Pagi ini abah Naqhuhines bersorak, "Dapat juga akhirnya. Tu la, kena sabar..." katanya penuh kesedaran dengan senyum lebar macam baru dapat bonus 10 tahun je. Iye la, dah tiga kali memasang perangkap, sekali roti hilang semuanya dan sekali roti hilang separuh. Akhirnya perosak comel masuk juga. Itu pun mula-mula perangkap tertutup dan dia terselamat. Memang betul pepatah, 'Jerat tak pernah melupakan pelanduk', ohh perangkap tak pernah lupakan tikus.
Sekarang, macamana nak selesaikan si comel bermuncung kecil dan bermisai halus ini? Saya pun menyusuri alam maya lagi. Untuk makluman, kaedah yang pernah saya tuliskan sebelum ini pun dari alam maya juga. Gunting lehernya, hempuk ke dinding hingga mati, jemur hingga mati kering dan pukul dengan kayu.
Mencari kaedah yang lebih Islamik, saya temui di sini http://www.muslimdiary.com/forum/viewthread.php?thread_id=688 kaedah yang cepat dan mudah. Disarankan menggunakan jerat penyepit yang akan terus menyepit langsung membunuh haiwan ini dengan cepat tanpa menyeksanya. Hmm saya teringat pernah melihat jerat yang mak pasang, rasanya tidak ada darah yang keluar dari leher yang tersepit. Teringat perangkap fesyen lama daripada bongkah kayu yang cukup berat untuk seekor tikus, rasanya masih ada lagi di atas loteng rumah kampung tu. Pokoknya dia akan mati serta-merta. Tak le payah nak memikirkan macamana nak menyudahkan haiwan ini lagi.
Jadi, bang ... lepas ni apa kata kita beli jerat tu pulak.
Tut tut tut ... mak call. Mak, abah dan wan sudah dalam perjalanan nak ke Sijangkang dan ziarah Naqib. "Mak bawak kepak ayam dua kilo ni. Karang nak cari kek-kek lepet tu bawak kat Along." Suara mak macam selalu, ceria dan bertenaga. Sudah lima hari berlalu dari tarikh lahir Along ke 14. Tapi si nenek tetap mahu meraikannya dengan Along. Lambat pun tak pe. Tarikh tak kisah, janji tanda ingatan dan kasih sayang. Tarikh lahir mak pun hujung Disember juga. Raikan bersama la tu. He he selamat hari lahir Mak! Semoga mak sihat ceria dan sentiasa di dalam petunjuk Illahi. Ameen.
Abah Naqhuhines yang sedang menggoreng mee beri isyarat supaya cerita pasal tikus yang tertangkap. Mak kata, rendam je dalam air. Jangan ditengok, kasihan pulak nanti. Biar sekejap lepas tu ambil buang.
Hidayat kata, buatkan rumah kecil yang ada pintu kecil dan bela. Kasihan dia tentu ada anak-anak dan keluarga. Terpengaruh dengan Stuart Little la tu.
Tikus termasuk lima jenis haiwan perosak dan merbahaya yang perlu dihapuskan agar dengan demikian kelangsungan hidup manusia dalam berterusan di dalam keamanan. Menurut Muslim, Aisyah r.a berkata, dari Nabi SAW sabdanya:” Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang."
Tiba-tiba dapat sapaan dari Kak Ju di FB. Borak-borak kejap, lepas tu tamat. Seorang kakak yang sangat gigih menulis. Dia sedang menyiapkan sebuah ensiklopedia nabi untuk sebuah penerbitan. Semoga Kak Ju sukses selalu di dalam kehidupan.
Erk, novel aku? Alahai ... Sifuuuu, saya ada sesuatu nak utarakan pada Sifu ni.
Tikus dalam perangkap tu camana pulak ni???
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2010
(216)
-
▼
Dec 2010
(22)
- Pesaing
- Qirdun
- Di KRLL
- Teruskanlah ...
- Tak ada yang menarik
- Temuduga, Tikus dan FB
- Dah dapat!
- Hidayat antisosial
- Mari bikin lassi
- Ada tikus!
- Istighfar 100 kali
- Selamat hari lahir buat Naqib
- Tak valid dah ...
- Dah kawan balik
- Apa-apa aje laa ...
- Trauma
- 5, 4, 3 ...
- Bukan Sebarangan Penjual Soya
- Rehlah ke Gua Niah
- Mari makan Habbatus Sauda
- Hidayat Lagi
- Alahai Hidayat
-
▼
Dec 2010
(22)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

1 comment:
salamms naq, saya tak sampai hati nak bunuh, kami lepaskan mereka kat hutan.....:)
Post a Comment