Ringkas sahaja...
Kat luar hujan masih kasar, tapi dah kurang lebat berbanding waktu solat Maghrib dan Isyak tadi. Suhu turun. Sejuk tapi tetap kena on aircond. Kalau tak, boleh lemas ... dalam rumah yang hanya ada dua tingkap ~ tingkap depan dan tingkap dapur. Rumah ini stail chalet. Lubang angin pun tak ada kecuali dalam bilik air. Jadi kiranya kami sekarang tinggal di chalet dengan sewa $500 sahaja, kadar yang tinggi di pinggir pekan Seria. Kalau pandai cari, boleh dapat rumah dua tingkat dengan kadar tak sampai seribu, tapi nun jauh ke kawasan BSB. Tetapi ruang yang kecil membuatkan pemantauan kepada anak-anak menjadi lebih baik nampaknya.
Tak sabar nak pindah dari sini tapi belum tiba masanya. Dan kasihan sangat kat anak monyet kat dalam sangkar besar yang baru dipindahkan jauh kat belakang nun. Kekadang periuk yang ditindih batu besar tu ada air, kekadang dah terlangkup kosong. Tapi nampaknya anak monyet tu masih ada buang air kecil. Tak kering pun dia. Masih lincah tapi monyok, tak menyambut dengan ceria. Macam merajuk. Si Rina Pontianak (dia asal dari daerah situ) punya kerja la tu. Ntah mana dia dapat anak monyet tu, lepas tu lesap tanpa kabar berita meninggalkan 'anaknya' tu di sini. Nasib baik Kak Lena pun dah sayang kat anak monyet tu. Tapi semenjak projek air minuman semakin dekat nak buat ni, anak monyet tu kena la pindah jauh sikit dari ruang dapur.
Jadi, (dah lari topik ni) saya memang teringat sangat kat anak monyet tu bila hujan macam ni. Sepatutnya dia dalam dakapan ibunya, walaupun masih kehujanan. Tapi waktu ini saya rasa dia dah lelap dalam tempias angin laut yang teramat dingin ~ kesejukan. Kasihannnn ... "Mama, bawak masuk dalam rumah!" Inilah cadangan bagus yang merepek. "Mama, kita bela je dalam rumah." Huh, kamu nak ajar dia solat sekali? Sengih pulak!
**
Tajuk hebat - gagasan fikiran. Bila bersendirian tanpa gangguan, melintas atau terlintas pelbagai perkara dalam kepala. Dan yang dirasakan hebat sampai boleh membuatkan bulu roma meremang bolehlah dipanggil gagasan. Ia berlaku tiba-tiba, kadang-kadang waktu mandi pun boleh muncul. Dulu-dulu, boleh dicamkan pada hari Jumaat kerap terjadi. Tapi ia hanya tinggal di dalam kepala semata, kemudian ... lupa.
Tetapi jangan ingat ia hilang begitu sahaja. Bila-bila kena masanya, tiba-tiba ia muncul lagi.
**
Sudah jam 11.52 malam. Hujan masih turun kasar. Semoga orang-orang yang masih enak menyedut asap rokok dan menghembuskan berkepul-kepul ke udara, dengan perasaan hebat akan berhenti merokok, paling tidak memperlahankan aktiviti merokok (sebab ramai perokok kata berhenti merokok lagi cepat mati) DAN SEDAR betapa BAHAYANYA merokok tu. Kajian pakar Islam dan bukan Islam sudah sepakat mengatakan ia merbahaya. Lagi tak mahu percaya ke?
(Erggh ... memang tak boleh tulis kalau kena tinjau-tinjau gini ... )
Tindakan drastik hari ini - pulangkan semua novel yang 'terpaksa' dipinjam semata-mata nak baiki skil nak menulis novel sendiri kononnya, dan pergi rayau kat rak buku-buku ugama dan kitab-kitab. Nasihat buat diri - jangan lalai leka baca entah apa-apa. Ya Allah, hanya padaMu tempat berserah diri. Selamatkan kami dari lalai dan leka. Jangan biarkan kami terus lalai dan leka. Selamatkan kami dari menjadi menyesal menatap kerugian diri setelah habis peluang yang ada.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Nov 2014
(28)
- Puisi / sajak aku tidak layak ke sayembara kerana ...
- Laut Serasa
- Gagasan fikiran
- Alhamdulillah ...
- wahai sang Bidadari
- panorama di tepi pagar, di satu pagi yang terang-b...
- usaplah si airmata
- tiba-tiba
- kembali
- hasrat terpendam
- menangislah ...
- Tetap Mati
- Sehari dalam sejarah
- harapan ibu
- Penat dan agak mengantuk. Namun menggagahi diri u...
- sajak Laila Ain untuk mama
- Mengumpul puisi. Diperlukan hanya 45 buah puisi u...
- Hujan kembali membasahi bumi. Alhamdulillah. Bac...
- InsyaAllah aku akan teruskan permohonan untuk penu...
- Hari ini menu ikan tuna kari. Kemudian aku bergeg...
- Hari yang menyenangkan. Bersama suami dan anak-an...
- Alhamdulillah. Apabila Allah menetapkan ia untuk ...
- "Kalau Adik masuk madrasah, Abang Hidayat masuk ma...
- Hari ini aku bersungguh-sungguh memperbaiki cerpen...
- Rindu Berdosa - cerpen untuk Pertandingan Penulisa...
- Dari Abdullah bin umar r.huma meriwayatkan,Rasulul...
- Wahai Binti Ramlah
- Pagi ini aku rush pelajar untuk gotong-royong. Ti...
-
▼
Nov 2014
(28)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment