masih lembut. Adiknya datang, yang khidmat air minggu ini. Danisyah seperti selalu mengaku tak tahu apa-apa. Aku menarik nafas. Jadual sudah disediakan masih tak ambil tahu, dan mengaku tak tahu apa-apa. Sikap klise orang yang nak menyelamatkan diri dari kesalahan. Aku terpaksa melakukan sesuatu sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan sampai bila-bila.
Aku mendekati Danisyah. Aku pegang bahunya dan tangan kananku meraba pinggang Danisyah. Aku kutil di situ. Sekadar memberi rasa tersentak dan sakit namun insyaAllah tidak berbekas. Hanya mungkin berbekas di hati. Aku tak sampai hati nak cubit semut api yang memberi kesan lebam biru. Masih cubit-cubit sayang haha .... Danisyah diam sahaja. Aku masuk dan tutup tingkap. Baru je nak kembali bertugas, suara Syafa memanggil aku kedengaran.
Aku keluar semula dan mendekati Syafa. Tanpa berkata apa-apa, aku lakukan perkara yang sama terhadap Danisyah tadi ke pinggang Syafa. "Semalam mama pesan apa?"
Syafa tercengang-cengang, agaknya cuba mengingati semula pesanan aku semalam. Dialah yang mengambil tong air kedua tengahari semalam. Akhirnya dia faham. Begitulah ...
***
Syirah, penolong ketua pelajar, berdiri di muka pintu. "Mama, nak khidmat taam tolong tak?"
"Tak perlu." Walhal aku agak kelam-kabut tetapi masih ada keyakinan akan selesai dalam sekejap masa. Masa untuk sarapan semakin hampir. Ah, mengapa aku selalu cool dan kemudian kelam-kabut. Tetapi ... tetapi ... ada nikmatnya. Thrill! It s enjoyable actually! Fokus dan siap! Haha ....
"Mama janganlah bad mood." Syirah yang banyak berkongsi rahsia hati dengan aku bercakap selamba. Ah, sebenarnya rahsia Syirah sudah menjadi rahsia umum sejak awal-awal lagi. Kategori personaliti ekstorvert, cepat membongkar perasaannya dan selalu berinisiatif. Anak bongsu yang perasa.
Kemudian, di tingkap rumah pink, Zahra menjerit halus, "Mama, jangan la bad mood mama ... haha ..." Aku yang sedang mengambil dua tong air kosong di depan pintu buat muka serius.
"Kejam! Kejam!" tedengar pula suara Sofia dari tingkap dapur.
Aku lantas berdiri tegak, "Sapa yang kejam???" Tetapi Sofia yang besar tinggi tetapi bersuar halus telah berlalu tanpa perasan aku bertanya begitu. Firah yang berkumur-kumur di singki dapur berdekatan tingkap itu angkat bahu, "Tak tau!"
Akukah yang kejam sebab membiarkan tong air kosong itu tergeletak sepi semenjak dihantar Siti Hajar tadi??? Arghh perdulikan! Aku faham, Sofia anak kawan baik suamiku itu memang pandai bergurau seperti ibu dan ayahnya juga.
Kini, mereka seperti menyimpan rahsia aku di dalam poket. Aku marah, mereka mengalah. Sebentar lagi suasana hangat akan kembali normal dan rancak semula. Hai mujahidah! Menyimpan amarah dendam is not my style, apatah lagi kepada kamu semua. Musim merajuk naik ke pucuk kelapa dan membawa diri ke pulau tunggal yang sepi sudah berlalu. Merapu melepaskan perasaan di LINE, hanya Z.A yang tahu agaknya haha ... Namun surat-surat pujukan dan meminta kemaafan masih aku simpan, special tu.
Rasa sayang selalu aku fikir-fikirkan. Sayang hendak meninggalkan mereka. Sayang kenangan bersama mereka. Sayang setiap saat dengan kerenah dan keletah mereka. Tetapi suatu hari tidak lama lagi, aku harus mengundur diri. Semoga insan pilihan Allah yang datang mengalas tugas luar biasa istimewa ini adalah seseorang yang jauh lebih baik dan lebih prihatin. Lebih pandai masak dan akan menyayangi mereka lebih dari aku.
Namun, biarlah aku tetap menjadi kenangan paling indah dan manis buat mereka sampai bila-bila ... dengan segala kerenah aku terhadap mereka pula.
Hai mujahidah!
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Sep 2014
(35)
- Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpus...
- Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan mas...
- Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang....
- "Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tang...
- PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
- Malu sungguh. Aku azam tak akan pergi kedai itu la...
- Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, ker...
- Betapa ... Mengapa ... Ya Allah ... Pagi ini...
- mengapa aku menulis?
- "Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan se...
- "Mama, menci Kak Zack tu!" Aku pun menoleh memand...
- Seharum Doa
- Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan...
- Menulis dalam nada insaf. Rasa kurang sihat. Kur...
- Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jad...
- "Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang...
- Namanya Hasanah. Gadis yang datang dari jauh sema...
- "Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku...
- Sarapan apa hari ni? Nasi goreng ikan bilis tabur...
- Assalamualaikum. Salam pagi. Hari ni kurang sedik...
- Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda
- Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuk...
- Sudah jam 12.24AM. Baru balik dari Wisma DarulSak...
- Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? ...
- ok, mama nak mintak tolong sikit boleh? Apa dia m...
- Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menj...
- Aduhhh duh duh duh ... Rasa simpati menyerap perl...
- "Siapa khidmat hantar pada ustazah?" "Auni dan H...
- Dia pencetus gelombang roti cheese. Tiba-tiba, se...
- "MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disu...
- RUMAH PINK DI LORONG ABU
- novel sulung
- Jemput makang! Aku makan roti sardin. Diorang ma...
- krik krik ... krik krik ...
- Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasid...
-
▼
Sep 2014
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment