Okay, penulis Kiswah sudah datang! Terima kasih kerana berkunjung ke Jurnal Naqhuhines, kisah anak-anak yang sedang membesar oleh ibunya ini, yang kadang-kadang turut menyelitkan perasaan sendiri yang pelbagai rasa. Entri bertajuk Kiswah terlalu sederhana. Saya tidak mahu terlalu mengulas, hanya sebagai catatan tentang sebuah novel dari Kota Singa yang telah dibaca - sebagai ingatan. Namun saya pernah menulis tentang kesepakatan kami suami-isteri bahawa Kiswah tidak sesuai dibaca oleh Hurilain. Dia mencari novel itu yang menunggu masa untuk dipulangkan ke perpustakaan, mujur saya perasan lalu berterus-terang sahaja bahawa "ia tak sesuai untuk kamu! Paling tidak, belum sesuai."
Bila akan sesuai? Tanyanya.
Tunggu, apabila tiba masanya.
Tetapi bila?
Saya tak ingat apa jawapan untuk soalan ini. Kiswah itu saya sembunyikan di bawah buku lain, dan "jangan cuba cari Kiswah buat masa ini."
Setakat hari ini, Hurilain menuruti kata-kata saya. Buku yang dipinjamnya mengikut cadangan saya. Ada penerbitan kegemarannya, juga penulis kegemarannya, sesuai dengan selera awal remajanya. Tetapi kadangkala penerbitan itu/penulis itu/selera itu membuatkan dia jemu.
Bagus, cari yang lain. Tidak semesti penulis dan penerbit yang sama, bukunya mengasyikkan belaka.
Kini saya diterpa angin baru. Dan saya mahu Hurilain juga rasa yang sama.
Berhentikan novel hiburan. Lebih afdal baca buku ilmiah yang memberi pengetahuan. Ia membangkitkan jiwa, menaikkan semangat, membakar perasaan, memberi maklumat dan menjadikan kita orang berwawasan. Mudah-mudahan begitu, insyaALlah
Sedikit perubahan. Hurilain mula pandai menilai sendiri. Novel ini sangat menarik, sebuah perjalanan kehidupan. Novel itu entah apa-apa. Iya la, sesuai dengan seleranya, masih.
Kita terus dalam proses mencari maklumat dan membaiki diri. Semoga Allah Yang Maha Pengasih membantu kita selalu. InsyaAllah.
Hidayat, matanya sudah kurang sembab. Dua hari matanya sembab, berubah roman menjadi iras lain. Mengapa? Mungkin alahan. Tetapi alahan apa? Udang yang menjadi penghias mee teow ke?? Tak pernah pula begitu.
Semalam sesudah Isyak abahnya menjerang air panas dan memandikan dia dengan air suam bercampur garam kasar. Dia hanya mengadu sedikit gatal, nyamuk gigit katanya. Tidak, bukan nyamuk gigit tetapi seperti gegata. Dia terus diberi ubat batuk dan tidur bersama tumbler air di celah peha di atas kerusi di depan tv. Selera makannya merosot sedikit. Mengadu pening lalu diberi panadol kanak-kanak berwarna merah muda itu. Semoga Hidayat sembuh juga bersama masa. InsyaAllah, kesembuhan dari Allah yang Maha Menyembuhkan. Amin.
Tadi petang memenuhi janji untuk menghubungi Naqib. Dua minggu sekali atau sebulan sekali bolehlah menelefonnya, katanya. Alhamdulillah kiriman coklat yang sudah lembik dan salinan kisah Imam Syafie selamat ke penerimaannya semalam.
"Mama, belikan celak merah Ismet, baik untuk menghilangkan kerabunan." dia berkirim. Uhh di mana nak cari kedai menjual celak Ismet di Brunei ni?? Tentu kacamatanya hancur lagi. Hmm tetapi baguslah sudah berkeinginan membaiki rabun, bukan menambah rabun lagi.
Kata mak, kacamatanya entah ke mana. Jam tangan yang dibeli tempohari pun entah ke mana. Hmm budak lelaki ... Tetapi dari empunya diri sendiri, semua ok. Baik. Bagus. Tak ada apa-apa komen. Alhamdulillah.
Hari ini dia memberitahu sudah di pertengahan juz 24. Alhamdulillah bersyukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah yang Maha Memudahkan segalanya. Naqib, kami sentiasa mendoakan kamu. Sentiasa. Sentiasa. Sentiasa. Semoga al-Quran menjadi cahaya di lidahmu, di hatimu, di jiwamu, di seluruh anggotamu dan rohmu. Teruslah kamu di perjalanan itu. Teruskanlah ... Teruskanlah ... Teruskanlah hai anak!
Tambahan: Saya berkesempatan menziarahi www.isakamari.com. Seorang penulis mapan. Saya sangat ingin membaca Tawassul.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2010
(216)
-
▼
Dec 2010
(22)
- Pesaing
- Qirdun
- Di KRLL
- Teruskanlah ...
- Tak ada yang menarik
- Temuduga, Tikus dan FB
- Dah dapat!
- Hidayat antisosial
- Mari bikin lassi
- Ada tikus!
- Istighfar 100 kali
- Selamat hari lahir buat Naqib
- Tak valid dah ...
- Dah kawan balik
- Apa-apa aje laa ...
- Trauma
- 5, 4, 3 ...
- Bukan Sebarangan Penjual Soya
- Rehlah ke Gua Niah
- Mari makan Habbatus Sauda
- Hidayat Lagi
- Alahai Hidayat
-
▼
Dec 2010
(22)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment