Menghadiri bengkel penulisan buat kali kedua.
Semoga Allah meredhai.
Sekelumit usaha untuk mencari ilmu membaiki diri dalam arena penulisan.
Aku menulis bukan kerna nama.
Sering aku teringat pada satu ketika di zaman remaja, aku tidak pernah terfikir waktu itu bahawa hari ini aku akan menjadi sebutir zarah dari kelompok warisan SASTERA.
Harus aku akui dari hati, bahawa sesekali datang rasa yang nyata; aku cinta menulis. Ada sesuatu yang menggelodak dalam jiwa memaksa dengan gemalai.
Ia satu cara untuk melontar dan meluah apa yang dirasa.
Lain orang lain anugerahNya.
Mungkinlah ini anugerah buatku pula.
Menulis, dan tak perlu kisah apa orang akan bicara.
Siapa dan kenapa.
Selagi tetap di dalam ruang ketetapanNya. Tidak melangkaui kemurkaanNya.
Aku menarik nafas lega.
Alhamdulillah, semoga Allah menetapkanku di atas jalan keredhaanNya hingga hujung nyawa.
InsyaAllah. Allahumma Aameeen.
Ya Allah, berilah daku faham dan mudahkanlah urusanku dan tetapkanlah daku di atas jalan yang lurus yang Engkau redhai. Aameeen.
Beramal dan Menyampaikan
Dari
Abu Hurairah r.a berkata meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: Sesiapa yang untuk menghasilkan dunia telah mempelajari suatu
ilmu yang sepatutnya dipelajari untuk mendapatkan redha Allah SWT, dia
pada hari Kiamat nanti tidak akan mencium walaupun bau syurga. (HR Abu
Daud)

No comments:
Post a Comment