Alhamdulillah, bonda R selesai menjalani operasi mata di Hospital Kuala Pilah kelmarin, 28 hb. Allah jua yang mengizinkan dan memudahkan segala urusan, sehingga bonda selamat keluar dari perkarangan hospital menjelang Maghrib hari tersebut. Syukur dan jazakillahu khoir katheera kepada kekanda Hajjah Noraini Hassan suami isteri yang menguruskan segalanya sejak dari cadangan, temujanji sehinggalah pembayaran dan operasi dijalankan. Semuanya dengan izin Allah jua, yang memberi kekuatan kepada kekanda berdua demi untuk meneruskan bakti dan bukti cinta kepada bonda. Alhamdulillah allahumma aameen.
Menurut khabar kekanda, semasa ujian penghlihatan dilakukan sebelum bonda diizinkan pulang ke rumah, ada kejayaan diberikan Allah pada hasil operasi pembedahan kecil di mata kanan bonda itu. Bonda boleh melihat huruf-huruf yang ditunjukkan. Tetapi apabila pulang ke rumah, bonda merungut kecil tentang kos pembayaran yang dianggapnya mahal.
"Macam biasa yo ni ha ..." Begitulah jawapan bonda seperti yang disampaikan kekanda kepadaku.
Dan sebaik sampai di rumah, bonda yang sudah 73 tahun terus menuju dapur untuk melakukan rutin sebagaimana biasa. Walhal bonda sepatutnya berehat untuk membantu mata kanan yang masih terluka urat-urat halusnya. Tiga bulan bonda mesti berehat sepenuhnya. Tetapi ... mampukah bonda menahan diri?
Ya Allah, mudahkanlah segala urusan bondaku. Juga mudahkanlah segala urusan kekandaku sekeluarga. Semoga Allah memberi bonda dan kekanda kesabaran yang seiring sehingga masa pantang berlalu dengan selesa. Semoga ganjaran yang didambakan di sisiNya akan menanti di akhirat nanti. InsyaAllah.
Dan aku juga melalui situasi yang lebih kurang juga. Melintasi kedai optik yang berkilau-kilau, tergerak pula hati mahu menyinggahi.
Ketika bonda operasi mata, aku pula operasi kanta huhu ...
"Bang, nak check mata boleh?" tanyaku pada suami yang menemani membeli keperluan harian.
Sudah lama aku bercerita kepadanya tentang tahap penglihatan yang kian kabur. "Ohh tu sebab lama sangat mengadap laptop tu ..." kadang-kadang begitu tanggapan si suami yang baru menukar kanta kacamatanya beberapa bulan lepas.
"Hmm tak pe la ... lain kali je." Ewah, itu hanya satu taktik.
"Ok boleh jugak check je kan ..." sahutnya begitu lalu memberhentikan langkah di hujung kedai optik, sudah menghampiri pintu keluar pasaraya. Troli yang sarat diketepikan untuk memudahkan laluan pejalan kaki yang hilir mudik.
100; 125.
Berbanding power pada kanta lama, 50; 25. Macam tak percaya je. Rasanya lebih lagi, tapi aku tak pernah kisah untuk mengingati. Perlahan-lahan satu dari nikmat yang diberi Allah mula ditarik kembali. Yang penting tidak silau dan penglihatan seimbang apabila memandang. Dan selepas hampir 5 tahun, angka itu bertambah seiring dengan pertambahan angka usia. Dan nampaknya harus pula aku menempah kanta baru di kedai optik yang berkilau-kilau itu. RM100 sahaja untuk sepasang kanta baru dipasang semula ke bingkai merah hati yang sudah berusia lima tahun.
Esoknya tatkala mencuba kanta baru berbingkai lama merah hati ini, aku terkesima. Pandangan jauh jelas nyata tetapi mengapa kabur apabila melihat telefon bimbit di tangan?
"Ohh itu rabun jauh je la tu. Dah tua, Yang ... Macam abang la, nak membaca kena bukak spek." suara suami di speaker telefon bimbit memberitahu. "Kena multi-focal."
"Abih tu camana? Lecehnya ... spek lama tak yah bukak pun. Mahal la sikit."
"Hehehe ... camtu la. Nak tengok dekat kena la bukak spek tu, Yang. Pakai tali la ... senang nak pakai nak bukak."
Di kedai optik lain, di pasaraya lain pula. Di hari esoknya. Aku bertanya kepada anak muda iras wajah Cina. "Dik, ada tali spek tak?"
Dia memandang aku dan bingkas bangun setelah mengalu-alukan dengan sopan. "Ada satu je tinggal."
Tangannya mencapai sesuatu yang digantung di tepi dinding, berdekatan dengan tempatnya duduk. Aku mengerling sekeliling. Kedai optik yang berkilau-kilau juga. Bersih dan berkilat.
"Satu je? Tak ada pilihan lain ke? Fesyen lain ke?" tanya aku naif. Mataku jarang melihat orang memakai tali kanta melainkan ... yang benar-benar emas warganya.
"Tak de kak, ni je ada." Tangannya meregang-regang sehelai tali halus berwarna merah muda.
"Hmm boleh la .... berapa ringgit?"
"Seringgit."
Boleh la, RM1 je. Nurhanessa tercengang. Aku buat-buat biasa.
"Camana nak pasang?"
Anak muda iras Cina meminta kacamata dan memasangnya semudah ABC. "Hmm pakai purdah cantik pakai spek macam ni."
Sempat pulak orang muda ni mencuit hati sambil mempromosi produk, 2 in 1, hatiku berkata.
Untuk menyembunyikan rahsia hati, aku segera bertanya. "Awak ni Muslim ke bukan? Macam Chinese look."
Mata sepetnya semakin sepet tersenyum. "Err nenek saya Cina. Eh bukan bukan ... moyang saya Cina campur Belanda."
"Oo, Indonesia eh? Jadi awak ni non-Muslim la? Awak Indon ke?"
"Ehhh saya Islam kak. Saya orang sini kak. Lahir kat sini. "
"Ohh, hehe ... ok la terima kasih ya. Assalamualaikum."
Menuju pintu kedai optik berkilau-kilau, aku menjeling cermin di penjuru sambil membetulkan kacamata. Ada tali berwarna pink melilit longgar dari telinga ke telinga.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Jan 2014
(18)
- Bonda Operasi Mata
- Hani oh Hani
- Dakwah Hidayat
- Unic Doa Rabitah Lirik
- Dalam sunnah ada kejayaan
- Allahumma Aameen akhirnya
- Tiba-tiba perasan jiwang
- Opick - Rapuh (Lirik)
- Akhirnya Allah izin aku mendengar
- "Siapa rasa dirinya lebih layak
- tak cukup
- Jangan Marah
- Komen aku kena delete lerrr
- semuanya salah saya
- kadang-kadang
- Menantu Mama
- Mummy Zaleha sudah pulang
- Allahumma ameen
-
▼
Jan 2014
(18)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing




No comments:
Post a Comment