Atas lemahnya iman, sudah hampir 5 bulan aku tidak berpuasa sunat Isnin Khamis seperti kebiasaan. Atas alasan yang lemah ~ susah nak masak, letih, nanti masakan tak sedap, tak boleh nak testing rasa. Dan suami pun tidak menggalakkan sangat. Sementelah penyakit letih lesu kerap melanda. Letih sebab tak biasa buat kerja rutin macam ni.
Hari ini, setelah 5 bulan, aku berpuasa hari Khamis. Bagitau ni bukan le nak menunjuk-nunjuk dengan riak pulak. Tapi ada sesuatu yang nak aku katakan dari hal berpuasa hari ni.
Aku menyertai pelajar-pelajar (8 orang sahaja yang tak puasa) yang majoritinya masih belum baligh. Yang kecik-kecik comel-comel termasuk Nurhanessa puasa ganti katanya. Puasa Ramadhan semasa berumur 7 atau 8 tahun, yang terbukak beberapa hari tu, diqada' hari ni. Ada kawan ramai-ramai berpuasa, ramai-ramai keletihan. Tak terasa sangat tekanan kelaparan.
Yang dah baligh tu, tentulah berpuasa ganti entah berapa hari. Termasuklah ustazah-ustazah pun puasa juga. Dan itulah, aku turut menyertai. Kelmarin naik gambar nasi goreng di FB. Aku katakan, bukan api bukan cili bukan diri tapi Allah yang bagi sedap.
Emangnya ngak tau, mengapa aku kok selalu kerisauan kalau berpuasa bimbang masakan jadi berantakan rasanya. Ngak logik gitu.
Pernah juga aku merasa dengan hujung lidah, hukumnya makruh. Tapi boleh saja kan ... kalau risau sangat pasal rasa masakan.
Pernah juga aku tak merasa langsung tetapi apabila dijamah, dapat thumbs up tanda enak dan sedap. Jadi, apa yang dibimbangkan tu tak ada asasnya. Saja je nak jadi pembimbang. Jadi pembimbing ok juga!
Jadi, hari ini aku pun berpuasa. Alhamdulillah. Dan alhamdulillah insyaAllah sempitlah salur darah yang melitari sekujur jasadku. Sempitlah ruang laluan syaitan laknatullah untuk beredar di seluruh tubuhku untuk merosakkan aku.
Ada rasa tenang. Bersama ritual lainnya. Alhamdulillah. Bersama doa dan syukur ke hadrat Allah. Alhamdulillah.
Sejenak, menyelinap rasa ... "alahai, kenapa aku berbuat begitu? Kenapa aku berkata begitu? Kenapa menjadi keterlaluan begitu? ..."
Aku tak dapat mencari jawapannya.
Esok, lusa, tulat, langkat ... insyaAllah pada hari-harinya semoga Allah izinkan aku meneruskan apa yang baru dimulakan. Semoga beroleh redhoNya.
Apabila berulang-ulang melakukan kesilapan
Apabila berulang-ulang melakukan kesilapan
Apabila berulang-ulang melakukan kesilapan
Andai ia bukan kesilapan
Andai ia bukan dianggap kesilapan
Andai ia bukan suatu kesilapan
Semoga ini dapat menutup mulut dari berkata
Semoga tidak berulang lagi apa yang aku panggil kesilapan
Semoga sirna segala keresahan
Hilang segala kerengsaan
Dan tidak menambahkan lagi kesilapan
InsyaAllah.
Allahumma Aameen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Feb 2014
(22)
- cantas lagi
- setelah 5 bulan
- Menyembunyikan Munawwarah
- pekerjaan syaitan
- Doakanku dalam sujudmu
- Momentum yang telah menghalang
- Bengkel kedua
- Apabila Bersedih
- Janganlah kamu berdukacita
- ITU TANDA BENCI
- menulis dengan airmata
- Sebenarnya hidayah Allah memang mahal
- Tidak Mengapa
- mimpi manis
- Ujian kesakitan
- Terima je
- Tutup buku
- Membaca
- Kisah Terindah
- Usah Gentar
- Ketika Pulang
- Malu! Malu! Maluuuu!
-
▼
Feb 2014
(22)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment