Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, July 6, 2015

Ikhwanku

Pada suatu hari terjadi percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq.  Nampaknya sangat mendalam dirinya terbabit di dalam pembicaraan itu.  Sahabat-sahabat yang lain pun ikut hairan.

"Wahai Abu Bakar, alangkah rindunya aku hendak bertemu dengan ikhwan-ikhwanku (saudara)," kata Rasulullah SAW menerangkan.

"Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-temanmu?" tanya Abu Bakar.

"Bukan!" Jawab Nabi SAW.  "Kamu ini hanyalah sahabat-sahabatku," demikian selanjutnya Rasulullah SAW menerangkan.

Keterangan Rasulullah SAW ini sungguh menghairankan Sayidina Abu Bakar ra juga sahabat-sahabat yang lain.  Apa bezanya antara sahabat dan ikhwan, tetapi siapa yang dimaksudkan Rasulullah SAW dengan ikhwan baginda belum jelas bagi mereka.  Masing-masing ingin tahu perbezaannya.  Malah ini merupakan soal baru bagi mereka kerana selama ini belum pernah mereka dengar.

Nabi SAW pun memahami keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar ra dan para sahabat lainnya.  Sebab itu segera pula baginda menghuraikan agar hati mereka senang.

"Ikhwan-ikhwanku,"  demikian Nabi SAW menegaskan, "ialah mereka yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dengan aku dan mencintaiku.  Sampai aku lebih mereka cintai dari anak dan orang tua mereka."

"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan Tuan?"  tanya sahabat-sahabat lagi.

"Bukan, kamu adalah sahabat-sahabatku,"  jawab Nabi SAW menegaskan.  "Wahai Abu Bakar!  Adakah engkau tidak akan cinta kepada ikhwanku itu, mereka mencintai engkau pula kerana kecintaan aku pada engkau."  Demikian Rasulullah SAW menujukan kata kepada Abu Bakar ra kembali.

Dalam waktu yang lain pernah baginda membicarakan pula dengan para sahabat tentang kemurnian iman ikhwan sehingga sahabat pun hairan mendengarnya.  Apalagi baginda menyanjung iman ikhwan dengan istilah yang menyebabkan para sahabat tambah hairan.

"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya,"  demikian Nabi SAW bertanya kepada para sahabat.

"Malaikat," jawab mereka.

"Bagiamana malaikat tidak akan beriman kepada Allah sedangkan mereka dekat sekali dengan Allah," jawab Rasulullah SAW.

"Para Nabi,"   jawab mereka lagi.

"Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka,"  jawab Nabi SAW membantah pendapat mereka.

"Kami!" jawab sahabat lagi.

"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu,"  jawab Nabi SAW.

Dapatlah dibayangkan betapa hairannya para sahabat mendengar bantahan Nabi SAW walau sebenarnya bantahan itu cukup dapat difahami.  Nabi SAW pun memahami pula betapa mereka sudah ingin mengetahu siapakah makhluk ini yang paling ajaib imannya.

"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku.  Mereka hanya membaca al-Quran, kemudian beriman dengan semua isinya."

Golongan yang tidak pernah berjumpa Nabi SAW tetapi beriman kepada Allah dan Rasul.  Mereka hanya membaca al-Quran tetapi tidak pernah melihat mukjizat Rasulullah SAW.  Inilah mereka yang mempunyai iman yang ajaib.  Mereka adalah orang yang hidup sepeninggalan Rasulullah SAW.

Malah Rasulullah SAW pernah menegaskan lagi kemurnian iman ikhwan dengan sabda baginda yang terkenal; "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa aku dan beriman dengan aku.  Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."

Demikianlah Rasulullah SAW mencintai sahabat yang selalu dapat berjumpa dengan baginda dan ikhwan yang memiliki iman yang ajaib tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing