Allah izin aku berblogging malam ini. Sedangkan kredit broadband ini sepatutnya sefaham aku sudah khalas. Sedemikian lajunya ia menuju khalas sangat mengejutkan, sehingga aku terpaksa membeli pakej yang lain tadi petang. Sebenarnya sudah rindu mahu menulis. Sepanjang menahan hati beberapa hari ini, seperti ada saja yang mahu dicatatkan. Waktu ini, semuanya sudah hilang :'(
Ibu mertua sedang bersama aku. Tetapi esok dia akan berangkat ke rumah anak bongsu pula. Pertama kali mummy menginjak pondok kami. Sewajarnya dia lebih aku istimewakan daripada mummies aku sendiri (dua mummy). Tadi petang mummy mengemas dapur. Akhir sekali ketika aku pulang dari pasaraya bersama anak-anak, dapur ada kesan dibersihkan dengan air. Waduhh! Aku rasa terperli sendiri. Tiba-tiba teringat mummy J. Biasanya mummy J yang tak kering tangan setiap kali dia datang. Betapa bertuahnya aku ya ... mummy Z datang pun serupa. Betapa mereka sangat mengerti bagaimana aku ... uh.
Tadi petang juga, aku menghantar anak-anak pulang ke madrasah. Hurilain sudah siaga dengan persiapan dan tidak merengsakan. Dia semakin matang, walaupun masih sempat buat muka sebentar tadi. Sabar saja.
Namun, rengsa menjadi-jadi dengan kerenah Hidayat. Dia, seperti biasa, mahu berulang-alik. Aduhai, andai abah ada! Aura si bapa masih terasa apabila Hidayat bersiap-siap juga akhirnya, selepas aku khabarkan gertakan abahnya melalui telefon. Tentulah dengan hati bengkak. Ini semua, aku salahkan diri sendiri. Dia begitu asyik dengan gadget. Memang salah aku. Salah abah dia jugak. Ok, memang ada aku beri amaran akan merosakkan tab murah itu (gertak je).
"Jangan harap nak tengok mende tu lagi sampai kamu tamat madrasah!" Aku simpan ia dalam mikrowave. Oh tidak, di dalam laci saja sambil memikirkan tempat lain yang lebih rahsia. Dia sangat asyik. Beberapa kali dia menunjukkan kemahiran yang agak menghairankan. Sayangnya fokus ini tidak aku harapkan.
Hanessa pun 'kembali' ke madrasah. Dia sempat minta tilam nipis dari kampung kerana dia tiada tilam di madrasah, hanya menumpang di tilam milik kawan. Tadi petang, dia mengajak nanny Z menghantarnya ke madrasah yang hanya beberapa tapak di sebelah rumah. Yup, Atuk Leha sudah menjadi Nanny pulak. Nanny ketawa saja. Perangai cucu saling berbeza. Sebenarnya ini pertama kali nanny meluangkan masa yang agak lama bersama keluarga Meon. Bersama menantu perempuannya ini. Ah, biasa je. Sama je. Tak ada beza rasanya. Dan melihatlah nanny akan tingkah cucu-cucu anak Meon ini. Beragam jua.
Manuskrip.
InsyaAllah mengikut kata editor Tuan Johariz di Whatsapp, novel akan dipastikan berada di pesta buku pada Mac 2014. InsyaAllah. Semuanya dengan izin Allah. Apa tajuknya? Seindah Doa Bonda? Macam tak kena je ... sudah lupa ... betul ke?
Sudah tua.
Hmm InsyaAllah betul tu. Macam betul tu. Allahumma ameen. Alhamdulillah.
Hmm ...
Antara mencatat dan merekod.
Merekod dan merepot.
Merakam dan menghadam.
Apa asbab di sini untuk gembira di sana?
Sepertinya membazir masa
Tiada apa-apa
Kosong belaka
Astaghfirullah
Ya Allah!
Apakah ini semua hanya ...
Apa ini semua?
ketika magma semakin panas
aku masih alpa dan lupa
ketika lahar semakin membuak
aku masih terkesima tanpa arah
sampai bila?
Ya Allah!
apa ertinya ini semua.
Allahumma ameen.
Kepada Allah berserah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Jan 2014
(18)
- Bonda Operasi Mata
- Hani oh Hani
- Dakwah Hidayat
- Unic Doa Rabitah Lirik
- Dalam sunnah ada kejayaan
- Allahumma Aameen akhirnya
- Tiba-tiba perasan jiwang
- Opick - Rapuh (Lirik)
- Akhirnya Allah izin aku mendengar
- "Siapa rasa dirinya lebih layak
- tak cukup
- Jangan Marah
- Komen aku kena delete lerrr
- semuanya salah saya
- kadang-kadang
- Menantu Mama
- Mummy Zaleha sudah pulang
- Allahumma ameen
-
▼
Jan 2014
(18)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment