Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuka epal, sesudu madu Tualang special (katanya) dan sesudu pati delima. Telinga menangkap suara ketua pelajar memberi arahan kepada anak-anak buah supaya masuk saf segera. Azan baru sahaja selesai berkumandang. Aku ... uzur syar'ie.
Semasa menghulurkan air kopi panas campur susu cair pagi ni, aku diberitahu Zack, malam tadi mereka tidur sebelum jam 10. Wahhhhh!!! Hampir sejam awal tu! Luar biasa perubahan drastik dibuat dek isteri Maulana yang cun tu. Hehehe ...
Semuanya cepat siap malam tadi. Menurut Zack, ustazah N suruh tidur awal supaya dapat bangun awal untuk solat Hifzi pagi ini. Setiap malam Jumaat mereka melakukan solat untuk menguatkan ingatan hafalan ini, semenjak disarankan oleh Ustazah F dulu. Bacaan surahnya ialah surah Yassin, Ad Dukhan, As Sajdah dan Al Mulk. Solat ini ambil masa dalam setengah jam sahaja, dimasukkan dalam agenda qiamullail.
Hebat pelajar madrasah aku ni. Semua bangun menunaikan solat Hifzi berjemaah. Madrasah anak-anak yang lain, kata mereka tidak istiqomah pun, means sapa nak buat buatlah. Tak nak buat tiada paksaan. Maka aku pun memaksakan ke atas anak-anakku yang lain tu, yang berdua lagi yang menghafaz juga. Hmm tak tau la buat ke tak, dah lama terlupa nak bertanyakan hal ni. InsyaAllah nanti aku tanyakan.
Beberapa ketika semenjak kebelakangan ini, ada rasa sedikit kehilangan. Salah sendiri juga sebenarnya. Aku beralasan sibuk. Sibuk dengan rutin harian. Dan aku telah berazam mengurangkan semaksima mungkin aktiviti berWhatsApp dan yang sekutu dengannya. Tetapi semenjak novel sulung siap dicetak dan akan masuk pasaran ni, aku tak dapat lari dari promosi di fesbuk. Ia sekadar usaha zahir. Selebihnya doa, semoga Allah izin habis terjual 1000 unit pertama ni dan diulangcetak berkali-kali. Besar cita-cita den kan! Tinggi melangit harapan di jiwa. Tajuk dah best dah. Aku suka benar tajuk yang diberi ni. Cerita sederhana je tapi cuba baca nanti gaya bahasa den. So cuba dapatkan kat kedai buku ye. Nanti aku khabarkan perkembangan selanjutnya.
Rasa agak kehilangan. Merapu di LINE dapat aku tinggalkan, juga WeChat yang entah apa-apa. Tetapi seorang kawan special di WhatsApp tu ... hmm ... sudah ada jarak antara kita. Ke aku je yang perasan dan buruk sangka.
Hampir setiap hari, setiap kali aku terpandangkan container tutup hijau yang pernah berisi rempeyek rangup sedap tu, hati bertanya, 'bila aku nak pulangkan bekas ni dengan isi yang lain pula?'. Tidak sama keadaannya dengan biskut pelangi dan maruku sedap yang masih tidak berusik, entah bila dapat aku sampaikan kepada orang yang berhajatkan ia. Rasa-rasanya aku jugak yang akan membedal biskut raya dan maruku tu sebelum ia expired, on behalf.
Touching pulak pagi-pagi ni kan.
***
Dunia ini sengaja dijadikan Allah begini. Ia memang diciptakan begini. Kehidupan yang dipersiapkan untuk menguji. Apa yang diuji? Teguhkah keyakinan pada janji Allah? Pastikah ada kehidupan yang kekal di sana? Benarkah percaya?
Selain rasa sakit dan kecewa, sedih duka, hampa derita, ada alat yang disediakanNya untuk menyalurkan racun yang berkumpul di dada. Airmata. Allah siapkan titisan air yang jernih berkilau, untuk menitis laju membawa bersamanya segala toksin yang tersimpan dalam jiwa. Apabila ia mengalir menuruni pipi, jatuh ke riba, wajah menjadi muram, mata hilang cahaya, seri menjadi pudar, namun di hujung tangisan ada kelegaan.
Maka, menangislah. Rasakan aliran airmatamu mengalir di kulit wajah. Biarkan ia jatuh dari dagu runcingmu, setitis demi setitis, bagai mutiara yang putus dari talinya. Biarlah begitu. Tidak ada kehinaan pada tangisan. Dan serulah nama Tuhanmu yang Maha Melihat keadaan dirimu. Dia Maha Mengetahui segala yang terdetik di seluruh jiwamu. Tiada rahsia antara kau dan Penciptamu, yang Maha Halus. Telah lama tersingkap segala parut halus dan luka parah berdarah yang terlakar di sanubarimu.
Menangislah, kerana ia tanda jiwamu masih lembut dan tulus.
Tak mahu menangis?
Boleh juga. Tapi redhoilah segala yang terjadi. Engkau redho, Allah pun redho. Engkau sabar, Allah jua yang memberi kekuatan untuk bersabar. Tiada daya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah semata.
Semuanya pelajaran dan pengajaran. Takdir tidak pernah sama, seperti berbezanya urat halus di hujung jari. Kekuatan juga berbeza. Semua adalah pelajaran dan pengajaran dalam perjalanan madrasah kehidupan. Natijahnya akan engkau sedar ketika di sana nanti. Ketika Dia ajukan pertanyaan mengapa demikian dan demikian. Apa yang telah engkau lakukan dan apa yang engkau persiapkan. Dan sama-sama kita lihat ke mana tempat akhir untuk didiami.
Buat sementara, bersabarlah. Kerana Dia sentiasa bersama, tidak pernah meninggalkan. Hanya kita kerap terlupakanNya. Itulah kesedihan sebenar.
Melupakan yang Maha Mencintai dan mencari cinta yang tidak pasti.
Menangis dan bersabar. Bersabar dan tidak menangis. Mana-mana pun ok. Tetap kena bersabar hehe ...
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Sep 2014
(35)
- Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpus...
- Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan mas...
- Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang....
- "Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tang...
- PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
- Malu sungguh. Aku azam tak akan pergi kedai itu la...
- Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, ker...
- Betapa ... Mengapa ... Ya Allah ... Pagi ini...
- mengapa aku menulis?
- "Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan se...
- "Mama, menci Kak Zack tu!" Aku pun menoleh memand...
- Seharum Doa
- Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan...
- Menulis dalam nada insaf. Rasa kurang sihat. Kur...
- Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jad...
- "Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang...
- Namanya Hasanah. Gadis yang datang dari jauh sema...
- "Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku...
- Sarapan apa hari ni? Nasi goreng ikan bilis tabur...
- Assalamualaikum. Salam pagi. Hari ni kurang sedik...
- Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda
- Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuk...
- Sudah jam 12.24AM. Baru balik dari Wisma DarulSak...
- Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? ...
- ok, mama nak mintak tolong sikit boleh? Apa dia m...
- Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menj...
- Aduhhh duh duh duh ... Rasa simpati menyerap perl...
- "Siapa khidmat hantar pada ustazah?" "Auni dan H...
- Dia pencetus gelombang roti cheese. Tiba-tiba, se...
- "MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disu...
- RUMAH PINK DI LORONG ABU
- novel sulung
- Jemput makang! Aku makan roti sardin. Diorang ma...
- krik krik ... krik krik ...
- Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasid...
-
▼
Sep 2014
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment