Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, November 18, 2014

hasrat terpendam

Aku ada hasrat terpendam.  Sudah lama sangat hasrat ini terpendam.  Ia mula-mula muncul ketika aku berusia belasan tahun, sekitar usia 16 gitu.  Waktu itu aku dan beberapa pelajar dihantar bersekolah di Sekolah Cannossian Convent Segamat.  Di situ hasrat ini muncul, jika aku tidak tersilap kira.

Hasrat ini rahsia besar.  Hanya aku kongsikan bersama DIA.  Hanya DIA yang Maha Tahu.  Ia rahsia sebab aku malu.  Dengan DIA pun aku malu, tetapi aku tak dapat langsung berahsia dariNYA.  Semoga DIA mengabulkannya jua walaupun aku tak layak langsung.  Hanya aku fikir, DIA boleh saja mengabulkan hasrat ini apabila sampai masanya, atau ditangguhkan hingga di sana.

Hasrat ini muncul pasti dengan izinNYA jua.  Tanpa izinNYA tiada apa yang terjadi.  Namun aku benar-benar malu.  Hanya cuba melegakan diri, bahawa DIA Maha Kuasa dan Maha Pencipta.  Hanya DIA yang dapat memuji diriNYA sendiri dengan sempurna.

Tapi ... biarlah hasrat ini terus terpendam rapi.  Hanya dengan DIA aku berkongsi.  Tak perlu cuba ambil tahu.  Aku bukan sesiapa.  Hanya hambaNYA yang amat doif dan selalu alpa ohh ...

Bersama hasrat ini yang kadang-kadang muncul dan selalu bergelora, aku melihat dunia. 

Wahai ...
mengapa sebegini jadinya

tak terungkap dek kata-kata

aku risaukan diri
bagaimana aku akan mati
di mana aku akan mati
bila aku akan mati

bagaimana aku di dalam lubang kubur itu nanti
bagaimana aku menyambut kedatangan dua malaikat
yang berensot dengan gigi
bagaimana aku akan ditimbuni tanah merah
sehingga sangkakala kedua ditiup lagi



No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing