Dia serba-salah. Masih berbau busuk lagikah, desis hatinya risau. Tetapi disembunyikan rasa serba-salah itu dalam-dalam dan jauh-jauh tersembunyi di dalam hati. Sambil dia berdoa kepada Allah yang Maha Pengasih, sambil dia bertawakkal sepenuhnya. Biarlah, apa nak jadi aku berserah kepada Allah semata, bisik hatinya lagi pasrah dan redha.
Pensyarah muncul di ambang pintu. Dengan tenang pensyarah itu menuju ke meja besar dan meletakkan buku-buku beliau. Nampaknya sudah bersedia untuk memulakan kuliah hari itu. Tiba-tiba pergerakannya terhenti. Seolah-olah terpegun. Kelihatannya pensyarah itu menarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam. Sama seperti dia melakukannya apabila menyembunyikan segala perasaan resah dan gelojak risau sedalam-dalamnya, jauh lebih dalam dari Lautan Hindi yang sentiasa bergelora itu.
Mata pensyarah meneliti wajah-wajah yang sedang termangu melihat sikapnya yang berubah mendadak. Nah, mata pensyarah yang tajam menikam jatuh ke wajahnya pula ... aduhai. Kebetulan hanya dia dan seorang rakan yang paling terkehadapan dan paling hampir dengan meja pensyarah. Entah mengapa, dia pula yang menjadi tumpuan mata yang berkilau itu.
"Kamu! Kamu pakai apa ni?"
Dia tercengang. Benar-benar aneh pertanyaan yang ditujukan itu. Aku pakai apa pulak, desisnya gamam. Tentu pakai baju. Tapi .. baru dia teringat sesuatu. Mungkin bau itu tidak dapat dihilangkan sepenuhnya, dan kini bau yang datang dari najis yang dilumur di seluruh tubuhnya tadi itu masih berkitaran di sekeliling dirinya. Dan itulah asbab dia menjadi mangsa pertanyaan dari pensyarah bermata tajam berkilat itu.
"Iya, jawab saja. Kamu pakai perfume apa ni? Tak pernah saya hidu bau seharum ini. Luar biasa harumnya! Benar-benar luar biasa!" kata pensyarah dengan wajah serius.
Seluruh dewan yang sederhana luas itu mula diserang dengung suara pelajar-pelajar yang bercakap sesama sendiri. Masing-masing berbicara dengan nada rendah, tetapi apabila suara-suara itu bersatu ia menjadi satu dengung yang mula bingit.
Kini fahamlah dia asbab renungan semacam setiap pelajar perempuan yang ditemui di sepanjang perjalanannya ke kampus tadi. Jika selama ini dia enggan memperdulikan semua renungan itu, tetapi hari ini dia terpaksa mengakui sambutan yang diberikan jauh lebih hangat dari hari-hari biasa. Lelaki perempuan seolah-olah sepakat untuk membuatkan dia kekok melangkah. Mereka terhenti dan cuba menghampirinya. Walhal dia tidak melakukan apa-apa. Mereka menyambut kehadirannya dengan pandangan hairan, seolah-olah takjub dan mesra alam. Ada juga yang memberikan senyuman manis, terutama pelajar perempuan yang lawa-lawa dan agak daring. Hari ini dia seolah-olah mendapat kejutan budaya sekali lagi. Mengertilah dia sepenuhnya sekarang.
Namun mengatasi semua itu, hatinya berbisik hiba dan bahagia. Berulang-ulang kali dia mengucapkan syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah. Semuanya ... dengan kekuasaan Allah semata.
Ya Allah, semua ini hanyalah tidak lain tidak bukan adalah tanda kebesaranMu semata-mata. Ya Allah, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan menghina sesiapa yang Engkau mahu. Ya Allah, aku benar-benar bersyukur kepadaMu di atas segala kurniaanMu ini. Hanya padaMu aku kembali dan berserah diri.
Maka terbongkarlah rahsia di sebalik wangian luar biasa dari syurga. Umpama hadiah khusus untuknya dari sisi Illahi. Rahsia dia diperangkap oleh perempuan yang memenuhi ajakan nafsu. Lalu setelah memikirkan berbagai cara dan jalan keluar yang sudah buntu (tiada jalan keluar, semua sudah disekat dengan perancangan teliti si perempuan) dan demi memenuhi tanggungjawab untuk majlis ilmu yang semakin mendekati waktu, dia melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Kerana terpaksa menyelamatkan iman, dia melumurkan najisnya ke seluruh tubuh. Maka terselamatlah ia dengan asbab melakukan pekerjaan yang menjijikkan itu, jijiklah perempuan yang berhasrat ke atas dirinya untuk meneruskan hajat. Lalu dia dihalau perempuan itu keluar dengan pandangan yang jiik sambil menutup hidungnya. Yang utama imannya sudah selamat, apapun asbabnya.
Segera dia kembali ke untuk membersihkan diri. Dicuci tubuhnya berkali-kali sambil merasa cemas dengan waktu kuliah yang semakin mendekati. Lalu dia bertawakkal kepada Allah. Semoga bau tubuhnya tidak menganggu pancaindera orang lain. Maka dengan lafaz bismillah dia melangkah menuju dewan kuliah.
Demikianlah kisahnya, sehingga saat pensyarah muncul dan mencari-cari punca bau harum yang luar biasa itu. Mudah sahaja bagi Allah untuk memberi ganjaran dan membuktikan kebenaran itu benar. Setiap langkah untuk menuju keredhaanNya tidak akan disia-siakan. Setiap sesuatu walau sekecil hama, pasti akan diberi balasan. Yang penting ialah keredhaanNya. Mengusahakan iman yakin bukanlah perkara main-main. Ia benar dan sentiasa benar. Ia sukar dan sulit. Tetapi mendapatkannya sangat indah dan sentiasa indah.
* penceritaan semula secara flashback suatu kisah benar nusrah Allah kepada seorang pelajar. Wallahua'lam. Kisah disampaikan dari mulut ke mulut. Mungkin kisah sebenar lebih detail adalah lebih mengesankan. Kisah terjadi dalam beberapa tahun ini. Bukan kisah dalam buku ye.
Nabi Daud AS pernah bertanya kepada Allah : “ Ya Allah bagaimana caranya agar aku bisa mendapatkan cintaMu ?”
Allah SWT menjawab : “Ajaklah orang-orang untuk mencintaiku, maka aku akan cinta kepadamu.”
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Apr 2014
(32)
- Aku tertanya-tanya, apakah ramai yang masih segar ...
- Aku kusyuk. Berada di taman-taman syurga, adalah ...
- Alhamdulillah. Bermula Subuh 15 April, selesai 2...
- gelihati
- Selesai satu kisah pagi di madrasah. Aku bukak y...
- wonder chef
- Hei ... rilek la
- Aisyah jangan cemburu
- WhatsApp untuk Ustaz Hmmm
- 1. Pening masuk kedai borong jual hp last 18th ni...
- Semua memandangnya dengan wajah pelik
- Kisah bantuan Allah (copy write)
- SDB
- Pada suatu hari
- no title
- Bidan Terjun
- hati tergerak
- I Luv U
- Hari ini menghadiri jemputan majlis perkahwin...
- Semalam petang, tiba-tiba
- Baru sehari
- Aku tergamam
- baca blog popular
- Gulai ikan
- LUAS SYURGA
- "Macam nak kenduri je ni,"
- Ya benar
- Rasa agak lengang apabila sudah deaktive FB. Biar...
- Terinspirasi
- Aku duduk dan mula menjamah sarapan pagi ini. Kue...
- Dia Seorang Pelarian
- "Mama, nak beli air."
-
▼
Apr 2014
(32)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment