2. Dia, my loving new special friend still ... insist to ask ... (betul ke) ... yang ... aduii ... rasa bersalah benar pulak ni. Ampun maaf to you dear. Tunggu Ogos, andai panjang umur insyaAllah.
3. Prepare nak buat cookies. Mampu ke lagi ni? Semoga Allah beri kekuatan untuk menyelesaikannya. InsyaAllah aameen.
4. Istikharah. Ya Allah, seandainya di sini lebih afdal dan besar manfaatnya untuk akhiratku, mudahkanlah segala urusanku di sini dan tetapkanlan hatiku. Andainya beredar dari sini lebih afdal untuk aku beroleh keredhaanMu, permudahkanlah untukku dan gantikanlah dengan yang lebih baik lagi. Semoga pelajar-pelajar yang manja-manja tu masih dapat bermanja dan ditarbiyah dengan lebih berhikmah lagi nanti. InsyaAllah.
5. Semalam dan pagi ini aku harus mengaku telah berlagak dengan lagak mak joyah kaki leter yang budak-budak sekarang suka gantikan dengan perkataan 'poyo'. Peduli apa ... siapapun dia. Anak siapapun dia. Adik siapapun dia. Inilah yang menambah keinginan nak beransur dari sini. Namun, sebenarnya masih ada rasa sayang. Mereka tetap 'jiranku yang terbaik' sampai bila-bila. InsyaAllah. Tak semudah abc nak dapat 'jiran' seperti ini lagi di mana-mana. Cuma kadang-kadang jiran ini yang aku harus ambil tahu tepi kain mereka semua, menjadikan aku rasa berasap-asap saja ... hmmm ... sabar saja kan. InsyaAllah.
Cukuplah dulu. Semoga Allah izinkanku menulis sesuatu yang lebih bermanfaat yang boleh benar-benar menjadi penawar dan asbab kebahagiaanku di akhirat sana. Sedang menimbang-nimbang nak hantar cerpen remaja / dewasa pulak. Moral dari cerita benar yang diubahsuai. Aku buat keputusan berhenti menghantar ke majalah kanak-kanak Dewan Pelajar. Perlukan wadah yang lebih sesuai untuk pengisian yang lebih murni. InsyaAllah. Maka aku berfikir semula; bahawa aku perlukan kehidupan yang aku boleh uruskan sendiri tanpa disentuh urusan luar. Pagi membaca dan menulis. Tengahari menulis. Petang menulis. Malam membaca dan menulis. Tengahmalam menulis. Awal dinihari menulis. Begitulah penulis. Kan.
Jadi aku memang bersetuju apabila kakak aku kata; hmm ... dah ada tugas kena la ikut jadual tugas. Tak boleh nak rancang masa sendiri.
Jadi, aku makin faham sikap dan tindakan kakak aku yang seorang ini. Berhenti berkerja makan gaji dan uruskan anak-anak di rumah. Dia menulis, juga urus anak. Buat roti untuk anak. Tanam cili dan macam-macam yang dia suka. Dia menulis juga. Menyunting dan editing. Dia tak aktif FB. Dia tak aktif blog. Walaupun dia ada FB dan blog. Dan dia tak berwassap walaupun aku dah banyak kali memujuk dia supaya berwassap. Kita kan ada wassap grup adik-beradik. Macam-macam kita boleh share kat wassap. Dan kita boleh update urusan dan hal ehwal keluarga dengan cepat kat wassap; macam yang famili my hubby buat. Memacam yang diuruskan melalui wassap antara adik-beradiknya. Tetapi wassap adik-beradik aku cuma tiga
Err ok stop dulu. Cookies ni bila nak buat ni? Sapa nak tolong

No comments:
Post a Comment