Hari ini tenang. Tak ada cerita yang dirasakan menarik sangat. Cuma sejak kelmarin kami kerap makan mee dan kue teow. Hurilain sudah ambil buku resepi bertajuk Kompilasi Hidangan Mi oleh Sa'adiah Mohamad berharga $4.50 di Teras Maju. Memikirkan dia sudah mula menunjukkan kecenderungan ke dapur, saya pun tak kisah membayar harganya. "Dah beli ni, kena la masak ..." Anak gadis saya sengih-sengih. "Mestiiiii..." jawabnya sedikit angkuh.
Abahnya membantu dia di dapur, atau mungkin dia yang membantu abahnya yang sebenarnya. Si abah pun bersemangat nampaknya, kerana memang hobinya ke dapur apabila ada masa terluang. Nampaknya si anak sudah terjangkit hobi yang menguntungkan saya ini. Dengan senang hati saya buat kerja sendiri. Dan pelbagai rasa mee yang sudah dua beranak ini hasilkan setakat hari ini. Tapi sekitar mee goreng dan mee teow sahaja. Ada 58 resepi mee lagi yang perlu dicuba di dalam buku resepi ini. Saya tunggu aje, dengan sabar.
Ala ... tak adea cerita lain ke selain pasal Mak Menti?
Masih ada seekor lagi (barangkali, harap-harapnya) di dapur kami. Usai urusan dapur malam ini tadi, abah Naqhuhines pun memasang lagi perangkap dengan umpan roti. Dia akan menghantar Mak Menti ini ke Jastre Telisai lagi macam yang kelmarin. "Supaya tak dapat balik ke rumah lagi," katanya apabila saya kehairanan, jauh benar menghantar. Bukan apa, sebenarnya sekali jalan dengan arah dia ke Bandar Seri Begawan. Jastre Lumut dekat aje, dalam 4km dari rumah.
Hidayat kurang sihat. Bibirnya merah macam orang makan asam boi merah. Batuk. Tak mandi dah dua hari. Tetapi cergas macam biasa. Hanya pagi tadi dia 'uzur' tak dapat bangun solat subuh macam selalu. Kalau tidak, sekali dua kejut dah bangun. Tetapi selepas tu solat juga dengan abahnya. Sensitif dan cepat bertindakbalas, namun peka dengan waktu solat. Baru setengah jam masuk Zuhor, dah tanya lagi, "Mama, Asar dah masuk?" Bimbang terlepas waktu. Semoga Hidayat menjadi anak soleh dan masuk golongan ulil albab. InsyaAllah.
Hanessa semakin tinggi, sudah boleh switch on suis lampu bilik air tetapi belum dapat menutupnya. Tak mahu gunting rambut. Bercita-cita nak bela rambut hingga ke pinggang. Hari-hari tolong ikatkan rambutnya yang sejemput, "supaya cepat panjang!".
Hmm tak ada cerita menarik. Cuma hobi memasak dan makan yang dikongsi oleh Hurilain dan abahnya telah membantu mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan suasana yang lebih harmoni di antara ahli keluarga. Sah, balik kampung nanti dia akan bersama-sama kami di dapur. Mungkin dia mahu mencuba bakatnya pula untuk menjamu keluarga yang berkumpul sekali-sekala, kan Ain?!
Akhir sekali, semoga hari esok akan muncul dengann keriangan. Jangan lupa baca doa, Bismillah 21 kali dan tasbih, tahmid dan takbir sebelum tidur. Jumpa lagi insyaAllah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2010
(216)
-
▼
Dec 2010
(22)
- Pesaing
- Qirdun
- Di KRLL
- Teruskanlah ...
- Tak ada yang menarik
- Temuduga, Tikus dan FB
- Dah dapat!
- Hidayat antisosial
- Mari bikin lassi
- Ada tikus!
- Istighfar 100 kali
- Selamat hari lahir buat Naqib
- Tak valid dah ...
- Dah kawan balik
- Apa-apa aje laa ...
- Trauma
- 5, 4, 3 ...
- Bukan Sebarangan Penjual Soya
- Rehlah ke Gua Niah
- Mari makan Habbatus Sauda
- Hidayat Lagi
- Alahai Hidayat
-
▼
Dec 2010
(22)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment