nak jadi ketua, sila buat pengakuan sekarang." Tiada jawapan. Aku tebar pandangan ke setiap wajah yang sudah bersih dan siap bertelekung putih. Mereka sudah bersedia dalam bulatan besar untuk bercakap tentang kebesaran Allah petang ini.
Ketika aku sedang mengetik-ngetik huruf di hp melayan muzakarah tentang air Holy Water yang sedang diedarkan dengan berleluasa sekarang bersama adik ipar di Whatsapp, aku mendengar keributan kecil di rumah merah muda Lil Banat. Ia serta-merta menarik perhatianku. Tidak pernah ada keributan sebegitu. Kedengaran nada suara yang tinggi sedang berkata sesuatu. Apa sudah jadi?
Menarik nafas panjang, aku mengatur langkah nan gagah ewahh ...
"Assalamualaikum."Salam kuberi dengan suara jelas. Ternampak susuk Zakiah sedang memegang penyapu sambil membebel dengan nada hampir menangis.
"Ada apa ni?" Tiada jawapan.
Aku menghidu sesuatu. Aduan dari ketua pelajar semenjak dia dilantik bersama raut wajahnya yang tidak berseri, kini sudah terbukti. Ada penentangan dalaman dari pelajar yang memiliki kroni tersendiri. Kuasa tidak sah yang didapati melalui hadiah makanan sudah mengambil tempat dalam diri.
"Hmm ... mama dapat tau ada komplen tidak puas hati pasal perlantikan ketua pelajar. Jadi mama nak tanya sekarang, ada sesiapa yang rasa dirinya lebih layak menjadi ketua? Beritahu sekarang." Tiada jawapan. Siapa nak mengaku pulak. Saja je aku provoke sikit. Biar empunya diri yang kuat menentang terasa apa yang telah dibuatnya tidak membantu bahkan merosakkan keadaan.
Aku tahu siapa dia tetapi aku langsung tidak memandang ke arahnya.
"Rozana?" Gadis Kemboja yang baru kembali setelah pulih dari gangguan geleng kepala.
"Nasihah? Awak nak jadi ketua ke?" dia mengangguk-angguk tersengih. Faham ke tak ni... "Awak nak jadi ketua??" Aku ulang pertanyaan dengan bersungguh. Nasihah geleng pula. Macam faham macam tak faham rakan sekampung Rozana ni.
"Ruqoiyah? Awak nak jadi ketua?" Gadis tinggi lampai yang baru menjadi yatim itu tersenyum sambil geleng kepala.
"Hanani?" Anak kepada Setiausaha Kerabat Sultan Selangor itu tersengih.
"Sesiapa yang paling tua umurnya termasuk yang besar saiznya, siapa nak jadi ketua? Atau umur kecik badan kecik tapi suara besar, boleh juga kalau nak jadi ketua. Anis Sabrina?" Aku terus mengasak dengan pertanyaan.
"Eh mama, saya tak suka jadi ketua sebab bila saya jadi ketua semua orang benci kat saya." sahut Anis Sabrina dengan suaranya yang serak-serak basah. Aku pula yang tersengih.
Tiba-tiba Zakiah yang berdiri di belakangku mencuit tanganku memberi isyarat mahu bercakap. Dan dia mula bercakap dengan emosi yang meruntun, dan akhirnya menangis. Alamak ... "Ok dah dah ..."
"Untuk pengetahuan kamu, perlantikan ketua ni bukan suka-suka. Ustazah dan mama dah berbincang dan bersetuju melantik dia. Tentulah ada alasan dan sebab-musababnya. Bukan main hentam je. Mama dah tanya banyak kali ni kalau sesapa yang rasa dia layak, tapi tak ada yang mengaku. Ok, kalau segan boleh datang ke rumah mama dan bercakap dengan mama personally. Err personally tu secara peribadi kita berdua je. Boleh?"
Anak mudir yang dari tadi sekejap mengangguk sekejap menggeleng menyampuk, "Mama, kita tutup mata je. Dia boleh mengaku sekarang." Haihh ... aku menghadiahkan segaris senyum sumbing.
"Ok masa pun dah suntuk. Kejap lagi azan. Kamu belum buat bercakap kebesaran Allah. Lepas ni mama tak nak hal macam ni berulang lagi. Ingat, kat dalam diri kita ni ada nafsu yang nak ditundukkan. Kat luar ada syaitan yang membisik-bisik di telinga. Kita kena ingat-mengingatkan. Yang penting mesti ada kasih-sayang. Barulah hati lapang nak belajar pun senang." Aku beri salam dan melangkah laju pulang ke rumah.
Sekelumit kisah anak-anak yang sedang berjuang melawan runtunan nafsu dan hasutan syaitan, yang kadang-kadang jauh lebih hebat serangannya. Semoga berkat doa ulama dan para ibu bapa yang sentiasa mengiringi, mereka akan berjaya jua mencapai matlamat. Perjalanan masih jauh dan warna-warni pelangi terus dilakarkan mencorak kehidupan.
Nota : dialog di atas tu tidak sepenuhnya diucapkan seperti yang ditulis melainkan mahu mematuhi kehendak Bahasa Melayu Tinggi semata-mata. Ada juga sedikit bahasa pasar untuk menjadikan ia lebih real hehe ... dengan kata lain masih skema tapi aku tak kisah pun.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Jan 2014
(18)
- Bonda Operasi Mata
- Hani oh Hani
- Dakwah Hidayat
- Unic Doa Rabitah Lirik
- Dalam sunnah ada kejayaan
- Allahumma Aameen akhirnya
- Tiba-tiba perasan jiwang
- Opick - Rapuh (Lirik)
- Akhirnya Allah izin aku mendengar
- "Siapa rasa dirinya lebih layak
- tak cukup
- Jangan Marah
- Komen aku kena delete lerrr
- semuanya salah saya
- kadang-kadang
- Menantu Mama
- Mummy Zaleha sudah pulang
- Allahumma ameen
-
▼
Jan 2014
(18)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment