"Monyet? Malam tadi adaa ... abang keluar merokok dia datang kejap, kul 12." kata suami pula. Hmm waktu itu aku sudah berZZzzzzzz.
Aku buruk sangka, Muezza pun akan hilang seperti Muzi. Muzi ... kadang-kadang aku buruk sangka dia dibuang orang jauh entah ke mana tetapi cepat-cepat aku menafikannya sendiri. Tak baik buruk sangka dan tidak ada suspek yang boleh disyakki. Prasangka hanya mendatangkan dosa dan membuatkan jiwa merana.
Mungkin dia sangat selesa di mana-mana. Mungkin Muzi sedang beristirehat membungkang terlentang kekenyangan di rumah seseorang yang lebih baik, lebih penyayang dan lebih mampu beli kibbles yang mahal-mahal untuk dia.
Aku bersiap nak keluar ke madrasah Hidayat. Tiba-tiba Muezza muncul dengan gaya biasa, jinak-jinak merpati. Dekat-dekat ditangkap lari. Akhirnya dapat juga kutangkap terus dukung bawak masuk rumah. Dengan gembiranya aku tunjukkan pada suami. Terus kubawa ke dapur menjamu dia dengan seketul ayam KFC yang dibawa balik suami dari pejabat semalam. Seketul besar, terfikir pula dua lagi kesayangan keluarga yang tertinjau-tinjau nak masuk tadi; Mizi gendut dan Ayu comel. Keluar balik dan angkut dua ekor budak bulu-bulu ni terus ke dapur temankan Muezza makan berjemaah hehehe ... Sekejap je dah licin.
(Sebenarnya semua budak bulu-bulu ni dah kekenyangan baru lepas sarapan pagi. Bukan pilih kasih, tapi memang ada satu dua yang kita terlebih kasih kerana beberapa sebab yang entah, kita pun tak tau cuma ... rasa lebih kasihan dan lebih sayang, macam Ayu baik perangai tak tamak haloba. Mizi sangat sopan. Apa yang aku rasa, budak bulu-bulu ni memang perasan kita sayang dia lebih. Kekadang dia pun ngada-ngada jugak

No comments:
Post a Comment