Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 2, 2012

perginya seorang insan

Anak gadis tinggi lampai tunduk menyalami tanganku.  Dia terus terduduk menekup muka di pangkuan. Tangisannya tak kedengaran, tetapi aku tau dia sedang menangis.  Aku rasa agak serba-salah.  Tentu mata-mata yang ada memandang kami.  Aku mengusap bahunya.

"Sabar ya Umi ... kita nak yang terbaik untuk ayah Umi.  Sekarang ayah Umi dah selamat.  Umi ambil wuduk dan baca Yassin untuk ayah, ya."  Aku bersuara dengan nada halus. 

Menjelang Isyak semalam, 31 Oktober 2012, seorang kenalan kami di taman perumahan sebelah telah selamat kembali ke rahmatullah setelah kira-kira 7 tahun menderita sakit.  Allahyarham Yussaini bin Yusuf, meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia 7, 14 dan 18 tahun.

Seorang yang lemah-lembut dan mudah mengukir senyum, mudah mesra dan simple ... pemergiannya amat dirasai oleh semua.  Aku pernah dua kali berborak panjang dengan Yus.  Ketika itu aku melepak di kedai, menemani anak-anak yang nak makan nasi goreng. 

Kata Yus, dia agak buntu duduk di rumah.  Jadi dia datang menjenguk muka di kedai dan tolong-tolong angkat pinggan dan cawan.  Aku sebenarnya tak pernah berbual sedemikian dengan orang lelaki.  Aku err ... pemalu.  Sahih!  Tapi dengan Yus, aku tak fikir suami aku akan cemburu dan marah.  Dia pun ada di situ.  Yus orang sakit.  Aku sekadar cuba berbuat sebaiknya.  Tambahan lagi, aku rasa ada persamaan yang boleh dikongsikan.  Arwah kakakku juga menghidap sakit yang sama dengan Yus ... kanser.  Cuma arwah kakakku diserang kanser tulang tengkuk.  Yus menderita kanser esofagus atau usus, wallahualam.

Jadi, aku khabarkan kepada Yus tentang susu berkhasiat tinggi yang pernah arwah kakakku gunakan.  Aku tunjukkan simpati pada rintihan Yus.  Aku cuba menjadi pendengar yang baik kepada setiap patah perkataan Yus.  Aku bukan seorang yang sangat ramah, sekadarnya aku beramah.  Hingga akhirnya aku mohon diri untuk berbual lagi di lain kali bersama titipan doa semoga Yus akan sembuh sediakala.

Dari situ, Yus menceritakan ... sikap orang Melayu ... yang tak senang melihat orang senang.  Ada phD ~ penyakit hasad dengki.  Pengalaman membuka perniagaan menggunting rambut di masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya, melalui saranan suamiku ketika kami baru kenal Yus sebaik berpindah ke Sijangkang.  Alhamdulillah, kedai gunting Yus mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga akhirnya Yus mampu mengupah dua orang pekerja untuk membantunya.  Sejak itulah, penderitaan Yus bermula dalam senyap.

Semakin lama Yus semakin kurus.  Ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam proses pembiakan sel-sel tubuh Yus.  Ada yang mencelah dan menimbulkan gangguan dalam diam.  Wallahualam.  Allah Maha Mengetahui.  Kini Yus telah pun pergi, tanda Allah lebih menyayangi dia.  Urusan Yus sudah selesai.  Tugas Yus sudah pun tamat.  Tinggallah kita yang masih dipinjamkan nyawa olehNYA ... untuk meneruskan setiap saat yang dipinjamkan.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Yus, melimpahi rahmatNYA dan menempatkan Yus bersama golongan orang-orang yang soleh.  Semoga pusara Yus akan menjadi satu pintu dari pintu-pintu syurga.  InsyaAllah. 

Kini anak-anak Yus telah bergelar anak yatim, isteri Yus bergelar balu.  Semoga Allah memberi mereka ketabahan dan sentiasa melindungi mereka.  InsyaAllah aameen.

***
Yus mengingatkan aku supaya berhati-hati selalu.  Kata Yus, bila bukak perniagaan, kita perlukan ilmu.  Bukan sahaja ilmu selok-belok berniaga, tetapi juga ilmu ugama dan kerohanian untuk membentengi diri dari sebarang angkara jahat yang ingin memusnahkan.

Sejak Yus terlantar sakit dalam dua minggu ini, setiap hari pulang bekerja isterinya akan mengambil jalan pulang melintasi kedai suamiku.  Kata isterinya, setiap hari Yus akan bertanya tentang kedai ini.  Siapa yang ada di kedai, ada pelanggan yang datang dan sebagainya.   Terharu, Yus masih mengambil berat tentang kehidupan ketika dia sudah terlantar kesakitan.  Dia seorang sahabat yang prihatin.  Suamiku benar-benar merasai sebuah kehilangan ... hilangnya seorang sahabat yang akrab walaupun baru kenal dalam 7 tahun sahaja.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMU itu ... terangilah kuburnya dengan cahaya rahmatMU, luaskanlah kuburnya seluas mata memandang, berikanlah dia sebaik-baik teman yang menemaninya sehingga hari kiamat, sebarkanlah haruman dari syurga memenuhi pusaranya.  Ya Allah, kasihanilah dia ... kami semua merasai kehilangannya.  Apatah lagi kaum keluarganya.  Permudahkanlah segala urusan keluarga ini.  Cukupkanlah keperluan mereka dan rahmatilah mereka.   Berilah mereka kesabaran dan pahala atas kesedihan ini.  Semoga mereka terus tabah dan redha demi keredhaanMU.  Aameen.

*Al-Fatihan buat saudara Yussaini Yusuf yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Oktober 2012 pada usia 46 tahun.




Sunday, October 28, 2012

"Boring duk umah!"

salah satu ayat Hidayat yang membuatkan aku rasa sentap. 

Tadi aku ajak dia mengikut kami ke Kapar, Klang.  Aku pula dipelawa oleh suami yang nak  menghantar tempahan makanan ke rumah bapa saudara sebelah bapanya di sana.  Bersekali jumpa dengan keluarga di situ.  Hidayat enggan mengikut tetapi dia tak berjaya melepaskan diri.  Aku ugut dia dengan mengatakan tak mungkin abahnya akan mengizinkan dia tarik diri. 

Dalam kereta (aku drive follow suami) aku gunakan masa terluang yang ada untuk berleter kat anak seorang ni.  Macam-macam alasan dia aku patahkan dengan rasa separuh geram. 

"Along dulu tak pernah cakap boring duduk rumah!" kata aku bertegas.  "Baru 10 tahun, lum lagi 20 tahun!!!" 

Apapun alasan dia, sebenarnya dia sedang menikmati sebuah kebebasan yang muncul tiba-tiba.  Semenjak abahnya bukak kedai makan, dia mula berkawan dengan anak-anak kembar pemilik bangunan kedai yang tinggal bersebelahan dengan kedai.  Budak-budak kembar yang sebaya dengan kakak Hidayat tu pulak rajin melayan dia.  Abah dia pun satu ... selamba je dengan anak yang seorang ni ... Aku tau,sebab dia percaya yakin dengan budak-budak kembar tu.  Parents mereka pun memang kami kenal.  Tambahan lagi, abang ipar kembar terlibat langsung dengan perjalanan kedai makan.  Kekadang si kembar turun tangan membantu buat partime kat kedai.  So, memang lulus je ... tambahan dah habis final exam. 

Antara aktiviti yang mengikat hati Hidayat ialah berkhemah di tepi rumah berserta berBBQ ayam.  Aku pun suka aktiviti macam tu!  Tapi nak berkhemah kat rumah, dengan aku, Hanessa dan dia ... urghh ... memang tak happening langsung!

Sebenarnya pernah la try ... bukan tak pernah.  Aku suka outdoor aktiviti ni ... aku dah pernah rasa nikmatnya ... jadi ahli PBSM ... panjat Gunung Ledang ... jadi anak angkat askar ... rasa nak berkhemah terus tak nak balik rumah ... hehe ...

So nak adil kat anak-anak, aku pasang khemah kat dalam pagar rumah.  Siang, bersemangat sungguh rancang perkhemahan.  Tapi bila malam, tengok bulan yang pucat ... semua kensel!!!  Diorang la ... aku ok je!  So takkan aku nak tidur sorang-sorang dalam khemah tu, kan.

Demikianlah ... bila Hidayat dapat geng ... bagai ada magnet yang luar biasa menarik dia dengan budak-budak kembar tu.  Cehhh ... nak tau ... yang dia suka tu jadi abang angkat dia ... yang sorang lagi tu agak tegas sikit dengan dia,dia kata yang tu abang ipar dia!  Bila kakak dia balik dari madrasah dan tau pasal ni, wahahaha ... mau gaduh dibuatnya!  Mandai je ambik anak bujang orang jadi abang ipar dia hahaha .... 

Apa yang mampu aku lakukan setakat ini ialah sentiasa mengingatkan Hidayat tentang solat dan sikap.  Hmm ... dia bukan kategori orang lasak bahkan sensitif sebenarnya.  Kalau dengan aku, cakap sikit dah bergenang airmata.  Dan dia insyaAllah menjaga solat walaupun solatnya masyaAllah, macam keretapi Jepun yang laju tu ... 

* Tarik nafas panjang.

Aku perlu lakukan sesuatu untuk anak yang seorang ni.  InsyaAllah semoga Allah permudahkan.  Aku tak mahu kehilangan sebelum waktunya.  Aku pergi Jaya Jusco pun dia tak nak ikut.  Aku pergi ziarah Naqib kat madrasah pun dah tak menarik minatnya lagi macam dulu (termasuk takut kena marah dengan Naqib sebab download begitu banyak games hingga hp Naqib yang aku pegang jadi slow ... games free ...).  Apa yang boleh aku putuskan buat masa ni ialah ... dia memang lain dari anak-anak yang bertiga tu.  Dia sensitif, mudah bergenang airmata, penakut dan kuat merajuk.  Kini dia lebih akrab dengan rakan-rakan berbanding aku dan anggota keluarganya. 

Ya Allah, pilihlah Muhammad Hidayatullah untuk ke madrasah.  Pilihlah dia untuk menghafaz KalamMU.  Pilihlah dia untuk memahami maksud hidup yang sementara ini.  Pilihlah anakku itu untuk menjadi daieMU yang berjalan di mukabumi ini dengan maksud dakwah Ilallah.  Pilihlah anakku yang bernama Muhammad Hidayatullah, semoga dengan asbab namanya dan dirinya hidayatMU akan tersebar ke serata alam.  Semoga dengan asbab keimanan dan ketaqwaan yang Engkau kurniakan kepadanya, berjauhan dia dari kami bukan atas sebab yang sia-sia tetapi sebaliknya beroleh redhaMU, bantuanMU dan kasih-sayangMU.  Aameen. 

~> Hidayat, mama sangat sayangkan kamu.  Kami semua sayang sangat pada kamu.  Huhh ... feeling plak aku ... sob sob...

Itu cerita anak aku.  Kucing aku pun ada cerita gak ...

Nak tau ... Cantik dah pindah.  Dia tak lagi menjadi ahli keluarga kami.  Sikap seorang ibu yang pengasih lagi prihatin dah bertukar.  Aku tau, dia nak anak-anaknya yang manja terlebih tu berdikari dan kuat semangat.  Jadi bila dia muncul sekali-sekala mintak biskut, pasti dia akan menyeringai marah pada Muezzaa, Muzi, Miza dan Mizi yang datang berlari-lari menyambut dia.  Kesian aku tengok, bila anak-anak tu undur ke belakang dengan rasa gerun. 

Sekarang ni aku renggangkan tingkap depan, jadi anak-anak kucing ni bebas keluar masuk ikut tingkap tu.  Masing-masing semakin besar dan cantik.  Aku terfikir nak bagi sesiapa yang suka dan sayang kucing.  Hmm ... Abu Darda macam interested.  Tapi ... bila tengok anak-anak kucing ni semakin akrab dan manja, aku mula libang-libu.  Kalau anak kucing yang belum serasi, aku rasa tak ada masalah.  Alahai ... aku balik mereka sambut.  Aku kat dapur mereka serbu mintak makan.  Aku lepak, mereka pun lepak sama sambil jilat-jilat bulu.  Semua manja-manja.  Camana la ...

Aku terfikir pulak ... bela kucing ni bila dah besar boleh la hantar mana-mana.  Diorang bukan bagi hasil pun ... tak pandai tanam sayur, tak reti potong bawang, tak boleh masak nasi ... basuh dan sidai baju, sapu dan mop lantai, flush jamban, kunci pintu pun tak ...

Tapi ... aku terfikir pulak ... bukankah semua makhluk ciptaan Allah sentiasa berzikir mengingati, mengagungkan dan membesarkan Allah?  (Semua termasuk batu dan kayu ... hanya manusia yang selalu alpa.)  Bila mengingatkan ini, aku rasa syok.  Kucing-kucing ni stay in the house sambil berzikir.  Dan kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW.  Dengan asbab kucing, aku boleh mendapat pahala.  Dengan asbab kucing juga, aku bisa sahaja berdosa.  Jadi aku pilih pahala.  Maka ... seandainya sediakan makanan sehingga sediakan tempat berak mereka ni adalah asbab pahala untuk aku, selain untuk menambah yakin aku bahawa dunia ini sangat hina di sisi Allah, ketika aku menahan nafas membersihkan taik kucing, maka aku redha lagi rela.  Tak mengapalah ... sementara masih ada kesempatan untuk aku bersama mereka ni.

To Abu Darda ... speechless.  So sorry.  But we have another alternative insyaAllah :D




Wednesday, October 24, 2012

ketetapan hari mati

Bismillah ... dengan nama Allah SWT ... yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mati itu pasti.  Cuma kita tak tau bila, di mana dan apa asbabnya.  Namun semua itu sudah beres sejak awal dulu.  Allah SWT sudah set dengan cantik dan sempurna di sebuah papan tulis yang teramat luas tak terbayangkan.  Dan pena sudah diletakkan. 

Itulah takdir.  Itulah qada dan qadar Allah SWT.


Firman Allah SWT:“Seseorang tidak tahu pasti apa yang akan diperbuatnya besok pagi, dan tidak pula mengetahui secara pasti di bumi/daerah mana ia akan mati” (QS. Luqman: 34).

Satu hal, takdir boleh dipinda dengan doa.  Tentang nak umur panjang, setahu aku antaranya banyak-banyaklah bersedekah.  Namun usahlah meminta terlalu panjang umur, atau takut sangat dengan kematian.  Ia pasti berlaku.  Malaikat maut meninjau kita 70 kali sehari semalam.  Well ...


“… ketika ajal mereka tiba, mereka tiada daya menangguhkannya ataupun menyegerakannya sesaatpun” (QS. Al-A’raf: 34).


Nenek aku berumur panjang.  Sekarang umurnya hampir 90 tahun.  Lutut dah goyang.  Makan pun bersukat.  Kejap kembung kejap sesak kejap bengkak sembab.  Tapi memang boleh dicontohi stail makannya.  Dia makan berjadual walaupun tak banyak.  Perut dah kecik, katanya.  Dan dia suka minum susu Anelene.  Itu bagai satu kewajiban.  Lagi satu, dia sangat memerhatikan kesan sesuatu makanan yang diambil.  Hingga kini, perlahan-lahan dia menyisihkan makanan yang satu ketika dulu amat digemarinya seperti udang, telur dan kobis.  Semua itu ada kesan pada kesihatannya.  Hasilnya, alhamdulillah, dia kelihatan segar dan sweet ... segar dan sweet untuk seorang renta. 

Berbanding dengan nenek suami aku, yang dipanggil Buyut.  Kalau tak silap, sudah hampir 5 tahun (tak sure) dia kembali ke keadaan kanak-kanak.  Buyut sangat kuat berpantang.  Dia lebih suka minum air masak.  Dia mengajar aku petua awet muda (ehem ... tapi dah lupa :(  ) dan sedikit doa.   Aku lupa.  Namun satu ketika dia beransur hilang upaya mengingat.  Kini Buyut pakai lampin pakai buang dan tak kenal sesiapa.  Tubuhnya yang selalu dipantangkan itu masih segar dan sihat. 

Ada seorang lagi nenek yang hampir sebaya dengan nenek aku.  Nama pun sama.  Halibah.  Nenek seorang ni sangat sweet dan suka tertawa.  Mukanya bulat penuh dan amat ramah.  Cuma ... keramahannya itu untuk hal yang berulang-ulang.  Soalan yang sama akan ditanya lagi dan lagi ... ohh ... memang menyeksakan sesiapa yang duduk berdekatan.  Kini dia semakin lupa dan nyanyuk tahap gaban.  Kasihan kan.

Jadi, aku menyimpulkan begini ... biarlah kematian itu tiba mengikut masanya.  Tak usah cuba dielakkan.  Cuma bimbang tak bersedia.  Tak cukup amalan.  Tapi bukankah kita mesti sentiasa bersiap siaga untuk mati.  Lagipun untuk apa hidup ini???

Aku sudah menetapkan ... hidupku untuk Allah, matiku kerana Allah.  Aku pasti akan mati.  Dan aku tak mahu mati yang sia-sia.  Kematian yang sempurna lagi berharga adalah dengan BERJIHAD.  Apa itu jihad?

Pengetahuanku tak sedalam mana.  Ringkasnya jihad itu ialah satu perjuangan yang mulia; termasuk mujahadah dan dakwah.   Err ... tolong betulkan.  Jazakillahu khoir kathira.

Perhatikan!  Catatan pendek ini sangat penting buat aku.  Ada sebab aku menulisnya biarpun dalam keadaan tergesa-gesa ... yang selalu aku katakan spontan atau on the spot itu (alasan hehe). 

Kebatilan tidak akan bertemu dengan kebenaran.  Itu sunnatullah sejak azali.  Kebatilan yang gelap pekat tak mungkin bercampur dengan kebenaran yang terang gemilang.  Dan Allah SWT Maha Kuasa, segala selain itu tak berdaya upaya.  Upaya itu pun diberi oleh Allah, dan bersifat sementara.  Hanya Allah Maha Kekal selamanya.

Dulu, aku takut bila memikirkan cacing yang akan merayap di kain kafanku.  Aku gelabah memikirkan perutku akan pecah dan mengeluarkan isinya yang ... masyaAllah.  Aku buntu mengenangkan daging-daging akan luruh dari tulangku.  Gementar dan bimbang sangat ... sampai aku menetapkan kematian akan menjemputku hanya di Tanah Suci Mekah.  Tapi ... bahlul pulak bila aku jadi seram nak menjadi tetamu Allah. Sehingga aku tak kisah walaupun arwah abah pernah beri belanja untuk ke sana.  Hanya surat yang aku titipkan. 

Surat?  Hehe ... surat untuk pengunjung Baitullah. Itu salah satu ... hmm ...

Wow ... kemain berkobar-kobar aku menulis.  Tak fikir risiko langsung ek ... Tak mengapa, aku akan anggap tulisan ini sangat penting sebagai peringatan buat diri ... walaupun aku kurang gemar membaca semula apa yang dah aku posting kat blog ni. 

* Kita cuma ada tiga hari dalam hayat ini ~ semalam, hari ini dan esok.

Ampun maaf di atas segala kesalahan dalam catatan pendek ini.  Mohon teguran dan pembetulan daripada pengunjung dan diucapkan jazakallahu khairan kathira.

Wallahu'alam.  Wassalam.

masih belajar menulis

namun aku tetap sukakan stail spontan.  Err ... ada la edit sikit-sikit, tapi rasa malas tu membuak-buak.  Bukan apa, blog ni hanyalah selingan di waktu terluang je.  Dan sebenarnya aku tak ada banyak masa lapang pun ... Bukan pula bermakna aku seorang wanita kerjaya yang sibuk manjang ... ohhh no no no ... tapi siapa boleh menafikan ... seorang suri rumah tak pernah habis kerjanya kan kan kan .

Semalam aku hadiahkan Sarah tudung labuh berwarna pink.  Siap dengan half niqabnya juga.  Aku cuba pakai tapi sempit bukaan di wajah ... hmmm ... memang bukan untuk aku.  Tapi bila Sarah pakai, agak longgar katanya.  Dan oleh kerana  niqab itu tidak berkedut, ia satu masalah untuk pemakai niqab bernafas kerana kepingan kain akan mengikut tarikan nafas lalu lekat ke hidung.  Niqab ini sejenis dengan kain tudung iaitu kain kashibo.  Hmm semenjak berniqab, aku tau satu dua jenis kain untuk abaya dan niqab :)

Lalu aku katakan kepada Sarah, bahawa nanti bila tiba masa dia nak berniqab, dia perlu kedutkan sikit niqab tu supaya dia selesa bernafas.  Macam selalu, Sarah tersenyum tersengih.  Sweet!

Hari ni, Selasa, aku ke madrasah Bukit Changgang mengambil pakaian dan barang-barang Naqib.  Dia akan pulang menziarahi mak aku di kampung bersama seorang kawan, Danish, yang bersetuju nak ikut menemani dia.  Anak lelaki ... biarlah dia berdikari dan lasak.  So far, dah 3-4 kali dia balik kampung bersendirian dan ini kali pertama dia angkut kawan.  Aku rasa mak abah suka je...  Alhamdulillah semasa aku call mak jam 8.30 pm tadi, mak beritahu sedang berhidang untuk tetamu yang sampai.  Naqib tumpang bapa kawannya yang tinggal di area Teratak Zaaba.  So bolehlah mak abah kenal-kenalan dengan orang Serting tu ...

Esok, aku akan ke Bukit Naga pulak ... mengambil puteri bidadariku yang mula bercuti untuk aidil adha.  Dia lain pulak rencananya ... Semalam dia call, beritahu aku rancangan mahu jalan-jalan di Jaya Jusco Bukit Tinggi bersama dua orang kawan (yang lebih tua dari dia).  Ok, tak ada bantahan.  Setakat JJ tu, aku tak risau sangat.  Kalau ikut plan asal dia sejak raya puasa dulu, dia nak join kawan-kawan (yang lebih tua dari dia tu) ke Time Square bergumbira di sana.  Yang tu, aku tak setuju sebenarnya.  Aku pun tak tau TS tu kat mana, tak pernah pergi pun. Just dengar cerita Naqib je ...

Hmm ... budak-budak madrasah ni boleh tahan advance jugak.  Naqib pun dah pernah ke TS dengan gengnya.  Dia lelaki ... aku lepaskan jugak dengan separuh hati.  Ni perempuan, sulit rasanya.  Alhamdulillah, plan dia bertukar saat akhir.

Masa jemput dia nanti, aku nak mintak borang untuk kemasukan Hanessa pulak.  Si dara kecik ni dah tak sabar-sabar nak masuk madrasah cuti hujung tahun ni.  Aku harap dia ok ... insyaAllah ... sebab sebenarnya dia lebih independent daripada kakaknya ... lebih strong jugak,  dan err ... lebih tegas dan garang hehehe ... ok apa hahaha ... si bongsu yang lincah dan cergas.  Dan aku berharap sangat Allah pilih dia untuk terus belajar di situ.  Plan sorang-sorang ... aku berserah dan berharap kepada Allah semata-mata.  Semoga dia akan tamat sebagai al-hafizah pada usia awal belasan tahun nanti.  Lepas tu ambik alimah pulak insyaAllah.

Khamis, cuti sekolah bermula.  Aku nak ajak budak-budak ni mencari Madrasah Ummul Qura di Jalan Kebun nanti.  Rancangan aku, nak hantar Hidayatullah ke situ sepanjang cuti sekolah ni.  Aku tak mahu pening kepala dengan budak lelaki seorang ni...  Aku dah agak, dia pun ada rencana tersendiri ~ berkhemah sepanjang cuti di kedai dan pergi cc tiap hari.  Huhhh... aku memang tak rela sama sekali dia buat macam tu.  Aku tau dia akan menggunakan sepenuhnya masa cuti ini untuk enjoy sakan.

Ok ... perkara pertama ialah berkhatan (buat kali ketiga ... dah dua kali try tapi gagal ... trauma kata doktor).  Lepas sembuh, dia akan ke madrasah.  InsyaAllah.  Tapi demanding plak tu ... dia nak masuk madrasah private kat Seksyen 13 Shah Alam, iaitu madrasah pertama Naqib dulu.  Dia seronok sebab pelajar di situ selalu mendapat jemputan kenduri di rumah penduduk sekitar, dapat duit hadiah dan malam-malam pergi main futsal di gelanggang futsal seberang jalan.  Haihhh ... niat dah lari dah ...  Ni nak belajar ke nak main???

Tapi aku kurang bersetuju.  Niat ke madrasah kurang tepat.  Aku risau dan bimbang perjalanannya akan menjadi sukar dan kecundang.  Nauzubillah.  Nak ke madrasah ni pun ... hmm ... sebenarnya plan aku sorang je.  Cuma hint-hint kat abah dia.  Apa pun, semoga Allah mengizinkan.  Apabila Allah memberi izin, tak ada apa yang akan dapat menghalang.  InsyaAllah.

So, aku nak jenguk madrasah Ummul Qura tu dulu.  Lepas tu kena cari jubah putih dan abaya hitam untuk kedua-dua mereka.  Tudung hitam dan ketayap putih.  Korek mana-mana lubang untuk siapkan belanja yuran dsb.  InsyaAllah.

Dan aku akan kembali solo!!!

"Ahh ... saya ada kerja nak buat tau!  Kenapa ingat saya nak baring goyang kaki dalam bilik sambil santai baca novel dan pasang aircond ke ... mana ada!"

Aku ... nak cari penjual borong abaya dan jubah.  Aku ... NAK JUAL ABAYA!!!

InsyaAllah.

Wassalam.

Ya Allah, khazanahMu terlalu luas dan harapanku hanya setitik dari khazanahMU itu.  Makbulkanlah doa dan harapanku ini ... aameen.

~> catatan ringkas menjelang aidil adha...




Tuesday, October 23, 2012

SHOLATUM BISSALAMIL MUBIN - Habib Syech



Istimewa untuk pengunjung Catatan Pendek ... :D

Monday, October 22, 2012

"something wrong

somewhere" ...

Aku rasa telah terlalu kerap muncul di FB ...

Dengan kata lain, aku anggap ini agak keterlaluan untuk seorang seperti aku.  Means, untuk seorang Ummi Amirah yang sebenarnya suka duduk diam-diam je ... hehe. 

Err ... aku bukan seorang yang talkative.  It's a fact.  Tapi kenapa di FB aku jadi lain?  Sebab tu aku pernah kata FB ni bukan ruang telus sebenarnya ... ia cuma telus dari segi apa engkau nak tulis, engkau boleh tulis, suka hati engkau laaa ... dan mungkin orang akan thumbsup kat engkau ... walhal hakikatnya engkau seorang yang tak macam tu langsung.  Atau mungkin engkau seorang yang terlalu baik untuk apa yang engkau tulis, bahkan sebaliknya engkau begitu hampeh lagi berbau busuk uwekkkk nak muntah ... tapi sapa tau? 

Kedua, FB benar-benar jadi medan bersuara apa sahaja, juga ruang terbuka untuk gurau-senda.  Aku la tu ... aduhhh ... satu hakikat yang luar biasa untuk aku yang baru pandai bergurau.  Aku bukan jenis orang lucu sebenarnya.  Err ... ada la kekadang je dan dengan selected people especially my family.  But one thing yang aku suka, dek kerana aku agak selective, so kebanyakan orang yang attach dengan aku tak banyak sikit ada persesuaian... dan aku belajar tahan gurau ... terus cuba belajar bagaimana menjaga perhubungan yang baik...

Dan paling hebat ... paling aku suka... aku belajar bagaimana orang-orang yang ada usaha atas iman ni mengungkapkan kata-kata ... hmm ... memang ada yang aku rasa over ... tapi tak tau la apa maksud mereka ... biarlah hanya Allah yang Maha Tahu ... tapi ya ... memang aku sedang mempelajari sesuatu.

That's why i fall in love with all the people yang buat usaha atas iman ni ... ke mana pun pergi mereka akan selekoh atau u-turn kembali kepada kekuasaan Allah.  Segala-galanya dengan izin Allah.  Semuanya dengan bersulamkan nama Allah.  Allah ... Allah ... Allah ... Yes, aku memang suka dan err ... ok ... cinta orang-orang yang menjaga hak Allah selain hak dirinya sendiri. 

Ok ... aku seorang pencari, dan insyaAllah alhamdulillah aku telah menemui.  Semoga Allah memilih aku dan keluargaku juga untuk sejalan dengan orang-orang ini, aameen.

Beberapa frasa yang baru aku ketahui ... yang tak pernah aku dengar sebelum ini:

USAHA ATAS IMAN ...
FIKIR RISAU UMAT ...
HANYA DENGAN CARA NABI SAW ADA KEJAYAAN
JADIKAN HATI SEPERTI LAUTAN, BUKAN SEPERTI KUMAN
PECINTA SUNNAH
KELUAR BERDAKWAH
DUNIA DIPERGUNAKAN UNTUK AKHIRAT


... ada banyak lagi, tak mampu aku ungkapkan di sini ... bersama kelemahan dan kelupaanku :(

Senyum dalam tangisan ... atau  bahagia dalam kesedihan ... atau airmata dalam ketawa ... perkara biasa hidup insani. 

Ok ... memang still ada something wrong somewhere tentang FB, dan aku fikir nak deactivate akaun ... sebab aku tak sukakan sikap keterlaluan, atau sikap kepura-puraan yang aku rasakan ... tanpa menafikan aku tanpa FB pun mungkin selalu keterlaluan ... sapa tau hehe ... namun ... aku masih belum melakukannya ... kenapa???


di majlis mengingati Rasulullah SAW

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Uitm Shah Alam.  Bertemu buat pertama kali dengan kenalan di FB ~ Atien dan kawannya Sue.  Aku berjumpa Umi Faridah yang turut datang ke majlis ini.  Jumpa seorang lagi as-solehin bernama Aqmal.  Cuma aku miss contact dengan Amalin Soleha yang bertanggungjawab tag aku di fb untuk majlis ini ... belum diizinkan Allah untuk bertemu.

Ada dua tazkirah (Ustaz Fadhil Ismail Al-Yamani & Habib Abdullah Muhammad Salim Al-Jahaf), yang diselang-selikan dengan qasidah.  Jiwa rasa bergetar tatkala berqasidah sama dengan pelajar-pelajar Pondok Moden Madrasah Ad-Darain.  Subhanallah!!! Memang mengasyikkan.  Cumanya beberapa kali aku dan Atien terpinga kerana selawat atau qasidah yang dilagukan tidak lengkap di dalam flyers yang kami perolehi. 

InsyaAllah, aku tanam azam untuk tak melepaskan peluang ke majlis-majlis sebegini lagi di masa-masa akan datang.  Aku baru tau di KLCC pun ada majlis mengingati Rasulullah SAW juga ... dengan persembahan oleh Habib Syech Asseggaf!!!  Aku masih mencari cd qasidah Habib Syech... tiba-tiba sedar-sedar aku dah terlepas persembahan live beliau.  Rasa nak menjerit ... warghhhhhh!!!

* aku dah mintak keizinan secara lumpsum dari suami untuk masa2 akan datang ... dan kalau boleh aku nak dia pergi sama... insyaAllah.

* alternatif untuk hiburan yang ada dalam aliran media perdana masakini yang penuh lagha dan maksiat.

*jadilah pencinta sunnah.. pencinta Rasulullah SAW ... yang mencintai akan dicintai ... insyaAllah ...

~>> blank... Ayu bikin kacau ... dan oh nyamukkkk ... 0323am.

1. Cantik bawak diri entah ke mana ... dia mula

nak mencipta jarak dengan anak-anak.  Tadi, dia muncul seketika.  Tapi aku nampak dia menyergah anak-anak yang menerpa.  Mungkinkah Cantik bunting lagi?????

2.  Aku terpaksa siapkan bekas pasir macam dulu dalam jamban belakang.  Bila Ayu, si gebu kecik tu membuang kat bawah sinki, aku terfikir dia perlukan latihan ... TAPI... aku naik bengang ... sebab anak-anak Cantik pantang jumpa pasir, mesti nak membuang.  Heii... pasir tu untuk Ayu la!!!

3.  Anak-anak Cantik semakin besar dan comel.  Kehadiran Ayu mula diterima perlahan-lahan.  Selalu la aku nampak Ayu terlompat-lompat, terkinja-kinja dan kembang bulu macam ulat bulu bermain acah-acah dengan abang2 dan kakak2 angkatnya.  Haha ... comel sungguh!!!

4.  Aku sebenarnya mula rimas dan risau.  Aku terfikir nak iklankan kepada pencinta kucing... sekiranya ada yang berminat nak bela anak-anak Cantik.  Aku ... :(

5.  Tapi aku tak sampai hati.  Tengok anak-anak Cantik dan Ayu menerpa ke pintu menyambut aku balik dari mana-mana ... apatah lagi aku mula kenal perangai masing-masing yang unik dan tersendiri ... saling berbeza ... aku sayu hati.  InsyaAllah, biarlah kucing-kucing ni berada di rumah ni selagi ada hayat mereka ... menemani aku dengan keletah dan zikrullah mereka.

6.  Ya, Cantik bawa diri entah ke mana.  Dia memang kucing cerdik dan ada pendirian hehe .... Sebaliknya, Putam semakin lepak di dalam rumah.  Dia semakin banyak kerenah ... naik atas mikrowave, naik atas peti ais, atau baring sampai terjatuh dari atas kabinet dapur!!!  Melampau!!!  Tapi dia semakin caring dengan anak-anak Cantik ... hmm ... mungkin dia dah take over peranan Cantik untuk menjaga anak-anak mereka ni hehe ...



Thursday, October 18, 2012

7 ekor kucing sudah ...

Putam - bapak
Cantik - ibu
1. Muezza (tak diakui oleh tuannya ~ Naqib) 2. Muzi (Ain punya, jumpa sekali-sekala, pandai ajak mr.hubby bergurau) 3.  Miza (Hidayat punya, paling comel sbb hidung pink tapi mulut leter) 4.  Mizi (Hanessa punya, paling gendut dan sangat manja, well trained duduk dalam doll stroller tapi sekarang dah tak muat sbb dah semakin besar,  hingga satu stroller patah)

Dan kucing baru iaitu Ayu. Mungkin sebaya Tompok kalau anak kucing tu masih bernyawa lagi sekarang.  Ayu ni dikutip oleh Epol dari tepi rumah sewanya, nama pun diberi dek Epol sempena nama kucing dia yang pernah dibela dan dah hilang.  Istimewanya Ayu ni suara tak ada.  Aku agak dia dah puas melalak menangis masa kehilangan ibu dulu.  Paling istimewa, Allah menjaga dan memberinya makan hingga dia hidup dengan sihat dan sangat ceria.  Now dia mengacau aku menulis kat sini.  Tanpa bersuara, dia bergayut pada kain alas memanjat sampai atas sini, dan mula mengusik jari-jemari aku.  Tubuhnya lembut dan bulunya kembang.  Berbeza spesies dengan anak-anak Cantik yang bertubuh tegap dan kurang gebu.  Mungkin anak-anak Cantik memang spesies kucing pemburu yang cekap.  Ayu ... kucing gebu yang manja.

Now, aku mula pening kepala memikirkan kerenah 7 ekor kucing ni.

Malam tadi hujan tersangat lebat.  Semua kucing stay dalam rumah kecuali Cantik.  Mungkin dia terperangkap di luar atau sedang menghendap mangsa buruan.  Sampai aku nak tidur tengah malam, sempat lagi kucing-kucing ni merayu mintak makan ...

Pagi ni, aku nampak ada cap tapak kaki yang cantik beratur atas lantai dapur.  Semasa nak buat air minuman, aku terjumpa pecahan kaca di atas lantai.  Ooo patutlah malam tadi aku dengar bunyi kaca pecah.  Entah penutup mangkuk apa ... aku tak perasan.  Just kutip dan masuk dalam dustbin.  Kemudian Hidayat yang biasa solat subuh di hall beritahu, ada kek panas kat atas karpet di situ.  Akhir sekali Hanessa ternampak bangkai tikus dan sesuatu (tak sure either isi perut dia atau muntah) berlambak kat airwell.  Aku dah dapat agak, ini mesti angkara si Cantik!!!  Tentu dia nak bawak hasil buruan masuk ke dalam rumah untuk anak-anaknya malam tadi, tapi hmm ... aneh jugak sebab terkandas.  Dia jarang gagal buka sliding door yang tak dapat aku kunci tu ... Pagi ni Cantik tak kelihatan.  Sesuatu yang menambah aneh pada aku .... sebab Cantik mesti cari aku untuk breakfast setiap pagi.

Cantik ni ... tak minat makan nasi hatta ikan goreng sekalipun.  Dia hanya nak makan biskut kucing.  Itulah kegemarannya.

Pagi ni jadual buang sampah kat luar.  Jam 10 karang lori sampah datang kutip sampah.  Ketika menuang air hujan yang bertakung dalam tong sampah, aku ternampak kucing otai yang selalu aku tembak dengan nerf sedang baring santai atas simen jiran sebelah.  Aikk matahari belum muncul, dia dah rilex santai macam sunbathing je ... Aku buat tak kisah.  Kucing jantan yang gemuk ni tak dapat dikesan milik siapa.  Aku agak-agak mungkin kucing Haji Hamid empunya banglo depan rumah aku ni.  Walllahualam.

Dulu ada dua kucing jantai taiko yang suka menganggu Cantik, tapi kini dah lama tak kelihatan.  Seiring dengan kehilangan itu, kucing otai ni pulak muncul. Dia punya rayuan memanggil-manggil tu satu macam, romantik.  Tak macam rayuan miang kucing jantan yang selalu kita dengar tu.  Rayu mendayu-dayu yang ... aku tetap tak suka mendengarnya!  Sebab tu aku memang akan tembak dia dengan nerf berkali-kali walaupun dia dah jauh menghilangkan diri selepas nampak kelibat aku.  Aku nak dia lari sejauh-jauhnya dari area rumah aku ni.  Sejak itu aku mula memikirkan keselamatan Miza dan Mizi ... aku tak sanggup membayangkan dua anak kucing betina ni memboyot dalam usia muda.  Aku mula fikir dan plan nak bagi pil perancang keluarga ... tapi belum sempat nak cari kat mana.

Sambung balik ... lepas aku selesai dengan urusan buang sampah, aku pandang lagi kucing otai yang bersantai tu. Aku renung perut dia dari jauh.  Hmm ... baru aku perasan ... kucing ni dah kaku sebenarnya.  Aku pergi dekat-dekat dan terdengar bunyi orang mandi di dalam rumah.  Oooo tuan rumah sedang bersiap nak pergi kerja la tu.  Isterinya guru dan dah keluar lebih awal.  Kucing otai yang terbaring tu basah tubuhnya dan kaku tak bergerak.  Dah mati!  Mungkin dia terjatuh dalam longkang besar dan tak dapat panjat naik semula ...

 Terselit jugak rasa kesian ... malangnya nasib kucing ni ... otai pun lemas jugak dalam longkang.  Allah ... kalau dah ajal ...

Yang pastinya aku tak perlu risau lagi Putam kena serang dengan mana-mana otai samseng ... dan aku tak harap akan bertemu samseng baru pulak ... Now Putam dah mula recover dari luka dia ... nanah kat dada pun dah tak ada ... dah baik ... dan kerja dia sekarang ialah pantang tengok aku duduk depan lappy, dia mula uja nak panjat atas lappy aku.  Ehh .. mana sume orang ni ... senyap je ... Putam pun tak de ... hmm ... agaknya gi ziarah otai yang mati tu kot.

So aku pun terpaksa batalkan plan ikut suami ziarah jiran setaman di TTDI Jaya yang meninggal dunia malam tadi.  Now plan aku ialah nak vacuum semua karpet yang ada dan gulung.  Senang nak mengemop nanti.  Sekarang ni aku dah jarang sangat solat kat hall.  Tak selesa, bayangkan ... tengah solat ada yang datang baring-baring kat tempat sujud.  Nak aku terajang je rasanya ... tapi tak pernah plak sezalim itu aku buat ... hahaha ... aku nak bagi terajang???  Luar biasa ganas hahaha ...  Paling hebat aku pernah buat ialah jentik telinga je  kat diorang ni ... seingat aku la.

Jumpa lagi babai.... terima kasih sebab sudi baca catatan merapu kerapu maruku aku ni hehehe ... apa yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan.  Bela kucing dengan kasih-sayang ... haiwan kesayangan nabi SAW.  Kita menyayangi insyaAllah kita akan disayangi.  Daa ..

* rel langsir antara hall dan ruang tamu dalam pun dah tercabut sebelah, tergantung dan kain langsir tu ada aroma yang menusuk kalbu aku!!!  Hanessa suka letak kucing dia kat langsir tu, konon2 macam buaian.   Sekor tak pe jugak, masuk dua ekor boleh koyak langsir aku yang mahal tu!!! Now dah tercabut pun ... togel n i don't like ... really.

Ini la namanya DITELAN PAHIT DIBUANG SAYANG ... DITELAN MATI EMAK DIBUANG MATI BAPAK ... serba salah aku dibuatnya ... sabar je laaaa ... Semoga Allah tolong dan bagi ilham camana nak buat dengan makhlukNYA yang satu ni ... Allah ...

Sunday, October 14, 2012

"sakanya ada ... di ...

belakang.  Bukan dalam badan."  kata ustaz selamba.

Huhh ...  aku terkebil-kebil.  Saka 'I follow' pun ada?!!  Mengekor je ... walaupun tak join dalam badan.

Apa pun, saka ni memang menganggu lagi mengacau lagi hampeh tak guna satu sen.

Dan aku tengah bingung memikirkan ... why me ohhh ... why why and why???  Why u oooo why why why????

Namun aku bersyukur ... kerana perlahan-lahan umpama misteri nusantara semakin terhurai ... umpama benang bergumpal kusut terlerai helai demi helai ... Allah maha kuasa makhluk tiada kuasa.  MasyaAllah Subhanallah Allah Maha Hebat!!!!!!!!!!!

Ada orang yang tak mengerti hal-hal begini.  Bahkan tak menyedari apa-apa.  Aku baru tau ada spesies insan yang cukup kebal ... tak terusik dek jin bertendang ni ... apa pun aku anggap itu tetap ujian untuk insan sebegini ... sejauh mana dia akan mempercayai kewujudan makhluk yang dicipta Allah dari api itu.

Cuma aku agak kurang sabar sebenarnya .... dan ini pun ujian juga ... ujian kesabaran barangkali ... aku nak cepat je ke titik penyelesaian.  Aku mahu hal ini settle secepat mungkin.  Dalam kepala ni ... aku fikir 'mati bila-bila je' ... so aku tak nak tunggu lama.  Ada banyak perkara aku nak buat ... sempat dengan tak sempat je.

Akhirnya aku menginsafi diri semula.  Apa pun jua kehendak aku ... tak boleh terburu-buru. Itu kelam-kabut namanya.  Tergesa-gesa, gopoh-gapah ... Kehendak yang selari dengan jadual Allah pasti akan berlaku.  Kalau tak selari, jangan haraplah ... mimpi siang hari maknanya atau angan-angan kosong sahaja.

Maka ... mintaklah pada DIA.  Aku semenjak dua menjak ni baru tau perkataan 'TAWAJUH' ... Masturat rajin betul menggunakan word ni.  Sikit-sikit TAWAJUH.  Apa-apa TAWAJUH.  Tawajuh tawajuh tawajuh ...

Apa benda tawajuh tu?  Aku tak pernah dengar pun!

Ooo bila tanya-tanya kat FB, kat kawan-kawan ... TAWAJUH tu ialah menumpukan hati kepada Allah semata-mata.  Apa-apa ingat Allah.  Sikit-sikit ingat Allah.  Semua tumpuan fokus 100% kepada Allah.  Anywhere ... everywhere .. any matter ... whatever ... everything ... everytime ... all the time ... arghh faham sendiri udah la ... pendek kata ALLAH SENTIASA DALAM HATI ... DALAM MINDA ... DALAM BICARA ...

Jadi ... dah faham sikit tentang makna TAWAJUH, kena la praktik pulak.  Tang nak praktik ni susah sikit la ... sebab aku selalu merewang entah ke mana ... tapi yang seronoknya ... dapat kawan-kawan yang sangat rajin saling ingat-mengingatkan tentang kebaikan ... so apa-apa diorang kata TAWAJUH ... sebut nama Allah ... merewang then buat u-turn kembali kepada sebutan Allah jua.

Ini semua satu kebiasaan baru buat aku.  Bukan bermakna aku tak ingat Allah sebelum ni ... tapi amat jarang dalam bicara harian ada diselitkan nama Allah ... sikit-sikit sebut Allah ... apa-apa kaitkan dengan kebesaran Allah ... keagunganNYA ... kehebatanNYA ...

Kesimpulannya (okey ni karangan aku ye), apabila sesuatu itu sudah ditetapkan Allah, pasti ia terjadi.  Nothing is imposibble for Allah ... and everything is miracle when Allah is with u.  Semoga Allah bukakan jalan seluas-luasnya untuk mencapai penyelesaian segala misteri nusantara (jangan la saspen sangat plak ... biasa-biasa je ... hehehe ...).

YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI HALANGAN YANG MERINTANGI KAMI UNTUK MENDEKATIMU ... ANDAI IA BUKAN KERANA KELEMAHAN DIRI KAMI TETAPI SESUATU YANG TIDAK KAMI PERLUKAN YANG CUBA MENGUASAI KAMI ... TOLONGLAH JAUHKAN IA DARI KAMI ... KAMI INI TERLALU LEMAH, YA ALLAH.  BERILAH KAMI KEKUATAN UNTUK BERDIRI DI HADAPAN-MU.  KAMI INGIN MENEGUK KASIH-SAYANG-MU YANG TERAMAT LUAS TIDAK TERBAYANGKAN.  KAMI INGIN MERASAI CINTA DENGAN-MU.  KAMI INGIN KEMBALINYA KAMI KEPADA-MU DALAM KEADAAN BAIK, HUSNUL KHOTIMAH, ENGKAU REDHA DAN TERIMA KAMI DENGAN PENUH REDHA.  KAMI MALU DAN SEDIH.  KAMI TAKUT DAN RISAU BIMBANG.  APA SAHAJALAH YANG TELAH KAMI USAHAKAN UNTUK BEROLEH PANDANGAN-MU... LEBIH CIPUT DARI YANG PALING CIPUT ...YA ALLAH YA TUHANKU.  TOLONGLAH KAMI ... TOLONGLAH WAHAI ZAT YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG ... KE MANA LAGI KAMI AKAN BERPALING MEMANDANG MEMINTA MEMOHON ... HANYA KEPADA-MU YANG ESA.  ALLAH ...



 * ada catatan baru di page Sarah ... mohon doa semua untuk Sarah ya :D ...

Saturday, October 13, 2012

Alhamdulillah ... akhirnya

selesai juga tugas aku dengan izin Allah.  Siap seal semua tepat jam 2 pagi.  Waktu paling afdal untuk bertahajjud.

Naik muak dengan cookies ... Aku diberi peluang oleh suami untuk 500 bungkus goodies tu ...  Pulun membuatnya sejak siang kelmarin.  Apabila aku cuba buat 5 adunan sekali gus, terfikir pula idea untuk beli peralatan lebih baik.  Ni ... hand mixer aku baru je rosak, boleh dipakai tetapi hanya satu mixer je.  Err sebenarnya aku yang salah ... Guna benda tu untuk gula merah yang banyak ketulan besar yang keras.  Huhh ... Tapi patut la pun ... aku beli masa anak sulung aku masih baby di Brunei dulu ... masih ingat lagi aku beli ditemani kak Normah.  Sekarang Naqib dah nak masuk 16 tahun.  Memang dah adat dan sampai masa ... dan nak dapat baru punye hehehe ...

Dah kecek mak punya ... tapi belum diterima lagi.  Mak belum datang ke sini semenjak terakhir pulang beberapa minggu lepas. 

Hmm ... ehem ...

* "Macam ni la ... kita sama-sama berubah, ok?!!"
Dia terus membatu.  Aku umpama berbicara kepada dinding biru laut yang tegak kukuh di belakangnya. Hatiku mula berbahang perlahan-lahan.  Arghh!!!

"Dengar sini!!!" Aku bersuara tegas.  Aku tatap wajahnya dengan mata melotot.  Dia masih buat bena tak bena.  Celaka!!!

"Kita akan baiki keadaan.  Mulai hari ini!  Mulai detik ini!! Dengar???" 

Dia memandangku sekilas.  Menjeling muak lantas mengalihkan mata sambil mengerutkan dahi.

Huhh ... sapa lelaki sapa perempuan ni? getus hatiku jengkel.  Aku menarik nafas.  Wajahku terasa tegang diserbu perasaan bosan yang menggelodak.

"Kalau kau tak mahu berubah ... aku akan tetap berubah."  Aku bersuara jelas dengan nada berbisik.  Taktikku berjaya.  Serta-merta dia merenungku dengan pandangan aneh.  Dahinya yang jendul
 berlapis-lapis kerut.  Seperti dia mula susah hati.

Aku tersenyum di dalam hati.  Padan muka!  Aku mencapai anak kunci Ferrari di hadapanku sambil mengucapkan salam kepadanya. 

Aku dah penat.  Terlalu penat dan rengsa.  Kini aku mahu bebas dari kerengsaan itu.*






Thursday, October 11, 2012

projek cookies

kembali lagi.  Alhamdulillah.  Aku diamanahkan oleh sang suami untuk menyiapkan 500 peket goodies, yang bakal dikampilkan bersama bungkusan nasi tengahari untuk para gelandangan di kota KL sabtu ini. 

Malam ini aku pun bergelandangan sendirian di ruang waktu ... menanti cookies masak.  Sambil ditemani Budak Bulu2 yang tiba-tiba menjadi aktif bermain sesama sendiri (termasuk mengerjakan buku resepi aku ... jatuhkan dari meja rendah dan gigit2 ... haihh), aku bereksperimen dengan you tube ...

Beberapa nasyid aku share di FB.  Juga satu catatan dari blog kesukaanku yang selalu catatan di situ menyentuh kesedaranku, menjadikan aku insaf kondisi diri yang serba kekurangan dengan ilmu ...

Bila dah larut malam ... bersendirian kat dapur ... (kucing2 aku semua dah tidur balik ... ceitt ... macam tau-tau je cookies aku dah nak selesai dibakar ... tadi sibuk main) ... aku rasa satu macam. 

Ok ... sebelum aku rasa bermacam-macam ... eloklah aku  berkemas cepat-cepat ... hehehe ... sambung esok.

Sebenarnya aku berkesanggupan untuk tongkat kelopak mata sampai pagi esok ... tapi ... tak pe tak pe ... aku nak melakukan sesuatu yang lebih afdal selain berjaga atau tidur yang sia-sia ... jom ngaji al-Quran.  Qiamullail.

* esok projek cookies akan bersambung sampai cukup untuk 500 peket ... insyaAllah.
* esok ambik tempahan tudung syria berdagu dan niqab ... insyaAllah.(sukeeee ...)
* hari ni hari kedua peperiksaan PMR - semoga Sarah dapat menjawab yang terbaik mampu dilakukannya... InsyaAllah.
*semoga esok akan lebih bermakna daripada hari semalam buat kita semua ... insyaAllah.

Selamat pagi ... assalamualaikum.




Saturday, October 6, 2012

Boboiboy memang kucing special

kita tepuk kerusi, dia cepat-cepat meluru naik atas kerusi memanjakan diri.  Kekadang dia menyelit di ruang antara belakang kita dengan kerusi.  Atau dia akan baring di kaki sambil main kain hehehe...

Boboiboy manja, tapi manjanya tu berpada dan bertempat.  Kalau semua orang sibuk, dia menepi tak mengacau.  Kecuali kalau aku datang... dia dah cam bunyi enjin kereta Kancil aku tu... meluru-luru dia datang dengan mata buntang pandang muka aku yang masih duduk di seat.  Kesian sungguh kat dia kalau aku lupa bawak biskut... terasa betapa hampanya dia... aku tau kekadang dia dah cukup santak kenyang perut makan ikan, tapi dia dah habit datang menerpa nak buat camana...

Sekarang ni kucing-kucing pendatang makin bertambah di kedai.  Ada seekor tu bukan main mengendeng lagi biskut Boboiboy... dia lebih-lebih bersuara meow meowwww mintak biskut.  Bila bagi Boboiboy, dia pun kena bagi.  Dia punya dah habis kebas Boboiboy punya pulak.

Akhirnya aku terfikir bagi makan Boboiboy dalam kereta je.  Aku siapkan biskut dalam bekas taufufa dan Boboiboy dengan cepat belajar hal baru.  Sekali je aku suruh dia masuk, lepas tu tiap kali dia akan datang dekat pintu seat kiri dan masuk dalam kereta.  Krup krap krup krap dia makan dengan penuh selera.  Ada baki barulah aku bagi kat kucing yang suka mengendeng tu.  So kalau tak habis memang tak membazir.  Ada jugak Boboiboy tak habis makan lepas tu bersepah atas lantai.  Mengotorkan je!

So, dia dah jadi kucing kesayangan kami di kedai.  Sebab kami sayang dia, dia dapat makan special sket.  Kalau ikan, dapat sekor.  Kalau biskut, makan dalam kereta.  Dia prihatin kepada aku dan aku terharu dengan keprihatinannya... cehh haha...  Dipanggil suami aku, dia cepat datang walaupun dia entah kat mana waktu tu.  Disuruh duduk atas kerusi, cepat dia naik.  Mulut tak banyak.  Comel, patuh, cerdik dan peka kepada kami.  Ciri-ciri yang istimewa buat seekor Boboiboy.

Aku mempelajari sesuatu dari situasi kucing oren ekor kontot ni.

Sekiranya aku belajar mendekati Allah, mengingati Allah, banyak berzikir menyebut nama Allah, belajar mencintai Allah... aku yakin Allah takkan mensia-siakan diriku.  Allah takkan mengenepikan aku.  Allah takkan membiarkanku.  Sebaliknya Allah akan menjagaku.  Allah akan membantu aku dalam kehidupan ini.  Allah akan berikan rezeki yang tak disangka-sangka dari perbendaharaanNYA yang maha luas.  Allah akan memeliharaku dari musibah dan kesusahan.  Allah akan memuliakan aku.  Allah akan menemani aku.  Manakah lagi sebaik-baik teman melainkan Allah?

Hidup bertemankan Allah. Sentiasa ada hubungan dengan Allah.  Sentiasa dipimpin oleh Allah dalam segala tindakan, kata-kata, fikiran semuanya segalanya.  Akan bersedihkan apabila bertemankan Allah?

Fikir-fikirkanlah ... Agar kita tak bergantung kepada diri sendiri semata-mata...walaupun mulut berkata kita berharap kepada Allah sedangkan tanpa sedar atau dalam sedar kita tetap nak mengutamakan diri sendiri dengan penuh keyakinan diri...omputih kata self confidence.  Keyakinan diri.

Yakin kepada Allah.  Kerana dari Allah datanglah keyakinan kepada diri...dengan belas kasihan Allah jua kita dapat yakin diri.  Jangan sampai keyakinan kepada diri melampaui batas dan melebihi tahap keyakinan kepada Allah.  Nauzubillah.

Jadi sebelum apa-apa, Allah yang utama.  Allah nombor wahid dalam hidup kita.  Lakukan tindakan dengan nama Allah.  Andai tak tau dan tak faham...kita ada teladan yang dicintai oleh seluruh umat Islam...kekasih Allah, penghulu akhir zaman, Rasulullah SAW.  Marilah kita pelajari sirah baginda saw, semoga kita diberi faham oleh Allah dan dapat mencontohi teladan paling indah ini.  Subhanallah.

Wahai diri ... yang pasti tulisan ini untuk engkau sebenarnya. 

*** entri baru.
hahaha comotnya Boboy.  Dia dah panjat naik atas freezer rosak yang baru dikeluarkan dari dalam dapur.  Melekat habuk berminyak kat badan.  Kononnya nak dimandikan ... baru nak angkat masuk bilik air dah menggelupur.  Badan tegap kuat, payah nak mandikan dia.  Memang tak pernah pung!

krup krap krup krap

Dalam seminggu jugak Boboy comot, tapi semakin lama semakin hilang comotnya dan akhirnya bersih macam asal.

Sekarang, dia sangat alert dengan bunyi alarm kereta (err ... dah tukar kereta).  Belum sempat turun dari kereta, Boboy dah ready nak menerpa.  Sekali tu, dia tak muncul pulak.  Heran juga.  Bila masuk kedai, rupanya Umi tengah pegang dia kat kerusi tak bagi bangun hehehe ... "Tengah tidur pun boleh terjaga bila dengan kereta ..." kata Umi.  Saja je menyakat Boboy.

Saturday, September 29, 2012

setelah hampir sebulan berlalu

lagi 6 hari, genaplah sepurnama aku berniqab.  Kat fb, mereka menggelarkan diri mereka 'niqabis'.  Secara tak langsung, aku juga bergelar niqabis.  Dan aku sukakan gelaran ini :)

Korang nak tau tak apa perasaanku sekarang, setelah hampir sebulan memakai niqab ni?  Tentu nak tau, kan!  Ok, meh aku ceritakan ...

Pertama sekali, aku sangat risau dan bimbang setiap kali mengikat tali niqab di belakang kepalaku.  Aku risau dan takut andai satu hari nanti aku melepaskan tali ikatan niqab kerana dunia.  Nauzubillahiminzalik!  Aku berlindung dari perkara itu kepada Allah.  Jadi, setiap kali aku berdiri di hadapan cermin dengan niqab di tangan, segera aku qasadkan niat dan azam memakai niqab kepada mengikut sunnah nabi saw, iaitu mengikut sunnah ummul mukminin yang menutup seluruh wajah dan tubuh dengan kain daripada pandangan ajnabi.  Dan aku mohon kepada Allah semoga Dia menjaga aku dengan niqab ini sehingga nyawa terlepas dari badan.  Maknanya hingga ke akhir hayat dengan niat yang betul lagi diredhaiNya. 

Aku sangat bimbang dan risau, kerana aku bukan dari golongan yang berlatarbelakangkan ugama.  Hanya sedikit masa yang pernah aku lalui semasa di sekolah ugama rendah satu ketika dahulu.  Selebihnya bidang ilmu yang berunsur maklumat untuk kemaslahatan hidup duniawi. 

Sekarang ini, aku akui this is my true colour.  Aku sukakan ugama dan aku prihatin kepada ugama yang aku anuti.  Bila aku kaji dan fikir semula diri aku, pembacaanku, ternyata aku cenderung ke arah kehidupan berugama.

So dengan berniqab, aku juga didatangi kesedaran, bahawa aku membawa imej orang yang pandai tentang ugama.  Walhalnya tidak begitu!  Aku cuma suka kepada kehidupan berugama, dan aku mahu jadi orang baik-baik.  Aku mahu kehidupan yang baik, yang disebut kehidupan yang diredhai Allah, dan aku mahu kesudahan yang baik dalam hidup ini. 

Jadi dengan kesedaran itu, aku langsung menginsafi keadaan diri yang serba kurang dengan ilmu ugama.  Selanjutnya aku mula menanam azam untuk membaiki diri, biarpun aku bagai berensut lebih perlahan dari sang siput.  InsyaAllah aku mohon kekuatan dan kemudahan urusan ke arah itu dari Allah jua.

Seiring dengan itu, aku mula menanam azam juga, yang bermula sejak Ramadhan lalu untuk istiqamah bertadarus al-Quran setiap hari. Dan keuzuran bulanan yang dijadualkan Allah untuk wanita normal seperti aku, kurasakan sesuatu yang menyulitkan.  Sementelah aku baru dapat tahu ada wanita yang satu dalam sejuta, tidak pernah haidh melainkan sekali sahaja seumur hidupnya sebagai menandakan dia telah akil baligh.  Istimewa dan terpilih dia ...

Itulah antara perubahan dalaman yang aku sedari berlaku saat demi saat dalam kehidupan mutakhir ini.  Luarannya, aku rasa lebih selesa sebenarnya dengan penampilan begini.  Walaupun ada juga sedikit saki-baki perasaan janggal yang tak menentu (sehingga ada kedai runcit yang biasa aku kunjungi kini aku cuba elakkan, sebab dulu kalau ke situ aku dan tuan kedai suami isteri akan bertegur sapa barang sedikit.  Bila dah berniqab ni, aku segan.  Kalau terpaksa, anak-anak saja yang akan turun membeli ~ dah boleh diharap hehehe...  InsyaAllah satu masa nanti aku akan pergi balik ke kedai2 tu ...)

Aku juga telah menempah beberapa helai niqab berwarna dari seorang sahabat.  Niqab berwarna biru, red maroon dan beberapa warna lain ini akan aku gunakan semasa bersama mak nanti.  Aku berharap akan dapat menawan hati mak semula tanpa menanggalkan niqab.  Semoga Allah beri mak dan aku sendiri faham bahawa menutup aurat itu tidak semestinya dengan warna hitam semata.  Mak mungkin fobia dengan purdah hitam, maka aku gantikan dengan selain hitam.  Itu dengan mak je.  Kerana hitam tetap warna untuk wanita dan warna sunnah ummul mukminin. 

Biar mak selesa bersama aku dan tak janggal aku berdiri di sebelahnya di mana-mana.  Biar mak faham bahawa tuntutan ugama itu sentiasa selari dengan keperluan insan, tak ada yang pelik dan luar biasa.  Biar mak akhirnya menerima bahawa apa yang kulakukan ini adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dan kejayaan dunia akhirat.  Aku akan terus baik sangka dengan mak.  InsyaAllah mak akan menerima aku seperti ini.  Seperti mak akhirnya menerima keputusan aku dan suami menghantar Naqib ke madrasah dulu.  Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk terus dan tetap dengan jalan ini, insyaAllah.  Mohon doa semua untukku dan keluargaku, untuk kita semua jua.  Jazakillahu khairan kathira :)

Sebelum aku menyudahkan tulisan spontan ini, ingin aku nyatakan sedikit perubahan pada sikapku.  Entah ... angin ke apa ... aku rasa aku lebih matang sedikit.  Ye ke?  Err ... betul3 sebab aku dah pun berumur 42 tahun.  Haaaaah!  Jangan terkejut.  Alah, apa la ada pada umur :P kankankan ... Kalau ikut kalendar Hijrah, umur tu lebih tua lagi tau!  Mungkin dah 43 atau 44?  Ntah tak kira plak.  Ok sebenarnya aku cuma rasa aku dah kurang gelak-gelak hehe ... Sikit-sikit tu ada la.  Takkan tak gelak langsung.  Tapi slow.  Entri kelmarin aku ada tulis aku rasa bosan sebab aku sedang dalam penantian.  Huh, memang penat menanti rupanya!  Macam la tak pernah menanti ... hihi. 

(Tarik nafas). 

Aku jadi malas nak tulis apa-apa kat fb.  Bahkan aku rasa fb tu sangat membosankan.  Tapi bila la aku nak deaktif akaun fb ek?  Hmm mungkin tidak sebab aku perlu berhubungan dengan para masturat di closed group.

Oh ya, yang seronoknya ialah bila aku baca status-status muslimah yang belum berniqab di fb yang menyatakan betapa teringinnya mereka nak mengenakan niqab.  Itulah yang pernah aku rasai sebelum ini.  Kupanjatkan syukur tak terhingga di atas kurniaanNya kepadaku.  Lalu ingin kunasihati, seperti yang aku lakukan sendiri, iaitu lakukanlah solat istikharah dan solat hajat.  Dengan kata lain, qiamullail di dinihari yang sunyi sepi.  Allah akan tunjukkan apa yang kita mahukan.  Seperti yang aku alami sendiri.  Apabila tiba masanya, tak ada sesiapa dapat menganjakkan waktu untuk aku berniqab.  Allah jua yang memudahkan dan menggerakkan hati kita.  InsyaAllah.  Alhamdulillah.  Aamiin syukur ya Allah, berkat doa sahabat-sahabat jua yang telah mendoakan diriku.

Apabila berdoa kepada Allah, berdoalah dengan tawajjuh dan yakin bahawa doa itu akan dikabulkanNYA. 

Azam seterusnya kini ialah aku mahu keluar masturat bersama suami.  Bermula dengan keluar tiga hari setiap tiga bulan.  Kita akan dihantar ke mana-mana setelah dimesyuaratkan oleh syura.  Kita yang pergi dan apa jua yang ditinggalkan akan dijaga Allah, itulah janjiNYA.  Ini bukan sekadar keluar melancong suka-suka, tetapi keluar sepertimana nabi saw pernah lakukan diikuti oleh para sahabat yang telah bertebaran ke merata dunia membawa ugama Islam sebagai warisan, meninggalkan jejak dan makam (pusara) yang dikenang.  Aku yakin.  Itulah jalan yang dirintis oleh para nabi dan rasul.  Bacalah kisah sirah nabi saw.  Ada airmata, ada darah dan ada derita. 

Aku tak nampak langsung jalannya.  Tetapi aku yakin Allah sudah siapkan caranya.  Seperti mana aku di akhir akan pulang ke Malaysia dulu, tiba-tiba Allah pertemukan aku dengan Kak Hawa.  Ia adalah satu titik permulaan untuk aku menjadi aku di hari ini dengan izin Allah.  Aku yang meraba mencari, telah menemui, insyaAllah.  Maka tak ada yang mustahil di sisi Allah.  Keyakinan perlu teguh dan kukuh.  InsyaAllah Allah akan tunjukkan dan pandu ke jalan itu.  Aku diperingatkan tentang doa dan usaha harus dipertingkatkan.  Tahajud!  Tahajud! Tahajud!  Solat dan doa!  Tawajjuh! Tawajjuh! Tawajjuh!

Err ... panjang jugak!  Baiklah, aku mohon diri dulu.  Jumpa lagi di lain entri insyaAllah :)

mode ~> tengah serius sungguh ni rrrrrgggrrrr..........







Monday, September 24, 2012

hari ni

rasa sangat kurang seronok.  Orang putih kata boring!  Orang Melayu kata bosan!  Bahasa lain kata apa ... apa-apa aje la asalkan maksudnya sama.  Seantero dunia setakat ni kalau rasa kurang seronok macam ni, dorang sebut 'buringgg!!!'

Semua berjalan macam biasa.  Tak ada yang lari dari jadual harian.  Cuma ... hidup start lambat sikit hari ni :((.  Menyesal dan istighfar.  Terkejar nak hantar anak ke sekolah.  Masa buat u-turn, nampak ada lagi yang lambat dan hasilnya pandu kereta dengan lajunya.  Hari ni ada perhimpunan pagi dan semua dah mula berkumpul di tempat perhimpunan.  Yang pelik sikit dah lama (means semakin kerap saya hantar anak lambat ke sekolah, coollll ...) tak ada catatan nama pelajar lambat.  Yang ada ialah pengawal keselamatan aka jaga sekolah, dan seorang dua staf (anak kata bukan cikgu) yang tunggu untuk menyambut salam tangan pelajar.  Bagusnya!  Kan!

Hmm ... ada beberapa perkara berputar dalam kepala.  Tapi tak dapat penyelesaiannya, kerana ia berkait dengan masa.  Kena sabar dan tunggu.  Kena banyak berdoa dan berharap kepada Allah.  Kena yakin dan semai harapan yang positif.  Oooo agaknya sebab tu boring?  Agaknya la kot ...

~~>  kena ingat mati banyak-banyak. Allah dah tetapkan tarikh, tempat, asbab tapi hanya DIA yang Maha Tahu.

~~~> macam mustahil memikirkan asbab untuk keluar 3 hari tapi kena ingat, di sisi Allah tak ada yang mustahil.  Miracle will happen anytime, anywhere, anyhow, any reason.  InsyaAllah.  Harap dan doa.  

~~~~>  mohon doa yang baik-baik dari semua untuk saya dan keluarga saya.  Semoga kita semua beroleh doa para alim ulama dari seluruh dunia.  Aamiin.

Saturday, September 22, 2012

Alhamdulillah syukur!

sangat-sangat aku bersyukur ke hadrat Allah, tatkala mendengar jawapan anak perempuanku di telefon tadi.  Masalah bunyi pelik sudah tak berlaku lagi.  Aku harap buat selama-lamanya, insyaAllah.

Kisah dia diganggu jembalang liar sudah ketahuan satu madrasah.  Ustazah-ustazah pun berminat mengambil tahu, tambahan pula pada malam nak ke tempat rawatan tu kami terserempak ustazah kelas dia yang mahu ke KLIA.  Tapi .. hmm ... budak-budak nyer perangai, sabar je la hahaha ... Katanya, semenjak itu bila dia muncul, ada pulak yang menyakat, "weiii jembalang datang! jembalang datang!"

Aku kata, itu bukan hal main-main.  Nak sangat ke jembalang datang?  Elok-elok jembalang dah hapus, datang plak jembalang lain.  Aku suruh dia kabarkan macam tu kat kawan-kawan yang suka mengusik.  Nak mengusik ada hadnya.  Tak semua perkara boleh dijadikan mainan mulut.  Hati-hati kita!

Itu kisah anak perempuanku.

Budak bulu-bulu aku yang empat ekor tu nak juga aku cerita sikit kat sini hehehe ... Sejak aku terjumpa tak sengaja petua mendisiplinkan kucing supaya buang najis di jamban, iaitu dengan mengukur ekor kucing dengan tali dan letak tali kat tempat yang kita mahu ia berak, aku lakukan begitu.  Hasilnya agak berjaya juga.  Aku sediakan juga bekas biasa digunakan dengan sedikit clam sand yang hampir habis di tandas yang jarang digunakan (aku je yang rajin guna tandas tu sebab ia tandas cangkung, niat aku nak ikut sunnah dan dari segi kesihatan lebih baik manfaatnya berbanding jamban duduk).  Bila pasir dah habis dan aku dah malas pulak nak membeli, aku lapik dengan old paper je, pun dorang berak kencing kat situ.  Senang citer, aku buang je dalam jamban dan flush.  Kertasnya masuk beg plastik dan buang dalam tong sampah.  Kawasan tempat berak tu aku lapik ngan kain buruk supaya kesan-kesan kat kaki dorang tinggal kat kain tu.  Ok, pas tu hari ni aku tak jumpa langsung sebarang najis kat situ.  Haa ... pelik mau tak pelik.  Makan nasik macam biasa, campur prodiet lagi ... takkan tak de buangan langsung.  Takkan dorang buang kat luar?? 

Budak bulu-bulu tu jenis pembersih, dan tak de berak sepah-sepah ... Atau aku yang terlalu baik sangka?  Hihihi jangan korang buang dalam rumah di tempat yang TAK SEPATUTNYA udah la ...  Ke dorang ni ikat perut jangan buang langsung hari ni?  Alololo siannya gitu! 

Kita akan teruskan pemantauan sehingga esok.  Tengok apa jadi.

Anak sulung kami ada balik ni.  Alamak ada jerawat la!  Aku naik risau plak.  Hmm ... tanda-tanda orang dah makin bujang.  Misai pun halus je kat atas bibir.  Janggut ... masih licin.  Dia dah masuk pertengahan juz 16, alhamdulillah.  Semoga Allah membantu dia dan rakan-rakan semadrasah menghafal dan mengamalkan al-quran sepenuhnya dalam kehidupan sampai bila-bila insyaAllah.

~~> ada perkara yang aku nak tulis tapi tak perlu ditulis.  Ada perkara yang aku nak share tapi tak boleh dishare.  Ada perkara yang aku rasa nak tulis tapi aku tak pandai tulis.  Apa-apa la ...

Oh ya makasih kat maklong kawan sejak darjah 1 Maria Md Dah yang rajin baca blog aku ni ... sajeeee je panggil mak long sebab dia yang sulung, dalam kelas dulu pun dia orang paling awal sambut birthday dari semua orang, kan maklong?  cer ko komen-komen kat sini maklong bagi meriah sket blog aku yang skema ni ... hahaha ngaku je la keskemaan itu, tak de orang ngata aku perasan sendiri je ... dan aku tak kisah ... hehehe ... skema-skema pun ada peminat setia WAAAHAHAHAHA!!!!!  (perasan hehe) dan ada je org add aku kat fb hihihi ... dorang ingat aku ni sapa la bagus sangat agaknya haihhh .... thanks for that to all dearest you (of cos pempuan je)

/macam biasa spontan je ... mzb. 

Wednesday, September 19, 2012

Sunday, September 16, 2012

catatan Abu Muhammad

Ghirah itu wajar

Bantahan dan demonstrasi yang dilakukan umat Islam serata dunia sebagai reaksi kepada penghinaan terbaru terhadap Kekasih Allah Junjungan Nabi SAW adalah cerminan daripada sifat ghirah umat ini kepada Islam dan Junjungan Sayyidina Muhammad SAW, alhamdulillah. Sifat ghirah ini adalah satu sifat kepujian yang perlu dimiliki oleh setiap individu muslim di mana al-Imam al-Bazzar meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Sa`id RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Ghirah itu adalah daripada keimanan". Secara sederhananya, Buya Hamka rahimahullah memberi pengertian ghirah sebagai:- "Ghirah adalah kecemburuan dalam beragama. Cemburu itu bukan sekedar marah atau kesal atau jengkel, melainkan perasaan tidak rela karena haknya direnggut dan berhasrat besar untuk merebut haknya kembali. Kalau tak ingin merebut kembali, bukan cemburu namanya. Itulah sebabnya orang bilang cemburu adalah tanda cinta, dan tidak ada cinta tanpa rasa cemburu. Nah, yang disebut ghirah itulah perasaan memiliki / mencintai agama secara mendalam yang kemudian terwujud dalam pembelaan yang kuat ketika agamanya dihinakan orang." Dengan kata lain, ghirah ini adalah cemburu yang positif bersumber kepada kebenaran dan terbit dari rasa cinta yang tinggi lagi tulus dan bukannya cemburu buta yang terbit dari keegoan, prasangka dan hawa nafsu yang dikobarkan api kemarahan semata-mata. Jika diaplikasikan dalam situasi yang sedang kita hadapi sekarang berkaitan dengan penghinaan kepada Junjungan Nabi SAW, di mana baginda ditohmah dengan berbagai kejelekan demi merobek ketinggian martabat, maruah, keperibadian dan akhlak baginda SAW, maka hendaknya kita menunjukkan sifat ghirah kita untuk mempertahankan baginda dan menepis segala tohmahan terhadap baginda dengan menyatakan ketinggian pribadi, akhlak dan martabat baginda yang sebenar.

Namun, perlu diingat sentiasa bahawa jangan pula ghirah yang dianjurkan agama, yang suci murni semata-mata kerana Allah SWT bertukar disebabkan perkara-perkara selainNya, umpama kerana marah yang bersangatan sehingga diri dikuasainya dan kewarasan berfikir sirna, akhirnya ia membawa kepada perlanggaran batasan hukum-hakam Maka yang sebegini bukanlah anjuran agama. Berdemonstrasi sehingga mewujudkan suasana huru-hara, kacau-bilau, rusuhan, anarki dan seumpamanya, apatahlah sehingga menumpahkan darah orang - orang yang tidak dihalalkan darah mereka untuk ditumpahkan, kecederaan, kerosakan harta benda dan sebagainya, perlulah dijauhi. Nak berdemo, ya boleh saja, asalkan dalam batas-batas yang dibenarkan oleh syariat.

Janganlah kerana filem bangsat yang tak berkualiti bikinan penjenayah dadah itu, kita hilang kawalan diri, mengikut kemarahan yang meluap-luap sehingga kita melatah dan menari mengikut irama yang dimainkan oleh musuh-musuh Allah tersebut. Musuh-musuh Islam telah mengecap kita sebagai pengganas, mereka menuduh kita umat Islam sebagai pengganas, maka di mana untungnya dan di mana positifnya jika aksi ganas pula yang kita pertontonkan. Bukankah ianya seolah-olah kita mengiyakan tohmahan mereka terhadap kita. Namun ini tidak bermakna yang kita akan membiarkan sahaja Islam diinjak-injak, al-Quran dihina dan Junjungan Nabi SAW diperlekehkan, tidak sekali-kali tidak. Agama perlu kita tegakkan dan pertahankan, Quran perlu kita junjung dan muliakan, Nabi perlu tetap kita sanjung dengan kepatuhan kepada segala ajaran baginda. Ini sifat umat beragama yang punya rasa cemburu pada agamanya, bukan umat dayus lagi pengecut.

Filem yang dibuat oleh musuh Allah tersebut untuk menghina kekasih Allah teragung, Junjungan Nabi SAW bukanlah cubaan pertama mereka, Junjungan Nabi SAW telah dihina dan diperlekehkan oleh mereka-mereka yang buta mata hatinya, namun semua itu hanyalah seperti perbuatan anjing menyalak bukit. Mari kita renungi sejenak, mari kita hadirkan Junjungan Nabi SAW dan bayangkanlah apa yang akan baginda lakukan dalam menghadapi situasi sebegini. Adakah Junjungan Nabi SAW akan melatah menari mengikut irama yang dimainkan oleh musuh-musuh Allah tersebut ? Bukan baru kali ini Junjungan SAW dihina, sewaktu hayat baginda di atas muka bumi dahulu pun tak kurang penghinaan yang ditujukan kepada baginda. Para penyair jahiliyyah tanpa segan silu telah mencemoh baginda dalam syair-syair mereka. Junjungan SAW sekali-kali tidak melatah dan para sahabat ridhwanullah `alaihim ajma`in pula telah mengambil langkah-langkah mempertahan baginda antaranya mempertahankan baginda mengikut cara sebagaimana baginda dihina. Para sahabat telah mengarang pula berbagai syair yang indah bagi memuji, mempertahan serta memperjelaskan ketinggian Junjungan SAW dalam rangka membalas balik syair-syair yang menghina baginda. Siapa yang tidak kenal dengan Sayyidina Hasan bin Tsabit RA, Sayyidina Ka`ab bin Zuhair RA, Sayyidina al-`Abbas RA dan ramai lagi yang telah melakukan hal tersebut. Ini antara contoh yang perlu kita ikut. Jika musuh Allah menulis karya-karya menjelekkan Junjungan Nabi SAW, maka kita balas dengan mengemukakan pula tulisan membela baginda; Jika mereka mengadakan majlis-majlis menghina Junjungan Nabi SAW, maka kita semarakkan pula majlis-majlis memuji dan mentakzimkan baginda; Jika mereka buat filem menghina baginda, kenapa tidak kita bikin filem untuk menyanjung baginda dan memaparkan kebenaran pribadi baginda yang agung. Apakah para produser/penerbit/sutradara/insan seni kita ngak bisa berbuat sedemikian. Apakah mereka hanya bisa bikin filem seram, filem roman percintaan, filem lawak bodo dan filem lawak kurang ajar sahaja. Jangan marah noooo, hanya saranan sambil melepaskan geram. Hok ini kenalah difikirkan oleh ahli-ahlinya, kalau tunggu ese yang fikirkan bakalan ngak keluar filemnya. Marilah kita memperkukuhkan kecintaan dan kerinduan kita kepada Junjungan Nabi SAW, ingatlah bahawa mencintai baginda itu adalah kesempurnaan iman dan baginda dicintai melebihi kecintaan kepada diri kita sendiri. Tanpa baginda, siapalah kita. Tanpa baginda, pasti kita bahan bakar api neraka.... Allahu... Allah. Shallu `ala Nabiyyikum, Allahumma shalli wa sallim `ala Sayyidina Muhammad wa alihi.
"The lies (Western slander) which well-meaning zeal has heaped round this man (Muhammad) are disgraceful to ourselves only." - Thomas Carlyle ( 1795 - 1881)

copy paste dari sini ~ Bharus Shofa.  (terima kasih dan maaf kepada empunya tulisan sebab tak minta izin).

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing