Ala, sempena pesta buku.
Apa-apa je. Tapi aku dah semakin pasif di sana.
Aku macam selalu. Tarik nafas berkali-kali. Masih bernafas macam biasa. Masih bernyawa hari ini. Alhamdulillah.
Aku fikir semua ok saja. Tak ada apa-apa. Tetapi mereka tulis itu ini pasal pesta buku. Mereka share itu ini di pesta buku. Mereka cerita sesi itu ini kat sana. Aku mula terasa.
Ala, ada empat buku lagi yang tertangguh. Bukan buku aku je. Editor dah minta maaf dah. Aku pun dah kata it's ok je. Semua jadual Allah belaka. Pasti dan pasti ada hikmahnya. Aku tak tau. Editor tak tau. Pihak penerbitan tak tau. Big bos ITBM pun tak tau. Hanya Allah je yang Maha Tahu. So?
So, hei ... rilek la.
Bukan mudah nak rilek sebenarnya. Aku tak mau jenguk FB lagi.
Aku rasa nak menangis tapi ... sayang airmata. Nanti la, kumpul 7 alasan yang afdal untuk menangis 7 hari 7 malam.
Ulangan. Aku suka stail kakak. Dia tak pernah heboh pasal bukunya. Makluman dia pun santai je. Dia low profile orangnya. Sebagai adiknya, maka aku bercadang mengikut cara dia. Dan aku rasa elok juga ikut cara dia mengenepikan FB dan blog dan mengutamakan apa yang sepatutnya.
* Dalam hati ada jiwa. Apabila hati berkata, jiwa bersuara. Perasaan memendam. Semua jadi berantakan. Aku rasa mahu menangis tetapi bukan sekarang.
Hei ... rilek la!

No comments:
Post a Comment