Aku sudah menggunakannya, maka barulah boleh buat promosi. Promosi ini pula bukanlah untuk diri aku sendiri, macam promosi novel sulung aku SEHARUM DOA BONDA tu. Promosi ini untuk memanjangkan kebaikan kepada kaum sejenis.
Snowdrop. Ia menjual CLOTH PAD yang bukan sahaja selesa digunakan, kemas buatannya dan cantik. Kain yang digunakan lembut dan senang dihilangkan kekotoran padanya.
Apa dia CLOTH PAD? Senang cakap, pad kain.
Kalau dulu-dulu, orang perempuan koyakkan kain batik lusuh yang dah tak nak dipakai tu, lipat lipat dan guna untuk menampung darah haid. Lepas tu barulah ada dijual pad pakai buang. Pad pakai buang ini dibuat dari bahan terbuang yang dikitar semula, seperti suratkhabar dan kotak-kotak. Ia diproses dan warna dilunturkan sehingga jadi putih bersih. Tetapi sebenarnya, ia tetap bahan terbuang yang tidak sihat untuk digunakan.
Dua tahun lepas aku sempat jadi dealer pad mahal yang dibuat dari bahan bersih, bukan bahan terbuang. Habis dijual dan habis menggunakannya, lepas tu tak sambung beli pakai. Kenapa ye? Mahal kot. Lepas tu nak repeat order dengan orang lelaki yang menjualnya pulak. Dah banyak kali jadi dealer bermacam jenis pemakanan sihat dan barangan, aku jadi lemah nak buat tempahan macam ni. Dengan kata lain, aku sudah meninggalkan zaman beli barang kat dealer direct selling atau yang sekufu dengannya.
Baru-baru ni tergerak hati nak cari cloth pad. Beberapa ketika sebelum tu, aku baca isu pad pakai buang akan disabotaj oleh pihak tertentu dengan meletakkan virus AIDS dan sejenis dengannya yang apabila digunakan oleh wanita, akan menyebabkan jangkitan. Target mereka khusus kepada wanita Islam. Biasa la, mana ada yang setuju dengan Islam dan penganutnya. Ada je yang nak dibuat nak bagi cantas ugama Allah ni. Hampeh.
Kebetulan ada ustazah yang menjualnya di madrasah puteri aku, tapi kurang mendapat sambutan. Aku pun deal untuk try jual di sini. Alhamdulillah ada sambutan jugak. Lepas tu aku search kat internet dan bertemu dengan brand Snowdrop ni.
Try search, insyaAllah akan jumpa. Boleh whats app, dan ada page kat fb.
Jadi, demi kebaikan bersama kita orang perempuan ni, aku dengan serius mencadangkan penggunaan CLOTH PAD sebagai alternatif kepada pad pakai buang. Ia mahal sedikit tetapi berbaloi untuk KESIHATAN ANDA.
Nak tau lebih lanjut, silalah layari web berkenaan. Ada beberapa jenis mengikut saiz dan aliran haid.
Orang lelaki pun elok concern bab ni. Sayangi isteri dan anak perempuan anda. Hadiahkan mereka CLOTH PAD sebagai tanda kasih sayang. Tak ada salahnya pun. Jangan kedekut sangat ok!
* ada orang kata cerita SEHARUM DOA BONDA telah membuatkan airmatanya bergenang. Ye, aku faham. Semasa menguliti manuskrip ini dengan sifu, beliau sudah mengelap airmatanya sendiri. Bukan tujuan aku sengaja nak orang cry, ia hanya sebuah kisah yang berlaku dan telah berlalu. Aku tak nangis sebab aku kuat jiwa bab ni insyaAllah. Tak percaya? Doesn't matter mehhh ... haha.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Sep 2014
(35)
- Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpus...
- Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan mas...
- Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang....
- "Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tang...
- PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
- Malu sungguh. Aku azam tak akan pergi kedai itu la...
- Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, ker...
- Betapa ... Mengapa ... Ya Allah ... Pagi ini...
- mengapa aku menulis?
- "Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan se...
- "Mama, menci Kak Zack tu!" Aku pun menoleh memand...
- Seharum Doa
- Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan...
- Menulis dalam nada insaf. Rasa kurang sihat. Kur...
- Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jad...
- "Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang...
- Namanya Hasanah. Gadis yang datang dari jauh sema...
- "Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku...
- Sarapan apa hari ni? Nasi goreng ikan bilis tabur...
- Assalamualaikum. Salam pagi. Hari ni kurang sedik...
- Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda
- Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuk...
- Sudah jam 12.24AM. Baru balik dari Wisma DarulSak...
- Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa? ...
- ok, mama nak mintak tolong sikit boleh? Apa dia m...
- Aku semakin jelas. Ada sesuatu yang aku rasa menj...
- Aduhhh duh duh duh ... Rasa simpati menyerap perl...
- "Siapa khidmat hantar pada ustazah?" "Auni dan H...
- Dia pencetus gelombang roti cheese. Tiba-tiba, se...
- "MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disu...
- RUMAH PINK DI LORONG ABU
- novel sulung
- Jemput makang! Aku makan roti sardin. Diorang ma...
- krik krik ... krik krik ...
- Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasid...
-
▼
Sep 2014
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment