rasa sangat kurang seronok. Orang putih kata boring! Orang Melayu kata bosan! Bahasa lain kata apa ... apa-apa aje la asalkan maksudnya sama. Seantero dunia setakat ni kalau rasa kurang seronok macam ni, dorang sebut 'buringgg!!!'
Semua berjalan macam biasa. Tak ada yang lari dari jadual harian. Cuma ... hidup start lambat sikit hari ni :((. Menyesal dan istighfar. Terkejar nak hantar anak ke sekolah. Masa buat u-turn, nampak ada lagi yang lambat dan hasilnya pandu kereta dengan lajunya. Hari ni ada perhimpunan pagi dan semua dah mula berkumpul di tempat perhimpunan. Yang pelik sikit dah lama (means semakin kerap saya hantar anak lambat ke sekolah, coollll ...) tak ada catatan nama pelajar lambat. Yang ada ialah pengawal keselamatan aka jaga sekolah, dan seorang dua staf (anak kata bukan cikgu) yang tunggu untuk menyambut salam tangan pelajar. Bagusnya! Kan!
Hmm ... ada beberapa perkara berputar dalam kepala. Tapi tak dapat penyelesaiannya, kerana ia berkait dengan masa. Kena sabar dan tunggu. Kena banyak berdoa dan berharap kepada Allah. Kena yakin dan semai harapan yang positif. Oooo agaknya sebab tu boring? Agaknya la kot ...
~~> kena ingat mati banyak-banyak. Allah dah tetapkan tarikh, tempat, asbab tapi hanya DIA yang Maha Tahu.
~~~> macam mustahil memikirkan asbab untuk keluar 3 hari tapi kena ingat, di sisi Allah tak ada yang mustahil. Miracle will happen anytime, anywhere, anyhow, any reason. InsyaAllah. Harap dan doa.
~~~~> mohon doa yang baik-baik dari semua untuk saya dan keluarga saya. Semoga kita semua beroleh doa para alim ulama dari seluruh dunia. Aamiin.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين

No comments:
Post a Comment