Alhamdulillah. Apabila Allah menetapkan ia untuk kami, Allah menjadikan ia semudah ABC. Urusan rumah sewa selesai, seolah-olah sekelip mata sahaja. Rumah baru siap dengan empat bilik. Comel dan design yang simple. Aku sudah terbayang-bayang nak bela anak bulus semula, tetapi belum berani nak suarakan kepada sang suami.
Tuan rumah suami isteri pun baik orangnya. Doa dalam solat hajat si isteri dijawab Allah, sama seperti Allah menjawab doa dalam solatku juga. Semoga Allah bantu kami menunaikan hak-hak masing-masing insyaAllah.
"Mama, janganlah berhenti. Nanti kami lapar sapa nak masak?"
"Kebulurla kami macam ni nanti mamaaa ..."
"Mama plisss ... kami dah habis khatam dah hafizah baru mama berhenti."
"Mama ... janganlah tinggalkan kami mamaaaa plisss mamaaa plisss ..."
Antara ayat-ayat yang diucapkan dengan nada merayu, memujuk, minta kasihan. Sukanya pulak aku menyakat mereka. Saja je nak tengok respon.
***
Jenguk anak bujang di Bukit Changgang. Alhamdulillah baki lagi 5 helai untuk khatam al Quran. Semoga Allah memudahkan dia. Kami bermesyuarat ringkas di dalam surau wanita, arah tujunya selepas ini. Abahnya pun buat keputusan begini begitu. Aku akur. Dia pun patuh tak banyak cerita. Rencana seterusnya semoga Allah permudahkan insyaAllah aameeen.
Ya Allah, pilihlah anak-anakku semuanya menjadi pembantu agamaMu sampai akhir hayat aameen.
***
Aku terima panggilan dari bonda. Ada saja kisah yang nak dikongsikan bersama. Hingga akhirnya aku timbulkan isu harta pusaka dan rencana untuk pertemuan keluarga. Nampaknya mak tidak bersetuju kerana mak tak percaya pada kejayaan mesyuarat keluarga yang nak kami usahakan. Mak bagi contoh-contoh pada sikap ahli keluarga berkenaan dalam beberapa pertemuan. Kalau dah demikian kata mak, aku menurut sahaja. Harta hanyalah daki dunia. Andai ia menjadikan hati-hati bertambah pecah luka parah derita, lebih afdal dilupakan sahaja.
Allah sudah menetapkan rezeki setiap hamba-hambaNya. Usah risau tentang rezeki, tapi risaukan iman yang turun naik bahkan boleh kecurian pula. Aku masih belum faham istilah 'iman yang dicuri', belum jumpa penjelasannya hanya frasa ini sahaja yang aku terbaca. Bukunya belum berjaya ditemui. Semoga Allah beril ilham dan memudahkan aku memahaminya aameen.
Hari yang agak penat. Nak tidur awal. Buatlah adab tidur, tiga Qul dan tasbih Fatimah. Ambik wuduk akan ditemani malaikat hingga pagi. Tapi kalau uzur tak payah ambik wuduk sebab membazir.
Dalam kepala dok fikir macamana nak susun perabut dalam rumah sewa, sehingga ia sentiasa lapang tidak serabut dan mudah dikemaskan. Azam tak nak sumbat banyak barang lagi dan tak nak gantung banyak ayat. Target minima dua tahun, maksima tiga tahun. Selepas tu ... umpama nomad di padang pasir, akan berhijrah lagi insyaAllah. Azam hijrah ke Tanah Suci beberapa tahun lepas belum kesampaian. Rupanya ada sesuatu yang Allah tetapkan untuk diselesaikan di sini. Kita merancang Allah juga merancang. Perancangan Allah tentulah yang terbaik. Kehendak kita yang tertunai adalah kehendak kita kepada Allah. Kehendak kita yang tidak tertunai adalah kehendak Allah buat kita. Lebih baik yang kedua itu sebenarnya tetapi biasanya kita mudah saja mahu kecewa. Walhal kehendak Allah adalah yang terbaik selamanya. Semoga Allah mengampuni diriku dan dirimu semua aameen.
Wassalam.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Nov 2014
(28)
- Puisi / sajak aku tidak layak ke sayembara kerana ...
- Laut Serasa
- Gagasan fikiran
- Alhamdulillah ...
- wahai sang Bidadari
- panorama di tepi pagar, di satu pagi yang terang-b...
- usaplah si airmata
- tiba-tiba
- kembali
- hasrat terpendam
- menangislah ...
- Tetap Mati
- Sehari dalam sejarah
- harapan ibu
- Penat dan agak mengantuk. Namun menggagahi diri u...
- sajak Laila Ain untuk mama
- Mengumpul puisi. Diperlukan hanya 45 buah puisi u...
- Hujan kembali membasahi bumi. Alhamdulillah. Bac...
- InsyaAllah aku akan teruskan permohonan untuk penu...
- Hari ini menu ikan tuna kari. Kemudian aku bergeg...
- Hari yang menyenangkan. Bersama suami dan anak-an...
- Alhamdulillah. Apabila Allah menetapkan ia untuk ...
- "Kalau Adik masuk madrasah, Abang Hidayat masuk ma...
- Hari ini aku bersungguh-sungguh memperbaiki cerpen...
- Rindu Berdosa - cerpen untuk Pertandingan Penulisa...
- Dari Abdullah bin umar r.huma meriwayatkan,Rasulul...
- Wahai Binti Ramlah
- Pagi ini aku rush pelajar untuk gotong-royong. Ti...
-
▼
Nov 2014
(28)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment