usah menitis ke pipi
simpanlah segala rahsia
usah dicanang ke sana ke mari.
telanlah si airmata
walau pahit
biar duka beraja di dada
iman diperbaharui setiap detik.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Tuesday, November 18, 2014
tiba-tiba
aku rasa sangat rendah diri.
Atau aku ni ... pelik agaknya. Hmm ... ada rasa bercampur-baur. Hahaha ... terfikir kalau pi tanya pakar jin, ntah-ntah aku akan diberitahu ada jin tengah buat kerja menganggu urat saraf kepala aku. Yelah, hari tu disuruh send gambar, then katanya ada saka. Ntah la ... nak percaya ke tak. Maksudnya, ada ke kat aku? Wallahualam. Tapi pernahlah aku lihat gangguan pada ahli keluargaku sendiri.
Berbalik pada rasa rendah diri ... atau orang putih kata inferiority complex ... apabila semakin lama aku dapati banyak yang aku tak tau. Aku tak up-to-date dengan sekitar yang semakin laju berubah.
Tapi aku bukanlah orang yang mengejar perubahan itu. Tak mungkin akan terkejar. Dan apa keja nak mengejar benda yang akan ditinggalkan tak bermakna. Kehidupan akan punah musnah. Iman dan amal yang akan menemani. Masalahnya ... aku punya iman dan amal ni ... sangat daif dan kategori jahil.
Hmm ... aku agak kepeningan nih. Masih bercampur-baur. Elok benarlah aku beransur dulu. Mungkin terlalu banyak ziarah FB kot. Ehehe menyalahkan pulak ye ... Hari tu dah aku khabarkan, aku dah slow kat situ. Rupa-rupanya bukan mudah nak menyelamatkan diri dari pengaruh dajjal nih. Aku galak macam biasa jugak. Mungkin kalau deactive akaun ok kot.
Ya Allah, ya Allah ya Allah. Mungkin mati itu lebih baik tapi aku belum cukup amal lagi, bertaubat pun belum cukup sedangkan dosa-dosa terus melambak. Terus berharap kepada sifat Maha Pengasih dan Maha Pengampun Allah Taala. Pertemukanlah kami dengan guru yang mursyid dan teman-teman yang bertakqwa, yang dapat membawa kami kepada cahaya dari kegelapan dan kejahilan. Aamiin.
* andai aku seekor ikan, akan kupilih sudut paling gelap di dasar laut sana. andai aku setitik belerang, akan kupilih sudut paling jauh di dasar gunung berapa sana. andai aku sebutir pasir halus, akan kupilih sudut paling dalam di sepit seekor ketam di pantai yang lengang. andai aku seekor helang (apa-apa burung pun boleh laa ...) akan aku bawa diri ke pulau sepi yang paling sunyi di tengah lautan tak bertepi, atau ke puncak gunung tertinggi untuk bersendiri. ~ dah macam ni, aku terkenang arwah abah Hj Manaf yang sikapnya suka berehat bersendirian dalam bilik.
Tapi lebih afdal aku pergi mencari ubat yang boleh menjadi cahaya menyinari hati ini. Jom baca al-Quran dan fahami terjemahannya, juga mengerjakan solat sunat di malam yang sepi. Berbisik-bisik kepada Illahi yang maha mendengar lagi maha mengetahui segala kata hati. Berzikir mengingati dan menyebut namaNYA. Inilah antara ubat hati paling mujarab untuk hati yang lara. InsyaAllah Alhamdulillah.

kembali
kau memang istimewa
lahirmu disaksikan
semua tangan menadah doa
kau perintis bahagia
semua bergembira.
setiap malam kau mandi di dinihari
susu ibu yang menjirus diri
umpama rezeki menyirami
ilmu iman dan takwa
itulah yang paling utama
lahirmu disaksikan
semua tangan menadah doa
kau perintis bahagia
semua bergembira.
setiap malam kau mandi di dinihari
susu ibu yang menjirus diri
umpama rezeki menyirami
ilmu iman dan takwa
itulah yang paling utama
hasrat terpendam
Aku ada hasrat terpendam. Sudah lama sangat hasrat ini terpendam. Ia mula-mula muncul ketika aku berusia belasan tahun, sekitar usia 16 gitu. Waktu itu aku dan beberapa pelajar dihantar bersekolah di Sekolah Cannossian Convent Segamat. Di situ hasrat ini muncul, jika aku tidak tersilap kira.
Hasrat ini rahsia besar. Hanya aku kongsikan bersama DIA. Hanya DIA yang Maha Tahu. Ia rahsia sebab aku malu. Dengan DIA pun aku malu, tetapi aku tak dapat langsung berahsia dariNYA. Semoga DIA mengabulkannya jua walaupun aku tak layak langsung. Hanya aku fikir, DIA boleh saja mengabulkan hasrat ini apabila sampai masanya, atau ditangguhkan hingga di sana.
Hasrat ini muncul pasti dengan izinNYA jua. Tanpa izinNYA tiada apa yang terjadi. Namun aku benar-benar malu. Hanya cuba melegakan diri, bahawa DIA Maha Kuasa dan Maha Pencipta. Hanya DIA yang dapat memuji diriNYA sendiri dengan sempurna.
Tapi ... biarlah hasrat ini terus terpendam rapi. Hanya dengan DIA aku berkongsi. Tak perlu cuba ambil tahu. Aku bukan sesiapa. Hanya hambaNYA yang amat doif dan selalu alpa ohh ...
Bersama hasrat ini yang kadang-kadang muncul dan selalu bergelora, aku melihat dunia.
Wahai ...
mengapa sebegini jadinya
tak terungkap dek kata-kata
aku risaukan diri
bagaimana aku akan mati
di mana aku akan mati
bila aku akan mati
bagaimana aku di dalam lubang kubur itu nanti
bagaimana aku menyambut kedatangan dua malaikat
yang berensot dengan gigi
bagaimana aku akan ditimbuni tanah merah
sehingga sangkakala kedua ditiup lagi

menangislah ...
agar tangisan itu menjadi asbab
mendekatkan diri kepada Allah SWT
biarlah
tak salah matamu merah
tangisan di dunia
bahagia di akhirat sana.
Allahumma aameen.

mendekatkan diri kepada Allah SWT
biarlah
tak salah matamu merah
tangisan di dunia
bahagia di akhirat sana.
Allahumma aameen.
Tetap Mati
Solat atau tak solat, tetap akan mati. Lebih baik solat.
Mengumpat atau tak mengumpat, tetap akan mati. Lebih baik jangan mengumpat.
Sabar atau tak sabar, tetap akan mati. Lebih baik sabar.
Keluar atau tak keluar, tetap akan mati. Lebih baik keluar (khuruj).
Sehari dalam sejarah
Situasi 1.
HH berubah mendadak. Dari berseluar panjang dan baju Muslimah yang gedoboh sedikit, hari ini tiba-tiba penampilannya begitu ayu dengan sepasang baju kurung corak kotak-kotak halus berwarna hitam kelabu. Suaranya yang selalu lantang menjadi halus dan rendah nadanya.
Lagak yang lincah menerjah menjadi begitu berakhlak, malu tersipu-sipu. Haihh!
Ada suara-suara yang menyumbang bicara.
"Mama, HH angau."
"Mama, kak HH pelik la mama."
"Mama, dia nak kawin dengan UM"
Gadis HH sangat terhibur mendengar suara-suara itu. Hanya seorang yang membangkangnya dan membuatkan dia agak terkilan.
Tiba-tiba malam ini suhu badannya naik mendadak. Saluran bantuan berada jauh di Pantai Timur. Aku yang bimbang keadaan menjadi semakin hilang kawal, sepantas kilat memaklumkan kepada keluarga HH dan pengurusan madrasah. Tidak lama kemudian, HH dibawa pergi. Lewat malam, aku menerima makluman dari keluarganya, dia demam panas dan ramai juga yang sedang mendapatkan rawatan serupa di klinik berkenaan.
Semoga HH segera sembuh.
Situasi 2.
Aku serba-salah. Tetapi hati mendesak untuk berterus-terang. Dan akhirnya aku sampaikan jua suara hati yang memendam segala aduan dan luahan HH kepada yang menjadi tumpuannya. Bimbang disalahtafsirkan. Aku minta maaf beberapa kali dan cuba menjelaskan keadaan. Syukurlah, Allah memudahkan urusan. Selebihnya aku kembalikan semula kepadaMu Ya Allah.
Situasi 3.
Seorang muncul dengan wajah sembab. Seorang lagi mengadu bengkak di sana sini dan pedih ulu hati. Seorang yang lain memberitahu pehanya kesakitan. Seorang sudah lama seperti kurang sihat tetapi entah apa sebenarnya.
Yang seorang dalam urusan kembali ke tanahairnya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Yang seorang lain belum pulang dan tak diketahui statusnya hari ini.
Situasi 4.
40 hari dari sekarang. Tiada komunikasi bermakna. Seseorang menghilang tanpa berita. Hanya mampu berbaik sangka. Amat mencabar kesabaranku. Tetapi, terasa ada manisnya.

harapan ibu
PERGILAH KE DALAM REDHA ALLAH
ANAK-ANAKKU
CAHAYA MATAKU PENGHIBUR HATI
PENYEJUK MATA BONDA
KAMU NIKMAT ALLAH YANG PALING BERHARGA
NISBAH BENDA LAHIRIAH DI DUNIA
AMANAH ALLAH YANG MESTI DIJAGA
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI
MERDHAI DAN MERAHMATI
DENGAN RAHMAT-NYA YANG PENUH BERKAH
KEHIDUPAN KAMU SELAMANYA
SEMOGA DIPERMUDAHKAN ALLAH
PERJALANANMU MEMENUHI HARAPAN
YANG BONDA TANAMKAN DI DALAM JIWA
AGAR KAMU DAPAT MEMUDAHKAN
LANGKAH AYAHANDA DAN BONDA
MENITI SIROTAL MUSTAQIM
YANG TAJAMNYA LEBIH TAJAM DARI PEDANG
HALUSNYA LEBIH HALUS DARI RAMBUT
SEDANG API NERAKA MARAK DI BAWAHNYA
PERGILAH KAMU MENUNTUT ILMU
YANG DISYARIATKAN OLEH TUHANMU
MENJADI HAFIZ YANG BERTAQWA
SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KAMU
DARI SEGALA FITNAH DUNIA AKHIR ZAMAN
YANG TIDAK TERSELAMAT MANUSIA DARINYA
MELAINKAN DI DALAM PELIHARAAN-NYA
USAHLAH BERPALING LAGI DAN RAGU-RAGU
TETAPKAN HATI DAN IMAN
TEGUHKAN KEMAHUAN
DEMI KEHIDUPAN BAHAGIA DI DUNIA SEMENTARA
DAN KEABADIAN YANG DIJANJIKAN DI SYURGA IDAMAN
KEPADA-MU TUHAN
KUPANJATKAN DOA DAN HARAPAN
SELAMATKAN ANAKKU CAHAYAMATAKU
WALAU DI HUJUNG DUNIA IA KEMBARA
REDHAILAH IA, RAHMATI HIDUPNYA DAN BERKATI USAHANYA
KUSERAHKAN ANUGERAH-MU INI KE TANGAN-MU SEMULA
KERANA YAKIN KASIH SAYANG-MU PASTI ADA UNTUKNYA
JAUH MELEBIHI KASIHKU SEORANG IBU..
Monday, November 17, 2014
Penat dan agak mengantuk. Namun menggagahi diri untuk mencatat sesuatu.
Esok, anakanda akan menghadapi detik-detik mendebarkan, untuk menyelesaikan muka terakhir hafalan al-Quran, iaitu muka terakhir surah Al-Baqarah. Semoga Allah memudahkan dia, dengan iman dan tenang.
Semalam aku ke Bukit Changgang menjemputnya. Merungut juga, "dah tentu tinggal satu muka, masih mau bercuti balik rumah.."
"Iye la mama ... nak bincang sebab tu balik." Jawabnya dengan suara yang semakin dewasa. Sudah lama 'pecah suara'.
Semalam, dia menelefon sebuah madrasah berdekatan. Buat pertanyaan. Petangnya hadir kuliah dan diberikan set borang untuk diisi.
"Along cenderung hati ke mana sebenarnya?" aku bertanya. Aku tidak mahu dia rasa terpaksa.
"Along cenderung ikut mama." Laa ... mudah benar keputusannya tetapi aku pula rasa serba salah.
Sikapnya begitu, akhirnya membawa kepada perbualan dan perbincangan panjang. Aku mula memikirkan gerak hati dan tujuan sebenar. Aku berkitar di tempat-tempat yang pernah aku dan suami bincangkan untuk dia melanjutkan pengajian.
Aku merasakan sesuatu. Ketika perjalanannya masih jauh, aku berkobar-kobar mahu dia "pergilah belajar jauh-jauh. Anak lelaki kena lasak dan bersemangat waja. Carilah ilmu sampai ke negeri China." walaupun tentu bukan ke sana maksudku. "Ikut macam abah. Abah pun kata anak lelaki mesti jauh berjalan tak mengapa."
Namun aku merasakan sesuatu, apabila esok dia akan khatam muka terakhirnya, "hati mama goyang pulak la ..." sambil tersengih-sengih dengan kejujuran sendiri. Sempat air mata menitis sebelum dia balik ke rumah semalam. Touching sendiri.
Mak pula berkata, "itu la jantung hati mak, buah hati mak, kalau jauh susah la nak jumpa. Entah-entah tak jumpa. Mak tak tau la bila .. mak dah tua ..." Alahaii ...
"Tak mengapalah, kita buat istikharah. Keputusan dengan solat istikharah, Allah yang tanggung semuanya. Kita buat tiga malam." Namun aku terlalu mengantuk malam tadi, selepas terhoyong-hayang ke dapur dan picit loceng untuk membangunkan pelajar hampir jam 5 pagi, aku terlelap walaupun sempat memberi amaran pada diri untuk bangun semula jam 6. Tiada rezeki untuk tahajjud dan istikharah.
Lalu terkenang beberapa keputusan penting yang dibuat sebelum ini. Termasuk ketika mencari keyakinan untuk calon suami dulu. Apapun yang berlaku, pasti ada hikmah yang tak tercapai akal memikirkannya. Yang penting, redha.
Semasa memasak, aku dan anak ini asyik bercakap. Berbual tak habisnya. Dia menceritakan 'hal-hal yang along tak pernah cerita kat mama/ along tak pernah cerita kat sesiapa/ hanya along bertiga dengan dot dan dot sahaja yang tau pasal ni/ along simpan je selama ni/ bla bla bla ...'
"Apa tajuk cerita kamu ni?" Kisah yang banyak flashback dan pelbagai watak.
"Tajuknya SAHABAT, mama."
Semakin aku faham dia. Anak sendiri tu. Masih manusia tersendiri yang sulit dimengerti. Sambil mendengar, sambil berbicara, aku berusaha mencari nilai.
Timbul kisah-kisah lampau yang menjadi pengajaran pada diri. Aku persembahkan kepada dia sebagai teladan dan sempadan.
Seperkara, hati nan seketul di dada setiap insan, benar-benar Allah jadikan ia satu wadah yang berkuasa membentuk diri manusia. Hati nan seketul itu sangat dalam bicaranya, sangat terkesan dan berkesan menguasai tindak-tanduk dan upaya fikiran. Kisah manusia adalah sangat akrab dengan hati.
Kami berbicara seperti dua kawan yang akrab. Sampai ayam masak semur melekat di dasar kuali dan menjadi kerak, dek asyiknya bercakap. Yang tentunya andai ada sang bapa bersama, pasti dan pasti akan dapat teguran berbisa. Pedass ... mujur dia jauh di selatan. Hangus ke hitam je aku rileks je.
Sepanjang perjalanan menghantar dia balik ke Bukit Changgang, masih lagi berbincang-bincang. Keputusan seperti sudah dicapai tetapi belum muktamad.
"Jadi, mama nak suruh along ke situ la?" tanyanya minta kepastian.
Aku tidak suka memaksa. "Lebih kurang la. Ia madrasah besar dan antarabangsa. Biar la orang lain bangga anak belajar jauh-jauh, mama tak peduli. Mama pun dah tau kenapa along nak beredar cepat. Fikir macam ni saja, setiap sesuatu tu ada hikmahnya. Mungkin kita boleh fikirkan sedikit ikut kemampuan kita, sejauh mana kita merenung dan termenung. Tetapi mungkin ada hikmah lain yang tersembunyi, yang mungkin lagi sehari baru muncul, atau seminggu, atau sebulan, atau setahun, atau bertahun-tahun, mungkin sahaja apabila kita dah tak ada baru jelas hikmahnya, mungkin untuk keturunan kita, mungkin untuk ugama kita, mungkin untuk apa sahaja yang Allah tetapkan. Tapi percayalah, tetap ada hikmahnya. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Bersikap jual mahal. Means jaga maruah diri. Mengharap pada manusia, kita akan kecewa. Mengharaplah kepada Allah. Pasti tidak kecewa. Mengadu pada manusia dia hanya mendengar. Dia pun ada masalah nak mengadu. Mengadu pada Allah, Allah Maha Mendengar dan Maha Tahu rahsia hati kita.
Biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Kamu ni jenis penyimpan macam abah kamu. Suatu ketika ..."
Cerita lama pun dibuka. Kisah-kisah pendek dalam hal persahabatan yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk menghadapi pelbagai kerenah kawan-kawan yang menggugat hati. Aku mahu dia jadi strong, dan tidak terkesan dengan suasana.
InsyaAllah.
Yang penting keputusan yang dibuat tidak menjadikan dia tertekan dan terbeban.
Sampai di hadapan madrasah, barang-barang keperluan dibawa ke dalam. Dia masuk semula ke dalam kereta, duduk di sebelah aku. Dan kami sambung berbicara lagi.
"Okay, mama nak balik. Karang sampai rumah maghrib ni."
"Lama lagi la mama ..."
Aku mendengar dan dia bercakap. Aku bercakap dan dia mendengar. Sambil itu dia melayan watsapp di telefon.
Aku jeling jam di dashboard. Lima belas minit ke pukul 6.
Aku jeling jam lagi. Sudah lima belas minit melepasi jam 6.
Aku pandang jam lagi, alamak ... sahih sampai rumah waktu syaitan sedang banyak berkeliaran.
Salam cium pipi. Dia keluar dan pergi ke pintu tempat aku duduk. Bercakap lagi basa-basi, salam cium pipi lagi. "Pakai scrub yang mama belikan tadi tu sampai habis, lepas tu baru pakai pencuci yang lagi satu tu tau. Pagi-pagi tak payah pakai, cuci je macam biasa. Pakai tiga kali, tengahari, petang dan malam masa nak tidur." Aku beri arahan dan terus undur kereta perlahan-lahan.
Dari jauh aku melihat sekilas pandang. Wajahnya tetap tenang. Seperti kata kawan-kawannya, Naqib tak pandai merajuk. Sangat pintar dan kemas menyembunyikan rahsia dalam jiwa. Semoga Allah mengizinkan aku sentiasa ada untuk mendengar apa yang tersimpan dalam dadanya, sehingga sampai saat yang ditentukan. Semoga dia akan berbicara lagi, supaya hilang gundahnya dan datang ketenangan dari Allah buatnya. Semua dengan izin Allah belaka. Tiada sebaik-baik pendengar dan yang memahami melainkan Allah Subhanahu Wa Taala semata-mata. Aku hanyalah hambaNya.
* semoga Allah memudahkan urusan anakanda tersayang. InsyaAllah aameeen.
* demi orang-orang tersayang. Semoga Allah memberkati keputusan ini dan menetapkan anakanda di dalam senarai pilihanNya hingga akhir zaman aameen.

Friday, November 14, 2014
sajak Laila Ain untuk mama
MAMAKU SAYANG
Buat mamaku sayang :
Mama,kaulah satu dalam seribu
Menjadi penghibur hatiku yang pilu
Mama,makan minumku kausediakan
Pakainku kau jaga
Dan sentiasa membelaiku dengan manja
Mengulit tidurku agak lena.
Mama,tanpamu di sisiku,siapakah aku?
Mama,kasihku padamu akan kekal abadi
Sentiasa terpahat di sanubari
Hingga ke akhir hayat ini.
Mama,Ain sangat menyayangi mama
Mamalah Ratu Hatiku.
Mamalah Ratu Hatiku.
Mengumpul puisi. Diperlukan hanya 45 buah puisi untuk kelayakan bertanding di sayembara. Maka semua yang ada disiapkan untuk mencapai jumlah diperlukan. Tajuk dicatatkan. Nah rupanya sudah hampir 100 puisi yang ada.
Tetapi perlu ditapis dengan cermat. Tidak pernah mempelajari kaedah menulis puisi.
Ia adalah garapan sang suami semenjak remaja.
Dan milik aku, selalu timbul sendiri ketika sangat beremosi. Bagaimana ia terjadi, tidak dirancang. Semua dengan izin Allah belaka. Cuma terasa lebih ringkas mencatat puisi dengan makna tersendiri yang sarat erti. Lebih baik begitu kadang-kadangnya, berbanding mencatat luahan perasaan di diari.
* tidak suka hendak membaca semula catatan semasa usia remaja yang masih ada tersimpan. Harus disembunyikan dengan sebaiknya supaya tidak jatuh ke tangan sesiapa apatah lagi ke tangan anak-anak. Mencari masa untuk dihapuskan, walaupun tidak dibenarkan. Tiada guna menyimpan masa silam melainkan untuk dijadikan pengajaran.

Thursday, November 13, 2014
Hujan kembali membasahi bumi. Alhamdulillah. Baca doa hujan.
Kadang kala sangat laju mengabarkan rahsia diri. Ia terjadi sebegitu tanpa disekat-sekat. Apabila Allah mengizinkan ia disampaikan. Hanya mungkin yang menerimanya akan terkujat.
Bukan di ruang sembang yang caca marba itu. Semua sudah ada di situ. Mengadu di situ. Maki hamun di situ. Nada insaf juga ada di situ. Yang suci berselang dengan yang ...
Kumpulan sayang haiwan pun jadi tempat orang meluahkan suara hati. Yang baik bercampur aduk dengan yang ... Yang tulus bercampur baur dengan yang ...
My dear friend.
Mungkin dia sangat sibuk ikram ahli keluarga. Tetapi masalahnya, aku baru sahaja memberitahu dia sesuatu, yang mungkin membuatkan dia bergegar jantungnya. Dan dia sangat sibuk untuk segera memberi respon, seperti aku juga selalu sibuk dengan urusanku, sehingga aku kerap kali tidak memberi respon segera kepada bicaranya. Hanya kali ini aku terasa tidak sabar menanti balasan jawapannya.
Namun, dia memang selalu menakjubkan.
Dia akan berbasa-basi sambil lewa. Tiada yang serius untuk dibicarakan. Serta-merta membuatkan rasa lega.
Tetapi, selagi my dear friend nan seorang tidak berbicara, aku tetap diselubungi rasa "arghh ... bila saja dia nak menulis sesuatu sebagai balasan atau jawapan atau reaksi kepada apa yang telah aku khabarkan ...".
Sedang 'sesuatu' yang telah terpecah khabar itu, sesuatu yang tidak digemarinya berlaku pada suatu waktu.
#hanyabermainbahasa
* memasang azam untuk seterusnya. Azam untuk membaiki diri.
Ada banyak perkara sedang terjadi. Di luar diri dan di dalam diri. Di luar rumah dan di dalam rumah. Sentiasa ada sesuatu yang berlaku. Semoga husnul khotimah dan beroleh hidayatNya, aameeen.
* tak baik untuk makan ketika tidak terasa lapar.
* tak elok untuk menulis ketika tidak ada rasa nak menulis.

Wednesday, November 12, 2014
InsyaAllah aku akan teruskan permohonan untuk penukaran nama binti itu. Niatku semata-mata untuk mendapatkan redho Allah. Aku kembali risau. Risau membayang-bayangkan keadaan aku menggeletar di hadapan Rabbul Jalil di padang yang luas tanpa perlindungan, berhimpit-himpit dan tenggelam dalam peluh yang mengalir. Darah, nanah, matahari sejengkal di atas ubun-ubun, nauzubillahiminzalik.
Kadang-kadang, tiba-tiba, rasa ngeri sebegini muncul tak dijangka.
Aku ajukan soalan agak berjela tentang permasalahan nama ini kepada seseorang yang mengepalai sebuah madrasah besar tetapi belum beroleh jawapan. Jawapan yang aku harapkan akan memudahkan pekerjaanku dan menyenangkan hatiku dan berpihak kepada diriku. Aku masih tertunggu-tunggu.
Sebenarnya jawapan sudah lama ada. Hanya aku yang tidak mahu memperhatikannya. Jawapan dari hadratNYA.
Selainnya, tentang daki-daki dunia.
* menulis dalam keadaan hati tidak senang dan tenang, seumpama mencatat sesuatu di atas kapal layar di permukaan Lautan Hindi yang bergelombang. Atau melukis sekuntum bunga ketika sedang duduk dalam roaler-coaster yang sedang meluncur laju dalam tiga minitnya. Atau mewarna lakaran pelangi ketika sedang meniti tali antara dua jurang yang dalam. Atau seperti sedang membaca surah Yassin di sisi jenazah, bersendirian, di tengah malam, dan tiba-tiba lampu black-out, dan tiba-tiba ada aroma harum muncul perlahan-lahan, dan ...
Stop.

Tuesday, November 11, 2014
* tak penting untuk diteruskan tulisan yang terhenti petang tadi tu. Apa yang nak aku kongsikan malam ini sekarang dari pos dalam grup masturat Jalan Kebun ini jauh lebih besar maknanya untuk direnung dan difikirkan. Semoga jadi asbab hidayat. InsyaAllah. 11.54PM.
Diedit sedikit untuk mencantikkan persembahan bahasanya.
Penting untuk dibaca sebagai peringatan buat kita semua. InsyaAllah.
Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim dalam sebuah khutbah jum’at beliau berkata :
"Adakah dari kita yang tidak melihat perubahan dalam kehidupannya setelah masuknya Whatsapp, Facebook, Instagram dan yang lainnya dalam kehidupan ???
Bacalah !
Peringatan penting !!!
Hal ini merupakan Ghazwul fikri yang menyerang akal, namun sangat disayangkan, kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari dien islam yang lurus dan dari dzikir kepada Allah. Kita telah menjadi penyembah-penyembah Whatsapp, Twitter, Facebook, Instagram dan semacamnya.
Kenapa hati kita mengeras !!!
Itu karena seringnya kita melihat cuplikan video yang menakutkan dan juga kejadian-kejadian yang di share di Whatshapp. Hati kita kini mempunyai kebiasaan, yang tak lagi takut pada suatu pun. Oleh karenanya hati mengeras bagai batu.
Kenapa kita terpecah belah dan kita putus tali kekerabatan !!!
Karena kini silaturrahmi kita hanya via Whatsapp saja, seakan kita bertemu mereka setiap hari, namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam kita.
Kenapa kita sangat sering mengghibah manusia, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorangpun !!!
Itu karena saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibahan terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke grup-grup yang kita punya, dengan begitu cepatnya kita mengghibah, sedang kita tidak sadar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu.
Sangat disayangkan, kita telah menjadi para pecandu..!
Kita makan, handpone ada ditangan kiri kita...
Kita duduk-duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman...
Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi handphone ada di tangan pula...
Sedang menyetir, HP juga ada di tangan...
Sampai anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, karena kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handp
hone...
Dan masih banyak lagi...
Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Karena sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal, betapa kita merasa sangat kehilangan. Andai perasaan seperti itu ada juga pada "shalat dan tilawatul Qur'an kita"...
Adakah dari kita yang mengingkari hal ini ?
Dan siapa juga yang tidak mendapatkan perubahan negatif di kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada hidupnya dan setelah ia menjadi pecandu ?
Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah HP ???
Mari kita sama kembali pada Allah, jangan sampai ada hal yang menyibukkan kita dari dien kita, kita tak tahu berapakah sisa umur kita..!
Allah berfirman:
(وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا)
“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit” [Qs.Thoha : 124].
Kirim pada teman-teman anda...
Percayalah padaku, kalau kebanyakan manusia dalam keadaan lalai tentang hal ini...
Jangan anda sembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu...
Apakah kita salah satu pecandu itu ?
Wal 'iyaadzubillaah...
Astaghfirulloh...
Semoga handphone yang kita miliki adalah wasiilah untuk kebaikan dan bukan wasiilah dalam keburukan...
Maaflah, aku hanya mampu edit rangkap ayat pembukaan sahaja. Selebihnya editlah sendiri semasa membaca, yang penting dapat faham. Semoga Allah beri kita faham dan jadi asbab hidayat untuk diri dan seluruh alam. Ini bukan isu main-main sekadar viral. Aku terkenangkan kakak nan seorang itu. Semoga Allah meneguhkan hatinya yang waja untuk terus bertahan dari gelombang ini semua, dan aku juga, dan anda semua juga.
Sunday, November 9, 2014
Hari yang menyenangkan. Bersama suami dan anak-anak melayani keperluan mereka, di pasaraya Maidin USJ. Pertama kali pergi ke situ. Sebaik sahaja sampai, mata suami terpandang tempat urutan refleksologi. Dia menyerahkan sejumlah wang untuk kami berbelanja dan tidak memberi tempoh masa, lalu dia beredar ke tempat kegemarannya.
Dipendekkan cerita, setelah selesai semua urusan yang memakan masa lebih sejam, yang aku rasakan lama benar untuk membiarkan sang suami menunggu di pusat refleksologi, kami menyorong troli penuh beg-beg plastik ke tempat dia menghantar dirinya tadi. Sebelum itu, aku serahkan telefon bimbit kepada Hidayat, letak di saku jubahnya supaya mudah didengar bunyi deringan dan mudah dirasa getaran (vibrate) kalau terima call dari abahnya. Mesti berjaga-jaga wehh ... dia bagi kita peluang, maka kita kena jaga la hati dia jangan sampai tak dengar apabila dihubungi. Bahaya tu! Tetapi tiada langsung call masuk. Amat menghairankan.
Aku tertanya-tanya. Jangan-jangan dia dah pi makan sensorang? Atau dia dah pi merayau dan jumpa sesuatu yang dia perkenan? Apa pun, aku lega sebab tak kena sergah dalam telefon.
Akhirnya, di balik dinding kaca tempat refleksologi, aku nampak dia masih santai-santai di atas kerusi khas, sedang seorang lelaki iras Melayu yang good looking sedang mengurut kakinya.
Sambil memberi salam, aku menolak pintu kaca yang agak berat dan masuk.
"Dah beli?"
"Dah!"
"Lapar?"
"Lapar!"
"Nak urut kaki?"
Mata aku buntang seronok. "Nakk!"
"Abang sempat urut satu badan, best." Hmm patut le tak ada langsung call masuk. Alhamdulillah lega sangat, Allah jua yang telah memudahkan segala urusan aameen.
"Ooohh ..."
Kemudian aku disuruh duduk di pancuran air dengan tadahan ekslusif dari kayu untuk menghangatkan dan membersihkan kaki. Seorang gadis manis bertubuh langsing melayani aku, mengelap kedua kakiku. Kemudian lelaki iras Melayu yang good looking itu menyuruh dia memasang tabir kain beroda untuk melindungi aku semasa urutan. Ahhh, lega rasanya dapat merebahkan badan dengan santai.
Dia mula mengurut kaki kiriku dengan sejenis krim putih. Urutannya teguh dan agak menyakitkan tetapi aku masih boleh bertahan. Urutannya sehingga ke lutut, sungguh melegakan. Sambil tu kami mula berborak-borak.
"Sapa nama?"
"Rosy."
"Asal mana?" Biasanya dari Indonesia atau China. Dia berwajah mirip wanita Indon.
"Jawa Timur."
"Blitar?" Itu kampung halaman maid pertama semasa baru ada anak sulung. Kalau Jawa Timur, tak ada tempat lain aku teka memang Blitar manjang.
"Bayuwangi."
"Ooo ..." macam tau je.
"Dah kawin?"
"Sudah lima anak." Dia hanya part-timer sahaja.
"HAHH?? Ingatkan lom kawin." Aku terkebil-kebil agak terkejut. "Keciknya badan. Umur berapa?"
"32. Saya memang gini kak, susah nak gemuk. Tapi sekarang sudah mula gemuk." Katanya sambil mencubit bahagian perutnya. Aha nampak, part situ sudah berisi sedikit. "Yang nombor lima ni saya operate." Nyata dia jauh lebih muda dari usianya, dengan penampilan ceria dan agak bergaya.
(Perbualan tu diringkaskan, sebenarnya ada lagi basa-basinya.)
Akhirnya aku tau dia penganut Kristian. Ibunya Muslim tetapi ayahnya Kristian, dan dia mengikut ugama ayahnya. Kini ibunya bernikah lain dengan lelaki Muslim, alhamdulillah. Ayahnya bernikah juga dengan wanita seugama dengannya. Dia anak tunggal dari ibu dan ayah yang berlainan ugama itu. Ada adik-beradik lain juga, dari ibu dengan suami baru, dan ayah dengan ibu baru. Istimewanya, dia mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua ibu tiri dan ayah tiri. Adik-adiknya semua telah berhijrah ke Malaysia juga.
"Itu dulu, Sekarang semenjak Bambang sudah tidak dibenarkan bernikah lain ugama." Jelasnya.
"Semoga awak dapat hidayah ucap syahadah nanti, " kata aku.
Dia segera mengameenkan.
Kemudian dia mengajar petua untuk kulit halus licin. "Rendam beras sampai lembut kemudian tumbuk dengan kunyit, sikit saja, nanti buat skrub kat muka. Itu nenek saya ajar. Selawat dulu."
Sekali lagi aku terkebil-kebil. "Eh baca selawat???"
Dari situlah aku diberitahu tentang ibunya Muslim. Neneknya juga tentulah Muslim. Ketika menulis ini baru aku terfikir, apakah sebabnya Rosy memilih mengikut anutan ayahnya, bukan ugama ibunya .. . Mengapa ye? InsyaAllah andai lain kali berkunjung ke Mydin USJ lagi, semoga bertemu Rosy.
***
Selesai menguruskan diri yang agak kepenatan, aku segera teringat anakanda Hidayat. Segera aku ucapkan doa di dalam hati, untuk anakanda nan seorang ini. Tadi, bergerak balik dari Mydin, mereka semua sudah diberi amaran supaya bersegera turun dan menyelesaikan barang masing-masing yang mahu dibawa ke madrasah, sebab "abah ada urusan, kawan dah tunggu untuk meeting jam 530 petang." Ada lagi satu jam untuk hantar anak dara ke Bukit Naga dan Hidayat balik ke madrasahnya.
Sudah ada notis, memo, amaran begini, kena alert, itu tandanya seperti ambulan sedang speeding dengan kelajuan tinggi dan lampu atas bumbung sedang berputar-putar laju dan bunyinya bising sekali. Semua kereta mesti menepikan diri.
Selesai menurunkan anak dara dan say goodbye, kereta dipecut ke madarasah anakanda Hidayat. Airmukanya sedih. Airmuka menahan perasaan. Ada gambaran perit, pahit, ombak tsunami dalam jiwa, dan bayangan hujan renyai-renyai yang mendatangkan rasa pilu sayu hiba.
Selesai beri ciuman dan pelukan penuh kasih-sayang, dia kami tinggalkan begitu sahaja sambil aku pun menahan hati lara. Kasihan dia!
"Mama jangan datang lepas ni ye, tunggu empat minggu lagi baru datang." sempat dia berpesan dengan wajah nestapa.
Esok aku nak datang hantar claim, bisik hati. Rabu datang ambik ayam kat tukang masak, bisik hati lagi. Tak dapat nak tunggu empat minggu baru datang. Sebulan tu!
Aku tak pasti adakah anak nan seorang ini dapat terus bertahan dengan peraturan terkini madrasah; tiada outing untuk pelajar. (Tapi tadi dah ... outing. Macamana ni???)
Setiap kali bersua, dia separuh mendesak menyoal boleh tak dia tukar madrasah ... dan aku terus menyabarkan. Alasannya dia tak suka nama abahnya diejek-ejek. Sekarang nama atuknya pula jadi bahan ejekan. Dia sangat tidak suka! Itu antara alasannya.
"Tingkatkan hafazan. Hantar dua muka surat. Baru orang hormat." kataku beri cabaran. "Buat solat hajat tak?" Aku suruh anak ini solat hajat, minta pada Allah andai dia nak tukar madrasah lain. "Buat solat hajat, doa sampai nangis-nangis, nanti Allah makbulkan, mudah je Allah nak bagi apa yang Hidayat nak, tapi kena la mintak sungguh-sungguh." Dia mengangguk-angguk. Allah jua yang bagi faham dan kekuatan kepadanya.
Anak inilah yang pernah beritahu dia setiap hari doakan "kita semua pergi buat haji nanti, insyaAllah." Anak inilah yang sangat dikasihani oleh neneknya, iaitu mak J, sehingga sanggup umpan dia dengan kereta CRV sebagai hadiah berkhatan. Bukan main-main punya hadiah! Anak inilah yang menangis setiap malam menjelang tiga bulan lagi arwah datuknya, ayahanda Hj Manaf, akan pergi menemui Illahi, sehingga arwah abah dalam keadaan kurang sihat turun tangga menjenguk dia yang asyik menangis tak tau punca. Anak inilah juga yang majlis akikahnya meriah dengan jamuan dua kambing hitam besar Boer di masjid Al 'Itisam TTDI Jaya Shah Alam. Kini anak ini sedang menahan hati di sana. Semoga Allah beri dia kekuatan hati dan iman yang teguh untuk terus berdiri mantap di atas kedua kakinya; semoga Allah memilih dia untuk mengikut jalan baginda Rasulullah SAW dan para sahabiah yang bertebaran ke seluruh muka bumi menyebarkan dakwah; semoga Allah pilih dia jadi asbab hidayat sesuai dengan namanya yang diberikan oleh abahnya; aameen ya Robb. Kuserahkan anakandaku ini ke dalam pemeliharaanMu ya Allah. Hanya Engkau Yang Maha Pengasih Maha Penyayang dan Sebaik-baik Pemelihara. Selamatkan semua anakandaku dari segala bahaya musibah fitnah akhir zaman. Aameen.

Saturday, November 8, 2014
Alhamdulillah. Apabila Allah menetapkan ia untuk kami, Allah menjadikan ia semudah ABC. Urusan rumah sewa selesai, seolah-olah sekelip mata sahaja. Rumah baru siap dengan empat bilik. Comel dan design yang simple. Aku sudah terbayang-bayang nak bela anak bulus semula, tetapi belum berani nak suarakan kepada sang suami.
Tuan rumah suami isteri pun baik orangnya. Doa dalam solat hajat si isteri dijawab Allah, sama seperti Allah menjawab doa dalam solatku juga. Semoga Allah bantu kami menunaikan hak-hak masing-masing insyaAllah.
"Mama, janganlah berhenti. Nanti kami lapar sapa nak masak?"
"Kebulurla kami macam ni nanti mamaaa ..."
"Mama plisss ... kami dah habis khatam dah hafizah baru mama berhenti."
"Mama ... janganlah tinggalkan kami mamaaaa plisss mamaaa plisss ..."
Antara ayat-ayat yang diucapkan dengan nada merayu, memujuk, minta kasihan. Sukanya pulak aku menyakat mereka. Saja je nak tengok respon.
***
Jenguk anak bujang di Bukit Changgang. Alhamdulillah baki lagi 5 helai untuk khatam al Quran. Semoga Allah memudahkan dia. Kami bermesyuarat ringkas di dalam surau wanita, arah tujunya selepas ini. Abahnya pun buat keputusan begini begitu. Aku akur. Dia pun patuh tak banyak cerita. Rencana seterusnya semoga Allah permudahkan insyaAllah aameeen.
Ya Allah, pilihlah anak-anakku semuanya menjadi pembantu agamaMu sampai akhir hayat aameen.
***
Aku terima panggilan dari bonda. Ada saja kisah yang nak dikongsikan bersama. Hingga akhirnya aku timbulkan isu harta pusaka dan rencana untuk pertemuan keluarga. Nampaknya mak tidak bersetuju kerana mak tak percaya pada kejayaan mesyuarat keluarga yang nak kami usahakan. Mak bagi contoh-contoh pada sikap ahli keluarga berkenaan dalam beberapa pertemuan. Kalau dah demikian kata mak, aku menurut sahaja. Harta hanyalah daki dunia. Andai ia menjadikan hati-hati bertambah pecah luka parah derita, lebih afdal dilupakan sahaja.
Allah sudah menetapkan rezeki setiap hamba-hambaNya. Usah risau tentang rezeki, tapi risaukan iman yang turun naik bahkan boleh kecurian pula. Aku masih belum faham istilah 'iman yang dicuri', belum jumpa penjelasannya hanya frasa ini sahaja yang aku terbaca. Bukunya belum berjaya ditemui. Semoga Allah beril ilham dan memudahkan aku memahaminya aameen.
Hari yang agak penat. Nak tidur awal. Buatlah adab tidur, tiga Qul dan tasbih Fatimah. Ambik wuduk akan ditemani malaikat hingga pagi. Tapi kalau uzur tak payah ambik wuduk sebab membazir.
Dalam kepala dok fikir macamana nak susun perabut dalam rumah sewa, sehingga ia sentiasa lapang tidak serabut dan mudah dikemaskan. Azam tak nak sumbat banyak barang lagi dan tak nak gantung banyak ayat. Target minima dua tahun, maksima tiga tahun. Selepas tu ... umpama nomad di padang pasir, akan berhijrah lagi insyaAllah. Azam hijrah ke Tanah Suci beberapa tahun lepas belum kesampaian. Rupanya ada sesuatu yang Allah tetapkan untuk diselesaikan di sini. Kita merancang Allah juga merancang. Perancangan Allah tentulah yang terbaik. Kehendak kita yang tertunai adalah kehendak kita kepada Allah. Kehendak kita yang tidak tertunai adalah kehendak Allah buat kita. Lebih baik yang kedua itu sebenarnya tetapi biasanya kita mudah saja mahu kecewa. Walhal kehendak Allah adalah yang terbaik selamanya. Semoga Allah mengampuni diriku dan dirimu semua aameen.
Wassalam.

Thursday, November 6, 2014
"Kalau Adik masuk madrasah, Abang Hidayat masuk madrasah, nanti mama bagi baby." Begitulah salah satu pujukan kepada budak berdua tu, sejak timbul ura-ura untuk menghantar mereka ke madrasah beberapa tahun lepas. Dan semuanya tersenyum simpul. Adik bersorak suka. Awal dua tahun lepas mereka berdua pun masuk madrasah.
Sudah dua tahun, mencecah tiga tahun tak lama lagi. Baby yang dijanjikan masih belum muncul.
Menyambut kelahiran bayi ustazah dengan tangan sendiri, seperti bunga api yang meletus indah dalam diri. Betapa cantik, suci dan merah wajah bayi itu. Membaca cerita rakan-rakan masturat di grup menyemarakkan api dalam hati. Semalam membaca pos tentang mudahnya kelahiran sehingga mendatangkan kehairanan pada doktor. Ada pula perkongsian tentang kaedah natural kelahiran yang tidak pernah aku tahu, lalu terbayang betapa sakitnya ketika melahirakan keempat-empat cahayamata terutama yang sulung tapi aku cuba melupakan rasa sakit itu. Melihat wajah bayi Cik Ta yang comel, makin bersemangat rasanya.
"Doakan mama jugak." kataku pada Siti Hajar lalu aku tersengih tiba-tiba. Sebelum itu aku rasa kurang mood nak melayan dia bercakap, macam biasa mesyuarat tingkap. Walhal aku nak sekejap sahaja, tetapi berjela-jela cerita yang dia kongsikan. Mendengar kataku begitu, Siti Hajar tersenyum lebar. Dia baru saja meminta doa supaya cepat khatam al Quran.
"Doa apa mama?"
"Doakan mama pregnant."
Siti Hajar tersengih. "InsyaAllah. Mama tak ikat ea?"
"Eh, mana boleh ikat suka-suka hati. Melainkan kalau mudarat kepada ibu, itupun kena betul-betul ada pengesahan." Siti Hajar memberitahu ibunya sudah 'ikat' dan adik bongsunya itu kes emergency. Siti Hajar berlalu selepas mohon diri dan bersalam cium tangan.
Syahidah datang. Pada dia tak aku bercakap apa-apa melainkan mendengar sahaja ceritanya. Kemudian Syahidah pun pergi selepas mohon diri.
Syawiena pula muncul, dari jauh dah tersengih-sengih. Waktu itu aku sudah hampir nak tutup daun tingkap tapi Syawiena tetap datang macam tak faham. "Mama, hari ni mak saya balik," kata Syawiena.
"Dari Kelantan?"
"Bukanlah mama, dari Kemboja." Ohh baru teringat dia ada beritahu beberapa minggu lepas, ibunya balik ke kampung halaman.
Tiba-tiba aku terfikir nak minta doa lagi. "Syawiena, doakan mama."
"Doakan apa mama?" Mata Syawiena bulat menatap aku.
"Doakan mama pregnant." Syawiena ternganga, matanya semakin bulat. Kemudian dia mula tergelak.
Aku mula rasa lain macam. "Napa gelak pulak?"
"Saya geli la kalau bab ni," jawab Syawiena selamba. Amboi!
"Mama ikhlas minta doa. Mama niat supaya nanti dia jadi pembantu agama Allah. Jadi daie atau daieyah, alim atau alimah, hafiz atau hafizah." Serius. Terasa kecik hati pun ada. Banyak perkara yang Syawiena tak faham. Ada jenis orangnya yang slow wi-fi, ada yang pick-up laju. Anak bongsu ini termasuk golongan yang pertama.
Syawiena masih gelak kecil. Geram aku! "Yelahhh mama ... Lelaki ke perempuan, mama?"
"Ermm tak kisah. Mama dah dapat lelaki perempuan lelaki perempuan. Yang ni mama tak kisah."
"Mama, dorang kata gatal."
"Apa pulak gatal? Sapa cakap?"
Syawiena gelak-gelak manja. Geramm ... "Syirah cakap gatal." Serta-merta terbayang gadis gonjol berbadan besar tinggi tetapi sensitif manja. Jenis wi-fi laju ekspress. Amboi sedap mulut!
"SYIRAH?" Teringat semalam aku selamba bercakap selepas main badminton, aku nak pregnant lagi. Aku ulang cerita tentang janji yang aku ucapkan kepada anak-anak dan suami suatu ketika dulu. "Dorang semua nak baby lagi."
"MAAAAMAAAAAA ..." Tiba-tiba dari belakang daun tingkap yang sudah lama kupegang untuk dirapatkan, tetapi terhalang dek Syawiena, muncul Syirah memanggil aku dengan nada panjang lanjut beralun manja. Di tangannya ada bungkusan coklat. "Mama, petang ni kita main badminton ye." Kata Syirah dengan gaya manja melentok-lentok sambil mematahkan coklat dan menggigit hujung coklat. Nampak sedap sangat dia mengunyah. Aku renung Syirah dengan rasa geram. Syawiena mula menggigil-gigil tergelak.
"Mama puasa. Tak mo main." jawab aku serius. Melihat Syawiena semakin besar gelak, aku tak dapat tahan diri tertawa sama sambil menepuk bahunya geram. Syirah yang tak faham apa-apa terus memujuk.
"Ala boleh la mama. Kita main kejap je."
"Tak mo kang pengsan kang." Alasan je tu. Kelmarin mereka bantai bermain badminton dalam keadaan berpuasa. Memang tak de hal kalau nak main sekejap. Syawiena yang masih gelak penuh makna aku lepuk bahu kanannya berkali-kali.
Syawiena terus tergelak-gelak melihat cara aku bercakap dengan Syirah. Mungkin kerana terasa tak sedap hati, Syirah seperti mahu beredar. Mukanya berubah sedikit monyok. "Kalau camtu nak pinjam reket mama, boleh?"
Aku angguk. Aku rasa karang petang Syirah akan pujuk aku lagi, dan mungkin aku akan cair hati jugak. Sebelum menutup daun tingkap, aku memandang Syawiena sekali lagi. Dia masih tergelak-gelak geli hati. Ye la, Syirah kata gatal, tiba-tiba dia datang pulak .. sabar je. Tapi tak masuk ke hati pun. Seperti mana fiil mereka dalam poket aku, begitu juga fiil aku dalam poket mereka. Haha ..
Sudah jadi habit meminta doa dari bunda. Dan mereka di sini pun dah jadi habit minta doa dari aku. Cuma yang bukan habit ialah aku meminta doa supaya pregnant lagi. Luar biasa pelik! Itupun aku fikir-fikir nak bercakap dengan siapa di antara mereka.
Sebenarnya ... ada yang tersirat yang mahu aku sampaikan. Sesuatu yang payah nak aku luahkan. Setiap hari bermain dalam kepala. Bagaimana mahu aku beritahu pada mereka.
Serba-salah. Amat serba-salah. Secara tak sedar, fikiran mula mencari alasan. Tentunya yang benar-benar kukuh dan harus diterima dengan hati yang lapang oleh mereka. Ada kalanya terasa mudah buat keputusan, tetapi sangat sukar menunaikannya walaupun demi kemaslahatan diri sendiri dan keluarga. Apatah lagi ketika hati-hati yang sukar ditawan sudah mula memberi kepercayaan kepadaku dan selalu meluahkan rahsia jiwa denganku, serta menangis di bahuku.
Ya Allah, sesungguhnya tiada sebaik-baik tempat mengadu melainkan hanya padaMU. Setiap yang bergelar makhluk pasti ada tempohnya. Apabila selesai perjanjian itu, haruslah ia beredar suka atau terpaksa. Maka Yang Maha Kekal lagi Berdiri dengan Sendirinya hanyalah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang Maha Hidup selamanya. Ya Allah, kuserahkan semua urusan mereka dan diriku kepadaMu. Permudahkanlah untuk kami, aameen.

Tuesday, November 4, 2014
Hari ini aku bersungguh-sungguh memperbaiki cerpen untuk pertandingan penulisan Mencari Cinta. Tukar perkataan dan baiki ayat-ayat. Mantapkan lagi maksud yang tersirat dan akhirnya kukuhkan pengajaran dengan kesimpulan yang sewajarnya. Bercadang mahu menghantar cerpen ini hari ini juga. Aku sudah terfikirkan sesuatu yang lain untuk ditukang, untuk pertandingan lain yang lebih sengit untuk orang yang baru terjun ke dalam penulisan seperti aku. InsyaAllah.
Sambil mendengar qasidah Habib dari you tube, aku menjadi asyik tetapi resah. Huruf-huruf menjadi berbalam-balam. Teringat istilah 'mata pemalas', aku buntang-buntangkan mata tetapi masih rasa terganggu. Dalam keadaan begitu, aku teruskan juga membaiki cerpen. Dalam hati teringat lagi petikan doa dari ayat Al-Quran untuk mengubat mata rabun. Azam yang sama dipahatkan, aku mahu mengamalkan doa itu nanti.
Nanti?? Nanti lagi!! Err ... InsyaAllah. Azam. Betul!
Tiba-tiba telefon berdering. Muncul gambar lelaki berjanggut berkacamata dan berbaju merah di skrin telefon. Oh, dia suamiku. Aku terus mengadu, "mata kaburrr!" Aku disuruh pergi ke kedai optometris semula dan check semula power mata. Kemudian barulah kami saling bertanya perkhabaran dan soalan biasa, "Bila abang balik?" Dia pun menerangkan bla bla bla ...
Kembali meneliti bait-bait cerpen, aku mencongak-congak waktu yang sesuai untuk ke kedai kacamata. Sudah jam 11.15 pagi. Hari ini masak lambat sikit sebab pelajar masih berpuasa, sebagai mengapit puasa 10 Muharam semalam. Aku, tak puasa kerana sudah berpuasa pada Ahadnya, 9 Muharam. Tiba-tiba timbul fikiran mahu segera menyelesaikan urusan kacamata. Dalam 8 minit aku sudah siap untuk keluar, tetapi atas katil berterabur dengan pelbagai kad nama dan resit pembayaran pelbagai urusan termasuk resit yuran anak-anak, masih tak jumpa resit pembayaran kacamata ini yang ditempah sebulan lebih yang lepas. Tak berani pula nak bertanya kepada sang suami, takut kena sembur hihi ... resit takdak. Tak tau mana pegi, dah habis selongkar tempat-tempat yang difikirkan mungkin.
Dalam perjalanan ke kedai kacamata, tiba-tiba aku berubah fikiran mahu menelefon suami. Pasrah sajala ... Hmm, tak kena marah pun. Resit takdak, pergi sajalah, kata suami. Dorang masih ingat lagi tu, sambungnya ringkas. Mesti dia tengah sibuk dengan urusan dan tak ada masa nak sembur bininya yang tengah rabun ni haha ... Mesti baik sangka. Suami yang osem sebenarnya hehe...
Ok, sampai di kedai, aku disuruh check mata di mesin. Pekerja Melayu yang manis tu beritahu bosnya, juga perempuan, berbangsa Cina. Bos pun datang duduk depan aku.
"Cuba pakai." dia mengunjuk kacamataku yang sudah dibersihkan dengan kain.
Aku pun pakai dan pandang semula huruf-huruf pada iklan kacamata yang terpampang di atas rak kacamata di depanku. Hmm, terang pulak. Aku bukak kacamata dan pandang, kabur balik. Aku pakai kacamata dan pandang lagi, ok terang. Tapi tak seterang yang aku mahu.
"Dia kena adjust sikit. Buka biar saya adjust lagi," kata bos yang peramah. Aku hulur spek dan jarinya mengusik-usik bahagian sangga di tengah-tengah kacamata. Kacamata diserahkan semula padaku. Ketika ini ada seseorang mampir di sebelahku. Tanpa menoleh, aku mendengar suaranya dan dialek yang diguna. Dia wanita Cina separuh usia. Agaknya. Sesekali bos melayan wanita itu bercakap tetapi masih memberi perhatian padaku.
"Spek ni ada tiga power. Yang atas sekali untuk pandang jauh. Yang tengah untuk pandang depan macam pandang saya ni. Yang bawah untuk membaca dan pandang komputer."
"Haa? Tiga, ooo multifocal. saya tak tau pun!"
"Ya, sama dengan suami awak punya spek."
"Oo saya ingat dua saja. Jauh dan dekat."
"Kalau dua saja dia ada macam kotak kat bawah tu. Tak cantik."
Aku segera teringat kacamata arwah abah. Ada satu bulatan kecil di bahagian bawah kanta kacamata. "Oo saya tau, spek abah saya macam tu.. Itu orang tua pakai la kan." Bos angguk senyum.
"Kalau mula-mula ni, kena adjust la. Tak boleh pandang tepi, kena pandang betul-betul baru clear."
"Oo tak boleh jeling-jeling eah?" Teringat pula teguran kawan-kawan semasa masih di sekolah rendah. Mereka komplen aku kuat menjeling. Benar-benar di luar kesedaran, bahawa aku kuat menjeling. Aku bukanlah marah atau benci. Dah umur belasan, baru aku belajar macamana caranya untuk tidak menjeling supaya orang tak kata aku marahkan mereka. Kecuali betul-betul nak menjeling marah, hehe.. Mengerdipkan mata dan cara memandang juga perlu dipelajari. Ia adalah bahasa tubuh yang tidak disedari. Orang yang pandai membaca akan tahu rahsia hati yang tersembunyi. Tapi, yang pasti Allah saja yang Maha Mengetahui.
"Ya nanti itu urat kat tepi mata pun boleh jadi penat kalau pandang tepi. Pandang tepi pun memang kabur."
"Jadi, saya kena selalu adjust spek la? Saya betul-betul risau tau. Saya sudah ajak suami ke hospital untuk buat detail check-up." Aku diajar kalau nak melihat jauh, turunkan sedikit kacamata hingga ke tengah batang hidung agar mata memandang dengan kanta untuk rabun jauh. Nak membaca dan melihat dekat, rapatkan ia supaya hampir dengan mata supaya mata memandang melalui kanta untuk rabun dekat. Aku teringat cara separuh orang terutamanya pakcik-pakcik yang melihat dengan menundukkan kepala, meninjau dari bahagian atas kacamatanya. Ooo itulah rahsianya. Nak tengok jauh, kena tunduk sedikit atau turunkan sedikit kacamata yang multifocal ni, ingat tuu ...
Bos tersenyum. "Ada orang ambik tiga bulan baru sesuai. Ada lebih lagi. Memang kena pandai adjust." Aku baru sebulan lebih. Bila rimas dan rasa tak ada perubahan, aku tanggalkan kacamata. Malangnya mata semakin kabur.
"Ok la. Terima kasih ya." Aku mohon diri dan keluar dari kedai dengan rasa ... entah. Kejapnya urusan ini. Macam enteng sahaja. Aku singgah di kedai menjual majalah sambil membetul-betulkan kacamata semasa meneliti tajuk-tajuk majalah yang ada.
Sabarlah wahai hati. Sabarlah wahai mata. Andai tak ok juga, aku nak ajak jugak suami ke hospital Selayang seperti yang dicadangkan oleh my dear friend, ZA. Pada masa yang sama teringat kos rawatan mata ibu mertua di Bandar Sri Uda, Johor Bahru beberapa bulan lepas. Kos mencecah ribuan ringgit termasuk urutan dan ubat-ubatan. Kata mak mertua, ada perubahan baik. Setelah beberapa bulan ini, aku terlupa nak tanya mak lagi macamana keadaan matanya.
** surah Qaaf ayat 22; "Lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara akhirat)".
Baca tiga kali sambil tahan nafas dan hembus pada ibu jari kanan, sapukan pada kedua mata. Boleh merawat rabun dan penyakit berkaitan mata InsyaAllah. Mata juga cepat peka pada perubahan sekeliling walaupun sedikit, wallahu'alam. ->> dari blog sini.

Rindu Berdosa - cerpen untuk Pertandingan Penulisan Cerpen 'Menjejak Cinta'
Dhia keresahan. Dia
sudah mengejutkan Darwis sejak bangkit jam 5 pagi tadi untuk menunaikan solat
tahajjud tetapi suaminya itu tetap membeku . Jam dinding menunjukkan 10 minit
ke pukul 6 pagi. Dhia menoleh, merenung
wajah suami yang sedang lena di atas katil tempatnya sedang bersandar. Dahinya berkerut. Ya Allah, pilihlah suamiku untuk
mengimarahkan masjid di pagi Jumaat yang mulia ini, bisik hatinya penuh
mengharap. Dhia berensot meninggalkan
komputer riba yang masih terang skrinnya.
“Assalamualaikum sayang”,
bisik Dhia lunak di telinga Darwis.
Pipi suaminya dibelai manja. Dhia
menggoyang-goyang perlahan kaki Darwis yang begitu lena tidur. “Bang, bangun dah nak masuk waktu Subuh
bang.”
Hatinya berharap benar sang suami bersegera membersihkan
diri lantas menuju masjid. Betis suami yang
panjang kekar diurut-urut dengan harapan hilang letih lesunya. Urutan kasih yang Dhia harapkan akan
melancarkan aliran darah di seluruh tubuh suaminya yang masih berdengkur halus.
Tinggi harapannya agar mata suami akan
terbuka segar dan tubuh yang lesu kembali bertenaga.
“Hmm … ada apa?” Tanya
Darwis terpisat-pisat. Terkejut jaga
dibelai jari mulus sang isteri yang merenungnya dengan wajah manis.
“Dah nak azan, bang,”
sahut Dhia tersenyum lembut penuh harapan. “Sekejap lagi masuk saf di masjid.”
Darwis mengangguk perlahan.
Matanya yang merah terkatup semula.
Tidak terkesan langsung dengan urutan lembut isteri kesayangannya itu.
Tidak terkesan juga dengan usapan hangat mesra dan suara Dhia yang lunak. Getaran suara azan yang sedang berkumandang
lantang dari masjid seberang jalan sana juga seperti tidak mencecah gegendang
telinga Darwis.
Melihat gelagat beku sang suami, tiba-tiba tekak Dhia terasa
sakit dan pedih. Seperti ada seketul
batu tersengkang di situ. Ada rasa perit
yang menjalar perlahan di dalam batang hidungnya. Wajah sawo matang Darwis yang telah mencuri
hatinya 11 tahun lepas ditatap cermat. Perlahan-lahan
Dhia berdiri dari tubir katil sambil menggigit bibir sekuat hati. Di ambang pintu Dhia menoleh menjeling Darwis
yang kembali lena tidak sedarkan diri. Lelaki
itu masih berada di sudut teristimewa di hatinya, tetapi entah mengapa tiba-tiba
rasa benci timbul membuak-buak. Benci
yang muncul tanpa dipinta. Ya Allah, aku
bukan sengaja mahu membenci dia. Bahkan
aku masih mencintainya, tetapi … hati Dhia berdesir sedih.
Air matanya mula luruh seperti mutiara yang putus dari tali. Dhia semakin tidak upaya menahan tangis hampa
yang pecah sendiri. Bimbang esak tangis
yang halus itu mengejutkan Darwis yang terlelap semula, Dhia segera beredar memperbaharui
wuduk dan menghapuskan bekas airmata di wajah.
Usai berdoa panjang sesudah solat Subuh bersendirian di
hujung kaki Darwis, Dhia terpaku di atas sejadah. Hatinya resah pilu dan kecewa duka. Kedengaran suara imam membaca surah memecah
kesunyian subuh yang masih gelap. Andai Darwis bersegera bangun tadi tentu
sempat untuk takbiratul ula, dengus Dhia menelan liur yang terasa pahit. Sambil menghabiskan zikir, mata Dhia merenung
cincin pernikahan di jari manis tangan kanannya. Perasaannya terbuku hampa. Cincin pernikahan yang disarung Darwis 10
tahun lalu direnung dan dibelek dengan mata kabur. Ia bukan tempoh yang singkat, tetapi payah
benar mahu sehaluan dalam segala perkara.
Subhanallah alhamdulillah wala ilahaillallah wallahuakhbar, Dhia
berbisik perlahan-lahan sambil menggentel tasbih kayu di jari kanan. Air mata yang luruh perlahan di pipi
dibiarkan kering sendiri. Zikrullah. Rutin itulah ubat hati Dhia yang retak pecah
berdarah. Rasa benci kepada sikap tidak
acuh sang suami terhadap perintah solat muncul lagi. Darwis tidak tahu, setiap kali dia gagal
bangun awal pagi, isterinya yang memiliki sepasang mata sayu itu berperang
dengan rasa benci yang semakin menggunung.
Dhia benar-benar benci kepada suaminya yang masih berdengkur lena. Benci amat kepada sikap lalai dan ambil mudah
suaminya terhadap kewajiban solat yang utama itu.
Sudah kerap Dhia khabarkan pada Darwis, “Jagalah hak Allah,
maka Allah pasti akan menjaga hak kita.”
Cepat Darwis mengucapkan “InsyaAllah”.
Namun sulit benar untuk suaminya itu memahami maksud tersirat di dalam kata-kata
itu. Sukar benar suaminya mengerti makna
‘HAK’ Allah yang mesti dijaga.
‘Benarlah, Allah sahaja yang dapat memberi kefahaman, bukan
diriku,’ akui hati Dhia pilu. Pipi mulusnya
yang kering basah semula. Airmata yang
meleleh di pipi menitis jatuh di pangkuannya.
Dhia resah. Tiba-tiba ingatan
kepada Daie datang menerjah. Hatinya yang
dipenuhi rasa benci bagai dicurah secangkir madu rindu tatkala nama itu muncul
dalam fikirannya.
Tentu Daie sudah di saf pertama, desisnya menduga-duga. Daie selalu berkongsi status tarbiyah di
laman sosial, antaranya termasuklah hadis yang menyuruh orang lelaki solat di
masjid. Maka Dhia amat yakin Daie
istiqomah menunaikan solat lima waktu di masjid, sesuai dengan status
perkongsiannya. Dalam diam-diam Dhia mengagumi
lelaki yang tidak pernah dilihat gambarnya mahupun ditemui di alam nyata itu.
Dhia dapat merasakan dia dan Daie seiring dan sependapat
dalam banyak perkara. Perkenalan mereka yang
berusia sebulan berlaku tanpa sengaja di alam maya setelah Daie menegur gambar
profailnya sedang tersenyum manis di laman sosial. ‘Seluruh tubuh wanita adalah aurat di hadapan
lelaki ajnabi. Dalam mazhab Syafie yang
dianut di Malaysia, adalah wajib wanita menutup aurat termasuk wajah dan tapak
tangan. Ini pendapat yang kukuh. Ia demi menjaga keselamatan wanita di akhir
zaman yang penuh fitnah.’ Demikian jawapan Daie apabila Dhia bertanya. Umpama jarum
nan halus, hati Dhia tersentuh juga akhirnya. Tumpuan Daie kepada kehidupan
akhirat yang kekal sangat teguh dan mengesankan. Walaupun menyedari status diri sebagai isteri
kepada Darwis, penjelasan Daie tentang hukum-hakam membuatkan hati Dhia kian terpikat.
Setiap persoalan yang diajukan Dhia akan
dijawab Daie dengan jelas dan meyakinkan.
Dhia yang masih kurang faham akan hukum menutup wajah dengan furdah
semakin tertawan hati. Dhia mula
memasang angan-angan untuk memakai furdah.
Dhia menyedari, ada persoalan yang tidak mampu dijawab oleh suaminya,
kini diberi pencerahan oleh Daie.
Dhia mula mencari kesempatan untuk bersembang dan
bersoal-jawab dengan Daie. Ada sahaja
yang mahu ditanyanya. Lelaki itu pula
sentiasa ada setiap kali Dhia muncul di ruang sembang. Hari demi hari berlalu. Entah bila, tiba-tiba muncul rasa yang
membingungkan Dhia. Rasa rindu dan
benci. Rindu kepada yang bukan
miliknya. Benci kepada sang suami yang
masih terlena. Dua perasaan yang
bertentangan itu amat meresahkan Dhia.
Nama Daie dan ayat-ayat sembangnya di laman sosial semakin kerap muncul
bergema di seluruh sudut hatinya tanpa dipinta.
‘Daie bukan milik aku!’ hati Dhia berdesir resah. Dhia
tertunduk sambil memejamkan mata. Dia
terasa malu sendiri. Ya, dirinya milik Darwis,
suaminya. Darwis yang sangat
menyintainya walaupun dia merasakan mereka kerap tidak sehaluan memandang
kehidupan. “InsyaAllah! InsyaAllah! Esok
pagi abang akan ke masjid. Doakan abang
ye sayang,” begitulah janji Darwis menjelang waktu tidur. Namun ketika Dhia menuntut janji setiap pagi,
Darwis benar-benar tidak kuat untuk bangun dari tilam yang empuk. Darwis mungkir janji! Sikap itulah, yang tanpa sedar menumbuhkan
rasa benci Dhia.
Sekeping hatinya yang merindu, itulah juga hati yang
membenci. Hati yang sama itulah yang
sedang resah. Ya, Dhia amat resah. ‘Ini adalah dosa yang aib’, bentak hati Dhia
tiba-tiba. ‘Dosa nusyuz!’ Hatinya mengherdik kasar. ‘Darwis patut dikasihani bukan dibenci!! Tidakkah kau malu di sana nanti, rindu
berdosa yang penuh aib ini dibongkar Allah di hadapan suamimu dan sekelian
manusia? Hati Dhia terus mencemuh dan mengherdik. ‘Ketahuilah wahai Dhia, kau benar-benar
sedang menempah tiket ke neraka! Neraka,
Dhia! Neraka!!’
Peluh halus merenik di dahi Dhia. Dadanya berdebar-debar. Tubuhnya menggeletar. Rasa bersalah semakin menguasai diri. Alangkah pedihnya ditempelak hati
sendiri. Dhia menekup muka. Tidak sanggup dia menatap wajah Darwis yang
masih lena. Darwis suaminya yang masih belum direzekikan menikmati keindahan
perasaan bersujud ke hadrat Allah. Suami
yang sangat mencintainya dan tidak pernah meragui kesetiaannya.
Dhia menutup mata rapat-rapat. ‘Ya Allah, Engkau saja yang Maha Tahu
kerinduan ini. Aku membenci, aku juga
merindu. Benci itu menyuburkan rinduku,
ya Allah. Maafkanlah rasa ini.’
Suara imam membaca doa sayup-sayup kedengaran. Darjah kebencian Dhia terus melonjak tinggi. Tatapan matanya yang sayu resah mengharap kepada
Darwis bertukar menjadi tatapan benci berapi.
Kini resahnya yang berbaur benci kerinduan semakin padat tepu. Cemuhan
dan herdikan hati sirna begitu sahaja.
Boleh dibilang dengan jari Darwis bangkit awal pagi untuk
solat Subuh. Dhia teringat-ingat betapa
lapang dadanya ketika matanya mengekori langkah sang suami menuju masjid. Kemudian
Dhia akan menanti kepulangan Darwis dengan wajah berseri-seri. Terasa dalam jiwanya betapa rumah mereka
disirami nur rahmat Illahi yang telah sedia melimpah ke seluruh sudut masjid. Nur rahmat Illahi itu kini menyinari seluruh
ruang rumah mereka pula, menyelinap ke dalam jiwa mereka yang segar.
Namun, Darwis suaminya selalu kalah dalam perjuangan. Darwis kerap tidak berdaya mengangkat kelopak
matanya. Setiap kali begitu, Dhia diserang
perasaan amat benci dan kecewa. ‘Lemah
dan mungkir janji!’ Kutuk Dhia di dalam hati.
Dhia sedar dia tidak berdaya untuk memaksa Darwis bangkit segera. Darwis tidak suka dipaksa-paksa. Dhia sedar ibadah mestilah dilakukan dengan
ikhlas tanpa paksaan. Darwis mestilah
solat kerana Allah SWT, bukan kerana Dhia.
Dhia memicit hidung yang tersumbat.
Dadanya pedih menahan gelojak benci dan kecewa. Airmata kesedihan kembali
luruh laju dari tubir mata Dhia. Sedih
itu bercampur benci bersalut rindu. Dhia
rindukan Daie. Benci Dhia kepada kekalahan
Darwis disambut rindu kepada lelaki ajnabi yang entah bagaimana parasnya. Hanya tutur bicara di ruang sembang yang
telah menawan seluruh kalbu Dhia, menjadi tempatnya melampias benci kepada
suami sendiri.
Dhia merenung sekilas tasbih hitam yang berlingkar di hujung
jarinya. Astaghfirullahalazim allazi laailahailla
huwal hayyul qayyum waatubu ilaih. ‘Ya
Allah aku tidak mampu mengubah manusia.
Hati kami Engkau yang menggenggam.
Berilah cahaya hidayah kepada kami untuk mengikut jalan yang Engkau redha. Aku tiada daya untuk memaksa dia. Kumohon Engkau pilihlah suamiku untuk
mengikut jalanMU. Hilang lenyapkanlah
pula rindu berdosa ini. Ke mana lagi untukku
mengadu jika tidak padaMu.’ Hati Dhia merintih-rintih pilu.
Dhia amat sedar dan mengerti. Rindunya adalah rindu berselubung dosa.
Rindunya adalah rindu manifestasi benci yang tidak terperi. Dhia mengeluh berat. Tanpa dipinta, nama Daie bergema-gema lagi di
seluruh ruang hatinya. Jantungnya
bergetar seirama menyenandungkan nama Daie.
Tiba-tiba Dhia tersentak.
Hatinya yang tadi menyeru-nyeru nama Daie kini berpaling tadah
semula. ‘Sampai mana hala tuju kerinduan
ini Dhia? Bagaimana andai Darwis yang
melakukan ini kepadamu, kau suka?’ Tanya hatinya dengan nada mengancam tanpa
diduga.
Dhia termangu. Ya
sampai mana? Tanyanya kembali bagai
hilang punca. Dia cuba
membayang-bayangkan dirinya meminta dilepaskan dari Darwis. Ah, mustahil! Tidak mungkin Darwis akan
merelakannya. Dan Dhia juga yakin benar,
dirinya sendiri tidak mungkin akan meninggalkan Darwis dan puteri tunggal
mereka yang masih memerlukan belaian kasih seorang ibu. Dia masih mencintai suaminya, hanya dia benci
sikap yang satu itu.
Bagaimana pula andai Darwis tiba-tiba berubah hati, membawa
pulang seorang wanita sebagai pengganti dirinya yang tidak setia. Dia tidak mampu membayangkan andai Darwis
yang setia dan penyayang bercanda dengan wanita lain di alam maya. Oh tidak
mungkin! Jerit hatinya seperti ingin memberontak. Dhia merasa ngeri sendiri.
Sebenarnya, ini semua salahku! Aku yang mengambil kesempatan dari ketulusan Daie,
desis hati Dhia sebak. Lelaki itu hanya
memberi jawapan terhadap persoalan Dhia.
Tidak pernah Daie melencong maksud ke arah lain, apatah lagi berkaitan
dengan hati dan perasaan. Daie hanya
mahu menggunakan kemajuan teknologi untuk menyampaikan legasi dakwahnya. Daie manusia tulus yang tidak berniat buruk. Air mata Dhia menitis lagi. Lelaki seperti itulah yang menjadi
dambaannya. Lelaki yang dapat memimpin
para wanita dengan lembut dan ikhlas menuju keredaan Illahi. Tanpa sedar, api kerinduan kembali marak
menyala di seluruh ruang dada Dhia.
Dhia mengenggam kedua tangannya sekuat hati. Perasaannya begitu sayu dan pilu. ‘Ya Allah, rindu ini sarat dosa. Natijahnya kecewa. Halanya lembah neraka. Tolonglah daku ya Allah. Lenyapkan rindu berdosa ini dari hatiku, ya
Allah. Aku tidak berdaya menanggungnya
lebih lama.’ Tubuhnya mengiggil dan
dadanya terus berdebar kencang.
‘Dhia, sebenarnya kau telah terjerumus ke dalam fitnah akhir
zaman,’ Tanpa diduga hatinya yang tadi menempelak dengan bengis bertukar nada
lembut memujuk. ‘Insaflah Dhia,
sementara pintu taubat belum tertutup.
Sementara kematian belum menjemput.
Insaflah sementara masih ada kesempatan, Dhia.’
Dhia tiba-tiba jadi teramat ngeri. Dhia terbayang-bayang dirinya disambar lidah
api ketika sedang merangkak meniti Sirotal Mustaqim. Dhia ternampak-nampak pula tubuhnya yang hitam
hangus dibenam berkali-kali ke dasar kawah api neraka yang teramat panas.. Nauzubillahiminzalik! Dhia memeluk tubuhnya yang menggigil. “Akulah yang bersalah,” desisnya insaf. “Benar, akulah yang bersalah … Ya Allah,
ampunilah hambaMu yang daif ini.”
Dhia menoleh sekilas memandang Darwis yang berdengkur halus dengan
mata sembab basah. Hati Dhia bergetar
pilu mengenangkan kekhilafan diri sendiri yang alpa dan mudah terpesona.
‘Ya Allah, Tukarkanlah benci ini kepada cinta yang Engkau
redha. Apabila Kau sudah memilih, tiada
apa yang akan menghalang. Berilah kami
faham akan maksud hidup dan ugama yang murni ini. Apabila Kau memberi faham, lenyaplah segala
kedunguan dan kejahilan. Ampunilah daku
ya Allah. Aku masih mencintai suamiku.’
Dengan mata kabur dan hati yang sedang dirobek-robek belati
keinsafan, Dhia kembali merenung wajah Darwis yang tenang dalam lena. ‘Semoga subuh esok masih ada untukmu,
suamiku. Semoga kau termasuk hamba
pilihan Allah. Kuletak namamu yang
teratas dan terutama. Demi redha Illahi,
aku lupakan yang lainnya.’
Rasa kasih dan kasihan yang teramat sangat kepada sang suami
menyelinap halus ke seluruh ruang hatinya.
Dhia menarik nafas dalam-dalam. Dia
masih mencintai Darwis. Tiada guna Dhia
memendam benci sendiri. Benci itu umpama
racun yang menjalar di seluruh nadinya menjadi barah yang penuh nanah berbisa. Dhia tidak mahu racun kebencian memakan
dirinya pula. Dan Dhia tidak mahu rahsia
perbuatan aibnya merindu-rindu seorang Daie pecah terburai di padang yang luas
nanti. Dhia bertaubat nasuha. Dhia benar-benar mahu menghapuskan kerinduan
yang berhias dosa itu.
‘Biarpun hatiku terluka derita. Biarpun perasaanku hampa kecewa. Biarpun sebenarnya masih amat rindu. Demi redha-Mu ya Allah, kutahankan ini semua. Ya Allah, lenyapkanlah rindu berdosa ini
tanpa sisa. Amin.’
Entah bagaimana, tiba-tiba umpama ada hembusan bayu dingin lembut
dari kutub utara bertiup menyejukkan seluruh jiwa Dhia yang sarat rasa pilu resah
berbahang kecewa. Sekeping hati Dhia
yang sebulan ini dilambung badai gelisah dengan rindu berahi bersalut dosa
kepada seorang ajnabi mendadak tenang.
Hati yang sama, yang sesak dengan kebencian membuak-buak tiba-tiba
begitu damai bak tasik yang tidak berombak.
Dhia menutup mata rapat-rapat. Seolah-olah
ada selautan air yang sedang menyirami seluruh jiwa raganya yang hangus kerinduan.
Dhia mengusap mata dan wajah yang lembap basah. Dhia menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan
bersama perasaan yang teramat lega. Hati
Dhia tersenyum senang. Kemudian Dhia berensot
menghampiri komputer riba di sisi katil.
Ruang sembang di laman sosial dibuka
semula. Dhia mengetik nama Daie di dalam senarai kenalannya. Selepas mengucapkan Bismillah, Dhia mengetik pula
butang ‘unfriend’. Dalam sekelip mata Diae tidak lagi menjadi
rakan Dhia di alam maya. Ada satu getaran
rasa nan halus menyentuh hati Dhia tetapi tidak diendahkannya. Keputusannya benar-benar muktamad!
Dhia bangun menatap wajahnya yang sayu di cermin. ‘Syukur Ya Allah. Segala kebaikan dan kekuatan adalah dariMu. Hanya redhaMu yang kuharapkan. Ampuniku wahai Tuhanku kerana tersadung di
laluan itu. Janganlah Kau biarkanku walaupun
sesaat. Tetapkanlah aku berpegang pada taliMu sehingga ke akhir hayat. Amin.’
Lalu Dhia cuba mengukir senyuman yang paling manis namun
senyuman itu masih hambar. Dhia mengemam
bibir dan tersenyum lagi. Kali ini dia
bersungguh-sungguh melakukannya. Kedua pipi
mulusnya ternaik dan sepasang mata ayunya yang agak sembab turut tersenyum. Hati Dhia diterpa rasa bahagia. Sambil
menelan liur Dhia menghampiri Darwis yang masih lena. ‘Suamiku tersayang, Dhia akan terus setia
padamu,’ desis hati Dhia penuh rindu dipalu keinsafan yang dalam.
Firman
Allah, mafhumnya; (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap
seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia
(dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa
sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang
bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang
jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan
dirinya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah amat belas kasihan kepada
hamba-hambanya. (Ali-Imran: 29-30)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing