Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan dua orang Amirahku
Allah selamatkan kamu ...
Kedua Amirah tergelak mendengar lagu spontan. Iya, dua Amirah milik sementara ini. Seorang mencecah 15 tahun pada 14hb nanti, dan seorang lagi mencecah 8 tahun pada 16hb. Si adik tak sabar nak makan kek. Merengeklah dia minta abah belikan kek, "Kecik pun tak pe ..." katanya merayu. Tak sabar dia nak menunggu tarikh sebenar. Juga tak sabar dia menunggu cuti pengajian yang akan serentak dengan cuti persekolahan kerajaan. Aku umpan dengan 'uwan dan atuk pun datang', tak makan umpan sikecil ini. Si kakak sekadar tumpang suka. Aku malas nak menyusahkan si suami yang sedang bepeluh di kedai, menyiapkan tempahan makanan untuk anak-anak asnaf (ada program) dibantu Naqib. Aku cuba menghiburkan anak dengan janji. "Sabar, abah balik kang mama cakap kat abah."
Menanti suami balik, dan menanti suami yang berehat melepas lelah, sementara anak-anak dengan aktiviti masing-masing; aku terlelap sendiri. Tiba-tiba terjaga, waktu zuhor sudah lama berlalu. Kelam-kabut menyelesaikan kewajiban, tiba-tiba tergerak hati untuk bikin kek. Sudah lama tak buat kek. Sudah lama sangat rasanya! Aku perhatikan bahan-bahan untuk buat cookies. InsyaAllah boleh bikin kek lembap Filipina yang menjadi kegemaran sekeluarga 'satu ketika' dulu.
Alhamdulillah menjadi juga. Kek dihias sendiri oleh si kakak. Kuntum bunga di tengah-tengah kek tu ialah hiasan kek pengantin (suami bawak anak-anak ke kenduri kahwin , sementara aku buat kek ditemani si kakak di rumah). Pulut dan rendang ayam tu pulak buah tangan dari Sarah.
Sarah! Dia tiba-tiba muncul selepas 'mendingdong' loceng pagar rumah aku. Sayangnya Sarah muncul sebentar sahaja, sekadar nak mengembalikan tiga buah buku yang dipinjamnya dua minggu lepas dan menghulurkan satu beg plastik yang berisi pulut dan rendang ayam tu. Keluarganya menunggu di dalam kereta. Aku ucapkan tahniah ~ Sarah akan bergerak ke Pahang esok. Dia akan melanjutkan pelajaran di sekolah vokasional di sana. Macam-macam aku pesankan pada Sarah di fb, sejak dia maklumkan hal ini kelmarin di laman sosial tu. Dua buku aku kembalikan ke tangannya sebagai hadiah dan tanda kenangan.
Ah, Sarah! Katanya hanya seorang guru sahaja yang maklum kepergiannya esok. Kawan-kawannya tak dimaklumkan langsung. Andai tega hatinya, tentu kawan-kawan yang memeningkan kepalanya itu akan menangis kerinduan ... Semoga Allah memelihara Sarah di mana jua berada. InsyaAllah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2013
(114)
-
▼
Mar 2013
(28)
- DUTA KASIH SAYANG
- sepagi bersama budak bulu-bulu
- TUNJUK bukan beritahu
- selangkah demi selangkah
- proses penulisan kreatif- melayari bahtera digital
- petua penulisan kreatif
- novel remaja yang paling diminati?
- memulakan novel misteri
- menerap nilai murni dalam penulisan
- Mengolah novel terancang
- Kek Coklat Lembap mudah
- kembara keTuhanan
- memilih/menggambarkan persekitaran cerita
- terjebak di entri
- Apa beza
- 12 Petua
- kembali menghadap tuan guru
- pahlawan kehidupan
- Allah selamatkan kamu
- pagi ini
- Maafkan Kakak
- Alif Tidak Mahu Gemuk
- Alif Naik Pelamin
- Terima Kasih Abah
- Bosan bermusimkah
- Rutin uwan
- bila rasa kurang sihat
- kisah budak stray kita
-
▼
Mar 2013
(28)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing


No comments:
Post a Comment