Aku duduk dan mula menjamah sarapan pagi ini. Kue teow goreng. Tiba-tiba, 'alamak!' hatiku berkata. Kupandang Zakiah yang sedang berdiri di pintu, dia memandang aku juga.
"Sori, mama lupa nak letak garam." kataku bersahaja.
Zakiah terjerit, terkejut. "Ala mama!!! Napa terlupa?!!!" Dia ketawa, matanya jadi kecil dan dia terlompat-lompat. Tiba-tiba dia menjerit lagi, "Ehh, pulangkan balik kue teow tu, mama nak repair."
Ehh memandai je ea. Sapa pulak cakap nak repair. Aku sudah merendam kuali dengan air. Zakiah terdiam tetapi ketawa semula. "Abih tu camana mama?"
Anis masih sibuk mencuci baju di sinki aku. Cuci baju pun di sinki. Apabila semua paip digunakan, dan air menjadi halus. Sinki aku menjadi mangsa. Alya yang comel termenung di pinggir meja, melihat aku. Dia malas nak sarapan, aku tau. Masing-masing mendekati aku.
"Meh kita rasa, mama." Masing-masing mula menyuap kue teow aku dalam pinggan.
Dah kata tak de garam, tak percaya. Aku bangun. Buka almari dapur dan mencapai sos cili. Aku tuang sos itu ke dalam pinggan dan duduk menyambung suapan yang terhenti.
"Ala mama ... mama ada sos. Kitorang tak de."
Lalu aku hulurkan sos kepada Zakiah. "Pedas ni, jangan letak banyak. Okeh, semua boleh balik."
Bagaimana ya ... Kelmarin aku menggoreng ikan, termasin pulak. Waktu itu Hani yang kepoh menolong aku di dapur. Sudah tiga hari pelajar khidmat taam 'menyebuk' nak menolong aku di dapur. Terdorong dek rasa 'ok juga dorang tolong ...' aku benarkan saja. Natijahnya ... itulah dia. Kelmarin terlebih garam. Hari ini langsung tiada garam!
Teringat tadi, ketika ada yang memuji mama masak mesti sedap, tetapi Hanani yang sibuk nak menolong kacau kuali cepat mencantas, "eh bukan mama la, kita yang masak tau." Iye la tu, ni semua gara-gara sibuk nak menolong la ni.
"Mama, mama ni awat? Mama ... mama ... napa mama? Kenapa???" tanya Hani waktu itu. Dia dan beberapa orang mencubit sedikit daging ikan dan buat muka kerut. Konon la.
Aku berikan senyuman. "Apa apanya? Ok la tu, nanti dimakan dengan nasi putih memang sedap."
Mereka tak berani nak berlebih-lebih.
Selepas ni aku rasa akan kembali kepada cara biasa. Nobody is allowed staying in my kitchen with any reason okeh! Cau cau cau go back n clear up your kitchen over there. Nanti mama datang buat spot check, tak clear siap! Tapi selalunya rutin lepas masak ialah ... di sini hehe. Terlupa mau spot check apa-apa. :P
Walau apa pun, walau rasa nak pergi, kadang-kadang rasa sayang. Maka selagi Allah belum mengizinkan, aku akan terus di sini buat beberapa ketika lagi. InsyaAllah.
Ya Allah, bantulah daku membaiki diri. Kuatkanlah imanku dan janganlah biarkanku walaupun sesaat.
Allahumma aameen. Alhamdulillah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Apr 2014
(32)
- Aku tertanya-tanya, apakah ramai yang masih segar ...
- Aku kusyuk. Berada di taman-taman syurga, adalah ...
- Alhamdulillah. Bermula Subuh 15 April, selesai 2...
- gelihati
- Selesai satu kisah pagi di madrasah. Aku bukak y...
- wonder chef
- Hei ... rilek la
- Aisyah jangan cemburu
- WhatsApp untuk Ustaz Hmmm
- 1. Pening masuk kedai borong jual hp last 18th ni...
- Semua memandangnya dengan wajah pelik
- Kisah bantuan Allah (copy write)
- SDB
- Pada suatu hari
- no title
- Bidan Terjun
- hati tergerak
- I Luv U
- Hari ini menghadiri jemputan majlis perkahwin...
- Semalam petang, tiba-tiba
- Baru sehari
- Aku tergamam
- baca blog popular
- Gulai ikan
- LUAS SYURGA
- "Macam nak kenduri je ni,"
- Ya benar
- Rasa agak lengang apabila sudah deaktive FB. Biar...
- Terinspirasi
- Aku duduk dan mula menjamah sarapan pagi ini. Kue...
- Dia Seorang Pelarian
- "Mama, nak beli air."
-
▼
Apr 2014
(32)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment