"Sapa masuk dia menantu mama. Memang sah menantu mama!" kata gadis renceng yang lincah. Dia tergelak-gelak sambil berpusing-pusing di luar pintu. Lincah sungguh.
Kata-katanya disambut kawan-kawan yang sedang mengelilingi meja di ruang dapur dengan pelbagai nada. Ada yang tergelak sama. Ada yang menafikan. Ada yang mengaku dengan nada nakal. Ramai yang sanggup dan suka menjadi menantu mama. Usah tidak percaya!
"Boleh je. Tapi lapan je. Sebab anak lelaki mama hanya ada dua." Aku menambahkan lagi gula dan garam secukup rasa dan perisa.
Gadis renceng mula menyebut nama-nama yang 'sesuai dan layak', yang sering menjenguk aku di dapur. Kawan-kawan yang disebut namanya sekali lagi beriak dengan pelbagai nada.
Sudah tiga bulan berlalu. Usikan 'Menantu Mama' masih menjadi topik yang belum reda. Apatah lagi apabila sesekali anak-anak lelaki aku pulang ke sini. Gadis renceng itu bukan sahaja nakal tetapi juga berani menyuarakan isi hatinya kepada aku.
Sebenarnya, paku dulang paku serpih. Itulah dia. Mengata orang dia yang lebih.
Usianya bakal menginjak 12 tahun. Dia memang lain dari yang lain di sini. Dalam keluarga juga khabarnya, dia memiliki aura tersendiri. Gadis manis bakal al-hafizah berlesung pipit di sisi dagu ini mempunyai hari depan yang penuh warna-warni. Itulah yang aku rasakan. Perjalanannya akan jauh melangkau sempadan. Semoga dia menjadi pilihan Allah sebagai daieyahNya. Allahumma ameen.
Namun aku tidak pernah menaruh secubit harapan kepada segala ini. Hari depan yang masih jauh. Hidayat? Arghh, dia masih keanak-anakan. Masih menangis di hari pulang ke madrasah. Masih menyimpan azam mahu berulang-alik rumah-madrasah, walhal adiknya sendiri duduk di madrasah sepenuh masa walaupun hanya beberapa langkah dari rumah.
Bayangkanlah bagaimana Hidayat!
Tetapi tiada yang mustahil di dunia fana. Allah Maha Kuasa menjadikan segala harapan kepada kenyataan. Aku hanya mahu yang terbaik untuk kehidupan yang penuh kesementaraan ini.
Kini aku berubah lagi. Adat manusia dan makhluk yang serba baru. Berubah dan berubah menuju yang baik, begitulah hendaknya. InsyaAllah.
Sunnah adalah kebaikan. Sunnah adalah kejayaan. Meniru dan mengikut sunnah Rasulullah SAW bermakna serba baik dan serba berjaya. Tiada keraguan dan usah meragukan. Itulah hakikat yang sudah ditetapkan Allah SWT.
Antaranya adalah pernikahan pada usia muda. InsyaAllah aku berazam untuk melaksanakannya. Demi keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Semoga Allah permudahkan.
Aku menjangka Naqib akan tersengih gembira. Ketika aku mula menyuruhnya mencari calon untuk adik perempuannya, dia segera bertanya, "Untuk Along ada tak mama?"
Waktu itu aku hanya memikirkan anak perempuan mesti dinikahkan segera tetapi anak lelaki harus menyiapkan diri terlebih dahulu. "Ehh kamu jangan nak ngengada. Habihkan belajar dulu baru boleh nikah." Tetapi serentak itu hati aku merasa kurang enak. Sebenarnya menafikan kehendak sunnah memang tidak menggembirakan walaupun di luar kesadaran. Kasihan kepada si anak yang perlu menghabiskan pelajaran sekitar 10 tahun lagi baru boleh bernikah. Walhal waktu itu nanti usia sudah sesuai untuk memikul tanggungjawab sebuah keluarga. Uh ...
Sebenarnya aku sudah lama dalam pencarian senyap untuk anak sulung ini. Perkara yang menjadi rencana rahsia di antara aku dan si puteri merebak serta-merta gara-gara mulut si adik yang tidak dapat dikawal. Budak kecik memang tak boleh tahu rahsia penting! Dia yang lebih-lebih teruja mahu menghebahkan. Kasihan kepada mangsanya yang tak tahu apa-apa tiba-tiba menjadi usikan.
Tetapi memang manis. Tak salah pilihan. Senyumnya. Tutur katanya. Lembut dan halusnya. Ilmunya. Walaupun rahsia sudah tiada rahsia. Si dia tetap meraikan aku setiap kali bersua. Selebihnya biarlah Allah sahaja yang menentukan.
Beberapa detik ini. Aku membaiki keputusan dengan azam untuk menjulang sunnah di pundak kehidupan. Allahumma ameen. Semoga apa yang aku harapkan akan ditukar Allah kepada sebuah kenyataan. Hanya Allah yang Maha Kuasa, selainNya tiada sepicingpun kekuatan.
Ketika rindu menjelma
Ketika kasih dianyam
Ketika sayang disulam
Kasih
Benar-benar kasih
Sayang
Benar-benar sayang
Rindu
Benar-benar rindu
Semoga Allah izinkan perasaan disimpan di cembul yang tiada noda dan dosa
Umpama rindu kasih dan sayang Ainatul Mardhiah
Yang terus-terusan mengerling dari sudut terindah
Sebuah syurga mutiara berongga
Bersama harumnya bayu membelai jiwa
Kasih
Sayang
Rindu
Biarkan ia mengusap rasa
Sesudah tangan bersambut
Berpaut utuh pada akadnya
Diselimuti redho berlapis redho
Dinaungi tirai indah sakinah, mawaddah dan barokah
Maka muncullah CINTA.
InsyaAllah.
Allahumma Aameen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Jan 2014
(18)
- Bonda Operasi Mata
- Hani oh Hani
- Dakwah Hidayat
- Unic Doa Rabitah Lirik
- Dalam sunnah ada kejayaan
- Allahumma Aameen akhirnya
- Tiba-tiba perasan jiwang
- Opick - Rapuh (Lirik)
- Akhirnya Allah izin aku mendengar
- "Siapa rasa dirinya lebih layak
- tak cukup
- Jangan Marah
- Komen aku kena delete lerrr
- semuanya salah saya
- kadang-kadang
- Menantu Mama
- Mummy Zaleha sudah pulang
- Allahumma ameen
-
▼
Jan 2014
(18)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment