Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, September 9, 2014

Sarapan apa hari ni?

Nasi goreng ikan bilis tabur enak juga kan.  Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih Maha Pemurah.  Masa ni sedang merebus daging, insyaAllah sup daging untuk hidangan tengahari.  Mudirah dan beberapa pelajar kurang sihat, sakit tekak, demam, maka aku bercadang buat sup saja dengan sedikit minyak untuk tumisan.

***
Di majlis perkahwinan gilang-gemilang anak saudaraku sebelah suami, sampai je kat depan lobi dewan, adik ipar sepakat dengan suaminya menggiat aku supaya buka meja untuk jualan buku.  Aku senyum sumbing saja.  Selesai makan dan santai bersama keluarga, suami menyuruh aku mengambil buku dari dalam kereta, ada yang berminat nak membeli katanya.  Santai lagi.

Ada karaoke ...

Hidayat bercakap-cakap dengan ibu saudaranya yang sentiasa menawan.  Aku perhatikan je.  Entah apa.  Si ibu saudara yang sentiasa menawan tu tergelak dan seperti menyuruh dia berbuat sesuatu, atau menyokong dia berbuat sesuatu. 

"Nape?"  aku bertanya dengan suara tenggelam timbul dek lagu karaoke.

"Hidayat nak promote buku kak Intan kat DJ tu haa ..."  jawabnya dengan senyum sentiasa menawan.

Hmm angkat kening aku.  Anak bujang hensem ni dari tadi menyusun buku aku ikut citarasa dia.  Fikirannya berjalan rupanya.  Now dia mahu promosi lebih lagi.  Tak lama kemudian kedengaran suara DJ membuat pengumuman novel Seharum Doa Bonda memenuhi seluruh dewan.  Bergema-gema suaranya.  Nama aku turut disebut juga.  Wahh ... andai tak pakai niqob tentu aku menghilangkan diri sebentar di mana-mana.  Tetapi aku rasa biasa saja, tiada apa-apa.  Niqob membuatkan aku rasa safe.  Usah kata aku je perasan lebih.  Memang aku terperasan.  Nama aku disebut wehh ... aku menghidap penyakit darah gemuruh sebenarnya.  Yang membantu rasa tenang ialah memikirkan aku berada di kalangan saudara-mara sendiri.  Jemputan pengantin dah tentu ramai yang aku tak kenal, dan mereka pun tak mengenali aku.  So apa ada hal.  Buat tak tau saja sudah la. 

***

Karaoke ...

Lepas seorang, seorang ipar duai aku menyumbangkan lagu.  Yang suara melentik ada.  Yang memang sumbang ada.  Lari tune ada.  Buat aku gelak je dengan kakak ipar garang aku tu.  Aku perhatikan suami tekun berfikir.  Serius je.  Aku bisik kat kakak ipar, ada orang tercabar ni.  Dia dah faham apa maksud aku tu.  Haihh jangan pak janggut pi karaoke sudah la hahaha ...

Mak saudara dari Singapura pun join sama.  Khabarnya dia pernah masuk talent time bersama allahyarhamah Syarifah Aini satu ketika dulu.

Tiba-tiba berkumandang lagi My Way.  Dah agak dah ....  ada orang tak boleh tahan kepanasan tengok abang adik sumbang suara.  Nah, pak janggut dah pegang mic dah, aku bisik kat kakak ipar.  Sabar saja la kann ...

Dalam hati teringin gak nak join sama tapi MALU lebih.  Kalau tak malu, dah standby belakang pak janggut nak sumbang suara.  Aku tak pernah berkaraoke, ok.

"Cuti next time kita gi karaoke nak?"
"Jom!"
"Kita ambik la bilik VIP, special utk kita je."
"Ok"
"Mama nak nyanyi lagu Rapuh."
"Wahh bestnya."
 "Macam yer yer jeh!"
HAHAHAHA ... berangan memang best.

Teringat masa kanak-kanak, bila datang mood nak menyanyi, aku akan menyanyi semua lagu yang aku ingat termasuk nasyid. Tapi kegemaran menyanyi tak pernah masuk senarai hobi aku ...  hari ni baru terfikir mengapa begitu ...

Bila pergi jemputan kahwin yang ada karaoke, hati rasa kurang selesa.  Tetapi bila ahli keluarga buat kenduri kahwen dan ada karaoke, aku ok je.  Aku masih memikirkan hal ni.  Mungkin aku tak dapat nak mengelak dari meninggalkan majlis tu secepat mungkin.  Majlis yang di situ berkumpul mak abah mertua dan ipar duai semua ada.  Hmm ... anggap ikram saja la ...  Aku rasa ok mungkin juga sebab lagu pilihan tak teruk dan gedik.  Tapi dua tiga lagu akhir entah siapa nyanyi tu aku kata lagu gedik, yang akhirnya aku diberitahu ia lagu sitinurhaliza ... lagu tak gedik tapi suara tu gedik. Lagi satu sebab DJ pun beli buku aku lepas promosi tu ... takde kena mengena ni.

Apa pun, aku azam tak akan buat kenduri kahwin anak-anak aku di dewan.  Tiada pakaian sedondon.  Tiada flower girls.  Tiada karaoke.  Tiada pelamin untuk bersanding.  Tiada tepung tawar berinai.  Cool je macam majlis kahwen ustaz tempohari yang mak aku kata macam majlis orang mati aduhaiiii ... sebab takde lagu-lagu. 

Cenderahati mungkin sebotol minyak wangi.  Simple tetapi menjadi majlis yang diberkati Allah.  InsyaAllah. 




Monday, September 8, 2014

Assalamualaikum.
Salam pagi.

Hari ni kurang sedikit rasa ceria.  Rosak reputasi den.  Terlambat buat breakfast.  Aduhhaii ...  Gara-gara terlelap, ahh ...  Tukar topik la.

Saya dengan ini memohon ribuan maaf kepada sesiapa yang mungkin telah terluka dan kurang gembira dengan sikap saya.  Sebagai insan biasa yang serba lemah.  Tak banyak, sikit, mungkin ada seketul dua hati-hati yang kurang enak dengan respon saya di mana-mana ruang yang wujud. 

Maafkanlah saya.  Sebelum tidur tu ... atau bila tiba-tiba teringatkan saya. 

Apabila tiada hati yang menyimpan rasa terbuku kecewa.  Ingatan menjadi bersih dan jernih.  Perasaan menjadi lapang dan tenang.  Muncullah gembira dan kesyukuran kepada Allah.  Semoga menjadi mudah insan mendaki laluan menuju nafsu yang tenang.

InsyaAllah.

#calonmenantipanggilanIllahi



Saturday, September 6, 2014

Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda

Now is 1.37am.

Aku baru nak balik ni. Baru usai majlis baca aurad Ahmadiah. Guru bagi talk pakai mic tapi tak mampu kudengar. Suaranya tak dapat kutangkap buah butir dan sebenarnya aku sudah mengantuk keletihan. Pagi tadi maraton buat breakfast bihun goreng dan masak tengahari. Lepas tu terus pecut ke ITBM jemput novel aku yang diberikan oleh ITBM serta tempahan 30 buah untuk diri sendiri. Then menghadiri majlis pernikahan anak saudara perempuan sulung suamiku di Wangsa Melawati.

Ni ada sikit kisah menarik boleh dikongsikan tapi tunggu sat. Nak melapor dulu nanti miss pulok. Esok lagi sehari akan berada di sana juga, majlis makannya. Balik dari majlis pernikahan, ambik al quran wakaf kat ustaz berkenaan. Terus balik, sambil berwassap dengan Za lepas tu terlelap. Jaga, aikk..masih kat highway tersangkut dengan jem. Sabo je la .. Sampai rumah ngam-ngam azan Maghrib. Alhamdulillah.

Lepas tu pulun buat sandwich tempahan pelajar. Sempat buat dua jenis je, tuna dan sardin. Tolo tak sompek...sobab tk sompek rebus. Tangguh esok. Laku sandwich tu alhamdulillah. Sebagai alternatif burger, sosej dan nugget yang mereka kirim pada ustazah. Sandwich lebih sihat daripada makanan berproses tu.

Aku membebel kat bongsu, " Kalau elok dah lama mama beli simpan kat freezer. Ada kamu tengok mama beli? Ada? Takde kan! Maknanya tk baik untuk kesihatan." Terkulat-kulat je dia kena mare ngan aku.

Order dia sorang je dah RM10. Ntah hapa dibelinya? Megi goreng pun ditempah. Suka dia je. Memang aku hangin. So mendadak je idea sandwic ni. Terpaksa ketepikan rasa nak malas, nak bagi anak makanan sihat. InsyaAllah. Beli sardin dan tuna halal. Roti halal. Eh, tuna tu berproses jugak ke? Takkan nak pakai ikan tuna proses sendiri pulak adoii...jadi tak boleh lari dari 'proses' gak la yer? Hmm...tapi setidak-tidaknya, takde la lemak dan daging dicampur sekali macam frozen food yang aku maksudkan tadi. Jauh lebih baik kann...

Lepas selesai urusan sandwich dan bersekali pelajar teruja menempah novel aku, pecut ke Darul Saka. Mula terasa letih dan tersengguk-sengguk lelap. Aduhai ...

***

Aku minta kepastian dari Za. Udah tau jawapannya tapi rasa serba-salah menghilangkan keyakinanku. Ye, ini memang teruk! Jawapan Za sama. Maka aku kembali teguh pada kebenaran. Wanita uzur haram berada di tempat solat melainkan terpaksa melaluinya. Maka aku ajak suami duduk di meja makan yang dipasang dua baris panjang di luar surau.

Semua perempuan sudah berada di dalam. Tadi aku masuk sekejap hanya untuk meletakkan hantaran tas tangan yang aku bawakan dari rumah pengantin perempuan, anak saudara suamiku. Dekat jo surau eh, kami jalan kaki yo. Lepas letak hantaran, aku segera keluar dari surau. Di luar, aku santai je dengan suami. Leka dengan tab masing-masing. Beberapa orang biras iaitu suami kak ipar dan adik ipar sama melepak di situ. Barang hantaran selesai dibawa oleh yang lain.

Tiba-tiba aku dipelawa masuk untuk bergambar.
 "Tak pe la, uzur." sahut aku. La ni dah kurang minat bergambar-gambar ni.
 "Meh la duk dalam," pelawa lagi. "Kita pun uzur ni."
 "Err tak pe la."
 "Tak pe duk dalam, bukan menitik pun," kata akak ipar sulung aku yang masih cun tapi garang sikit tu.

Aku diam je. Membeku sambil main tab.  (Akhirnya ipar-ipar aku ni juga telah membeli novel aku dan mempromote sesama mereka, haha ... ipar-duai yang vogue gitu ... terima kasih atas sokongan anda.  I love u all.  Tapi hukum tetap hukum ...)

Sebenarnya hal wanita haid di tempat solat sudah acapkali dipermasalahkan. Sefaham aku, hukum tetap hukum. Menitik ke idak ke, tetap haram sebab ia berkait dengan hadas besar. Wanita tidak berkeadaan suci waktu haid. Bagaimana boleh ia berada di tempat solat yang suci? Walaupun kini ada pad bermacam saiz yang menghalang darah jatuh ke lantai surau masjid.

Masalahnya mudah. Manusia suka adjust hukum ikut suka, ikut logik akal je. Dulu aku pun fikir gitu jugak.  Tetapi akhirnya aku faham mengapa.

Ok la. Tak bermaksud jadi rujukan pula. Aku sentuh secara sipi sahaja. Silalah merujuk kepada yang lebih arif sekiranya ragu-ragu.

Tu la kisah menarik yang aku maksudkan.  Tentu lebih menarik kalau aku ceritakan jugak macamana aku buat bodo je duduk ngan biras-biras lelaki sambil main tab.  Suami dah masuk ke dalam nak tengok gak pengantin akad nikah, dia sanggup tinggalkan bini dia yang ramai peminat ni sendirian.  Dah tau aku tak boleh masuk ke dalam.  Dia yakin aku selamat la tu kann ... Aku ngan biras-biras berdua pasang telinga sambil ikut gelak kecil bila juru nikah buat lawak.

"Awok dulu berapa kali?" tanya aku selamba pada seorang biras, yang mulutnya selalu bertutup rapat macam ada emas kat dalam mulut tu.

"Ntah la tak ingat, sekali ke dua ntah ..."  jawabnya dengan gelak berbaki.  Hmm boleh tak ingat pulak yer ...

Pada masa yang sama, dua anak buah lelaki yang terkenal lasak mula keluar masuk dari pintu sliding surau.  Biras seorang lagi, suami akak ipar mula jerkah mereka.  Yang seorang nampaknya boleh faham, tapi yang kecik sikit, anak adik ipar bongsu aku, tak terkesan pun.  Aku pun menunjukkan prihatin sama, bagi amaran supaya jangan hampir ke pagar luar surau, bimbang keluar ke jalan raya.  Ada juga tugas aku duduk kat luar ni nampaknya.  Tak lama kemudian seorang wanita sampai, tergesa-gesa nak masuk tapi macam serba-salah.  Aku jadi penyambut tetamu pulak la, menyongsong dan menunjukkan pintu masuk ke dalam surau.

Sudah 2.35am. Nak tidoq la pulok. Esok lom tentu dapat update blog. Marathon lagi, untuk majlis jamuan meraikan pengantin pula insyaAllah.

***

Novel sulung sudah terbit! Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Terlepas dua pesta buku, iaitu pesta buku Malaysia dan pesta buku Selangor. Aku tetap yakin ada hikmahnya. Macam juga penulis Seharum Doa Bonda, novel ini diharapkan akan evergreen selamanya. Tak mustahil, insyaAllah. Hehehe ...  Berangan dan berharap memang best.

Kepada peminat blog Seharum Doa Bonda ni, andai mahu mendapatkan novel Seharum Doa Bonda, boleh direct beli kat den.  Semalam buat pertanyaan kat kaunter ITBM berkenaan kedai buku yang ada menjual buku terbitan mereka.  Memang sukar sikit nak menjumpai buku-buku terbitan ITBM di kebanyakan kedai buku, sebab apa ... aku kurang maklum. Dan yang lebih penting agaknya, kat kulit buku novel tu ada sedikit biodata aku.  Tarikh lahir pun ada, walaupun ia bukan tarikh aku lahir ke dunia, hanya tarikh pendaftaran rasmi di balai polis ketika itu, hanya berbeza beberapa hari sahaja.  Nak tau tarikh lahir aku?  Dah tengok, ingat le sampai bila-bila ye ... hehe ...  Pesanan kepada yang sibuk nak tau saja ... haha

Kedai yang ada menjual ialah kebanyakan MPH, KONUKUNIYA DAN KEDAI BUKU 1 MALAYSIA, termasuk di KEDAI BUKU ITBM (alamat : Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.  Tel : 603-41451800  Faks : 603-4145 0753.  E-mel : publishing@itbm.com.my      Laman web : www.itbm.com.my) sendiri.

Sekiranya nak beli kat penulisnya tu, siap ngan sign (sebut gak le, kot-kot ada nak sign dia kann), boleh pm kat fesbuk dia search Seharum Doa Bonda. Atau kat page Seharum Doa Bonda.  Harga direct ngan dia, ada diskaun, sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan.  InsyaAllah, didahului dengan ucapan jazakillahu khoyr katheera.  Aameeen.

Aku angankan novel ini sampai ke perpustakaan Seria, tempat aku selalu lepak dulu.  Semoga Allah permudahkan dan sampaikan hajat di hati ini.  Masih rindu untuk bermain air di Pantai Lumut.   Masih aku terasa ...

Jumpa lusa la kot, insyaAllah. Allahumma soiyiban nafi'aa.. Eh ni doa ujan daa..

Allahumma bismika ahya wa amutu...dengan nama Allah kami hidup dan kami mati. Aameeen. Jom tido.

Friday, September 5, 2014

Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuka epal, sesudu madu Tualang special (katanya) dan sesudu pati delima.  Telinga menangkap suara ketua pelajar memberi arahan kepada anak-anak buah supaya masuk saf segera.  Azan baru sahaja selesai berkumandang.  Aku ... uzur syar'ie. 

Semasa menghulurkan air kopi panas campur susu cair pagi ni, aku diberitahu Zack, malam tadi mereka tidur sebelum jam 10.  Wahhhhh!!!  Hampir sejam awal tu!  Luar biasa perubahan drastik dibuat dek isteri Maulana yang cun tu.  Hehehe ... 

Semuanya cepat siap malam tadi.  Menurut Zack, ustazah N suruh tidur awal supaya dapat bangun awal untuk solat Hifzi pagi ini.  Setiap malam Jumaat mereka melakukan solat untuk menguatkan ingatan hafalan ini, semenjak disarankan oleh Ustazah F dulu.  Bacaan surahnya ialah surah Yassin, Ad Dukhan,  As Sajdah dan Al Mulk.  Solat ini ambil masa dalam setengah jam sahaja, dimasukkan dalam agenda qiamullail. 

Hebat pelajar madrasah aku ni.  Semua bangun menunaikan solat Hifzi berjemaah.  Madrasah anak-anak yang lain, kata mereka tidak istiqomah pun, means sapa nak buat buatlah.  Tak nak buat tiada paksaan.  Maka aku pun memaksakan ke atas anak-anakku yang lain tu, yang berdua lagi yang menghafaz juga.  Hmm tak tau  la buat ke tak, dah lama terlupa nak bertanyakan hal ni.  InsyaAllah nanti aku tanyakan. 

Beberapa ketika semenjak kebelakangan ini, ada rasa sedikit kehilangan.  Salah sendiri juga sebenarnya.  Aku beralasan sibuk.  Sibuk dengan rutin harian.  Dan aku telah berazam mengurangkan semaksima mungkin aktiviti berWhatsApp dan yang sekutu dengannya.  Tetapi semenjak novel sulung siap dicetak dan akan masuk pasaran ni, aku tak dapat lari dari promosi di fesbuk.  Ia sekadar usaha zahir.  Selebihnya doa, semoga Allah izin habis terjual 1000 unit pertama ni dan diulangcetak berkali-kali.  Besar cita-cita den kan!  Tinggi melangit harapan di jiwa.  Tajuk dah best dah.  Aku suka benar tajuk yang diberi ni.  Cerita sederhana je tapi cuba baca nanti gaya bahasa den.  So cuba dapatkan kat kedai buku ye.  Nanti aku khabarkan perkembangan selanjutnya. 

Rasa agak kehilangan.  Merapu di LINE dapat aku tinggalkan, juga WeChat yang entah apa-apa.  Tetapi seorang kawan special di WhatsApp tu ... hmm ... sudah ada jarak antara kita.  Ke aku je yang perasan dan buruk sangka. 

Hampir setiap hari, setiap kali aku terpandangkan container tutup hijau yang pernah berisi rempeyek rangup sedap tu, hati bertanya, 'bila aku nak pulangkan bekas ni dengan isi yang lain pula?'.  Tidak sama keadaannya dengan biskut pelangi dan maruku sedap yang masih tidak berusik, entah bila dapat aku sampaikan kepada orang yang berhajatkan ia.  Rasa-rasanya aku jugak yang akan membedal biskut raya dan maruku tu sebelum ia expired, on behalf. 

Touching pulak pagi-pagi ni kan.  

***

Dunia ini sengaja dijadikan Allah begini.  Ia memang diciptakan begini.  Kehidupan yang dipersiapkan untuk menguji.  Apa yang diuji?  Teguhkah keyakinan pada janji Allah?  Pastikah ada kehidupan yang kekal di sana?  Benarkah percaya?

Selain rasa sakit dan kecewa, sedih duka, hampa derita, ada alat yang disediakanNya untuk menyalurkan racun yang berkumpul di dada.  Airmata.  Allah siapkan titisan air yang jernih berkilau, untuk menitis laju membawa bersamanya segala toksin yang tersimpan dalam jiwa.  Apabila ia mengalir menuruni pipi, jatuh ke riba, wajah menjadi muram, mata hilang cahaya, seri menjadi pudar, namun di hujung tangisan ada kelegaan. 

Maka, menangislah.  Rasakan aliran airmatamu mengalir di kulit wajah.  Biarkan ia jatuh dari dagu runcingmu, setitis demi setitis, bagai mutiara yang putus dari talinya.  Biarlah begitu.  Tidak ada kehinaan pada tangisan.  Dan serulah nama Tuhanmu yang Maha Melihat keadaan dirimu.  Dia Maha Mengetahui segala yang terdetik di seluruh jiwamu.  Tiada rahsia antara kau dan Penciptamu, yang Maha Halus.  Telah lama tersingkap segala parut halus dan luka parah berdarah yang terlakar di sanubarimu. 

Menangislah, kerana ia tanda jiwamu masih lembut dan tulus.

Tak mahu menangis?

Boleh juga.  Tapi redhoilah segala yang terjadi.  Engkau redho, Allah pun redho.  Engkau sabar, Allah jua yang memberi kekuatan untuk bersabar.  Tiada daya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah semata.

Semuanya pelajaran dan pengajaran.  Takdir tidak pernah sama, seperti berbezanya urat halus di hujung jari.  Kekuatan juga berbeza.  Semua adalah pelajaran dan pengajaran dalam perjalanan madrasah kehidupan.  Natijahnya akan engkau sedar ketika di sana nanti.  Ketika Dia ajukan pertanyaan mengapa demikian dan demikian.  Apa yang telah engkau lakukan dan apa yang engkau persiapkan.  Dan sama-sama kita lihat ke mana tempat akhir untuk didiami.

Buat sementara, bersabarlah.  Kerana Dia sentiasa bersama, tidak pernah meninggalkan.  Hanya kita kerap terlupakanNya.  Itulah kesedihan sebenar.

Melupakan yang Maha Mencintai dan mencari cinta yang tidak pasti. 

Menangis dan bersabar.  Bersabar dan tidak menangis.  Mana-mana pun ok.  Tetap kena bersabar hehe ... 



Sudah jam 12.24AM.

Baru balik dari Wisma DarulSaka, hadir majlis Yassin Fadhilat. Mata sudah kier-kier ni, tapi ada pelawaan ke kedai makan pulok.  Tadi semasa bersiap-siap menyarung pakaian, baru je aku membisikkan azam NAK KURUSKAN BADAN pada diri sendiri. Namun ternyata aku ni jenis murah rezeki terutama bab makan.

Hari ni aku masak ayam gulai kuning. Dah lama tak masak gulai ayam.  Aku jangka mesti nasi licin.  Tak tau la apa citer diorang, sebab aku dan suami dah keluar awal jam 1030 tadi, bertepatan denga waktu mereka santai-santai sebelum tidur.

Petamg tadi aku menapak ke madrasah menjenguk mereka. Wahh rupa-rupanya sedang menerima order dari ustazah. Antaranya anak bongsu aku sendiri, dengan milo ais dan mee gorengnya.

Sesudah Asar aku yang terpisat-pisat dari lena menerima dua slice pizza.  Kata mereka ada seseorang menghantar beberapa kotak pizza ke madrasah.

Camana nak kurus ni ea ... Bukanlah gemuk sangat, kan dah kata kecik tak kecik tapi molek hehehe...

Now embun kejap lagi turun, suami ajak memanaskan usus pulak ni.  Suami parkir di depan kedai makan yang tak pernah kami singgahi.  Aku tak perasan di manakah ini....cuma masih di sekitar Jalan Kebun tentunya.

Meriah.  Ada cerita Hindi.  Tapi aku tidak melayan.  Mata pun sebenarnya sudah berat. Dah terkuap-kuap entah berapa kali. Wah kemain rancak muzik kat tv tu haa...sabo je la.

Ok, hidangan pesanan suami sudah tiba.  Perghh...macam hidangan tengahari jeh ni... Biasa, pesanan kegemaran dia. Nasi putih, sup tulang, ikan masin ngan cili bawang, telur dadar dan sambal belacan timun. Sebenarnya siang ke malam, lebih kurang ni la ordernya melainkan kalau ada anak-anak, ada la lauk tambahan untuk ikram mereka.  Setakat ngan aku yang asyik nak kawal makan ni macam ni je.

Mana pulak kuew teow kongfu aku yang dipesan dek suami tadi yer ...

Duduk je kat kerusi batu ni, tetiba ada makhluk bulus datang duduk kat kaki dalam jubah aku.

Cing..ni bukan kelambu yer...tau la sekarang musim demam denggi hehehe...


Stop dulu. Alhamdulillah, Kue teow kungfu dah sampai. Jemput makang ...

Thursday, September 4, 2014

Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa?  Aku terdengar suara serak-serak basah di luar.  Dalam hati tertanya-tanya, dia tak nampak ke tong sampah aku kat luar tu?  Baru je aku pindahkan ke luar.

Yang kat luar tu apa?  tanya aku semula.  Lobak merah dan beberapa tangkai kacang panjang aku cucur di bawah pili air.  Pagi ni tiba-tiba terasa nak buat jemput-jemput bilis.  Boleh dicicah dengan kuah kari sayur labu air yang tak habis semalam.  Isi ikan cencaru yang berbaki dua ekor akan dicampur ke dalam kuah kari buat penambah perisa.

Ooo tak perasan la mama ... Aku tau Afiran bukan memandang pun ke arah dapur.   Mungkin sambil melangkah dia sibuk pakai purdah atau ... apa saja la.  Adik bongsu ustaz ni memang agak lawak orangnya.  Sensitif dan mengada-ngada pun iya.

Aku terus rancak menyiapkan adunan untuk digoreng.

Ihhh bangau ni!

Aku rasa pelik.  Mana pulak datang burung bangau? Hmm ... Afiran terus meracau kat luar dapur.  Aku mula dapat tangkap apa sebenarnya yang dimaksudkan Afiran.

Bukan bangau le, langau!! sahut aku dari dalam dapur.  Bangau dengan langau pun tak dapat membezakan ke ...  saja je kan Afiran ni.

Ohhh langauuuu!  Ihhh langau ni benci la!  Pegi la langau oiii!   Afiran terus membebel sendirian.

Beberapa langau hijau yang besar sudah menghurungi tong sampah aku pagi ni.  Apa tidaknya,  semalam mencuci ayam.  Kaki ayam dan bahagian dalaman seperti hati hempedal semuanya aku buang ke dalam tong sampah.  Pelajar yang nak menghafal tak sesuai diberikan makanan dari organ dalaman haiwan.  Jadi setiap kali mencuci ayam, aku harus buang bahagian itu.  Masa ada kucing dulu, aku rebus dan bagi kucing makan.  Kini era berkucing sudah tamat.  Yang ada hanya gambar kucing-kucing menjadi kenangan.  Sedih pulak.

***

Aku picit loceng.  Kelam-kabut sikit pagi ni.  Kalau goreng cekodok, memang lambat sikit siap.  Aku tak serik-serik akan hal ni.  Sepatutnya aku prepare lebih awal supaya siap on time, rungutku sendiri. Jadi untuk menjimatkan masa, besarkan sedikit api tungku dapur dan tak perlu tunggu cekodok kuning emas sangat.  Ia masak juga dan lembut tepungnya, sedap dicicah kari labu air campur daging ikan cencaru tu.

Zack, Syafa dan Siti Hajar memerhatikan aku menyiapkan sentuhan terakhir.  Segera aku hulurkan bekas air teh o panas dan bekas berisi jemput-jemput bilis.  Juga bekas kuah kari sayur labu ikan cencaru.

Eh, mama kata nak goreng nasi? tanya Syafa buat-buat terkejut melihat bekas jemput-jemput bilis yang aku hulurkan


Haah mama kata nak goreng nasi, ujar Siti Hajar mengiyakan.

Bila pulak mama cakap nak goreng nasi? Yang aku ingat ialah menerima bekas nasi malam tadi tapi tak bercakap pun pasal goreng nasi.

Malam tadi mama cakap macam tu, kata Zack, ketua pelajar yang lemah-lembut dan sangat penyabar orangnya.

Ye ke?  Mana saksi?

Saksinya Syafa, Syahidah.  Ermmm ...

Saksi tak cukup.  Tak boleh diterima.  Saksi mesti empat.  Aku teringat saksi orang bernikah.

Hehe ... ada la mama ... errmm lagi ... Nurul Iman, err ...

Hahaha dah la pi balik.  Jangan lupa bagi ustazah.

Tapi selepas aku selesai bersarapan bersama suami, selepas suami memuji kesedapan padanan jemput-jemput bilis dengan kuah kari, dan selepas bincang-bincang pasal nak plan lama nak buat sarapan pulut cicah sambal santan atau kuah kari ayam, aku menangkap jeritan halus dari Zack.  

Arghhh akak lupa la nak bagi Ustazah S sarapan ...  

Adohai ...

***

Masing-masing dah beri nama samaran untuk digunakan di dalam novel nanti.  Jadi semua nama yang aku tulis ni bukanlah nama sebenar.  InsyaAllah kita akan baca kisah-kisah mereka ni nanti.  Macam-macam ada.  Yang penting semoga jadi asbab hidayat seluruh alam. 

Kadang-kadang tercuit juga hati nak tulis cerita cinta.  Tetapi ... macam tak yakin je walaupun andai ia dapat dibukukan, ia mungkin ... lain dari yang lain.  Macam biasa la kan ... perasan idea canggih hehe ... Paling best ialah kisah cinta terhalang mahupun cinta terlarang.  Waaaaa ... amacam?  Cinta monyet, cinta remaja, cinta terpisah dek darjat, itu biasa saja.  Yang luar biasa, macamana yer???  Rasa bimbang juga, sebab cinta ni berkait dengan rasa.  Risau juga, sebab rasa yang menjentik jiwa menjadikan ia masuk ke alam khayalan semata.  Takut aku yang terbawa-bawa ... Tapi pasti ada caranya.  Supaya ia menjadi jauh lebih berguna.  Tengoklah macamana ... semua dengan keizinan Allah pastinya.  Tak tulis pun tak mengapa kalau sedikit sahaja kemaslahatannya, besar pula kejahatannya.

Cinta luar biasa ialah cinta terpendam.  Tak siapa tahu kecuali Pemberi cinta.  Tak berkongsi kecuali dengan Maha Rahsia.  Tiada asbab nyata melainkan hanya tahu ada rasa.  Bukan pula gila.  Ia datang sekali sekala.  Ia pergi begitu sahaja.  Tiba-tiba debaran menerpa.  Ingatan pun menyapa.  Rindu pun membara.

Apa-apa pun, bagi aku sudahkan RUMAH PINK DI LORONG ABU  ni dulu hehehe ...  InsyaAllah. 
ok, mama nak mintak tolong sikit boleh?

Apa dia mama?  Sentiasa teruja apabila aku buka mulut.

Mama nak ... ermmm ... setiap orang bagi biodata.  Boleh tak?

Nak wat pe mama?

Nak pakai masa tulis novel nanti la.

Mama bagi la contoh.

Mama nak nama, hobi, makanan dan minuman kegemaran ...

Tempat lahir nak jugak ke mama?  Alamat?  Nombor telefon?

Tak yah de ... nanti mama bagi kertas sorang satu denagn pen.

Ok mama.  

Tapi mama tak nak kamu ambik time kelas pulak!

Tak pe mama, kami ada banyak masa.  Lepas manzil free.

Time tu buat apa?

Time tu lepak ke makan ke borak ke ...

Ok.

***

Masa aku mengendap time solat Maghrib kat tingkap.  Beberapa orang menyerbu.  Yang lain sedang preparation nak masuk saf.  Ruang solat agak gelap sebab lampu ditutup.

Mama, salam.  Hulur tangan nak bersalam melalui tingkap.


Mama, kalau saya tulis apa saya suka apa saya benci boleh tak?  Dengar suara je, orang tak nampak.


Mama, saya suka tidur, melepak dengan baca quran, boleh tak saya tulis macam tu, segan pulak.

Mama ... 

Mama ...

Mama ...

Macam-macam depa ni kan ....
Aku semakin jelas.  Ada sesuatu yang aku rasa menjadi asbab dia dibuli dan diremehkan kawan-kawan.  Selepas menangis dan mengadu di pintu, selepas menerima panggilan telefon petang semalam, kini dia sudah ada 'rahsia' dengan aku.  Ada kesempatan, dia akan mencari peluang berdua-duaan denganku dan menyambung ceritanya.

"Siapa yang buli awak?  Mama sungguh-sungguh tak tau!"  tanya aku hairan.

"Itu lama dulu ma ... masa baru masuk sini."  Dia pun menceritakan satu dua kisah.  Tetapi masih mengelak menyebut nama-nama pemangsa, namun akhirnya terlepas jua setelah aku terus mendesak perlahan-lahan.

"Dia suruh saya basuh baju dia.  Time tu air kan takde.  Pastu bila air dah ada ustazah suruh basuh baju.  Dia suka-suka je suruh saya basuhkan baju dia.  Saya kata tak nak la, basuh la sendiri, dia jawab oooo takpe takpe macam ni ke ...basuh sikit je kan."

"Kenapa dia buat macam tu?" 

"Entahlah mama ..."  tetapi kemudian aku dapat menangkap mesej tersembunyi.  Inilah namanya akibat termakan budi.  Mak yang berbudi, anak rasa besar kepala.  Atau boleh juga begini; keluarga aku banyak tolong keluarga kau kan ... setakat basuhkan baju tu apa la sangat berbanding dengan ...

Itu bab dibuli.  Bab diremehkan ada juga.  Bila tanya sikit, si kawan tu marah-marah macam tak boleh ditanya pulak.  Dia pun pelik, tak boleh tanya ke?  Macam tak ada masa nak layan orang macam dia.  Lepas tu tengking-tengking.  Kenapa nak tengking-tengking macam tu? 

Sedih aku mendengar ceritanya.  Aku perhatikan wajahnya.  Matanya.  Bibirnya.  Anak rambutnya yang terjulur keluar dari anak tudung. Comel.  Adakah kerana kecomelannya yang menyebabkan dia diperlakukan begitu?  Aku terus memikirkan sambil mendengar ceritanya. 

***

Bukan wajah faktor utama.  Tetapi sikap dan pendidikan yang diterima dari rumah menjadi asbab utama.  Begitulah yang dapat aku simpulkan.  Aku selalu terimbas zaman kanak-kanakku suatu waktu dulu.  Wajah apapun parasnya mungkin sekadar sampingan. 

"Mama rasa kamu ni manja.  Kamu bongsu kan.  Jarak dengan abang dan kakak 6 orang di atas kamu jauh."  Abangnya yang kedua bongsu pun sudah 20an.  Patut la dia nampak sangat manja dan keanak-anakan.  Aku sendiri selalu keliru dengan usianya.

Sebenarnya ke mana pun dia akan pergi, selagi dia tiada jati diri, insyaAllah hal yang sama akan berulang.  Melainkan kelompok baru itu pun sama kategori dengannya; manja, keanak-anakan, muda dari usia dan kurang tegas.  Nikah sok, dapat suami beriman yang penyayang dan pandai membimbing isteri alhamdulillah.  Andaikata jatuh ke kaki bengkeng dan solat pun tenggelam timbul, naya. 

Ke situ pulak fikiran aku. 

"Mama rasa kamu kurang tegas.  Bila orang suruh, kamu buat je.  Dah kamu pun pelupa, khidmat kamu pun kamu sangkut.  So orang ada point nak kenakan kamu.  Cuba kamu konstant dengan khidmat kamu.  Tau apa kamu perlu buat.  Biar orang lain melepak ke borak ke, janji kamu teruskan tugas kamu.  Tu tanda kamu tegas.  Kamu tengok Siti Hajar.  Mama rasa tak ada orang berani buli dia.  Yang kecik pun sama.  Bandingkan Fiqah dan Armel.  Fiqah pernah dibuli basuh baju.  Tapi Armel pulak, orang asyik cerita kegarangan dia je hehehe ..."

Syawiena tunduk membelek jarinya.  Aku pula mendongak memerhatikan tangki air hitam yang baru dinaikkan ke atas tapak besi tinggi.  'Jangan ada yang main panjat-panjat tiang besi ni sudah,' fikirku terasa lucu.  Budak-budak perempuan ni boleh tahan juga lasaknya.  Entah apa-apa je dibuatnya nanti.

"Saya rasa pun macam tu la mama ..."

"So ..."  aku mahu menyudahkan bicara.  Baju basah anak bongsu yang dihulurkannya dari dalam bilik mandi masih menitik-nitik.   Aku mahu masuk memandangkan Maghrib kian menjelma.  Lagi lama berdiri di luar ni, risiko terhalang masuk makin besar.  "Tunjukkan sikap tegas.  Kalau tugas awak, awak buat.  Kalau bukan tugas awak, melainkan awak nak tolong tu lain cerita.  Ok."

Saat aku menulis ini tiba-tiba terbayang buah papaya benyek.  Terngiang-ngiang suara Syawiena yang lemak manja halus leweh berkata, "Ala yela yela nanti kita tolong awak la ... jangan la majuk ... yela yela kita buat la ni hek hek hek ..." 

Bukan senang nak belajar jadi tegas.  Tapi kalau tak nak dibuli keadaan, sama ada kita buli balik atau kita pertahankan hak kita sahaja.  Aku tak usik kau, kau jangan usik aku okeh. 

Perkataan TEGAS pernah masuk senarai sikap yang aku mahu berada pada diri aku sendiri.  Terimbas zaman remaja yang penuh gelora. 


Wednesday, September 3, 2014

Aduhhh duh duh duh ...

Rasa simpati menyerap perlahan-lahan di sanubari.  Syawiena (bukan nama sebenar) tersedu-sedu, airmata jernih menitis terus ke pipi mulus.  Beberapa ketika dia bercakap di telefon tadi, aku yang sedang mencuci bekas makanan di sinki mula mendengar dia menahan esak.

Aduhhhh .... saat ini aku pula diserang rasa bersalah.  Teringat sejak akhir-akhir ini hampir setiap hari aku akan mengingatkan dia supaya memberi Mimi makan.  Kadangkala aku pesankan pada pelajar khidmat taam yang datang mengambil makanan apabila terpandangkan kucing betina bulu panjang coklat hitam itu menguja mahu masuk ke dapur.

Hairan.  Pelajar baru datang bersama kucingnya, meminta izin tinggal bersama di madrasah dengan alasan tiada sesiapa nak jaga bagi makan kat rumah.  Aku cukup hairan.  Mujur Mimi perangainya baik, sopan dan pendiam.  Tetapi ada juga dia memanjat meja dan mencuri ikan di sinki.  Sudah dua kali dia beranak di sini.  Itu semua menjadi asbab untuk mengklasifikasikan Syawiena ke dalam kelompok gadis yang keanak-anakan dan manja.  Anak bongsu dan cantik pulak tu.  

"Syawiena , dah beri Mimi makan?"  dia geleng kepala sambil menyuap nasi ke mulut.  Dia menoleh memandang aku yang sedang tegak berdiri memerhatikannya dengan muka serius.  Matanya jernih sahaja dan wajahnya tenang seperti tidak terkesan apa-apa.  Aku nampak Jingga anak Mimi mengambil tulang ayam dari talam yang sudah kosong, ditinggalkan untuk dikutip dan dicuci pelajar khidmat mencuci.  "Lain kali bagi kucing makan dulu, barulah dia tak mengacau time kamu makan.  Tengok tu!"  ujar aku masih garang.

Syawiena mengangguk-angguk perlahan.  Dia memang acapkali terlupa.

"Mama, saya sedar kekurangan saya."  Dia teresak-esak semula.  Kata-katanya terputus-putus dek esak tangis.  Bulu matanya yang panjang lentik basah dek airmata yang turun laju ke pipi.  "Diorang buat saya macam saya ni 5 tahun dan diorang sudah 20 tahun."  Dia terhenti sejenak.  Airmata semakin lebat membasahi wajah yang mulus.  "Saya tak tau nak cerita kat sapa.  Keluarga saya semua buat tak kisah je.  Cuti raya hari tu saya cerita kat sepupu saya."  Dia kembali teresak-esak.

"Awak cerita apa?"  aku bertanya musykil

"Saya cerita la pasal ni semua.  Pasal kawan-kawan.  Pasal pelajaran.  Pasal ... macam-macam."  Ya, dia mencari seseorang untuk meluahkan perasaan yang terpendam.  "Lepas tu dia ajak saya belajar alimah kat sana.  Tapi saya tak nak mak saya fikir macam-macam, saya kata tak pe la tak nak.  Saya tak bagitau mak pun."

Aku diam mendengar.  Ya, aku dengar sungguh-sungguh.  Aku memikirkan halnya.  Simpati pun memuncak-muncak di seluruh jiwa.  Rasa bersalah juga menerpa, seperti tangan yang muncul menampar muka.  Syawiena , yang sentiasa tersenyum dan pandai menyembunyikan rasa.  Kelembutannya selalu disamaertikan dengan kelemahan.  Kejujurannya disamakan dengan mengadu domba dan khianat.

Aduhhhhhh ...

"Tak mengapa, menangislah saja.  Lepas ni cuci muka dan berwuduk.  Kalau rasa tak mampu bawa, bincang dengan ustazah.  Pasal pelawaan ke Terengganu tu, tak mesti di sana lebih baik dan kurang cabaran.  Nanti kamu ulang-alik, kamu akan berpapasan dengan orang lelaki. Itu boleh saja jadi satu ujian untuk kamu."  Aku cuba membayang-bayangkan kemungkinan baru kepadanya.  "Apa-apapun, nanti kalau rasa berat nak buat keputusan, istikharohlah.  Minta keputusan dari Allah."

Dia mengangguk perlahan.  "Mama jangan cerita kat sesiapa ye."  Pesannya dari awal.

Bahunya kupaut dan usap perlahan.  Aduhaiiii ... Sungguh tak kusangka sebegini terkesannya dia dengan suasana.  Sungguh aku tak menduga!!!  Benarlah kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Di sebalik raut wajah yang tenang indah ini, ada satu bebanan yang sangat berat tidak dapat ditanggungnya.  

Aku terpandang mata Siti Hajar (bukan nama sebenar) meninjau dari balik langsir ruang belajar.  Matanya memberi isyarat, 'Nape tu mama?'  Aku cepat-cepat fokus semula kepada gadis yang sedang menangis tersedu-sedu. 

* Wahai para ibu, khabarkanlah pada putera-puterimu, bahawa di mana pun berada, Allah sahajalah sahabat dan Pemelihara.  Ibu dan ayah, hadir hanya sementara.  Perpisahan pasti akan menjelma.  Berikanlah hati sepenuh jiwa kepada DIA semata.  Dia yang Maha Mencintai, sentiasa mendengar keluh kesah jiwa yang derita.  Kasihan pada anak-anak yang baru menjenguk dunia.  Mereka pusing dengan kerenah sekeliling.  Inilah perjuangan dan jihad kita.  Mendidik anak-anak mencintai Yang Esa.  Di mana pun berada, hanya Allah sebaik-baik Teman dan Pemelihara.  Selainnya sementara semata-mata.

Syawiena , maafkan mama.

***

Last time, pelajar bermasalah yang pernah beberapa kali kerasukan ini mengadu, "Mama, abah saya bukan sayang saya pun.  Dia sayang kat mama baru saya je."

Aikk ... tetiba je.

"Mana ada ... mana ada bapak tak sayang anak.  Awak je buruk sangka.  Tak baik tau!  Nanti sangkaan awak jadi kenyataan, camana?"  Aku harap dapat menakutkan dia sedikit dan menukar buruk sangkanya tu kepada sangkaan yang lebih baik.

"Iye la mama.  Abah saya tak sayang kat saya.  Bla bla bla ..."  Macam-macam la contoh dan bukti yang diajukannya, yang aku dengar sambil lewa je.

Aku sempat ziarah raya ke rumah mama barunya tempohari.  Kira kenal juga la seorang dua ahli keluarganya.  Ok je.

Di wassap, aku sampaikan kata-katanya kepada mama baru.  'Semua ok je.  Cuma dia kata abah tak sayang kat dia.  Saya pun ... bla bla ba ...'  menjawab pertanyaan khabar dari mama baru.  Dia mengadu kena kudis gatal-gatal.

Khabar kat dia, abah dia sibuk sangat.

Ok, don wory kak.  

Selang beberapa hari, aku menerima pesanan meminta dia bersiap, sebab abahnya nak datang bawa ke klinik. 

"Mama...awat la mama habaq kat mama baru saya pasal tu?"

"Pasal tu apa?"

"Pasal saya kata abah tak sayang saya tu la ..."

"Eh kena la habaq.  Kalo tak habaq camana depa nak tau awak rasa hat tu.  Betoi tak?  Haa tengok, cepat-cepat abah awak datang bawak gi klinik."

Demi untuk kebaikan semata-mata.  Beruntunglah pelajar yang memiliki ibubapa prihatin kepada perasaan anak-anak.

Semenjak itu dia tidak lagi mengadu abah tak sayang saya.  Kini timbul azam baru nak khatam segera pulak. Isu nak kawin cepat pun macam dah lupa je.  Hihihi ... hai macam-macam.

* INsan selalu rasa terpinggir di tengah keriuhan.  Hanya kesibukan yang membuatkan rasa leka.  Tetapi mudah benar manusia rasa kurang kasih dan sayang.  Kurang diperhatikan.  Kurang diendahkan.  Apakah hakikat kasih dan sayang?

Hanya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.  Dapatkan kasih sayang cinta Allah.  Yang mencintai akan dicintai.  Letakkan kasih sayang dan cinta pada yang berhak.  Kasih 1 persen di dunia sentiasa jadi rebutan dan dambaan.  Jiwa muda yang rapuh memang tercari-cari belaian kasih.

Indahnya dapat berkasih sayang.

"Siapa khidmat hantar pada ustazah?"
  "Auni dan Hanessa, tapi diorang tak sihat."
"Haah!  Hanessa tak sihat?  Kenapa?"  Anak bongsuku tak sihat?  Pelik.
  "Tak tau."  Ketua Pelajar angkat bahu.  
"Mana Auni.  Hantar makanan ustazah.  Pagi-pagi ni exercise sikit.  Biar kebah demam tu."
  "Ma, diorang kata Auni mandi."
"Haah!  Demam tapi mandi?"

"Ok cepat sikit.  Buat untuk ustazah dulu.  Ok susun roti ni cepat.  Zakiah, susun timun.  Cepat sikit."  Sambil sapu mayonis campur sos cili, sambil mulut macam bertih digoreng. 

Ada pula yang sudah memegang di tangan.  "Siapa suruh pegang tu?  Untuk ustazah dulu."  

Cepat-cepat sandwich telur goreng mata lembu diletak semula. 

Auni muncul dari bilik air.  Mukanya pucat.  "Mama, ustazah suruh mandi."  katanya lemah.

Alamak.  Terasa laser mulut sendiri.  Tadi nampak kelibat lalu di sisi tapi aku tak perasan sangat siapakah dia.  Mungkinkah ustazah sementara yang bakal ke Yaman mengikut suaminya tu yang datang ke dapur?  Aku cuma nampak belakangnya saja, itupun semasa mendongak sekejap melihat pelajar yang memulangkan sandwich ke talam. 

Hati mula rasa kurang enak.

Tentu Ustazah S yang baru menjadi pengantin baru tiga minggu lepas mendengar suara aku yang becok semasa bantu pelajar taam menyiapkan sandwich tadi.  Masalahnya mudah, aku masih lupa ada ustazah baru yang berehat di bilik guru.  Selama ni mudirah dan ustazah F akan balik ke rumah semasa rehat.  Ustazah S pula dihantar suaminya setiap pagi dan balik tengahari, datang semula waktu petang untuk mengisi kelas akhir untuknya.  Sela masa sebelum kelas bermula, Ustazah S akan berehat di bilik guru yang juga pejabat itu.  Dia baru dua hari berkhidmat. 

Aiseymen.

Ustazah S, dan ustazah N yang baru datang dari Bangladesh tentu melimpah simpati kepada pelajar yang kurang sihat.  Pelajar yang begini, sudah difahami corak dan alunannya oleh kami; aku, mudirah dan pelajar lain.  Bukan tidak simpati, melihat wajah yang monyok redup tiada seri tidak ceria begitu. 

Balik sini je sakit.  Sakit je balik sini.  Ada pula yang time kelas je sakit. Sakit je mesti time kelas nak bermula.  Sebelum tu elok je gelak riang gumbira.  Simptom apakah itu?  Jin apakah yang menganggu agaknya???

Semoga Allah bagi faham kami semua, memberi kesembuhan dan memilih kami untuk membantu ugamaNya.  Aameeen.  InsyaAllah.

***

Semua ni salah aku sebab tak jalankan tanggungjawab dan tugas dengan sempurna dan baik.  Sepatutnya buat spotcheck setiap pagi jam 9 dan petang jam 7.  Tapi aku lupakan jadual yang aku buat sendiri.  Ketua pelajar kata dia tertunggu-tunggu aku datang, tanpa cuba mengingatkan aku pun.  Nampaknya waktu malam pun kena operasi jugak...  menghendap pelajar yang tidak berada di tempat tidur pada waktu yang ditetapkan.  Apa pun alasan yang mereka beri nanti, operasi mesti dijalankan jugak.  Hanya beberapa nama yang naik.  Beberapa nama, dan satu nama yang sentiasa pandai beri alasan tersendiri.  Satu nama yang pernah menjadi pelajar paling bermasalah buat seketika, kini menjadi Penolong Ketua Pelajar pula.  Tetapi ...

***

Mama, saya target tahun depan khatam.  Sekarang saya nak hafal 5-6 muka surat sehari.  Lepas tu saya nak buat alimah.

Wah hebatnya awak.

Tapi mama, diorang suka perli-perli.

Jangan samakan perli dengan cabaran.  Diorang cakap apa?

Bila saya kata saya target 5-6 muka surat, diorang kata boleh ke hafal? Macam tak boleh je.  Tak mungkin boleh tu ...

Itu cabaran bukan perli.  Buat tak dengar sudah.  Teruskan je hafalan tu.  InsyaAllah boleh.

Tapi saya geram la mama.  Dia gigit bibir dan mendongak memandang atas, geram sangat nampaknya.

Ah sudahlah.  Perdulikan je. 

Diorang macam jeles.

Kalau awak dok fikir hal diorang, tak de sudahnya.  Dah gi balik. 

Aku buat tak layan saja.  Kadang-kadang terfikir, sesuatu masalah pada manusia lain, bukan menjadi masalah pada manusia yang lain.  Kadang-kadang benar masalah itu bukanlah masalah berat pun.  Hanya kerana sikap, pemikiran, banyak faktor lain, dan sebenarnya tanda Allah sayang dengan beri ujian, ia menjadi beban.  Sikap tidak melayan diharapkan akan membuatkan masalah itu kelihatan kecil dan akhirnya tidak lagi mengesankan, melainkan untuk menambah kematangan dan menjadi manusia bersyukur kepada Allah.

Apa masalah yang paling serius?  Masalah iman.  Masalah ugama.  Bagaimana supaya semua dapat menyebut kalimah tauhid dan mengEsakan Allah.  Kita dijadikan untuk akhirat.  Tempat kita bukan di sini.  Kita hanya pengembara yang tidak memiliki apa-apa.  Semuanya milik Allah.  Rasulullah SAW adalah ikutan dan al-Quran serta sunnah adalah panduan.

Semoga dia yang pernah menjadi pelajar paling bermasalah akan menjadi pelajar paling cemerlang di sini dan di madrasah kehidupan, menjadi asbab hidayat seluruh alam.  InsyaAllah aameeen.

* semakin aku mengerti, mengapa aku singgah di simpang ini.


Dia pencetus gelombang roti cheese.  Tiba-tiba, setiap hari pelajar mengirim roti cheese. 

"Mamaaaa ooo mamaaaaa ... mama keluar tak hari ni?  Kalau keluar nak kirim roti cheeseeeee ..."

Ketika aku merungutkan hal ni pada mudirah, beliau turut mengiyakan gelombang roti cheese yang tiba-tiba meledak macam tsunami ini.  "Haah la kak, dorang asyik kirim roti cheese je kat saya," macam biasa sambil tersenyum simpul.

Suami pun kehairanan.  "Apa yang sedap nooo roti cheese tu?"

Aku belek roti cheese untuk mencari rahsia.  Ia hanya roti biasa dan ditaburi cheese yang dibuat dari sawit.  Begitulah yang tertera pada peketnya.  Berharga RM 2. 

Aku tarik nafas dalam-dalam.  "Bang, ayang dah buat keputusan.  Ayang nak periuk serba guna tu la."  Suami terus ambik bantal dan tutup muka, membekukan diri.  Hampehh ... kata suruh pilih hadiah hari lahir antara bread maker, periuk serba guna dan sterika wap.  Suami menjenguk muka dari balik bantal.  Tersengih-sengih nakal. 

"Kalau ramai suka roti, beli bread maker je le.  Periuk tu boleh buat roti gak ke?" suami bertanya.  Aku rasa tak boleh kot.  Abih tu? 

"Tiga-tiga nak boleh?"  Hahaha pertanyaan yang berlalu begitu saja.  Sudah tiga hari berlalu dari tarikh lahir.  Sampai saat ini semua pun belum dapat lagi.   Tak kisah la ... Allah janji dapat, pasti dapat lambat atau cepat.  Musykil juga, dah dapat nanti pakai semaksima mungkin ke ... So lebih baik ontok-ontok dan rileks saja.

***

Dia yang jadi pencetus roti cheese merengek.  "Mama, baby nak 10.  Kan baby dah kirim."

Entah bila, mungkin sebenarnya dia kirim pada abahnya bukan pada aku.  Memang aku beli lebih dari yang dikirim pelajar, borong hampir 40 peket semalam.  Tentunya ada stok untuk dia yang comel manja ni juga.   Dia segera mengambil beg plastik roti cheese, memeluk di pangkuan.  Semua yang berkirim sudah dapat bahagian masing-masing.

"Dik, mama nak jugak.  Abah pun ..." kata aku sambil memerhatikan dia memeluk beg plastik penuh dengan roti cheese.

Dia senyum manis sambil gelak kecil.  Kemudian matanya kembali memerhatikan tablet aku di tangannya.  Beg plastik roti cheese tak lekang.  Aku leka melayan pelajar yang sama saja, merengek nak roti ... roti ... roti ...  Ada pula yang tak berkirim tapi mahu membeli roti cheese juga.  Hmm ... ok insyaAllah ada lebih, kejap ye.

Aku menoleh ke meja makan tempat si dia duduk membelek tablet aku.  Eh, dah hilang! 

"Mana pulak Hanessa ni?"

"Dia dah gi madrasah, mama ..."  sahut Aisyah bermata coklat hazel.

Hmm ... beg plastik roti cheese pun tak kelihatan di mana-mana.  Aku mula tergelak-gelak.  Haihh ... Tiba-tiba dia muncul entah dari mana. 

"Dik, roti cheese mana?  Jual la satu dua.  Sian kak Aisyah."  kata aku memujuk sambil senyum lebar.  Lucu.

Serta-merta dia tertawa lantas menuju meja beralas kain biru nila labuh sampai lantai, menyingkap alas meja biru itu.  "Kat sini la mama ..."  jawabnya tergelak-gelak. 

Hahaha .. main sorok-sorok ye.  Ok takpe.  Aku ambil dua roti cheese dan hulurkan kepada pelajar.  Mereka berlalu dengan muka puas.  Ada dua orang lagi yang menebeng sambil pegang wang kertas di tangan. Merengek mahu roti.  Hmm ... aku kira roti vanilla dan roti jagung yang ada.  Cukup la seperti yang diminta.  Tetapi tiba-tiba mahu roti cheese jugak.  Haihh ...

Aku memerhatikan Hanessa, sudah lesap sekali lagi.  

Aku pun menuju ke meja biru nila sekali lagi, singkap kain dan ... eh kosong!  Mana pi beg plastik roti cheese tu?  Aku gelak-gelak lucu.  Dia dah sorok tempat lain pulak.  Tak pe tak pe aku akan cari.  Mana je dia letak tu, insyaAllah dapat aku jumpa.  Rumah comel je kan ... tak banyak tempat nak sorok pun.

"Kejap ea, mama cari roti cheese tu."  kata aku lalu masuk ke dalam rumah.  Pencarian bermula.

Aku biarkan instict berkembang bebas.  Berdiri di bilik tidur aku, tidak mungkin di sini.  Menuju ruang tamu, hmm juga tidak mungkin.  Aku tinjau bawah katil bujang, barang lain yang dijumpa.  Tiba-tiba teringat almari pakaian dia.  Aku tergelak, mesti jumpa ni!  Pintu almari dibuka dan aku singkap pakaian yang tergantung, buka laci dan ... hmm tak ada pulak.  Mana yer?

Aku melangkah menuju dapur.  Tetapi tiba-tiba instict yang terus berkembang bebas memberi isyarat.  Cuba buka laci kecil di bawah tutupan mesin jahit.  Aku pun tunduk dan buka laci kedua.  Yang ada hanyalah sejengkal gambar-gambar sensored milik aku ketika zaman gedik remaja dulu.  Juga majalah mastika yang aku sorokkan di mana sahaja yang aku suka.  Suami peminat majalah mastika tetapi aku tidak.  Dan aku tidak benarkan anak-anak membacanya.  Maaf la ...

Aku buka laci pertama.  Jeng jeng jeng ... di situ rupanya tempat persembunyian roti cheese yang didamba.  Hahaha .. riang hati bertemu apa yang dicari.  Aku ambil dua peket dan tutup semula.  Dalam hati tertanya-tanya juga, adakah anak bongsu yang nakal ni akan perasan roti cheese sudah luak beberapa peket?


Tuesday, September 2, 2014

"MAMA pesan setiap orang pilih satu nama yang disukai.  Mama nak guna dalam novel RUMAH PINK DI LORONG ABU tu nanti.  Mama nak kejap lagi.  Sapa yang nak masuk novel mama, cari nama cepat. Nanti tulis dalam kertas ni.  Jap lagi kakak nak hantar."

***

"Mama, novel tu dah siap ke?"

"Lom, masih dalam proses cetakan lagi."

Mama tunjuk gambar kulit buku.  Tajuknya Seharum Doa Bonda.

"Ni ke novel tu mama?" 

"Yer, ni la novelnya."

"Cantiknya mama ..."  member sebelah menyampuk.  Dia memang suka memuji.  Semua indah belaka pada matanya.

"Ni novel RUMAH PINK DI LORONG ABU tu mama?" 

Mama buat muka poyo.  "Apa pulak!  Dah tentu tajuknya Seharum Doa Bonda."

Dia tertawa-tawa manis.  "Ohh ingatkan dah siap."

Mama pandang geram.  "Mama baru je suruh kamu cari nama tadi.  Takkan dah siap?!!"

Hehehe ... dia makin lebar tergelak.

***

"Mama!  Nak jumpa jap."  Dia beri isyarat.  "Penting ni mama!"

Mama langkah laju.  Burqa hitam lining biru torquise mama berkibar-kibar ditiup angin.  "Orang tu nak pasang kipas ye?"  tanya mama. 

"Haah lebih baik mama cepat.  Karang semua kecoh.  Faham-faham je la mama ..."

"Siapa yang kecoh tu?  Cer citer!  Mama nak tau namanya."

"Err takpe la mama, kendian kan boleh ..."

Selepas balik dari bertemu kontraktor yang mahu memasang dua kipas dinding, dia mengejar mama yang berjalan laju.  "Mama ni ... kejap la. Saya nak bagi nama ni."

"Wahh dah siap?"  tanya mama.  Mata mama meneliti setiap baris nama sambil menyebut satu persatu.  "Canggih-canggih nama yang dipilih." 

"Tapi nama saya belum, mama.  Mama letak le apa-apa je."

Mama jengil mata.  "Kamu sendiri tak ada nama lagi???  Pergi cari nama cepat."

"Ok ok mama ... Bila mama nak ni?"

"Secepat mungkin."  Nampak benar mama begitu teruja nak menulis manuskrip RUMAH PINK DI LORONG ABU.

Momentum sedang memuncak.

RUMAH PINK DI LORONG ABU

RUMAH PINK DI LORONG ABU??? Dah kenapa mama ni ea???

Berkerut-kerut dahinya mencari penjelasan.  "Kenapa Lorong Abu pulak?  Bukan Lorong Abu Bakar ke?" tanyanya tidak puas hati. Novel tebal lebih 200 muka surat oleh penerbitan terkenal itu dibelek-belek depan belakang.

"Alaa ok je.  Mungkin tak cukup ruang kot kalau letak semua, kita baik sangka je dah ..."  sahut kawannya di sebelah.


novel sulung





INILAH GAMBAR KULIT BUKU NOVEL SULUNGKU.  ALHAMDULILLAH AKHIRNYA BAKAL TERBIT JUA.  SAAT INI MASIH DALAM PROSES PERCETAKAN.  IA LAMBAT MUNCUL DENGAN BEBERAPA KEKANGAN DI PIHAK ITBM.  NAMUN AKU YAKIN PASTI ADA HIKMAH YANG TIDAK DIKETAHUI.  SEMOGA MENJADI ASBAB HIDAYAT SELURUH ALAM. 

IA ADALAH GAMBARAN SEORANG AKU
MALU-MALU TETAPI ADA SESUATU
TIDAK PERLU PROMOSI TERLALU
HANYA YANG MENCARI AKAN BERTEMU ...

Seolah-olah turut mahu meraikan hari lahirku
yang kelmarin berlalu


Semoga Allah memudahkan semua urusanku, juga anda semua
hingga mencapai matlamat yang dihajati
insyaAllah
aameen.
Jemput makang!  Aku makan roti sardin.  Diorang makan nasi goreng.

      Di waktu hening malam
          Di waktu sepi sebarang bunyi
              Di waktu manusia di alam mimpi
                   Embun pagi membasahi bumi

Sambil berhibur dengan halwa telinga, aku pun menulis di sini.

Tok tok tok.  "Yanggg..!"  suami memanggil dari pintu hijau yang diorang kata sebenarnya biru.

"Jap jap!"  sahut aku yang tengah meeting tingkap dengan si gebu.  "Dah pi balik nanti continue ..."

Si gebu yang setengah jalan mengadu tangan kanan sakit dari bahu, sakit tiba-tiba semasa kelas malam tadi, dan setengah jalan aku urut-urut main-main, tersengih hampa.  Aku cepat-cepat tutup tingkap dan berlari ke pintu biru hijau.

Ambil kepala tukul besi sedang yang dah patah tangkai dan ketuk engsel ketat.  Sebaik pintu terbukak, terjongol lelaki agak gelap berbaju merah.  Terkejut, buat-buat terkejut. Laki den rupo eh ... hehehe saja je.

"Nah, abang saja je beli roti sardin ni untuk ayang," kata suami dengan wajah jernih.  Terasa dikasihi sungguh.

"Huhh mintak tahun lepas, baru hari ni dapat!"  aku buat-buat kelat.  Sebenarnya tak de mintak pun.  Cuma pura-pura ingatkan dia beli roti sardin untuk aku time beli sarapan pelajar ada la ... ingat dia kan hal tu rupanya ... sayang la tu maknanya kankan ...

"Ehh nasib baik beli hari ni, kalau beli tahun depan camana?"

Hahaha ... aku pun gelak gembira dengan gurauan suami lalu spontan aku buat-buat nak tendang dia dengan kaki kanan.  Tak kena pong ... Spontan je ... kalau mak nampak kena sound direct ni.  Bini pun jenis spontan rupanya keh keh keh ... 

Suami pun berlalu ke tapak projek dengan kawannya.  Jangan si kawan tu terpandang kaki aku nak menendang udah.  Mana aku tau ada kawan dia tengah tunggu kat luar sanun.  Tapi kalau nampak pun tak pe, dia faham kami laki bini memang kasar bergurau.  Macam harimau dengan singa.  Eh lupa pulak nak say jazakallah ...

Jom flash back jap.  Dari mula-mula aku picit loceng panggil pelajar khidmat taam ambil makanan.

Lepas picit loceng, ada suara menyahut.  Tandanya sudah mampir pelajar khidmat.  Aku pun bukak tingkap.  Sahih, anak bongsu sedang menunggu.  Dia khidmat taam ambil makanan.  Aku pun pesan bla bla bla.

"Tong air mana?  Sapa khidmat tong air?" Asyik aku je kena ingatkan.  Karang tong dah kering baru terhegeh-hegeh nak datang tukar tong.

Tiba-tiba Alya yang tengah menyapu menegur aku.  "Comelnya mama.  Macam kucing!"  Ikhlas je pujiannya sambil tersengih comel.

Haaaaa??!!!  "Macam kucing???" tanya aku terkejut.  Apasal macam kucing pulak aku ni?

Alya bagi isyarat kat muka dia.  Ohooooooo kih kih kih amenda la Alya ni ...

Hari ni diorang tak sebut apa-apa lagi dah.  Tapi sejak kelmarin lepas sorang, sorang asyik tanya soalan yang sama je.  "Mama pakai apa kat muka?"  Sibuk sangat la ...

"Mama pakai bedak nasila la ..."  Tapi aku pakai tu bertepek-tepek kat pipi semua.  Tak de pakai bagi lawa pun, sebab kelawaan tu memang terserlah je walaupun bedak main tepek kat pipi.

Tiga pelajar masih lagi bersidai kat tingkap suruh aku melayan mereka berborak.
 
"Saya tak nak masuk alimah.  Saya nak masuk tabligh je." kata Hanisah lurus. 

Ler, yang penting ilmu.  Tabligh tu menyampaikan.  Apa yang nak disampaikan kalau tak ada ilmu?  Ilmu nak dapat kat mana?  Aku tanya balik.  Bagi jentikan, semoga Allah bagi faham.  Haihh budak-budak sungguh. 

Ruqoiyah pulak bercerita pasal kakak angkat yang datang ziarah semasa hari raya hari tu.  Belum expired lagi cerita dia ni.  Suka flash back.

Anis pulak tanya kalau dia boleh datang masa khatam Bukhori di madrasah Huril.  "Kak Huril sekarang tahun 4 kan.  Tahun depan dia khatam.  Pelajar lama boleh datang tak mama?  Ada makan-makan kan?"

Lerr tanya mama buat apa.  Tanya la ustazah sana.

Kekadang bahkan selalu aku diajukan soalan-soalan pelik yang tak sepatutnya aku jawab, tapi aku tolong jawabkan juga.  Supaya tak dipersalahkan kemudian hari, jawapan mesti dilapik dengan sedikit hujah mudah.  "Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.  So jawapan mama ni tak sentiasa benar.  Yang benar lagi sahih sampai bila-bila hanyalah kata-kata Allah dan sabda Rasulullah SAW."  Selamat dah.  InsyaAllah.

"Okeh okeh dah masuk masuk ... sarapan."  Aku menghalau semua masuk ke RUMAH PINK.  Karang lambat makan, lambat siap, jadual lari diorang jugak yang terkejar-kejar.  Tiba-tiba nampak anak Incik Hanafi.  Aku cepat-cepat melambai dia suruh mampir.  Dia cuma nak sound yang menebeng kat tingkap aku je suruh masuk makan.  Wahh cerah muka dia bila tengok lambaian aku.  Laju menapak mendekat.

"Heh kamu uzur kan?  Temankan Cik Intan gi soping nak?"  Belum habis bercakap dia dah offer diri dengan senyum sampai telinga.  Matanya jernih berkilau-kilau, seronok la tu.  Hahaha dah agak dah.  Bukan pernah pun buat tawaran macam ni.  Sejak semalam tiba-tiba muncul idea lama yang selalu terlupa ni.  Sebab setiap kali menyusur lorong demi lorong di pasaraya berseorangan, aku rasa malu dan segan.  Tak suka pun ada.  Dah la nak bukak plastik susah sebab jari kering.  Kalau hujung minggu boleh la angkut anak bongsu buat teman.  Dia tukang bukak plastik, mudah je sebab jari dia lembap.  Kalau terpaksa keluar time hari pengajian Isnin -Jumaat wajiblah berseorangan.  Aku agak lepas ni sesiapa yang uzur akan berdoa sambil ternanti-nanti 'mama ajak teman gi soping'.

"Tapi ni rahsia kita berdua je!  Jangan bagitau sesiapa pun walaupun best fren awak."  Ada amaran pulak.  Anak Incik Hanafi angguk-angguk faham. Sebab apa rahsia, sebab aku memang suka bagi surprise kat pelajar hahaha ... Tetiba je mama ajak kawan yang seorang ni ikut gi beli barang, kan kejutan tu.  Mencipta suasana kejutan memang seronok.  Kejutan jugak kalau tetiba aku kensel pergi beli barang ... kejutan yang tak seronok la tu ...  Tapi memang kena keluar sat gi.  Freezer sayur dah hampir kosong.  Cuma tak perlu beli banyak barang kering sebab semalam sudah sampai stok infaq dari seseorang.  Semoga keluarga beliau beroleh sihat dan hidayat Allah, serta mudah segala urusan mereka, aameeen. 

Inilah rahsia aku untuk mencuri hati pelajar.  Kita share rahsia yang kita berdua je tau.  Dengan anak pun sama jugak.  Kadang-kadang ia tidaklah begitu rahsia, tetapi kadang-kadang ia benar-benar rahsia besar.  "Ini rahsia kita berdua, Allah saksi.  Jangan pecah rahsia ni kat sesiapa pun walaupun abah, along, kakak, wan atok sesapa pun."  Biasanya aku cakap macam ni kepada Hidayat.  Sebab rahsia tu jadi asbab pujukan untuk dia yang asyik nak tukar madrasah dan asyik merayu nak ulang-alik rumah madrasah.  Setakat ni alhamdulillah menjadik taktik rahsia ni.  Hehe ... Akhirnya ia menjadi rahsia umum jugak.  Semua tau tapi semua pun simpan jadi rahsia antara 'kita berdua saja' ...  hehe...  Rahsia selalu mengujakan selagi ia bernama rahsia.  Tapi satu ketika ia akan ketahuan, yang pasti di Padang Mahsyar semua akan dibongkar habis-habisan.  Semoga Allah menerima taubat hambaNya dan mengampuni kita semua.  Taubat nasuha.  Mati tak tau bila-bila. Mungkin sesaat lagi ...

#berjumpalagidiJannah

My dear fren, sori mori sebab belum sempat nak bagi jawapan pada soalan u yang dah expired tu ... u nak sangat tau umur i kankankan ... 

"Sebut nama, umur, kegemaran, cita-cita.  Cakap kuat sikit, cikgu nak dengar.  Cikgu nak kenal kamu semua."  kata cikgu baru yang hensem tu.

Sampai giliran aku, "Nama saya Seharum Doa Bonda.  Umur saya 13 tahun.  Kegemaran saya membaca buku, makan, tidur dan bermain basikal.  Cita-cita saya nak jadi ... dah lupa pulak." 

Sebenarnya bukan cikgu tu yang baru, tapi aku yang baru masuk sekolah menengah tingkatan satu hehe ...






Monday, September 1, 2014

krik krik ... krik krik ...

My dear princess..
hari ni pelik sikit.  Mama terdengar bunyi cengkerik di siang hari.  Biasanya cengkerik berbunyi waktu senja.  Ni cengkerik jadi-jadian agaknya.  Atau mungkin tersesat dari alam bunian yang masih petang.  Agaknya.  Lupakan je la.

My dear princess..
Harap kamu ok je.  Jangan garang sangat la, sampai naik demam Fuza.  Yer ... sayang tu sayang la, tapi time amuk tu kena slow-slow.  Kamu cer tengok mama.  Geram tapi mama cool je, mama rasa begitulah.  Mama tengok kamu ni banyak ikut cara abah kamu.  Wajah pun anggun macam abah kalau abah pakai tudung macam kamu.   Abah kamu baru je bikin sejarah membina nama di madrasah lelaki sanun, spontan melempang anak orang.  Haishhh ... sekarang abah kamu dapat title 'gangster' pulak kat madrasah sanun tu.  Harus kita terima kenyataan, abah kamu memang jenis spontan.  So hati-hati.  Tapi mama rasa ada baiknya pelajar menyaksikan 'tragedi ngeri' tu.  Dah jadi modal mudir, kalau buat perangai nanti Cik Meon datang jenguk kamu semua.  Hehe ...   Terdiam masing-masing time tragedi tak diduga tu berlaku.  Abah pun tak sangka dia akan terpandang peristiwa tu, yang menyebabkan darahnya menyirap dan tanpa sedar dia berlari ke arah 'mangsa'nya tu.  Lempang tu hanyalah reaksi spontan abah yang terkejut.  Apapun, semoga jadi asbab kebaikan untuk semua; yang melempang, yang kena lempang dan yang menyaksikan dengan mata buntang mulut ternganga.

My dear princess..
Ni kalau mama teruskan cerita mesti kamu terlompat-lompat sambil jerit TANAK TANAKKKK ...  Hihihi ... ok takpe lain kali mama cerita la pasal maulana tu dengan detail yer.  Tak tau la apa kena dengan adik kamu yang hensem tu.  Concern pulak dia kan kamu.  Kalau berjumpa asyik nak bercakar rimau je berdua.  Maulana tu pun pandai pulak bergurau.  Bila pelajar tanya bila maulana nak kawen, dia selamba je cakap 'saya mau kawen sama kakak Hidayat.'  Pape pun mama tengok dari ekor mata, ok la hensem juga maulana Bangla ni.  Tapi adik kamu kata tak nak pulak berabang iparkan maulana.  Ermmm ... suka hati dia je kan. 

Udah udahlah ...  Kalau dah termaktub kat kitab Illahi, siapalah kita nak menukar jadualNya.  Kita hanya hamba yang menurut segala aturan dan plan Allah.  Dan mama ni temberang je kan kamu. Taknak percaya pun tak pe.  Ingat, apa yang kamu percaya akan jadi doa.  So ...

Semalam Umi F send screen captured picture anak tunggalnya.  Wahh glamer satu Malaya la mamat tu, muka masuk tv dalam interview sempena sambutan Merdeka kat Bukit Jalil.  Idaman wan kamu untuk jadi cucu menantu.  Cuma sebaya.  Tapi apa ada hal kan.  Zaman ni ramai bini lebih tua dari laki.  Setakat sebaya, tak jadi apa.  Beza tiga bulan kot, sebab masa mama bawa kamu ziarah dia yang baru lahir kat hospital Tangkak, mama pun baru habis pantang bersalinkan kamu.

Ok, mama stop dulu la yer.  Tiba-tiba teringatkan bunyi cengkerik tadi.  Kalau faham bahasa binatang, boleh la mama jawab cengkerik tu.  Mungkin kena guna hati untuk faham.  Segala instict lama harus dipadamkan dan dikosongkan, sebab ia selalu tidak tepat.  Apabila ada keraguan, instict pun jadi terpesong.  Bahkan bersalahan.

Di sini hanya medan bermain kata-kata dan temberang semata.  Seronok buat cerita merapu aka temberang ni rupanya.  Yang penting ada mesej.  Kalau tak ada mesej atau lemah nak tangkap mesej pun tak jadi hal langsung.  Dah namanya cerita temberang.  Biasanya mesejnya pun temberang jugok kih kih kih...




Apabila ada noktah.  Akan ada ayat baru.  Muncul ceritera baru.  
dalam membina ayat
harus diperhatikan kesesuaian perkataan
ketepatan untuk menyampaikan maksud
apabila dua perkataan itu serasi
akan terbinalah kisah yang indah

dua perkataan yang tiada kena mengena
hilanglah maksud yang tersirat
menjadi kesalahan bahasa
menjadi lawak semata-mata 





Pagi ni madrasah paling ceria bersama alunan qasidah menerima sarapan nasi goreng tomyam.  Selesai urusan makanan pelajar, aku pun nak merapu di sini.

Baru je melabuhkan punggung di depan laptop, telefon Samsung berbunyi.  Sapa pulak pagi-pagi dah menalipon aku ni?  Nombor tiada dalam simpanan.

"Hello, assalamualaikum."

Suara garau menjawab.  "Incik Hasmeon ada tak?  Abah ada?"

Cehh ... memang perkara biasa dah.  Bila aku jawab telefon, diorang mesti tanya abah aku.  Abah kat kampung, time ni tengah sibuk keluarkan peluh menyiram pokok bunga dia yang rimbun berwarna-warni tu.  Sorang lagi time ni rasa-rasa aku tengah ngeteh kat kedai, sebab sekarang ni dia dah stop menoreh.  Pet dia pun dah dijual, tu yang dapat topup duit gi umrah tempohari agaknya.  Sebenarnya abah mertua aku ni dah uzur tapi berlagak or perasan masih gagah hehe ... Bila tak sihat je, anak-anak suruh stop main pet dan stop jadi cikgu.  So dengan sedihnya dia jual lembu kambing dan sekarang kandang lembu kambing tu kosong jadi kenangan abah, kalau ada sesapa nak cari rumah sewa boleh la ajukan kat aku je.  FOC.  Sori offer melampau.

Abah lagi dua orang insyaAllah sedang berehat dibawah limpahan rahmat keampunan kasih sayang Allah di alam barzah, aameeen.

"Ada.  Sapa ni?"  Musykil, cari laki tapi call bini.

"Haji dot dot.  Dia ada?"

"Sekejap."  Jawab aku tegas je.  Garang je.

Aku serahkan telefon kat suami yang tengah santai atas katil.  "Haji dot dot," kata aku sambil baring sebelah suami.  Tangan aku lantas membelai-belai janggut perang hitamnya sambil pasang telinga.  Apa urusan Haji dot dot? Tak pernah telefon melainkan masa nak mulakan operasi RUMAH PINK pertengahan tahun lepas ...

Seterusnya, sensored.

Biasa macam tu la ... kalau perempuan yang pertama kali call pun macam tu.  "Mak ada?  Nak cakap dengan mak."  Tanya mak aku pulok.  Mak yang mana satu?

"Saya le maknya ni ..."

"Eh eh ingatkan anak daranya kah kah kah ..."  gelak kantoi.

Yeler, nak buat macamana.  Sebab tu aku kena jadi garang selalu.  Jangan bagi air liur meleleh.  Sudah anugerah Allah begini, pakej awet muda.  Suara pun muda keh keh keh ... Mesti sentiasa bersyukur, dan Allah tambahkan lagi  nikmatNya.  Alhamdulillah.  Sila usah jelez or rasa nak muntah.  Tapi sila jeles maut kalau aku baca quran atau infaq semua harta aku di jalan Allah.  Nak muntah?  Datang depan aku senang aku tadahkan bekas.  Muntah dari jauh, tak berbaloi. Aku tak nampak dan tak tau betapa teruknya rasa nak muntah tu hahaha ...

Err ni nombor tepon aku ~ 019-4388798 tapi eloklah usah telefon.

Ok,sebenarnya nak cerita lain tapi temberang lain pulak yang keluar.

#semuahanyatemberangsematausahpercaya

Yang benar dari Allah
Yang baik dari Allah
selain itu kesilapan dan kelemahan aku jua.






Saturday, August 30, 2014

Rasa lemah nak menulis bab ni.  Bab rasa janggal dan 'tersendiri' (la konon) di tempat baru dan kenalan baru yang belum dimesrai.  Masih terbawa-bawa dengan sikap senyap lebih memerhati sambil karang-ayat-to publish in blog dalam hati.  Jauh beza dengan mak yang selamba akan bawa topik melalui soalan atau bangkitkan isu melalui perbualan.  Mak kan peramah banget!  Aku tak dapat tiru selalu sikap yang ini.  Semasa ikut rombongan tengok perarakan kereta berhias di Muar, aku berbual dengan seorang pakcik.  Kena marah pulak dengan mak sebab ramah sangat, masih sekolah rendah masa tu.  Menyampuk perbualan driver dengan penumpang sebelah yang aku dan mak jadi penumpang di belakang, kena marah jugak sebab terlebih ramah menyampuk perbualan orang tua, masa tu masih kecik lagi.  Kecuali borak dengan driver bas apabila berdiri dekat tangga sebab bas dah padat semasa belajar di UKM, mak tak tegur sebab mak tak ada masa tu hehe ... Tapi teguran mak berbekas juga.  Aku lebih suka mendengar dan tidak monopoli perbualan.  Sesekali saja bersuara atau bertanya ala kadar bila agak-agak macam patut, apabila semua orang senyap tiba-tiba.  Lemah nak sambung bab ni.  Kita tukar cerita lain.

Malam tadi, aku belek dengan rasa sakit sedikit di hati, geram, sebab file pdf imej muka depan novel sulung yang diberi oleh editor tak dapat dibuka setelah penat menunggu download.  Laptop uzur.  Perlu diservis.  Atau beli baru?  Hehe ...  Tiba-tiba terasa nak berbincang dengan suami.  Ye, aku perlu berbincang hal ini.  Tak ada salahnya bertanya pada suami.  Takkan nak tanya orang lain pulak.  Mestilah tanya suami.  Lepas-lepas tu kalau sekadar nak minta pendapat ok la kot.  Tapi aku dah tanya Za time makan petangnya tu.  Ia hanya pertanyaan basa-basi saja.  Za kata, OK.  Ok, makasih Za :D.  Big smile for my dear Za.

"Bang, ada hal nak tanya ni."  Suami masih belek Lenovo tab.  Aku diam.  Sabar.  Beberapa detik berlalu.  Tik tik tik ... tak pe sabar sabar.  Aku renung muka suami tak berkelip sambil terus sabar.  Agaknya dia perasan atau terasa betapa aku bersabar, suami menjauhkan lenovotab dari mukanya dan menoleh memandang aku.

"Hemm ... amende?"

Aku rasa bersemangat balik nak bertanya.  "Nak tanya abang ni.  Pape kan kita kena mesyuarat kan."  Berhenti tarik nafas.  "Abang rasa ayang ada bakat menulis ke?"

"Abang rasa kau ni perasan ada bakat!"  jawabnya selamba.

"Abang cakap la betul-betul!!! Ayang ni ada bakat ke?  Penting ni.  Tolong la jawab dengan jujur dan ikhlas."

"Yer la, kau ni PERASAN ADA BAKAT."

"Abang niii ..." Takkan nak paksa pulak.  Suara aku kendur je.  Sabar sabar.

 "Yer le, dua-dua ada.  Perasan ada bakat pun ada hahahaha..."  dia gelak.  Aku mula rasa suka.  Senyum juga.

"Abanggg.."  dengan suara lanjut.  "Perasan tu perasaan.  Bakat tu anugerah Allah, tau tak?" 

"Ok la tu..."

Hmm ... "Bang, kalau ayang nak tulis manuskrip kedua, boleh tak?"  Soalan ada maksud tersirat tu.  Kalau dapat izin, maknanya faham-faham la aku akan sibuk dengan manuskrip nanti ... err ye ke?  "Err ayang nak online balik dengan sifu, boleh tak?"  Dan aku pun bla bla bla ... menjelaskan apa yang aku nak buat.  Bersekali dengan sinopsis spontan yang tiba-tiba muncul dalam kepala semasa berdoa solat Maghrib tadi.  Ia mengalir seperti air tetapi macam biasa ending je. Sinopsis yang kurang lengkap.  Permulaan dan perjalanan cerita kena fikir sendiri.  Ending sudah ada.

"Tajuknya RUMAH PINK DI JALAN ABU, amacam? Ok tak?"

Suami tergelak.  "Rumah Pink di pinggir kota." Dia membetulkan.

"Ihh tak nak la.  Tu klise.  RUMAH PINK DI LORONG ABU  laa ... lain dari yang lain."  Entah apa yang lain?

Izin sudah diperolehi.  Sokongan sudah ada.  Tinggal tindakan sahaja untuk memulakannya.  Fikiran aku merayau mencari nama penerbitan yang mungkin berminat.  Yer je ...

Aku mencapai tablet.  Buka nota.  Dan mula menulis sinopsis ending.  "Endingnya touching, tapi funny sikit."  tadi aku beritahu suami begitu.  Tiba-tiba airmata bergenang.  Sendiri sudah touching.  Aku perlukan bantuan Sifu untuk menulisnya.  20 watak kau!  Pasti aku akan selitkan setiap nama.

"Ayang akan suruh setiap orang pilih satu nama untuk novel ni."  Tertanya-tanya sendiri, selain MAMA, siapakah watak utamanya?

Friday, August 29, 2014

Aku baru je duduk di depan laptop sambil lidah mencari saki-baki nasi di celah gigi.  Pagi ni sarapan nasi goreng rencah ayam dan bawang potong serta keratan cili kering.  Asyik dikisar je bahannya, kali ni kita potong-potong la pulak.  Telinga menangkap bunyi kereta tolak jingga kat luar.  Tentu khidmat buang sampah baru balik dari buang sampah.  Meh aku ingatkan depa supaya jangan lupa cuci tong sampah aku dan tonggengkan kat depan pintu. 

"Arghhh!!!" 

"Warghhhh!!!"

Aku terkejut badak.  Anak bongsu pun terkejut sama.  Kemudian dia terkekeh-kekeh ketawa.  Aku nak bukak pintu dari dalam, dia pulak nak tarik pintu dari luar, rupanya.  Aisyah bermata coklat hazel tersenyum-senyum tumpang semangkuk gelak kami hihihi ...

"Dah, pi basuh tong mama pastu tonggengkan kat sini," cepat-cepat aku bagi arahan.  Tutup pintu dan duduk balik di sini.

Pagi Jumaat yang nyaman, damai dan agak dingin.  Yeler, bangun pagi terus mandi sunat.  Mentari pula masih malu-malu belum lagi menebarkan sinar emasnya. 

Sebelum tu tadi, Mira memanggil mahu pulangkan mug.  Tadi dia dan Hani minta air panas untuk buat air sendiri.  Haihh mama lom habis makan kamu dah pulangkan?  tanya aku hairan. Dia tersenyum-senyum.  'Mesti kamu minum sekaligus ni eh?"

"Tak la mama, dorang minum sikit sorang.  Habis cepat la."

Sian ... kata aku simpati.  "Sorry la yer ..."   Mira angguk-angguk tanda faham.  Aku terpaksa beri syarat jika mahu meminjam mug atau  apa saja barangan dapur.  Mesti pulangkan segera.  Pengalaman membuktikan manusia mudah lupa dan kerap leka. Apabila ada keperluan terpaksa pulak bertanya, meminta atau mencari sendiri.

Duduk semula.  Hani pula beri salam dan memanggil dengan suara lemak manisnya.  Pulangkan mug lagi.  "Mama, nasik goreng tu tersedap mama buat.  Nanti mama buat lagi tau.  Ma.. erm erm ... ada lebih tak?"
Hani buat muka kesian. 

"Lebih apa pulak?"

"Nasi goreng lebih la mama ... untuk saya sorang je mama ..."

***

Aku mengekori suami menuju pintu bilik.  Tak banyak selipar yang ada.  Hati tertanya-tanya.
"Perempuan ada ke tak bang?"

Suami beri isyarat menyuruh aku menunggu.  Memerhatikan selipar yang tidak tersusun rapi, aku akhirnya terpandang sepasang kasut hitam milik wanita.  Alhamdulillah, ada juga orang perempuan.  Suami menjenguk keluar, "Ada sorang, pakai niqob jugak.  Masuk le .."

Aku pun masuk terus terpandang seorang perempuan berniqob nun di hujung bilik, jauh dari pintu dan tempat lelaki duduk.  Bersalaman dan berkenalan.  Dia sudah lama mengikuti majlis zikir, 2-3 tahun.  Bahkan sudah mengambil banyak ijazah amalan dari guru. 

"Kursus ikut ke?" tanya aku.

"Ye, semuanya."

"Bolehlah merawat ni .."

"Tidak juga.  Untuk sendiri boleh la.  Saya tak minat sangat nak buat betul-betul."  Hmm ...  "Tapi sekarang dah tak de kursus dah ... sudah bertukar keperluan dan kepentingan."  (Ayat edit).

Aku termenung sejenak.  Biarlah lambat asalkan dapat.  Dapat apa yang dihajati, semoga Allah memudahkan jalan ini menjadi highway 6 lorong untuk kami.  Aameeen. 

Setiap sesuatu adalah asbab.  Natijahnya Allah jua.  Kita sendiri menjadi asbab.  Rahsianya pada Allah semata.  Aku tidak mengerti ini semua tetapi yang pasti aku sedang menempuh suatu perjalanan, seperti orang lain juga.  Dan 'sesuatu yang tidak disangka, tidak dijangka, tidak diduga' selalu berlaku.

Semoga ada lagi keizinan Allah Yang Maha Pengasih untuk kami berdua menghadirkan diri pada malam ini.  Aameeen insyaAllah. 

Ya Allah, pilihlah kami dan kasihanilah kami.  Ya Allah yang Maha Pengasihani, pilihlah kami dan kasihanilah kami.  Ya Allah yang Maha Agung Maha Mengetahui Maha Kuasa, pilihlah kami dan kasihanilah kami.  Aaameen.  Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zaljalaliwal ikram, tolonglah sampaikan hajat kami ini. Aameeen.

* Ya Allah sembuhkan bondaku di kampung.  Hidayat seluruh alam ya Allah.  Semoga hati-hati yang pecah bersatu semula.  Tutupilah keaiban kami dan tukarkanlah keburukan kami dengan kebaikan.  Ampunilah dosa-dosa kami semua.  Ajal kian hampir.  Semoga ada kesempatan untuk saling bermaafan dan berkasih-sayang.  Semoga kembali dengan tenang, dan dibangkitkan lagi dengan siraman rahmat keampunanMu, bernaung di bawah payung cintaMu.  Aameen.

Thursday, August 28, 2014

Hujan lebat.  Tak sempat nak jenguk perangkap tikus belakang jamban pelajar yang dipesan suami bila tengok aku nak ke dapur, tiba-tiba dari bunyi titik-titik di bumbung zink dapur terus bunyi air dicurah dari langit.  Jom baca doa hujan.  Selawat dulu ..

Tengah tunggu kuah dalam kuali menggelegak.  Baru je masukkan bahan-bahan perasa dan sayur.  Sambil tu aku tulis blog la yer ..

Satu hari, suami balik dari kerja.  "Yang, cik ti kirim salam."

"Camana nak jawabnya tuh?" kata aku.  Tikus besar yang masuk perangkap selamat dihantar ke belakang bangunan pejabatnya.  "Abihlah stor econsave kat situ bang!"

Suami gelak kecil.  Takde la, dia masuk hutan kecik kat belakang tu je, jawab suami.

Sian ... kata aku pulak.  Harap-harap tikus tu takde anak kecik kat tetingkat aku tu.  Kalau tak, mati kering jawabnya.  Rasa belas tu masih ada.  Sebab tu aku tak bagi suami guna pelekat tikus atau perangkap yang terus bagi mati tu.  Buat macam mak, tangkap tikus or monyet pi hantar jauh-jauh. Kalau tak hantar, bela elok-elok bagi makan je.

Sudah lama haiwan perosak ni buat kerja kat dapur, khususnya kat tetingkat kuning biru besi.  Semasa mak menyelongkar barang dan kotak, asyik jumpa kesan dia je.  Tahi tikus dan bau hancing.  Arghhh!!!  I don't like you know!

Lepas susun balik dan buang kotak yang tercemar, lepas mak balik kampung, dan aku tinggal bersendirian di rumah, suami belum balik lagi, tiba-tiba ada benda jatuh atas lantai di dapur.  Aku pasang telinga je, entah apa la yang dah jatuh.  Pagi esoknya aku tengok loyang kuih jatuh atas lantai.  Ni takde lain mesti benda tu yang punya kerja!

Dua minggu lepas suami bawak balik sebotol cecair pati serai wangi.  Sudah aku bancuh dan spray kat tetingkat tu.  Kejap je nampak la dia berlari-lari anak di palang kayu masuk dalam atap.  Tapi lepas tu masih datang lagi, kata suami cari makan kat tetingkat tu.  Apa pun syukur dia tak kacau kampit-kampit beras untuk pelajar.

Tiba-tiba pintu terbuka.  Kepala anak bongsu terjongol.  Aku bangun dan kacau bihun dalam kuali.  Dah lembut boleh angkat.  Cuma nak kena rasa garam.  Cepat-cepat aku cakap kat anak bongsu, pi jumpa abah, abah nak cium. 

Ye ker?  tanya dia macam terkejut.  Status anak bongsu memang special.  Dah umur 9 tahun masih dimanjakan, sesuai la dengan kebongsuannya.  Kata mak, masih boleh buat main.  Angkut ke IJN buat teman.  Kalau tak de dia tak syok, kata mak.  Nanti atuk melongo tak de sapa nak disakat diusik. 

Anak bongsu terus menonong masuk jumpa abah dia.  Dah berapa hari abah tak jumpa agaknya, sibuk je.  Bila aku cerita sikit-sikit pasal anak dia, timbullah rasa rindu agaknya.  "Dah lama tak cium dia," kata suami malam tadi.

Sebenarnya, aku tak nak si bongsu ni duduk kat depan laptop aku hahaha ... Nanti dia sibuk nak baca apa yang aku tulis kat sini.  Aku memang tak gemar orang sibuk mengendeng nak baca apa yang aku tulis selagi tulisan aku belum sempurna siap.  Semua anak-anak aku dah tau tapi si bongsu ni suka buat tak faham.  Kalau dah post, lain citer.  Kalau masih lum siap, pantang ada yang nak cuba baca.  Padahal sama je citernya, cuma mungkin ada edit sikit-sikit.  Suka hati aku le ...

Wednesday, August 27, 2014

"Bang, ermm ermm jom ayang belanja makan nak?"

Suami aku yang dah membungkus diri di dalam toto yang dijadikan selimut sebab sejuk dek ekon senyum kambing.  "Okeh, lagi setengah jam yer.  Nak makan kat mana?"

"Teringin keow teow basah dua inggit tu la ..."  Perut aku serta-merta berbunyi.  Apasal asyik lapar je sehari dua ni.  Mengandung ke aku?  Teringin sangat nak mengandung gamaknya sampai perasan je lebih.

Tiba kat kedai, order pun dibuat.  Sambil tunggu tu perut pun menyanyi-nyanyi.  Sabar  sabar ... sat gi datanglah hidangan yang diidam. 

Akhirnya sampailah ia ke penghadapan mata.  Alamak, ini sudah salah.  Yang tiba ialah keow teow goreng, dengan kerang bergolek-golek dicelah taugeh yang putih melepak.  Terbantut sikit selera bersama kecewa.  Tapi sudukan juga ke mulut, "Allah bagi rezeki jenis goreng ni ..."  Sedap jugok la.

Suami order mee sup.  Macam biasa lepas makan separuh tukar-tukar pinggan pulak.  Suami tarik pinggan keow teow goreng aku dan tolak mangkuk mee kuning kat aku.  Lepas tu tukar balik. Kalau ada anak-anak, pinggan round keliling meja.  Masing-masing yang order lain je yang tukar-tukar.  Biasanya Hidayat dan Hanessa order nasi ayam, sama je.  Yang berdua ni punya kami jarang usik.  Nasi ayam dah biasa, lagipun kalau tak habis kami jugak yang kena tolong habiskan.  So tak payah usik, karang mesti beredar jugak pinggan berdua ni.

Suami bangun belek petai yang disangkut di pagar jaring kedai.  Dia ambil lima ikat dan letak kat meja. 
"Murah!"  bisik suami tersenyum lebar.  Kalau kat kampung mau RM20 macam ni.  Seikat kat Terachi pun dah RM5.  Tapi kali ni cuma RM2 sahaja seikat.  Suami rasa nak borong je.  Macam la gigi dia ok semua hahaha ...

"Sebenarnya tengahari tadi ayang dah terfikir dah nak beli petai.  Tak sangka dapat plak malam ni.  Alhamdulillah.."

Suami angguk-angguk.  "Nanti doa la, tahun depan dapat pakai Alphard plak ..."

InsyaAllah aameeen.

*sesaat lagi belum tau.  lebih baik aku tulis je apa aku nak tulis.  maaf le kalau ada yang melampau hehehe ... bab cita-cita, hasrat, impian, angan-angan mana ada sukatan.  sekatannya hanya kematian dan keinsafan. 

***

Pelajar bermasalah tu dah balik petang tadi dijemput ibunya yang sibuk memanjang dengan perniagaan.  Lega rasa, itulah aku agak dirasai oleh pelajar.  Mudirah pun lega agaknya. 

Biasanya seminggu pertama balik sini, dia pasti gerenti sakit.  Sama ada sakit dibuat-buat atau sakit betul-betul, aku cuak je.  Pelajar lain pun musykil. 

Paling pelik, time kelas je dia sakit.  So, dia akan direhatkan.  Habis je waktu kelas, dia akan sembuh semula.  Semua tu dah ada dalam poket kawan-kawan dia jugak.  Auta apakah itu?

Tadi, setelah dipujuk-pujuk supaya menjenguk dia, aku pun melangkah ala-ala gangster ke dalam rumah pink.  Suit formal masih tersarung, gambar bunga sekuntum di dada.  Kain ni tak lut dek air.  Mahal harganya, belas ringgit beli kat EonBig.  So kalau pakai apron ni, tak basah baju. 

"Uishh mama macam gangster je."

Eleh, kita kan gangster.  Macam tak tau plak ... Hani gelak besar.  Dia yang rajin berjalan macam tu.  Dan dia selalu kena tegur dek aku.  Tetiba aku pulak melangkah macam tu jugak.  Apakehal ... Entahlah sehari dua hari ni aku macam ni pulak.  Asyik angin je.  Nak kena jenguk budak bermasalah ni pulak haihh ...

Aku pun masuk dan bagi salam. 

Mula-mula jenguk bilik A.  Bersepah atas locker.  Jenguk bilik B  di mana pelajar tu sedang duduk bersandar atas bedding dia.  Bersepah juga.  Kedengaran suara memanggil pelajar masuk saf.  Aku tanya semua yang tercongok melihat aku, boleh solat ke tak ni?  Ada yang mengangguk, ada yang istihadoh.  Tapi masih tak bertelekung lagi.  Cepat je aku cari daging yang sedap nak dikutil.  Awatnya duk tunggu sini orang dah masuk saf kat depan, dah angkat takbir dah??? 

Aku ke depan, ada lagi yang tersengih-sengih dalam jubah hitam je.  Telekung tarak.  Lagi kena kutil.  Siti Mariam yang sedang duduk bersandar cepat-cepat bangun kelam-kabut pakai telekung.  Syuhada kakaknya tolong pakaikan.  Hmm ... ni mesti kes tak nak solat la ni! Syuhada beri alasan nak pujuk adiknya yang baru 6 tahun tu solat, dia pun tak pakai telekung sama.  Tapi kesian nak kutil, sebab dia comel sangat hehehe ...

Aku masuk bilik B semula.  Slow talk dengan pelajar bermasalah.  Dia tak pandang aku langsung.  Aku tanya lembut je.  Dia kejap geleng kejap angguk.

Sapa suh datang sini?  Mama tau kamu tak nak balik sini kan.  Mak suruh yer?  Mak paksa yer?  Angguk.

Nak ayah ... nak ayah ... tiba-tiba dia sebut macam tu.

Ayah kamu sibuk kan.  Macamana dia nak datang sini pulak.  Lagipun mana boleh dia masuk sini.  Dia meramas-ramas sesuatu macam tutup botol dengan jari menggigil.  Aku dapat rasakan tekanan yang sedang dia alami.  Parah macam ni.

Nak ayah ... nak ayah ... dia cakap lagi.

Aku sebut namanya.  Kalau kamu tak suka belajar di sini, kamu kena buktikan kesungguhan kamu kat mak kamu.  Jangan ulangi lagi kes lama.  Kamu faham kan.  Kita sama-sama tau hal tu.  Dia angguk. 

Aku sambung lagi.

Kalau kamu tunjukkan kesungguhan, lama-lama tentu mak kamu percaya.  Tapi kamu kena buat sungguh-sungguh la.  Jangan buat perangai tak elok lagi. 

Aku diam.  Masa ni pelajar yang habis solat menyerbu balik ke dalam bilik.  Sebelum aku diserbu soalan demi soalan pulak, aku bangun cepat-cepat nak keluar.  Sekurang-kurangnya aku dah bercakap dan dia dah dengar.  Semoga Allah bagi faham.  Aku dapat laporan dari kawan-kawan baik dia.  Memang kes agak berat.  Selebihnya mendatangkan ketidakselesaan dan menganggu pelajar yang benar-benar berminat nak belajar di sini.

Madrasah bukan tempat pemulihan akhlak.  Tolong jangan 'buang or campak' anak anda yang bermasalah ke madrasah dengan harapan tinggi anak akan jadi lebih berakhlak mulia.  Aku tengok mereka ni lebih mendatangkan gangguan kepada suasana madrasah je.  Ini berdasarkan pengalaman aku yang ciput ni la ... anak aku pun belum ada yang khatam, hampir khatam insyaAllah.  Selebihnya mengumpul cerita dari anak-anak jugak.

Nampaknya tak sempat nak mencecer panjang.  Suami sudah panggil dari bilik.  Lagi dua minit jam 12 malam. 


Nak goreng nasi sejuk yang tak habis dek pelajar semalam.  Biasa la bila time lauk ikan, nasi tak habis.  Tapi kalau daging atau ayam, nasi macam tak cukup walhal sama je sukatannya.  Pandai je dorang mengasingkan lauk-lauk yang aku masak.  Macam lauk ikan tu dorang kata lauk mujahadah.  Kalau nak mujahadah sangat mama masak sayur je, lagi mujahadah makan nasi dengan garam, kata aku.  So pagi ni sarapan nasi goreng insyaAllah.  Bahan penambah rasa perisa ialah hirisan daging ayam dan telur.  Aku rasa memang sedap, silap gaya dorang datang bagitahu nasi goreng tak cukup!!! Hehe .. InsyaAllah, Allah bagi sedap dan Allah juga bagi kenyang. Selepas talam pertama, memang dah kenyang.  Nak tambah tu sebagai pemuas nafsu makan je.  Walhal nikmat paling nikmat kali pertama je. Kedua apatah lagi ketiga dah pudar nikmatnya.  Ni ada jugak dalam ilmu ekonomi.  Belajar ekonomi kan ...

Okeh chef nak beraksi...  Lambat dah ni.  Pepagi dah update blog.  Azam lepas cuti raya nak tingkatkan mutu perkhidmatan.  Kata Ebit Liew, Allah pilih orang khidmat sebab Allah sayang.  Maka biarlah khidmat dengan sungguh-sungguh dan ikhlas hati.  Ya Allah berilah daku hati yang ikhlas dan kesungguhan melakukan ini semua.  Tiada daya dan kekuatan melainkan kekuatanMu semata.  Aameeen.

***

Selesai sudah urusan sarapan pagi yang enak.  Perencah daging ayam dan sawi.  Selepas menghembus ayat pengasih, selawat dan asma, aku picit loceng untuk panggil pelajar khidmat taam mengambil bekas makanan.  Ada ayat pengasih ye ... biasak la.  Tak salah pape kan kan .. Tapi takde la aku guna tiup kat orang.  Tak tiup pun orang jatuh kasih, camana tu?  Kih kih kih ..  Yang aku suka bab kasih dan sayang ni, ialah ia anugerah dari Allah jua.  Dan nikmat kasih sayang tu memang nikmat yang mengasyikkan.  Apatah lagi kasih sayang yang diredhoi Allah.  Antara suami isteri.  Antara ibu dan anak.  Antara guru dan pelajar.  Bukan kekasih gelap atau kekasih lama hehehe .. .  Semalam aku tengok video harimau melompat berdukung kat tuan dia, sebaik je pintu sangkarnya dibuka.  Terharu benar rasanya.  Mengalahkan budak kecik yang baru dapat kaki tapi masih menyusu kat ibu dia.  Punya la terkam terus berdukung, alahai ...

Teringat Putam.  Setiap kali aku lalu lorong kecik hala ke kedai tomyam tu, pasti mata aku melingas mencari bayang Putam.  Iyalah, last aku nampak dia berlenggang arah ke lorong tu, berbulan yang lepas.  Hati kata usah mengharap lagi.  Tapi mata tetap mencari.  Hai Putam Putam ... Kau datang tiba-tiba dan kau pergi pun tiba-tiba.  Takde isyarat tak de pesanan pun.  Sudah adat dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

***

Sejak tu bila nampak je anak-anak kucing hitam putih macam Putam dekat kedai tu atau dekat area sekitar, hati aku kata hmm ni mesti anak Putam nih ... 

Anak Putam yang kat kampung pun lesap, namanya Tam.  Comel dan friendly macam bapak dia jugak.  Kalau aku balik, dialah penyambut tetamu yang pertama.  Mak menelefon mengabarkan Tam tak ada, selepas mak abah balik dari PD bercuti raya dengan kami.  Abah syak Tam naik kereta orang yang datang beraya kat rumah saudara sebelah.  Sebab Tam memang rajin naik kereta, dan bila ada tetamu datang dia pun masuk kereta macam nak mengikut je gayanya.  So kalau aku balik kampung, kena check kereta bila nak bergerak.  Karang jumpa la dia tercongok kat celah barang-barang.  Sekarang ni Pang tinggal jadi buah hati mak abah.  Kaki tempang dengkot, kucing gebu ni dapat status OKU sebab kaki kanan kena baham dek kucing ganas masa kecik dulu.  Berhabis duit mak hantar ke klinik haiwan mengubatkan Pang, akhirnya alhamdulillah sembuh tapi tempang dengot.  Nak lari lincah macam Tam tak boleh sangat.  Selebihnya dia duduk memerhatikan Tam naik atas bumbung ke ... 

Masa Tam kat sini, pernah dia tangkap tikus besar.  Mak masukkan kain baju dalam mesin baju, time nak menyidai tengok-tengok tikus dah kiok dalam celah baju.  Mungkin Tam dah tangkap tapi masa nak bawak turun dari bumbung terjatuh dari mulut terus masuk dalam mesin yang ternganga.  Esok paginya mak terus je putar mesin tu hahaha ...  Tapi Pang takde de ... setakat syok panjat pokok je main dengan Jingga ok la. 

Sakit perut pulak.  Ok nak siap, keluar ambik ayam kat lilbanin.  Aku tempah tiga ekor berbanding dengan lilbanin, so orang ayam tu tak nak hantar ke sini.  Terpaksa la pi jemput ayam kat sana.

***

Baru balik dari pantau pelajar kutip sampah yang berterabur dikais ayam kat tepi jalan sanun.  Hampeh betoi!  Orang luar yang lalu rajin campak sampah lepas tu terburai.  Aku pun sama kutip sambil mulut mencerabih marahkan pelajar.  Penyodok sampah dengan kereta tolak pun tak tau nak beza ke?  Lahir kat Malaysia bukan kat Kemboja.  Alasannya duduk dalam rumah je tak cukup belajar perbendaharaan kata.  Abih tengok tv hari-hari masa kat rumah tu?  Berjalan sampai utara selatan timur barat tu?  Ooo lain eh...

Aku snap gambar.  Sat gi nak share kat wassap grup madrasah.  Geram betul, tak reti baca tak mungkin.  Ini bukan masalah tak reti tapi tak faham bahasa.  Nak ambik mudah.  Tak berfungsi pun papan tanda 'jangan buang sampah di sini, hanya sampah madrasah sahaja.'  Sapa peduli, Tak ada sapa tau itu sampah aku ke sampah ngko ke sampah mereka ke ...  Tapi yang tukang kutip pakai tangan segala hampeh termasuk pampers anak, kotak kfc, mee berlendir, entah apa yang separuh hancur tu sapa?  Kalau tak kutip kang ada je yang datang komplen.  Sebenarnya jaki dan anti, madrasah yang bukan pro parti dominan area ni dapat tempat kat sini kan kan ...  Pandai je komplen tapi diam-diam hantar sampah kat situ!!! Tadi lalu sorang ni, muka sebik je.  Dia la kaki komplen yang tegar.  Pernah ketuk pintu rumah aku nak jumpa suami tapi time tu suami tak de.  Sampai gigil jadinya bukan takut tapi geram bengang.  Mujurlah suami ustazah ada di rumah dan dia melayan mulut tak de insuran tu dengan penuh kesabaran dan hikmah.  MasyaAllah. 

Kata Hani, orang tu pun pernah dia nampak buang sampah kat tempat sampah madrasah.  Apahal?  Ko komplen tapi ko pun buang sampah kat situ???

Lebih baik aku stop menulis.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing