Sudah jam 11.28 malam. Si abah sudah berdengkur tetapi budak-budak tiga orang ni sedang sibuk menulis sesuatu di kertas masing-masing. Hari ini adalah hari lahir Along yang ke 14 mengikut tahun Masehi. Tadi Hurilain membantu saya tampal salafon tape di lubang punch cerita tentang Imam Syafie. Fotokopi ini akan saya poskan kepada Naqib. Mudah-mudahan dia dan kawan-kawannya mendapat sedikit sebanyak pengajaran daripada kisah perjalanan imam ini semenjak remaja dalam mencari ilmu. Di dalam susunan tarikh lahir imam empat mazhab Sunni, Imam Syafie adalah imam yang ketiga. Hidup dalam kemiskinan tetapi dikurniakan Allah hati yang terang benderang dan daya ingatan yang kuat sehingga dapat menghafaz al-Quran dan hadis dengan mudah semasa masih kanak-kanak.
Hidayat menulis sesuatu, melukis dan kemudian melipat menjadi kereta stakom. 'Along, sila baca di dalam' tulisnya di atas kereta stakom. Tentu ada cerita dia tak jadi berkhatan tu ... Hurilain menulis sedikit pengalaman pahitnya (tapak kaki melecet) semasa melawat Gua Niah tempohari. Ucapan hari lahir dan kata-kata hikmah yang ditulis dengan pen berwarna-warni. Si bongsu lain sedikit. Dia menulis, memasukkan beberapa keping wang kertas dan siling Brunei ke dalam sampul surat putih, terus digam. "Tak boleh tengok," katanya. Setiap kali menulis untuk Along, mesti dia mahu mengirimkan wangnya juga. Hmm entah apa-apa budak-budak ni.
Kotak pipih berisi Ferrero Rondnoir dan Ferrero Roche, key chain yang dibeli di gerai Gua Niah, biskut Hi Oats dan minyak wangi Aziz Ahsan bebas alkohol, serta tiga keping surat A4 sudah dibungkus dengan brown paper. Akan dipos laju esok, dan insyaAllah selepas tiga hari bekerja akan sampai ke penerimaan Along, mungkin Sabtu ini.
Selamat hari lahir yang ke 14 buat Muhammad Naqib. Semoga sentiasa di dalam pemeliharaan kasih sayang Allah dan beroleh bantuanNya untuk menghafaz ayat-ayatNya di lidah dan di hati.
Esok 9 Muharram, disunatkan umat Islam berpuasa diikuti 10 Muharram untuk membezakan dengan puasa orang Yahudi, atau menggandingkan 10 dengan 11 Muharram. Menurut hadis riwayat Muslim, nabi SAW berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut Nabi Musa a.s diselamatkan daripada buruan Firaun. Berdasarkan hadis nabi SAW juga, barangsiapa yang berpuasa pada 10 Muharram akan diampunkan dosa-dosanya setahun yang lepas, riwayat oleh Muslim. Selamat berpuasa kepada sesiapa yang mengerjakan dan semoga amal ibadah diterima Allah.
Ohh ... ada Kak Semuncit berlari-lari di atas tungku dapur itu!!! Harap-harap Kak Semuncit masuk perangkap malam ini. Tak sanggup ... satu persatu peket makanan rabik dan koyak dikerjakannya. Ya Allah, peliharalah kami dan barangan kami daripada haiwan perosak ini. Ameen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2010
(216)
-
▼
Dec 2010
(22)
- Pesaing
- Qirdun
- Di KRLL
- Teruskanlah ...
- Tak ada yang menarik
- Temuduga, Tikus dan FB
- Dah dapat!
- Hidayat antisosial
- Mari bikin lassi
- Ada tikus!
- Istighfar 100 kali
- Selamat hari lahir buat Naqib
- Tak valid dah ...
- Dah kawan balik
- Apa-apa aje laa ...
- Trauma
- 5, 4, 3 ...
- Bukan Sebarangan Penjual Soya
- Rehlah ke Gua Niah
- Mari makan Habbatus Sauda
- Hidayat Lagi
- Alahai Hidayat
-
▼
Dec 2010
(22)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment