Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Tuesday, February 12, 2019
Aku dibesarkan di pekan Jementah. Hanya pada cuti sekolah, aku dihantar pulang ke kampung. Biasanya mak bawa naik bas. Aku sudah merasakan beza yang besar apabila bas melepasi sempadan Gemas - Bahau. Wanita-wanita berkebaya labuh dan dialek yang bertukar serta-merta sangat menyenangkan hatiku. Maknanya sebentar lagi aku akan sampai ke kampung! Ada uwan dan onyang yang tersenyum lebar melihat aku. Ada atuk alang yang suka mengusik aku. Kadang-kadang aku ditempatkan di Batu Kikir. Di sana lain pula keistimewaannya. Semasa remaja dan sedang bercinta, aku selalu menyendiri di loteng. Mendongak memandang langit. Terkelip-kelip melihat pucuk-pucuk kayu menghijau. Bunyi daun-daun dipuput bayu. Di belakang rumah bunyi buluh-buluh merekah dalam bahang panas matahari. Aku berkata pada diri, tak mungkin aku hidup dalam suasana sepi begini. Itu dulu. Sekitar 30 tahun lampau. Daun-daun kering masih berterbangan ditiup angin. Kawasan sawah padi yang dikerjakan onyang sudah semak dan menjadi sarang ular. Perigi dengan air biru yang dingin sudah kering. Kebun-kebun getah tempat uwan menoreh tiada siapa menjenguk. Uwan, onyang dan tuk alang sudah lama pergi. Pondok kecil tempat uwan dan tuk alang mesin getah pun dah tiada. Aku kembali ke sini. Dalam diam sudah menjengah 3 tahun menjadi orang kampung. Aku kembali bersendiri di loteng. Mendengar suara angsa yang kuat cemburu terjerit-jerit gempar. Mendengar suara Princess yang berketak mengabarkan mahu bertelur lagi. Ada burung-burung berkicau. Terngiang-ngiang suara Utih memanggil Adik. Suara abah terbersin beberapa kali di mejanya. Suara mak melayan Si Debotnya. Selain itu adalah sunyi dan sepi. Inilah kampung. Yang malamnya amat dingin. Yang siangnya amat kering.
Menulis untuk luahan.
Menulis untuk menghiburkan.
Menulis untuk kepuasan.
Selamat tinggal dunia penulisan.
Cukuplah aku bersama Allah dan Rasulullah SAW.
Rakan-rakan tersayang; semoga kita semua beroleh kebaikan dan rahmat Allah dunia dan akhirat.
Satu ketika aku melangkah masuk.
Satu ketika aku melangkah keluar.

Sunday, February 3, 2019
U nampak steady la uncle
"Uncle, u sorang saja ke? Boleh tumpang?" Smart dan formal. Indian man angguk pantas sambil tangan mencicah cebisan roti ke dalam air teh di hadapannya.
Berbasa-basi seketika. Dia memulakan cerita .. Mengalami tanda-tanda mild stroke 2 tahun lepas, dia terus ke hospital. Doktor memeriksa dan semua normal lalu dia dilepaskan pulang. Tetapi hatinya kurang senang. Uncle berhubung dengan jiran hadapan rumah yang juga doktor. Tekanan darahnya sangat tinggi, dan dia rujuk ke hospital sekali lagi. Lalu bermulalah sesi rawatan dah susulan sehingga hari ini.
"Tapi u nampak sangat steady la uncle!" Tak nampak langsung tanda-tanda dia pernah mengalami stroke.
Hmm .. sememangnya dia sangat prihatin. Selain mengawal pemakanan (goreng2, kari termasuk dhal) dan rutin hidup sihat (bangun awal pagi, aktiviti cergas bantu kemas rumah walaupun anak isteri belum bangun haha, cuci kereta; dengar cerita pun dapat bayangkan rasa ceria), uncle juga mengambil rawatan urutan Ayuverda dan juga dari perawat Melayu di Jalan Kebun.
"Jalan Kebun? Ohh .. Datuk yang selalu sedekah bubur setiap Ramadan tu ke? Hmm .."
Naqib datang membawa sepinggan nasi lemak lauk ayam. Uncle memandang aku. "U tak makan ke?" Ketika aku kembali ke meja dengan semangkuk bubur nasi suam, uncle sudah menghilang. Tentu dia sudah kembali ke tempat menunggu untuk temujanji dengan doktor. Semoga uncle terus diberi kesihatan dan jiga hidayah Allah. Aameen.
Sambung .. kisah uncle Cina di kerusi yang sama. #sketsahidup #penjaratanpapintu
Samb .. Baru beberapa suap bubur dijamah, seorang lelaki Cina memakai seluar paras lutut datang ke meja. Bahu kirinya rebeh sedikit. Sebungkus nasi lemak dan segelas air dipegang dengan tangan kanan. Dia menarik kerusi dan menghenyak tubuh, kemudian mengangguk padaku.
"Jumpa doktor ke?" Aku berbasa-basi sekali lagi.
"Saya hantar orang jumpa doktor. Saya bawa grab." Tersengih sambil menyuap nasi lemak.
"Ohh .. err kenapa bahu u macam tu?" (Seolah-olah orang sakit menghantar orang sakit untuk rawatan pulak). Dia sengih lagi. Strok juga, dua tahun lepas. Sama macam lelaki India tadi.
Fon dibuka dan dia menunjuk gambar. "Ini orang yang saya hantar. Saya cas RM50." Hantar, tunggu dan hantar ke rumah. Perempuan. Sempat snap gambar lagi tu hihi .. candid.
Dia menayangkan gambar yang lain. "Isteri saya .." Matanya berkaca tiba-tiba. "Hari ini hantar hospital, esok terus meninggal." Ohh .. aku terpana.
"Bila tu uncle?"
Dia angkat 4 jari, "Sudah empat tahun." Kemudian dia berbisik, "Saya Islam. Nama saya Riduan Lee."
Masya Allah. Alhamdulillah. Aku rasa gembira sesudah terpana sebentar tadi. Baru setahun berhijrah. Anak tunggalnya (pensyarah) pun mengikut jejak langkahnya bersama isteri dan anak.
"So uncle ikut Perkim la?" Dia sengih (memang banyak tersengih pun hehe ..),
"Tapi susah sikit la mau baca .."
"Tak pe uncle, pelan-pelan."
Nak tanya lagi, khatan macam mana .. haihh segan la pulak 😎 Kemudian, dia bercerita ringkas. "Saya ada kawan. Melayu. Sihat. Kena strok, jatuh terus meninggal." Ceritanya ringkas tapi mengesankan.
Dia berdiri, sengih dan berlalu pergi meninggalkan aku terkulat-kulat mengucapkan Innalillahi wainnailaihirojiun perlahan. #sketsahidup #penjaratanpapintu

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing